Tuesday 6 March 2018

BAB 10 Belia Dan Pembinaan Bangsa Malaysia

Pengenalan
Belia dan Kedudukannya Sebagai Satu Fenomena Sosial
Pertubuhan Belia dan Pertubuhan Sukarcla
Kelesuan Gerakan Belia Dekad 80-an dan Masa kini?
Nostalgia Masa Lalu dan Visi Masa Depan Gerakan Belia

Pengenalan
Perkara yang pemah mendapat perhatian utama mengenai belia di Malaysia pada suatu masa dahulu ialah permasalahan gerakan belia yang dikatakan lebih radikal, anti-establishment dan tepu dengan idealisme tertentu dukungan the angry-youngmen dalam tempoh satu dekad sejak pertengahan 1960-an. Pergerakan demikian telah menyebabkan mereka dilabelkan sebagai suatu kumpulan pendesak radikal yang idealistik dan prihatin tetapi paling komited dan paling berkesan dalam menyuarakan kegelisahan masyarakat dan sentiasa dibimbangi oleh pihak pemerintah.
Scgala pcrmasalahan ini sewajamya menimbulkan pertanyaan tertcntu dalam usaha menanganinya: Apakah tidak ada dasar dan tindakan tertentu bagi memanfaatkan tenaga belia itu? Dan jika ada, apakah yang telah dilakukan dan dilaksanakan selama ini bagi menjamin bahawa generasi pewaris masa depan negara ini menjadi lebih produktif? Atau, apakah terdapatnya sesuatu tindakan dibuat untuk mempergunakan potensi yang ada pada golongan muda ini untuk mcmenuhi berbagai-bagai kepentingan negara umumnya? Sesungguhnya sudah ada beberapa usaha tertentu telah dilakukan sejak zaman kolonial lagi untuk membangunkan dan menggembleng dan memanfaatkan tenaga dan potensi golongan ini. Hal ini bukan sahaja berkaitan dengan bidang ekonomi, pendidikan, sosial mahupun agama dan disiplin, bahkan juga dari segi kepentingan memupuk perpaduan belia antara kaum.
Sehubungan inilah, maka pengalaman sosiopolitik di Malaysia untuk membangunkan sebuah negara-bangsa (nation-state) yang berdaulat yang merangkumi matlamat “pembinaan negara” (state building) bagi meningkatkan kelicinan pentadbiran negara; untuk menangani masalah “penyertaan” (participation) rakyat dalam proses membuat keputusan dan dasar; untuk memenuhi matlamat masalah rakyat, dan juga masalah penagihan dadah di kalangan anak-anak muda. Isu ini diikuti kemudiannya dengan beberapa pergolakan lain yang lebih banyak mendapat perhatian, misalnya dalam pertengahan tahun 1980-an dengan isu pengangguran belia dan “tanah terbiar”. Tetapi yang lebih menarik daripada itu ialah yang tertumpu pada pergolakan parti politik, khususnya dalam UMNO sendiri. Ini terutamanya terhadap kemasukan dan penglibatan Anwar Ibrahim, seorang tokoh dan penggerak penting gerakan belia ke dalam politik UMNO serta beberapa rentetan peristiwa perpecahan parti tersebut.
Namun begitu, dalam beberapa waktu kebelakangan ini pula, golongan remaja dan belia kembali mendapat perhatian. Pertamanya berhubung dengan isu belia lepak. Keduanya, yang dikesan hanya sebulan dua yang lalu ialah isu “bohsia” yang melanda gadis-gadis bclasan tahun, termasuk golongan remaja yang masih bersekolah.
Scgala permasalahan ini sewajarnya menimbulkan pertanyaan tertcntu dalam usaha menanganinya: Apakah tidak ada dasar dan tindakan tcrtcntu bagi memanfaatkan tenaga belia itu? Dan jika ada, apakah yang telah dilakukan dan dilaksanakan selama ini bagi menjamin bahawa generasi pewaris masa depan negara ini menjadi lebih produktif? Atau, apakah terdapatnya sesuatu tindakan dibuat untuk mempergunakan potensi yang ada pada golongan muda ini untuk mcmenuhi berbagai-bagai kepentingan negara umumnya? Sesungguhnya sudah ada beberapa usaha tertentu telah dilakukan sejak zaman kolonial lagi untuk membangunkan dan menggembleng dan memanfaatkan tenaga dan potensi golongan ini. Hal ini bukan sahaja berkaitan dengan bidang ekonomi, pendidikan, sosial mahupun agama dan disiplin, bahkan juga dari segi kepentingan memupuk perpaduan belia antara kaum.
Sehubungan inilah, maka pengalaman sosiopolitik di Malaysia untuk membangunkan sebuah negara-bangsa (nation-state) yang berdaulat yang merangkumi matlamat “pembinaan negara” (state building) bagi meningkatkan kelicinan pentadbiran negara; untuk menangani masalah “penyertaan” (participation) rakyat dalam proses membuat keputusan dan dasar; untuk memenuhi matlamat “pengangihan” (distribution) kekayaan, pendapatan, peluang dan penghormatan; dan juga keempat adalah bagi tujuan “pembinaan bangsa” (nation building). Dari segi sosiopolitik khususnya, mat­lamat keempat ini bertujuan mewujudkan kesetiaan dan komitmen politik daripada berbagai-bagai unit dan komponen negara yang bertujuan mewujudkan identiti atau jati diri bangsa. Matlamat pembinaan bangsa ini juga merupakan suatu cabaran yang cukup besar untuk mewujudkan sebuah rupa bangsa atau identiti bangsa dan negara yang mantap, merangkumi bukan sahaja kepentingan antara kaum tetapi juga memberikan pertimbangan dan tempat yang sewajamya bagi menggalakkan sumbangan dan peranan golongan belia dalam berbagai-bagai aktiviti yang prososial sifatnya itu.
Mengingatkan bahawa golongan belia menjadi satu komponen penting dalam sesebuah negara yang perlu dibangunkan, maka tujuan tulisan ini adalah untuk membincangkan penglibatan dan usaha membangunkan golongan belia dalam proses pembinaan bangsa di Malaysia. Proses pembinaan bangsa (nation-building) yang dimaksudkan secara longgar di sini merupakan pelbagai usaha yang dirancang dan dilaksanakan untuk mewujudkan suatu identiti bangsa dan negara Malaysia yang mengambil kira pelbagai isu dan kepentingan rakyat atau penduduknya agar ia bukan sahaja mantap, mencapai tahap integrasi dan persefahaman antara kaum yang kukuh, tetapi juga mempunyai wawasan serta haluan tertentu yang boleh dijadikan sandaran dalam kesinambungan bangsa Malaysia sampai bila-bila.
Dalam konteks belia, identiti bangsa dan negara yang ingin dibentuk itu adalah sesuatu yang seharusnya dirancang bagi memenuhi aspirasi mereka sebagai pewaris masa depan negara dengan berusaha untuk mengembangkan bakat, potensi serta kreativiti mereka yang merentasi perbezaan antara kaum yang menjanjikan suatu masa depan yang optimistik dan positif.
Belia dan Kedudukannya Sebagai Satu Fenomena Sosial
Belia merupakan satu istilah mengenai kelompok orang muda. Biasanya kelompok ini didasarkan pada umur. Lingkungan umur bagi golongan belia adalah di antara 15 hingga 35 tahun, ataupun kadangkalanya sampai ke paras 40 tahun. UNESCO misalnya membataskan umur belia itu pada lingkungan 15 hingga 35 tahun. Kumpulan umur sebelumnya dikatakan sebagai golongan kanak- kanak dan remaja, sementara yang selepas itu pula sebagai golongan dewasa dan seterusnya sebagai orang tua.
Sungguhpun ukuran umur adalah lebih popular, namun aplikasinya bagi semua masyarakat masih kurang sesuai. Ini kerana ada di kalangan kelompok manusia yang tidak membuat pengkelasan yang ketat antara, misalnya, golongan remaja, golongan belia, dan golongan dewasa. Seorang yang berusia lebih 60 tahun, misalnya, pemah dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO; sementara beberapa orang pemimpin pertubuhan belia kebangsaan di Malaysia hari ini sudah melewati umur 40 tahun. Alasan yang sering dikemukakan dalam kes-kes begini bukanlah sebagai kes-kes kekecualian tetapi kepimpinan dan penglibatan mereka masih diperlukan atas perkiraan bahawa semangat dan perilaku individu berkenaan masih sebagaimana orang muda yang lazim dan kerana itu, masih dianggap ada kemampuan untuk berurusan dan menghadapi pelbagai kerenah golongan orang muda itu.
Golongan muda ini sendiri bagaimanapun mempunyai budaya atau pola tingkah laku mereka sendiri. Ada dua dimensi sejagat budaya belia itu. Pertamanya, yang bersifat positif dan prososial, iaitu mereka merupakan “harta” dan kumpulan yang berpotensi untuk membangunkan masyarakat dan negara. Dan yang keduanya mereka merupakan bebanan dan yang menimbulkan masalah kepada negara oleh sebab dibelenggu oleh perbuatan hedonisme, yang ingin mencuba-cuba membuat sesuatu sehingga ia boleh menghasilkan perbuatan vandalisme, tindakan marah-marah dan yang dikatakan sebagai rebel without cause. Semuanya ini merupakan gelagat belia yang terdapat di mana-mana.
Segalanya ini adalah tidak asing sama sekali di Malaysia. Dengan pertambahan penduduk muda yang konsisten selama ini, tidak mustahil terdapatnya perilaku prososial dan antisosial dalam kalangan belia tempatan.
Sementara itu, bancian yang telah dilakukan, terdapat seramai 4.69 juta orang atau 33.79% dalam lingkungan umur “belia” iaitu 15-39 tahun dalam tahun 1980, dan jumlah ini menmgkat mencapai paras 7.57 juta orang atau 42.39% dalam tahun 1990. Bilangan ini dijangka mencapai jumlah 9.25 juta orang atau 41.24% menjelang tahun 2000 kelak.
Selain itu, perlu juga disebutkan di sini bahawa terdapat hanya seramai kira-kira 2.3 juta orang belia yang menganggotai 4,646 buah persatuan belia di seluruh negara sekarang. Sungguhpun dewasa ini juga terdapat lebih daripada 20 buah pertubuhan belia kebangsaan, namun masih terdapat seramai kira-kira 5.3 juta orang belia yang belum lagi menjadi ahli mana-mana pertubuhan ini.
Sesungguhnya dalam arus pembangunan negara umumnya dan dalam usaha menggerakkan tenaga belia sebagai tenaga kolektif penting di dalamnya, maka satu strategi terbaik dibuat dengan menubuhkan dan menggerakkan mereka dalam persatuan-persatuan sukarela belia. Usaha ini sebenamya merupakan warisan yang telah dimulakan dalam zaman kolonial Inggeris sendiri, sejak awal abad ke-20 ini bilamana usaha membawa masuk model-model pertu­buhan belia di Britain dan di Eropah telah dilakukan.
Usaha ini bagaimanapun, dari satu segi telah menyebabkan wujudnya bentuk politiking tertentu di kalangan generasi muda apabila mereka bergiat dalam kumpulan-kumpulan tertentu untuk memperjuangkan dan mempertahankan matlamat dan kepentingan bersama - bermula sebagai “kumpulan berkepentingan” (interest group) yang biasa tetapi kadangkalanya bertindak juga sebagai “kumpulan pendesak” (pressure group) dan akhir-akhimya ikut berminat dengan urusan politik kepartian. Dan hal ini tidak ada kekecualiannya pada golongan belia sendiri walaupun seringkali dikatakan bahawa pertubuhan belia haruslah berkecuali dalam soal-soal politik kepartian itu. Sebenamya adalah silap untuk mengekang mereka daripada dipengaruhi oleh suasana politik kepartian itu. Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat, maka amatlah aneh bilamana ada pihak yang cuba menghalang mereka dairipada meminati politik atau menyediakan diri untuk mengambil balhagian dalam kegiatan politik pada suatu masa kelak walaupun secara tidak sedar mereka membina imej dan menggilap personaliti politik melalui kegiatan dalam pertubuhan belia.
Segalanya ini memperlihatkan bahawa sesungguhnya peranan, kedudukan dan kepentingan belia dan pertubuhan-pertubuhan belia yang mereka anggotai itu memberikan sumbangan positif dalam apa-apa jua bidang kehidupan masyarakat di negara ini.
Pertubuhan Belia dan Pertubuhan Sukarcla
Sebenamya, pertubuhan belia hanyalah salah satu daripada kira-kira 14 jenis pertubuhan sukarela yang terdapat di Malaysia, iaitu badan atau organisasi yang ditubuhkan oleh ahli-ahli secara sukarcla tanpa paksaan, bersifat demokratik dan pada teorinya bebas daripada kawalan langsung pihak kerajaan, khususnya dari segi kcwangan, keangotaan pertubuhan dan proses pemilihan kepimpinan, scrta matlamat perjuangannya. Konsep “sukarela” dan “bebas” ini, bagaimanapun, mcmpunyai batasannya yang tertentu walaupun pada umumnya kemunculan badan-badan ini merupakan suatu petunjuk atau manifestasi kcwujudan hak dan kebebasan asasi manusia yang masih dihormati - walaupun ada had dan batasannya - dalam masyarakat tempatan.
Schubungan dengan ini, maka dalam konteks gerakan belia, tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan atau organisasi belia, sama ada yang bcrupa warisan organisasi belia daripada zaman kolonial Inggeris mahupun yang ditubuhkan selepas merdeka secara “bebas? atau yang “dirancang dan ditaja” oleh pemerintah haruslah pula bersaing dan disaingi” oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela yang lain seperti pertubuhan sukan, pertubuhan sosiobudaya, pertubuhan peladang, organisasi suku kaum, badan-badan pemiagaan, badan-badan kebajikan dan lain-lain yang bertaraf sukarela yang secara formalnya masing-masing wajib didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, Malaysia.
Dalam pada itu, saingan itu masih belum lagi mengambil kira pertubuhan parti-parti politik yang sememangnya merupakan pertubuhan sukarela profesional politik, dan juga pertubuhan-pertubuhan belia ketika itu ialah pembentukan Dasar Belia Negara. Dasar ini telah dirangkakan oleh Majlis Belia Malaysia yang berkedudukan sebagai badan induk yang menggabungkan berbagai-bagai pertubuhan belia (dianggotai oleh lebih daripada 20 buah pertubuhan belia kebangsaan).
Dasar Belia ini bagaimanapun menjadi kurang popular kerana pada akhir tahun 1980-an, terdapat suatu perancangan yang dianggap lebih wajar dilaksanakan untuk menggerakkan tenaga belia dalam proses pembangunan negara, misalnya dalam kegiatan sukan, kebudayaan, kemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya, dan juga pemupukan semangat patriotisme. Rancangan ini dinamakan sebagai Program Induk Belia Negara (PIBN) telah dilancarkan pada 31 Mei 1991. Seterusnya hari ini, dengan beberapa tafsiran dan perancangan semula, rancangan terkini yang masih boleh dianggap sebagai lanjutan daripada yang pernah dirancangkan itu telah diterapkan untuk dilaksanakan dalam Program Karisma dan Briged Muda. Ia dirasakan lebih mantap, lebih canggih, dan lebih mencakupi, sejajar dengan perubahan dan perkembangan masya­rakat dunia umumnya.
Dalam usaha memerangi perbuatan antisosial seperti penagihan dadah, lepak, kemerosotan moral, jenayah generasi muda dan termasuk juga berpeleseran sebagai “mat motor” dan “bohsia” itu, Karisma umumnya bertujuan memupuk sistem dan orientasi nilai murni, melalui pelbagai aktiviti sosial bagi mengisi masa dan memberi peluang untuk anak-anak muda membentuk identiti diri dan generasinya. Sementara Briged Muda pula merupakan satu gerakan swadaya (sukarela) yang bertujuan mewujudkan kumpulan teras yang akan menggerakkan arus pembangunan belia, memeriahkan suasana masyarakat di peringkat akar umbi, membanteras gejala antisosial dan mendukung nilai murni dalam masyarakat.
Maka itu, dalam menangani semua perubahan dan bentuk kesinambungan yang dimaksudkan ini, sudah sewajamya juga golongan dan gerakan belia melakukan ulang kajian, renungan, serta pengembangan yang sebanding. Barangkali dalam hal inilah akan terdapat pandangan yang berbeza: ada yang menjadi amat berminat untuk berusaha melakukan perubahan dan penghaluan semula; sementara akan ada juga pendapat yang ingin menunggu dan melihat terlebih dahulu. Tetapi walau apa pun sikap itu, jelas bahawa permasalahan ini akan menjadi lebih mudah untuk diberikan pertimbangan sekiranya terdapat usaha-usaha untuk memulihkembali dan mempelajari serta menjadikan jalur-jalur perkembangan dan jatuh-bangunnya gerakan belia di negara ini selama ini sebagai iktibar.
Hal ini kebetulannya menjadi satu keazaman baru pada Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah pucuk pimpinan sekarang yang sedang merangka suatu Pelan Bertindak Majlis Belia Malaysia Tahun 2000, atau ringkasnya, MBM2000. Pelan ini bagaimanapun masih merupakan kesinambungan pada beberapa dasar MBM selama ini yang berusaha untuk mewujudkan golongan belia yang “berilmu”, “beramal”, “beriman”, “berjiwa besar”, “berkepemtimpinan”, “berbudaya”, “beretika dan berakhlak”, “berwawasan” (vision oriented) dan juga “bertenaga”. Dari segi proses pembinaan bangsa di negara ini, perancangan ini dijangka akan melibatkan belia antara kaum yang boleh menjanjikan persefahaman dan perhubungan yang lebih erat di kalangan generasi muda dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Kelesuan Gerakan Belia Dekad 80-an dan Masa kini?
Sungguhpun gerakan belia dalam dekad 80-an menghadlapi zaman kelesuan berbanding dengan yang terdapat sebelumnya, tidaklah pula bererti bahawa organisasi gerakan belia sudah berkubur dan kehilangan arah. Tetapi dalam dekad terselut dirasakan bahawa gerakan belia seolah-olah sudah berada di peringkat anti-climax, lebih cenderung untuk bekerja senyap-senyap, birokratik dan seumpama “ayam daging dan ayam telur” yakni segala projek belia sudah tidak lagi menjadi bahan berita media massa yang menarik dan mendapat perhatian.
Dalam dekad tersebut, segala bentuk keghairahan gerakan belia yang pemah wujud sebelumnya bertemakan Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan sehingga ia tampaknya berkeadaan anti-establishment, dengan subbudaya the angry youngmen menjadi semakin kendur dan luntur. Memang tidak siapa pun ingin berlakunya demonstrasi, pemulauan kuliah dan tutorial, dan seumpamanya di kalangan belia dan pelajar. Tetapi gerakan belia dalam dekad 60-an dan terutamanya 70-an jelas memperlihatkan peranan mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat, bukan sekadar rhetoric atau pidato-pidato yang hanya sedap didengar semata-mata. Ia telah melahirkan dan seterusnya mematangkan satu generasi pemimpin muda yang lebih komited dengan aspirasi dan hasrat rakyat. Memang berlaku persaingan antara pemimpin organisasi iaitu yang dianggap antikerajaan dan yang prokerajaan, tetapi secara tidak sedar politik belia yang demikian memperlihat­kan satu lagi dimensi penting penyertaan mereka dalam proses pembinaan negara ketika itu, iaitu ingin mendapat pengiktirafan masyarakat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap masa depan masyarakat dan negara mereka, dan mereka sedang mempersiapkan diri untuk mewarisi sebuah masyarakat yang unggul walaupun kata-kata “menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran” belum begitu popular ketika itu.
Malangnya dalam dekad 80-an, pada waktu masyarakat Malaysia mula menikmati hasil DEB dan hasil kemakmuran ekonomi, gerakan belia bukan sahaja menjadi semakin sepi oleh sebab yang lama sudah semakin tua, bahkan lebih menyayat lagi kerana ia telah dibayangi oleh beberapa gejala negatif atau buruk yang lebih besar dan lebih mendesak. Pertama ialah gejala ketagihan dadah. Gejala ketagihan ini masih berterusan sehingga hari ini dan ia cukup mengancam bentuk dan jenis manusia di negara ini pada masa hadapan. Ikut membimbangkan lagi dalam beberapa waktu kebelakangan ini ialah gejala AIDS yang walaupun hanya sekadar dua kes sahaja dalam tahun 1987, tetapi sekarang sudah hampir seribu orang disyaki terjebak dalam kes sindrom Kurang Daya Tahan ini. Di samping itu, gejala-gejala muzik rock juga cukup membimbangkan banyak pihak yang prihatin mengenai masa depan golongan ini, biarpun kegiatan muzik ini membuka peluang ekonomi kepada mereka yang bergiat di dalamnya.
Malangnya dunia ini masih dikira sukar menjamin masa depan seseorang; dan kerana itu, buat beberapa waktu ini, muzik rock seolah-olah berperanan untuk dijadikan suatu escapism yang cukup mengkhayalkan dan memabukkan bakal pewaris masa depan masyarakat ini. Sementara itu perbuatan lepak dan “bohsia” tampaknya bukan sahaja membabitkan masalah keruntuhan moral tetapi juga meruntuhkan kerukunan hidup masyarakat Malaysia seluruhnya.
Kcdua, pemimpin-pemimpin belia 70-an menjadi lebih dewasa dan berpeluang untuk mengisi “kepimpinan pelapis” dalam politik. Mereka, dengan demikian, seorang demi seorang, sudah meninggalkan alam the angry youngmen dan menjadi sebahagian daripada pihak establishment itu sendiri sehingga ada antara mereka menjadi lebih ccpal conservative dan ikut mempertahankan status-quo masyarakat yang sccara senyap-senyap berlandaskan kepentingan dan kedudukan politik kepartian mereka.
Lebih daripada itu, kehadiran mereka dalam arena politik itu menyeret sccara langsung kepentingan dan politik belia sehingga menyebabkan bertambahnya sikap daripada anti-establishment kepada pro-establishment.
Demikianlah, persaingan antara Anwar Ibrahim dengan Hj. Suhaimi untuk merebut jawatan ketua Pcrgerakan Pemuda UMNO 1982 dan 1984 merupakan sebahagian daripada rentetan persaingan mereka (ABIM vs. 4B) yang pernah terjadi dalam gerakan belia dalam tahun 70-an. Sementara itu, Gerakan Belia 4B Malaysia yang pada suatu masa dahulu bergerak dengan baik dan aktif di kalangan para belia di luar bandar khususnya sedang mengalami kekalutannya sendiri. Ini merupakan rentetan perbezaan haluan politik di kalangan pemimpinnya.
Sementara alasan lain dalam hal ini ialah kerana semakin malapnya semangat dan kegiatan sukarela di kalangan anggota masyarakat dengan sebab semakin berkembang luasnya nilai-nilai material ringgit dan sen dalam pelbagai urusan, hatta gotong-royong yang tidak berupah selama ini juga semakin pupus; sementara dalam banyak kegiatan politik pula, gejala “politik wang” dan “budaya koporat” semakin kental dalam masyarakat umumnya.
Golongan anak muda juga ikut terseret dalam hal ini kerana mereka juga berminat untuk mendapatkan subsidi sama sebagaimana orang lain. Dan, menjadi lebih malang lagi jika diperhatikan bahawa dalam masa yang sama, rat-race dan survival for the fittest atau “hukum rimba” semakin berkembang dalam sistem pendidikan, yakni yang menjadi keutamaan ialah kelulusan dan pencapaian sijil dan ijazah.
Kesannya ialah anak-anak muda seolah-olah tidak ada masa untuk berjinak-jinak dengan pertubuhan-pertubuhan belia di kampung mereka sendiri, dan barangkali jurang pemisahan yang dibina antara kumpulan pelajar yang lebih bijaksana, yang tinggal di asrama dengan aktiviti kemasyarakatan, termasuk aktiviti belia juga, dalam persekitaran yang normal semakin melebar. Ini mengasingkan diri mereka dengan hati nurani manusia jembel dan kerdil di luar dunia asrama mereka itu. Memang benar bahawa mereka ini suatu masa kelak boleh menjadi cream of our society oleh sebab bijak dan pandainya mereka menjadi orang terpelajar dan terbilang dan mencapai kedudukan yang elitis dalam masyarakat; namun mereka sebenamya berada di awang-awangan, tidak pernah mengenal dan mengalami hati nurani golongan bawahan yang memerlukan bimbingan mereka.
Sebilangan mereka barangkali memang prihatin terhadap permasalahan masyarakat umumnya, namun paling tidak hambatan daripada Akta Universiti dan Universiti Kolej menjadi sebahagian daripada alasan mereka untuk bersikap nafsu-nafsi walaupun secara terpaksa. Atau di sebaliknya mereka menjadi golongan “serba rapuh” dan mudah putus asa, kalaupun tidak “meminta-minta” subsidi itu dan ini.
Sementara itu di peringkat Kementerian atau pentadbiran sendiri dalam dekad yang lalu tampaknya lebih meminati kegiatan dan lapangan sukan sehingga keghaifahan bahang Olimpik dan Piala Dunia itu sendiri amat menggoda para pemutus dasar dan anak muda yang mimpikan kejuaraan menyebabkan kerja-kerja sukarela dalam organisasi belia seolah-olah sudah beres dan mantap; sedangkan dalam masa yang sama begitu banyak kes kegagalan projek belia, baik yang berdagang mahupun yang berbengkel, hatta KOBENA sendiri sedang terumbang-ambing dan semakin gelap masa depannya.
Nostalgia Masa Lalu dan Visi Masa Depan Gerakan Belia
Sesungguhnya kemalapan gerakan belia yang dapat dikesan dalam dekad 80-an itu merupakan suatu teladan yang baik, kerana haruslah diakui bahawa di sebalik gerakan-gerakan radikal dan bemada anti-establishment belia dalam dekad 70-an, golongan dan gerakan belia telah menampilkan sebilangan para pemimpin pelapis dalam barisan kepimpinan politik dan kerajaan yang ada hari ini.
Pertubuhan-pertubuhan belia seperti MAYC, Belia 4B, ABIM, GPMS, dan bahkan SANYA dan SEBERKAS ialah organisasi yang telah mcncipta sebilangan nama personaliti dalam politik dan kepimpinan negara sekarang.
Antara mereka yang dapat disebutkan sepintas lalu di sini ialah Anwar Ibrahim (ABIM), Sanusi Junid (MAYC), Hj. Suhaimi (S46), Abdullah Badawi (GPMS) dan beberapa yang lain. Inilah beberapa nama pcnting gcncrasi pemimpin pelapis hari ini yang akan terus berpolitiking atau bersaingan antara satu sama lain dalam beberapa tahun yang akan datang. Dalam pemilihan UMNO bulan November 1993 lalu, Anwar telah berjaya merebut jawatan timbalan presiden parti, dan mulai 1 Disember beliau telah dilantik menjadi Tim­balan Perdana Menteri di samping mengetuai Kementerian Kewangan
Sesungguhnya, daripada pengamatan peribadi dalam masa pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1990, tidak keterlaluan kalau dirumuskan bahawa old-gang networks dalam pertubuhan belia seperti ABIM, MAYC dan GPMS tampaknya masih lagi menjadi salah satu pertimbangan penting dan berperanan untuk menentukan kemenangan masing-masing kerana jelas pula bahawa perwakilan dalam parti tersebut umumnya terdiri daripada orang yang pernah atau masih bergiat dan masih komited dengan perjuangan belia masing-masing di peringkat cawangan. Barangkali inilah nostalgia persoalan belia dan kaitannya dengan pembinaan bangsa itu, pertimbangan yang sewajarnya haruslah juga diberikan pada gerakan belia yang pemah berlaku dan berkembang sebelumnya. Segala yang berlaku itu boleh dijadikan iktibar dan teladan tertentu kerana dalam menegakkan dan menentukan identitinya sebagai anggota masyarakat, pemimpin dan ahli pertubuhan belia akan terdedah dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor persekitaran hidup mereka.
Gerakan belia dekad 90-an dan seterusnya dalam abad ke-21 kelak dijangka tidak mungkin dapat disamakan dengan yang pemah wujud sebelumnya; tetapi satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah apa-apa yang ada sekarang dan pada masa hadapan merupakan suatu lanjutan dan kesinambungan daripada yang telah ada sebelumnya. Dengan tradisi gerakan belia yang sudah ada dalam masyarakat Malaysia sekarang, tentulah dapat dijangkakan bahawa usaha membina dan menyediakan generasi muda sebagai pewaris generasi sekarang tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan dengan sebaik-baiknya, sama ada menerusi rancangan kerajaan untuk mereka ataupun rancangan pemimpin dan ahli pertubuhan sendiri.

PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA 
(BADAN-BADAN GABUNGAN MBM), 1994
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Briged Putcra Malaysia
Briged Putcri Malaysia
Gabungan Pelajar-pelajar Mclayu Semanjung (GPMS)
Gerakan Belia 4B Malaysia
Gerakan Belia Bersatu Malaysia
Majlis Belia Hindu Malaysia
Majlis Belia Felda Malaysia
Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
Pekerja Pemuda Kristian
Pergerakan Pemuda Malaysia
Persatuan Asrama Belia Malaysia
Persatuan Belia Buddhist
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia
St. John Ambulans Malaysia
Young Men Christian Association
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Persatuan Belia Kebangsaan Sabah (SANYA)
Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
Majlis Belia Negeri Perlis
Majlis Belia Negeri Kedah
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
Majlis Belia Negeri Perak
Majlis Belia Selangor
Majlis Belia Negeri Sembilan
Majlis Gabungan Belia Melaka
Majlis Belia Negeri Johor
Majlis Belia Negeri Pahang
Majlis Belia Negeri Terengganu
Majlis Belia Negeri Kelantan.
Majlis Belia Wilayah Persekutuan
Sumber: Majlis Belia Malaysia, Kuala Lumpur (1994).

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...