Wednesday 7 March 2018

BAB 11 GPMS:Suatu Manifestasi Gerakan Nasionalisme

Pengenalan
Persoalan Nasionalisme dan Belia Malaysia Masa Kini
Penubuhan GPMS: Manifestasi Nasionalisme Melayu
Penutup

Pengenalan
Nama GPMS (Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung) barangkali tidak perlu diperkenalkan. Apabila seorang mahaguru atau pendidik yang bcrpengalaman luas menyebutnya tentu sahaja menghubungkan nama GPMS dengan Allahyarham Aminuddin Baki, seorang tokoh dan pemimpin GPMS yang juga merupakan tokoh pendidik dan sekali gus dianggap sebagai salah seorang nasionalis Melayu yang terbilang. Demikian nama dan imej GPMS diabdikan dalam sejarah masyarakat Malaysia umumnya. 
Sesungguhnya GPMS adalah satn nama pertubuhan yang citranya berupa sebuah organisasi pclajar-pelajar Mclayu yang kegiatan utamanya tertumpu pada bidang pendidikan dan persekolahan, khususnya bagi pelajar-pclajar Melayu. Di kalangan generasi muda hari ini nama GPMS adalah tidak lebih sebagai salah sebuah daripada puluhan nama pertubuhnn belia kebangsaan yang lain, dengan kegiatan utamanya adalah yang berkenaan dengan pendidikan dan pelajaran untuk ahli-ahlinya. Barangkali hanya kalangan yang berumur 50-an dan 60-an sahajalah yang lebih maklum akan kehadiran dan keterlibatan GPMS dalam arus  kehidupan rakyat di negara umumnya dan di kalangan orang Melayu khususnya.
Kertas ini bertujuan memerihal dan membincangkan penubuhan dan matlamat gerakan GPMS sebagai sebuah pertubuhan belia yang lahir dalam arus dan suasana kebangkitan nasionalisme Melayu selepas Perang Dunia Kedua; dan ia masih merupakan salah satu wadah perjuangan dan manifestasi gerakan nasionalisme Melayu yang penting, khususnya di kalangan belia Melayu sehingga hari ini. Barangkali pandangan dan imbauan masa lalu yang dikemukakan ini tidak lebih hanyalah sebagai suatu nostalgia masa lampau; dan kalau itu pun ada kebenarannya, barangkali perbincangan ini juga memungkinkan persepektif yang lebih wajar ditemui untuk menentukan peranan dan kedudukan GPMS dalam arus nasionalisme Melayu dan Malaysia yang dibincangkan ini.
Untuk maksud ini, maka bagi melengkapkan perbincangan mengenai GPMS itu, suatu perbincangan umum yang dikira penting juga dikemukakan dalam hal ini ialah mengenai gagasan nasionalisme dan kaitannya dengan kedudukan dan peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia dalam menentukan bahawa kelangsungan dan kepentingan patriotisme dan nasionalisme itu akan terjamin dalam hidup mereka pada masa hadapan.
Persoalan ini sebenamya lebih mendesak lagi kerana suasana sosiopolitik yang melahirkan GPMS itu berbeza dengan yang dialami oleh golongan belia hari ini, malahan sebilangan anak muda sekarang menjadi bebanan dan masalah yang besar kepada masyarakat dan negara seperti terjebak dengan ketagihan dadah, jangkitan virus HIV dan AIDS, skandal seks dan kejatuhan moral, serta suasana lesu yang menyelubungi kegiatan berpersatuan yang seimbas lalu tampaknya melahirkan masa depan yang cukup pesimistik.
Perbincangan ini, bagaimanapun, dimulakan dengan memberi- kan sorotan terhadap keprihatinan, perbincangan dan analisis sejarah Malaysia sehingga hari ini, yang secara tidak disedari tampaknya banyak kegiatan dan kepentingan kumpulan bukan politik seringkali menjadi terabai dan diketepikan. Hampir semua tajuk yang diberikan perhatian oleh sarjana dan penyelidik sejarah Malaysia sehingga ini tertumpu pada aspek politik dan pentadbiran (Khoo Kay Kim, 1994), sama ada mengenai sejarah politik tradisional Melayu, sejarah kumpulan etnik, historiografi Melayu, sistem pcmerintahan, pentadbiran dan pemerintahan, juga mengenai orgnnisasi politik, biografi tokoh politik, atau rentetan peristiwa dcmi peristiwa serta proses politik yang secara langsung mem- piiftyni knitannya dengan soal pemerintahan, kuasa dan perjalanan kcrajaan Sementara kajian ke atas sejarah dan pergerakan politik Malaysia sclepas Merdeka pula, yang disertai sama oleh sarjana dan penyclidikan Sains Politik, memberikan perhatian yang meluas ke atas persoalan politik perkauman, politik pembangunan, proses pilihan raya, serta permasalahan kepimpinan semasa, khususnya dalam kebanyakan parti politik yang berkuasa.
Kajian beliau vung dilakukan ke atas sesebuah pertubuhan sosioekonomi, termasuk agensi awam, memang mendapat perhatian daripada sarjana-sarjana pcnyelidik Sosiologi, Psikologi ataupun Ekonomi misalnya. Namun bilangannya masih belum memadai. Malahan kajian ke atas organisasi awam scpcrti badan perundangan dan eksekutif masih tidak mendapat perhatian sewajarnya, walaupun beberapa usaha awal mengenai aspek pertumbuhannya telah dilakukan. Persoalan tentang sejarah sosial tempatan, mengenai pertumbuhan dan perkembangan sesebuah bandar dan bandar raya, atau mengenai sesebuah institusi pendidikan, serta para pendukung dan aktivis sosioekonomi tertentu di dalam organsisasi ini juga masih memerlukan kajian lanjut yang lebih berwibawa dan presentable yang menuntut pengisian yang lebih konkrit dan wajar.
Kesedaran terhadap sejarah sosial dan ekonomi, brgaimanapun, telah mula dirasai dan dipopularkan sejak beberapa waktu kebelakangan ini. Demikian juga, misalnya, yang berkenaan dengan penglibatan tertentu kalangan bukan politik yang lebih khusus dalam arus kebangkitan nasionalisme tempatan misalnya, khususnya di kalangan orang Melayu atau yang berorientasikan Melayu seperti yang melibatkan golongan dan organisasi belia itu sesungguhnya masih terabai.
GPMS, misalnya, merupakan suatu pertubuhan yang turut memainkan peranan tertentu dalam arus kebangkitan nasionalisme Melayu itu. Seperti yang diperihalkan dalam kertas ini, GPMS sesungguhnya memperlihatkan suatu manifestasi kesedaran politik sebilangan belia pelajar Melayu (Tun Dr. Ismail, 1973) yang walaupun terdidik dalam pendidikan Inggeris, namun telah berusaha untuk melakukan sesuatu demi memajukan bangsa dan kepentingan generasi muda Melayu khususnya dan golongan muda di negara ini seluruhnya.
Persoalan Nasionalisme dan Belia Malaysia Masa Kini
Jika sekiranya nasionalisme itu difahami sebagai suatu rukun politik yang mengandungi idea (Hans Kohn, 1968) yang pada akhir-akhirnya akan mewujudkan suatu komitmen dan manifestasi perasaan kasih akan bangsa dan negara, maka ia merupakan suatu fenomena sejagat. Di mana-mana negara pun akan terdapat ke­sedaran dan gerakan kolektif tertentu di kalangan anggota penduduk atau masyarakat yang menjadi komponen penting sesebuah negara itu untuk membentuk dan menerapkan sesuatu kesedaran, (Hayes, 1926,1931) komitmen, keyakinan atau matlamat bersama, misalnya untuk menghapuskan penjajahan asing atau kolonialisme (J.H. Kutsky, 1967), membangunkan kesetiaan di kalangan golongan majoriti yang memungkinkan seterusnya kewujudan sebuah negara-bangsa (Hans Kohn, 1943), mewujudkan erti kesatuan dan perpaduan nasional, sehingga pada akhimya ia berupaya untuk menentukan kesahihan tuntutan terhadap kuasa, kuatkuasa dan kedaulatan negara.
Gerakan nasionalisme dalam politik moden dikatakan bermula dalam masyarakat Eropah selepas abad ke 18 dengan kemunculan beberapa buah negara-bangsa yang “merdeka”. Sementara di koloni-koloni Eropah di Asia dan Afrika umumnya, fenomena ini merupakan suatu gerakan politik yang berkembang seiring dan menjadi sanggahan terhadap kolonialisme. Dengan demikian, ia pertama-tamanya dikaitkan dengan gerakan mencapai kemerdekaan (Kutsky, 1967) yang menjadi puncak kepada siri peristiwa dan kejadian xenophobia - bcncikan orang asing. Sesudah merdeka dicapai, tahap peranan dan kepentingan nasionalisme sebagai wadah perjuangan politik kemerdekaan itu ditumpukan pula pada usaha-usaha mongisi kebebasan politik tcrsebut. Dalam hubungan ini, erti dan idealisme nasionalisme itu mendasari usaha-usaha untuk mencapai kemakmuran ckonomi, perpaduan nasional, dan keadaan politik yang mantap. Mimpi-mimpi atau idealisme itu sendiri kadang kalanya menjadi semakin kabur dan tidak menepnti sasaran yang pernah dimimpikan semasa menuntut kemerdekaan; dan kerana itu, ada negara yang menjadi semakin mundur dan kacau dari segi ekonomi dan politiknya sehingga terjebak dalam krisis politik dan perang saudara; sementara sebilangan yang lain merombak dan mengubahsuaikan idealisme yang tersirat dan tersurat dalam semangat nasionalisme itu demi kelangsungan politik dan negara.
Komponen penting yang berperanan untuk mewujudkan dan membentuk idealisme dan nasionalisme itu adalah individu manusia sendiri. Mereka adalah pelaku-pelaku politik, baik sebagai objek ataupun subjek kepada gagasan nasionalisme itu. Dcmikianlah sejarah telah memperlihatkan bahawa golongan prososial dan produktif seperti golongan belia adalah penting dalam memupuk dan memikul tanggungjawab membina kesedaran, idealisme, komitmen, citi-cita, dan idcologi sesebuah negara, sama ada dilabelkan sebagai sosialis, nasionalisme, komunis ataupun demokrasi.
Hal ini telah dibuktikan, misalnyn, dalam negara Kesatuan Soviet Russia apabila Vladimiar Lenin, sctclah memenangi kuasa dalam Revolusi Bolshevik (1917), telah menubuhkan KOMSOMOL (Kommunisticheski soinz Molodezhi - Communist League of Youth) untuk memastikan bahawa ideologi komunis Russia boleh diteruskan dalam generasi belia yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan. Demikian juga pada zaman Hitler di Jerman, tenaga belia yang dikelompokkan dalam Belia Nazi atau dikenali juga sebagai Hitler Youth diketengahkan bagi menjamin kelangsungan fasis nasionalisme-melampau (hyper-nationalism) bangsa Aryan Jerman. Demikian juga dalam beberapa kes terdekat dengan Malaysia, misalnya di Indonesia dengan Sumpah Pemuda 1928 itu merupakan penggerak ulung yang menyemarakkan nasionalisme yang mendasari, pada akhimya, gerakan politik kemerdekaan dan penubuhan sebuah negara Indonesia.
Dalam konteks Malaysia, gerakan politik kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua adalah suatu kesinambungan pada siri xenophobia sejak pcnjajahan Eropah bermula yang telah melahir­kan beberapa wira Melayu seperti Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Naning, dan seterusnya beberapa nama lain di Sarawak dan Sabah seperti Rosli Dhobi dan Mat Salleh. Sumpah Pemuda 1928 di Indonesia ikut dirasakan di kalangan masyarakat Melayu tempatan, terutamanya melalui interaksi para pelajar Melayu-Indonesia yang belajar di institusi pengajian agama di Timur Tengah, dan juga melalui bahan-bahan propaganda sosiobudaya yang dibaca oleh para pelajar Melayu tempatan.
Kesedaran dan kepedulian terhadap nasib bangsa dan negara ini akhimya melahirkan beberapa persatuan politik Melayu bawahan dan atasan, dan barangkali boleh dianggap mula memperlihatkan kehadirannya setelah tercetusnya usaha mengabadikan kolonialisme Inggeris dalam bentuk Kesatuan Malaya (1946). Gerakan ini telah melahirkan UMNO sebagai sebuah parti yang berlandaskan nasionalisme Melayu, dengan melibatkan sebilangan ahli yang muda sehingga perlu ia mewujudkan Pergerakan Pemuda UMNO dalam tahun 1949. Melalui perjuangan UMNO khususnya, kemedekaan dan kebebasan politik negara ini telah dicapai dalam tahun 1957.
Latar belakang sejarah politik ini, bagaimanapun, tidak menjamin kekalnya nasionalisme sebagai satu-satunya tonggak kedaulatan dan identiti sesebuah negara, apalagi dalam konteks Malaysia yang bersifat majmuk itu. Semangat nasionalisme itu, sama sebagaimana yang banyak terjadi di negara lain juga, menjadi semakin kabur dan terpinggir dengan semakin lamanya masa berlalu dan semakin dilupakan pula ingatan terhadap proses dan peristiwa yang berlaku dalam arus pencapaian kemerdekaan itu. Maka itu, dalam konteks Malaysia umumnya, sehingga beberapa tahun kcbekalangan ini, terdapat sekurang-kurangnya empat persoalan dan citra politik penting yang berkaitan dengan nasionalisme:
(a). Kalangan pemimpin dan tokoh politik Melayu, khusus­nya daripada kalangan UMNO, masih beranggapan bnhnwn nasionalisme, khususnya nasionalisme Melayu mmlh penting dan masih ada.
(b). Tokoh dfin pemimpin politik bukan UMNO, khususnya PAS yang menjadi pesaing utnma UMNO tidak menganggap nasionalisme sebagai wadah  perjuangannya dan malahan beranggapan bahawa nasionalisme Melayu atau yang dikaitkan dengan sesuatu kaum adalah suatu fahaman asabiah yang turut bertentangan dengan ajaran Islam (Subkey Latif, 1983;  Abd. Hadi Awang, 1985).
( c) Kalangan tokoh dan pemimpin politik bukan Melayu, di samping wujudnya nasionalisme Melayu, tctap bcrhasrat untuk memperjuangkan suatu nasionalismc Malaysia ynng merangkumi kepentingan semua etnik, misalnya gagasan politik Malaysian Malaysia yang berupa suatu pentarafan sama rata kepentingan dan kedudukan Melayu dan bukan Melayu (B.N. Cham, 1975).
Kepentingan dan keluhuran nasionalisme Melayu yang mendasari perjuangan politik UMNO dan dianggap sebagai asas kenegaraan Malaysia itu juga, bagaimanapun, telah menimbulkan beberapa kebimbangan tertentu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kemunculan golongan kelas menengah Melayu, konsep Melayu Baru yang luwes, Melayu korporat dengan nilai dan budaya niaga yang mampu hidup serba mewah dan lcbih-lebih lagi wabak politik wang dalam suasana politik Melayu yang lebih elitis sifatnya itu telah dilihat sebagai faktor-faktor yang menyebabkan semakin longgar dan pudarnya konsep nasionalisme Melayu itu sendiri. Datuk Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri pernah menyebutkan gejala ini seperti berikut:
.... Saya khuatir kemewahan akan membuat kita meng- abaikan tugas dan tanggungjawab memelihara kemer­dekaan negara. Manalah tahu oleh kerana gelojoh mengejar kebendaan, kedudukan, pangkat dan kuasa, maka ada di antara kita yang tidak lagi menghargai diri sehingga mcngctcpikan perpaduan yang berteraskan scmangat palriotisma dan nasionalisma...(1985)
Gejala yang mclanda kalangan orang dewasa itu bukan tidak ada akibatnya kc atas kchidupan golongan anak muda. Hal ini tidak mustahil bcrlaku biarpun dewasa ini gerakan dan semangat anti-establishment dengan sikap marah-marah the angry-youngmen hampir tidak kedengaran lagi. Namun pengabaian para generasi ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan, di samping pengaruh dan ledakan media yang semakin mengecilkan dunia, turut bertanggungjawab menjejaskan generasi anak-anak sehingga merebak pula wabak ketagihan dadah, jangkitan HIV dan AIDS, kegilaan pada muzik, gelagat lepak dan mcmbuang masa sehingga terjebak dengan perbuatan jenayah seksual, bohsia dan bohjan atau “anak ikan”, dan seumpamanya. Jenayah seksual itu sendiri menghasilkan pula perbuatan negatif lain seperti pembuangan bayi.
Di samping itu, kekhuatiran mengenai generasi pewaris masa depan negara ini juga membabitkan penjejasan nasionalisme. Dalam zaman sebelum Merdeka, semangat nasionalisme begitu berkobar-kobar untuk menghapuskan penjajahan Eropah, tetapi selepas merdeka, generasi muda dihanyutkan oleh misalnya kegilaan terhadap muzik yang dibawa oleh budaya asing misalnya. Hal ini merebak lagi pada kegiatan berpersatuan di kalangan mereka apabila dalam tahun-tahun kebelakangan ini wujudnya suatu suasana kelesuan pada gerakan belia dengan penyertaan yang hambar di kalangan generasi belia hari ini (Azizan Bahari, 1991). Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan generasi muda hari ini mempunyai suatu kehidupan yang mewah tetapi mereka sentiasa dibebani dengan cabaran, khususnya untuk mcncapai kelulusan akademik dan profesional tertentu sehingga mcnyebabkan gejala dan sindrom budaya asrama penuh menjadi scbnhngian daripada proses pemupukan pemasyarakatan atau sosiolisasi yang mereka lalui. Segalanya ini semakin menyebabkan mcrcka yang cerdik dnn bijaksana itu menjadi tidak ada masa dan tidak prihatin untuk bercampur gaul dengan anggota masyarakat, misalnya mcmberikan scdikit masa untuk mcnyertai kegiatan dan pertubuhan sukarela. Ini menjadikan suasana kehidupan semakin elitis sifatnya dan oricntnsi begini mcnyebabkan scmakin renggangnya mereka dengan kegiatan berpersatuan, hatta untuk mcnyertai kegiatan parti politik sekalipun (Posiah: 1987; Umar Khan, 1991).
Scmentara itu kalangan yang kurang bijaksana pula mempunyni kecenderungan untuk berhijrah ke bandar atau ke sektor ekonomi pertanian, dan tidak berminat lagi untuk meneruskan kehidupan di kampung. Kerjaya pertanian yang dewasa ini merupakan sunset industry rata-ratanya diteruskan oleh golongan dewasa yang tenaga keringat mereka semakin berkurangan dan ditelan usia.
Dalam keadaan yang berubah sedemikian rupa, apakah mungkin idealisme yang menjurus pada pemupukan patriotisme dan nasionalisme di kalangan generasi belia itu dapat dipertahankan? Secara lojik, ia dirasakan semakin payah. Di kalangan generasi belia Melayu sendiri khususnya, pemah dilaporkan bahawa sekitar satu juta orang daripada mereka tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi (BM, 26/3/89). Demikian juga kalangan kelas menengah Melayu yang dilaporkan, dalam beberapa waktu kebelakangan ini, begitu ketara enggan mendaftarkan diri sebagai pengundi. Ini juga menjadi salah satu petunjuk istimewa terhadap kesedaran politik dan sikap prososial golongan muda dalam beberapa waktu kebela­kangan ini.
Sehubungan ini, maka barangkali sebagai suatu renungan dan sorotan kembali bagi generasi muda di Malaysia hari ini, proses penubuhan dan matlamat perjuangan sebuah pertubuhan sukarela pelajar belia seperti GPMS yang diperihalkan di bawah ini merupa­kan suatu iktibar istimewa yang boleh memperlihatkan betapa gigihnya dan kuatnya keazaman generasi muda yang lalu dalam menangani dan mempersiapkan diri mereka dalam arus kebangkitan nasionalisme Melayu itu.
Penubuhan GPMS: Manifestasi Nasionalisme Melayu
Sejarah pcrtumbuhan dan perkembangan GPMS berkaitan secara langsung dengan suasana kemajuan pendidikan pelajar Melayu dalam institusi pengajian tempatan selepas Perang Dunia Kedua yang rata-ratanya adalah daif, terkebelakang dan berhadapan dengan saingan yang cukup sengit daripada kalangan pelajar bukan Melayu. Ia juga berkaitan secara langsung dengan beberapa nama intelektual Melayu yang ulung; antaranya yang terpenting dalam hal ini ialah Dr. Abd. Wahab Mohd. Ariff dan Aminuddin Baki serta para pendukung dan pengasas Kesatucm Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor.
Nama Dr. Abd. Wahab Ariff kurang dikenali umum, namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah beliau merupakan salah seorang individu penting yang telah memikirkan dan merintis serta menjadi peserta yang cukup prihatin terhadap kemajuan pendidikan di kalangan orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Penang Free School terbaik dalam peperiksaan Senior Cambridge dalam tahun 1937 dan kejayaannya itu telah merintis jalan untuknya menubuhkan sebuah Malay Boys League, sebuah organisasi pelajaran dan sosial pelajar-pelajar Melayu yang berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi mereka dalam pelajaran ketika itu. Sungguhpun kewujudan Liga ini sekadar dua tahun sahaja, ia telah memulakan usaha penubuhan sebuah organisasi pelajar Melayu yang lebih terkemuka kemudiannya iaitu GPMS.
Sewaktu mengusahakan penubuhan dan seterusnya menerajui pucuk pimpinan Liga Pelajar Melayu di Pulau Pinang itu, Abd. Wahab berusia 18 tahun. Dalam tahun 1939, beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.
Sementara itu, perkembangan lain dalam hal ini ialah kegiatan sebilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tahun 1940-an, atas kesedaran dan keprihatinan yang sama berhubung dengan masa depan pelajar dan pendidikan Melayu itu juga terdapat di Kuala Lumpur, khususnya di Victoria Institution. Dalam tahun 1945 misalnya hanya terdapat 11 orang pelajar Melayu di sekolah ternama ini. Kekurangan ini telah menimbulkan kesedaran di kalangan mereka untuk mengatasinya dan untuk tujuan tersebut, mereka berusaha menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan sebagai Kesatuan Penuntut-penuntut Melayu Victoria Institution kcmudiannya, sewaktu ditubuhkan dengan rasminya dalam satu mcsyuarat penubuhan pada 20 Nov. 1945. Mulai 11 Febuari 1946, nnmanya ditukarkan sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Kuala Lumpur.
Atas hasrat dan kesedaran yang sama, Kesatuan Penuntut-penuntut Melayu di Victoria Institution itu mengembangkan kegiatan mereka ke kawasan berhampiran, khususnya di Daerah Kajang (Hulu Langat) dan Kclang di negeri Selangor. Hasilnya, pada awal tahun 1947, tertubuhlah sebuah persatuan yang dinamakan sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Selangor (KPPMS) yang ditaja oleh sekumpulan pelajar Melayu Selangor; antara lainnya, Mohamed bin Mohd. Noor, Wan Sulaiman Pak Wan Teh, Asraf bin Hj. Abd. Wahab, Siti Hasmah Mohd. Ali, Rad/iah Mohd. Ali, Ann Abd. Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros Othman, Abd. Hamid Hj. Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffm Pak Wan Teh, Wan Mahmud Pak Wan Teh, dan Wan Hassan Pak Wan Teh. Antara tujuan penubuhan KPPMS ialah:
(a) mencegah pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat pelajaran mereka ...pem­berhentian ini sering berlaku kerana kesempitan hidup atau berumah tangga pada kadar umur yang “awal”;
(b) menubuhkan satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, (tabung derma ini dinamakan “Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur”);
(c) menggalakkan penuntut-penuntut belajar bersungguh-sungguh dan memberi didikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.
Para pemimpin KPPMS kemudiannya terlibat dalam penu- buhan beberapa buah persatuan pelajar di tempat-tempat lain tetapi yang lebih istimewa dalam hal ini ialah penubuhan GPMS. Dari segi individu, yang lebih penting diberikan perhatian dalam hal ini ialah penglibatan Abd. Wahab Mohd. Ariff serta sebilangan pengasas KPPMS itu sendiri, yang kemudiannya disertai pula oleh seorang tokoh pendidikan Melayu yang terkemuka, iaitu Aminuddin Baki. Institusi pendidikan yang terlibat pula terletak di Kuala Lumpur dan Singapura.
Kesedaran terhadap nasib dan masa depan bangsa Melayu di kalangan pemimpin pelajar Melayu dalam tahun-tahun 1945 - 48 menjadi lebih jelas lagi oleh sebab pergolakan politik ekoran daripada kekalahan tentera Jepun, kembalinya semula pemerintahan Inggeris, tindakan-tindakan politik radikal Pasukan Bintang Tiga dan seterusnya projek Malayan Union. Semuanya ini mendorong dan memerlukan pelajar-pelajar ini bersatu dan bekerjasama untuk menangani nasib dan masa depan bangsa mereka tanpa mengira asal keturunan atau perbezaan negeri asal mereka.
Inilah antara beberapa idea yang telah dilontarkan oleh Abd. Wahab Mohd. Arif, selaku Presiden persatuan, dalam satu jamuan makan tahunan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura yang dipimpinnya itu.
Seorang yang turut hadir dalam majlis itu ialah Aminuddin Baki, seorang pelajar tahun pertama Maktab Raffles yang pernah berusaha mewujudkan penyatuan tenaga di kalangan pelajar Melayu ketika itu. Beliau kemudiannya menjadi tenaga penting yang membantu Abd. Wahab untuk merealisasikan cita-cita mereka itu.
Langkah pertama ke arah itu adalah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja. Jawatankuasa ini terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi: Abd. Wahab Mohd. Ariff
Setiausaha: Aminuddin Baki
Pen. Setiausaha: Ahmad Ridduan Hj. Zainuddin
Bcndahari: Abdullah Majid
Wakil Pemudi/Wanita: Siti Hasmah Mohd.
Ahli-ahli    
-Mohamcd Noor Marahakim
-W. Sulnirnnn Pak Wan Teh
-Abd. Rahim Ishak
Jawatankuasa pennja ini telah bcrusaha mcrangka perlembagaan persatuan, lambang serta mcnghubungi badan-badan pelajar Melayu yang telah wujud ketika itu, terutamanya di Perak, Selangor dan Pahang serta beberapa buah Maktab di Kuala Lumpur. Satu kongres penubuhan GPMS telah diadakan dengan dihoskan oleh pelajar-pelajai Islam Maktab Teknik, Kuala Lumpur (sekarang kampus university teknologi, Jalan Gurney, Kuala Lumpur). Pengerusi bagi kongres yang diadakan pada 11 dan 15 OgoS 1948 itu ialah Aminuddin Baki dan dihadiri oleh perwakilan tujuh buah persatuan pelajar Melayu, iaitu daripada Maktab Teknik, Maktab Pertanian Serdang (sekarang Univcrsiti Pertanian Malaysia, Serdang), Perhimpunan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf Perak, Kesatuan Pcrsuratan Penuntut-Penuntut Melayu Pahang, Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor, Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor Cawangan Kuala Lumpur, dan Kesatuan Penuntut-Penuntut Melayu Selangor cawangan Kajang.
Kongres yang dirasmikan pembukaannya oleh R.P.S. Walker yang mcwakili H.R.Cheeseman, Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu itu telah berjaya menubuhkan sebuah persatuan kebangsaan bagi menggabungkan tenaga pelajar Melayu. Namanya diabadikan sebagai Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu-Semenanjung (GPMS). Pucuk pimpinannya yang pertama yang dipilih dalam kongres berkenaan terdiri daripada:
Yang Dipertua: Abd. Wahab Mohd. Ariff (Kolej Perubatan)
Naib YDP: Ismail Majid (Maktab Teknik)
S/Usaha Agung: Khalid Nasir (Maktab Pertanian)
Bendahari: Ahmad Z. Abidin Yusuf (KPPMS/K. Lumpur)
Ahli-ahli     :       
-Tahir Majid (Maktab Teknik)
-Abd. Rahim Hussin (KPPM insaf, Perak)
-Ann Majid (KPPMS/K.Lumpur)
-Abd. Aziz Rawi (KPPM Pahang)
-Ahmad Salleh (KPPMS)
Salah satu perkara yang menarik dalam kelahiran dan penubuhan GPMS ini ialah keputusan memberikan penghormatan pada Dato’ Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor untuk menjadi Penaungnya yang pertama. Sementara itu, satu ikrar telah dirakamkan sebagai mercu tanda komitmen para penajanya dalam mengusahakan dan menghadiri perhimpunan dalam kongres penubuhannya, menyebutkan, dalam terjemahannya, iaitu mereka:
-sedar atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu;
-sedar akan kemunduran kami di alam pengetahuan;
-sedar akan kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa;
-sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulia bangsa itu di tangan kami berpendapat, bahawa Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan penuntut-penuntut Melayu di segenap lapisan,
Sehubungan dengan ikrar ini, maka Perkara 5 dalam Perlembagaan GPMS atau yang didaftarkan nama asalnya sebagai Federation of Malay Students’ Unions, Malaya - FMSU menggariskan sembilan tujuan dan bidang kegiatannya seperti berikut:
-To bring forward all applications, appeals and requests of Malay Students to the higher authorities.
-To maintain relationship with other non-political students’ organizations inside and outside Malaya.
-To defend the rights and interests of Malay students.
-To fight illiteracy.     
-To extend wider opportunities for Malay students to go for higher studies.
-To help those Malay students who are unable to continue their studies due to financial weakness.
-To publish information regarding students and education.
-To form a body that will investigate into Malay culture and arts.
- All other activites that may be necessary to farther the aims of the F.M.S.U.
Bardasarkan latar belakang penubuhan serta matlamat perjuangannya itu nyatalah bahawa GPMS telah menjadi salah satu manifestasi perjuangan nasionalisme di kalangan pelajar Melayu. Maka itu tidak hairanlah bahawa ia menjadi arena penting bagi sebilangan tokoh pelajar dan seterusnya menjadi salah satu saluran kesinambungan dan mobiliti sosial ke atas bagi golongan elit Melayu baru yang dihasilkan oleh sistcm pendidikan Inggeris dan kebangsaan, sebelum dan selepas Merdeka. Pcngalaman mereka dalam GPMS inilah turut melengkapkan pcngalaman dan pengaruh mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik tanah air dalam dekad 60-an sehinggalah hari ini.
Atas kesedaran dan landasan perjuangannya dalam memajukan bidang pendidikan di kalangan pelajar Melayu, maka imej GPMS sentiasa dikaitkan dengan bidang berkenaan. Antara kegiatan yang dilakukan dalam hal ini, khususnya dalam tahun 1960-an itu ialah mengadakan kelas bimbingan bagi pelajar-pelajar Melayu dan menjadi penggerak terhadap usaha merealisasikan Dasar Pelajaran Kebangsaan sepertimana yang dirakamkan dalam Penyata dan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Usaha ini termasuklah merangsangkan penubuhan sekolah menengah Melayu di seluruh negara, sementara konsep pelajaran aneka jurusan yang diusahakan oleh Aminuddin Baki itu juga turut menggiatkan usaha GPMS dalam membangunkan dan mempertingkatkan taraf pendidikan di kalangan pelajar Melayu umumnya. Tumpuan kegiatan begini adalah berbeza daripada yang diberikan perhatian oleh beberapa persatuan belia semasa yang lain ketika itu, misalnya MAYC ataupun kemudiannya Belia 4B yang lebih tertumpu pada kegiatan ekonomi, kesenian, dan pertanian.
Saingan penting dalam konteks kegiatan berpersatuan GPMS dalam tahun 1960-an ialah kemunculan badan-badan pelajar di beberapa buah institusi pcngajian tinggi sekitar Kuala Lumpur yang terutamanya tertumpu kepada pendidikan dan gerakan yang berorientasikan kepentingan agama Islam. Yang memisahkan kedua-dua bentuk pergerakan badan pelajar ini ialah premis masing-masing. GPMS berorientasikan nasionalisme Melayu dengan barisan pimpinan sejak awalnya terdiri daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi universiti; namun kegiatannya lebih tertumpu kepada para pelajar di peringkat sekolah, sementara badan-badan pelajar Islam lebih tertumpu di kalangan pelajar universiti dan maktab.
Sementara itu, kalangan para tokoh dan pemimpinnya pula, selain Dr. Wahab Mohd. Ariff yang menerajui dan mengasaskan penubuhannya itu, berbangga kerana pernah dipimpin oleh beberapa tokoh lain yang juga telah mengukir nama masing-masing dalam perkembangan dan pembangunan negara, baik dalam bidang pen­didikan, ekonomi, pentadbiran awam mahupun politik.
Antara mereka yang boleh disebutkan ialah Puan Anne Majid, seorang aktivis sosial yang terkenal; Tan Sri Abdullah Ayub, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia; Datuk Hj. Lokman Musa, bekas Ketua Pengarah Pendidikan dan Pengarah Institut Teknologi MARA dan wakil Malaysia ke UNESCO; Allahyarham Datuk Ali Hj. Ahmad, bekas Menteri Pertanian (yang mendapat nahas dalam kemalangan kapal terbang di Tanjung Kupang, 1976, Prof. Hamzah Sendut, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia yang pertama; dan juga Dr. S. Husin Ali, bekas Profesor di Universiti Malaya dan sekarang menjadi Presiden Parti Rakyat Malaysia. Seorang tokoh yang lebih istimewa ialah Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Presiden GPMS 1962 - 64, dan sekarang menjadi Menteri Luar Malaysia. Datuk Abdullah yang pemah bertugas sebagai Pengarah, Bahagian Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum melibatkan diri sepenuh masa dalam politik bermula dalam pilihan raya umum 1978 itu lebih mesra di kalangan ahli GPMS dengan panggilan “Pak Lah” sahaja, suatu manifestasi kemesraan dan kebapaan yang mungkin tidak dapat dicapai oleh pemimpin GPMS yang lain sclama ini. Namun, satu-satunya tokoh yang lebih istimewa daripada itu ialah Aminuddin Baki, seorang tokoh pendidikan kebangsaan yang kemudiannya menjadi Pengarah Pendidikan Malaysia. Beliau bukan sahaja menjadi salah seorang penggerak penubuhan GPMS, malah telah ineneiiijui pucuk pimpinannya dalam tahun 1950, 1952 dan seterusnya. Di samping kesibukan tugasnya sebagai pegawai tinggi pendidikan, kemudiannya mcnjawat Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia (setaraf dengan ketua Pengarah Pendidikan sekarang) di Kcmcnterian Pelajaran, beliau masih herdamping rapat dan menjadi pcnasihatnya sehingga akhir hayatnya pada 24 Dis. 1965.
Dalam usaha mengenang jasa dan baktinya kepada GPMS dan pendidikan Melayu umumnya, GPMS telah mengusahakan penubuhan sebuah yayasan yang dinamakan sebagai Yayasan Aminuddin Baki, bermula dalam tahun 1966 dan direalisasikan dalam tahun 1971. Yayasan ini antara lain bertujuan mengabadikan jasa Allahyarham terhadap usaha memajukan pendidikan di kalangan pelajar Melayu dengan menyediakan peruntukan biasiswa tertentu bagi membantu para pelajar yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran masing-masing. Landasan ini sesungguhnya menepati titik mulanya kesedaran di kalangan para pengasas GPMS sendiri yang berusaha untuk mengatasi masalah yang menghalangi pencapaian pelajar-pelajar Melayu dalam bidang pendidikan. Dan ia sekali gus pula cuba ditampungi oleh Allahyarahm Aminuddin berdasarkan kedudukan dan jawatan rasminya di Kementerian Pendidikan. Tegasnya di sini, kedua-dua GPMS dan Aminuddin Baki berkeadaan saling melengkapi antara satu sama lain dalam merealisasikan wadah perjuangan yang melahirkan gerakan pelajar  ini. (Hayatilah sajak Dr. Firdaus Abdullah, seorang aktivis dalam Persatuan Pelajar Melayu Selcmgor dan GPMS yang membayangkan kesedihan GPMS terhadap Aminuddin Baki.)
Penutup
Sungguhpun ada kclemahan yang tertentu pada GPMS, misalnya dari segi kewangan dan penghaluan aktiviti, di samping ada pihak tertentu yang melihatnya tidak lebih sebagai persatuan untuk murid-murid sckolah, GPMS telah mencipta sejarah sosialnya sendiri sebagai sebuah gerakan kolektif pelajar. Wadah dan kemunculannya di tengah-tengah perubahan politik dan gerakan menuntut kemerdekaan menjadikannya satu-satunya pertubuhan belia yang secara sedar dibangunkan atas kesedaran dan semangat nasionalisme Melayu yang matlamatnya, iaitu pendidikan, masih lagi memerlukan bantuan dan usaha yang berterusan agar generasi pelajar Melayu tidak tercicir dan ketinggalan jauh berbanding dengan yang dicapai oleh para pelajar bukan Melayu. Permasalahan ini sendiri sebenarnya masih lagi relevan sekarang. Juga masih relevannya pegangan Aminuddin betapa: Ayam di kepuk jangan mati kebuluran, itik di air jangan mati kehausan. Malahan ia menjadi lebih mendesak lagi oleh sebab pembangunan di bidang pendidikan pelajar-pelajar berkenaan menghadapi lebih banyak godaan tertentu yang boleh menjerat dan memerangkap mereka dengan berbagai-bagai masalah sosial seperti dadah, lepak, bohsia dan bohjan, dan sebagainya itu, sedangkan pada hari ini segalanya terarah untuk merealisasikan Wawasan 2020 dengan masyarakat dan negara Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. 

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...