Sunday 25 March 2018

BAB 12: Dari GPMS Ke ABIM:


Jalan lain Dalam Kesinambungan kepimpinan Politik Melayu
Pengenalan
Sekiranya kita mclihat secara global akan penglibatan golongan belia atau orang muda dalam arena politik, maka sudah tentu akan kita temui begitu banyak maklumat mengenai peristiwa dan sumbangan yang mereka mainkan sepanjang sejarah perkembangan tamadun manusia seluruhnya.
Sesungguhnya pcranan golongan muda, kerana tenaga semula jadi mereka adalah lebih kuat, lebih produktif dan lebih berpotensi itu, semacam terkhusus dalam pelbagai bidang aktiviti walau dalam masyarakat mana sekalipun. Daripada berperanan sebagai gembala ternakan di dalam kehidupan kebanyakan suku kaum di Afrika, menjadi cowboy di ladang-ladang temakan di Amerika Syarikat atau juruselam dan awak-awak nelayan di pantai Bachok, Kelantan sehinggalah pada kedudukan sebagai pemimpin-pemimpin gerakan pelajar di kampus-kampus univesiti, menjadi ahli-ahli teknokrat dan korporat serta pemimpin-pemimpin pelapis dalam parti-parti politik, jelas memperlihatkan betapa besarnya potensi, peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh golongan muda ini sejak sekian lama.
Menginsafi potensi dan peranan yang demikian besarnya beginilah, maka dalam banyak parti politik terdapat pasukan atau sayap pemudanya guna mcnggcmbleng tenaga muda ini untuk menggerakkan jentera parti dan merancang kesinambungan pcrjuangan politik mcrcka. Ini merupakan satu fesyen yang juga sejagat sifatnya. Scbagai misalannya, salah satu langkah penting yang dilakukan olch Vladimir Ilyich Ulyanov Lenin sesudah memenangi gerakan dan Revolusi Bolshevik di Russia dalam tahun 1917 ialah menubuhkan barisan Pemuda Komunis. Tujuan asasi pasukan yang dinamakan sebagai KOMSOMOL (Kommuni-stlcheski soinz Molodtzhi – Communist League of Youth) ini ialah untuk mcmastikan bahawa pengembangan dan perjuangan ideologi dan parti Komunis itu dapat dipertahankan dan diteruskan sampai bila-bila.
Kepentingan ideologi dun politik ini, sama ada dalam keadaan yang nyata ataupun semata-mata untuk keperluan logistik jangka panjang sesuatu perjuangan , baik dalam masyarakat Komunis ataupun ataupun demokrasi, merupakan suatu proses yang dimaksudkan oleh Maurice Duverger dalam bukunyn, Political Parties, (1967: 54) sebagai ideological decentralization. Proses decentralization of ideology  bagi sesebuah parti politik yang pragmatik seperti UMNO misalnya adalah bcrguna dalam memperluas pengaruh parti dan menangani segala kemungkinan dan perbezaan yang jelas pada ciri-iri politik kedaerahan, perpecahan dan sikap berpuak-puak dalam parti. Matlamat “penyebaran ideologi” sedemikian rupa dijangka akan merangsang wujudnya suasana perbincangan, persaingan intelektual (intellectual rivalry) serta kebebasan berpolitik, misalnya menentukan dan melatih pemimpin di kalangan barisan pemimpin pclapis dan ahli-ahlinya.
Namun dalam apa pun keadaannya, haruslah diinsafi bahawa kcpcrluan mewujudkan parti dalam parti tersebut tampaknya telah merebak dan menjadi ikutan dalam banyak masyarakat koloni yang sedang memperjuangkan kemerdekaan masing-masing selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini penting diberikan perhatian kerana kemunculan beberapa organisasi ala-KOMSOMOL seperti Pertubuhan Pemuda Nazi di Jerman dalam tahun 1940-an dan Pasukan Gadna di Israel umpamanya tidaklah didasarkan pada kuantiti atau bilangan rakyat mudanya, tetapi adalah sebagai suatu tuntutan dan lojistik politik kepartian.
Hal yang sama tampaknya pada akhir-akhimya telah merebak dan meluas ke dalam banyak masyarakat koloni di luar Eropah. Kegiatan-kegiatan berpersatuan sukarela di kalangan orang muda yang bukan politik seperti yang banyak terdapat di Amerika Syarikat tampaknya menjadi kurang perlu dalam urusan kepartian dan proses sosialisasi politik.
Sehubungan dengan itu, maka wajar juga kalau disebutkan di sini bahawa tidak semua badan atau pertubuhan sukarela ini dapat memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak dalam memper- juangkan kepentingan ahlinya. Malahan banyak daripadanya sekadar bertaraf kumpulan kepentingan yang biasa yang lebih banyak bertindak pro-establishment, lebih bersedia mengelakkan diri daripada bertindak secara radikal dan vokal, mengelakkan diri daripada menanggung risiko yang menyebabkannya dilabelkan sebagai anti-establishment. Sekiranya hal-hal ini tidak dapat dielakkan, ia mungkin dianggap menjejaskan kedudukan dan kepentingan pemimpin dan ahli-ahli kumpulan belia itu sendiri.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa banyak pergolakan dalam masyarakat itu sendiri mempengaruhi corak tindakan dan suasana radikal tidaknya tindakan dan gerakan tenaga kolektif belia. Radikalisme itu sendiri tidaklah menjadi konotasi mutlak dalam sejarah gerakan belia di Malaysia; tetapi mereka sesungguhnya menjadi satu ejen kemasyarakatan yang penting yang boleh menggerakkan dan menentukan masa depan masyarakat (Leopold Rosenmayr, 1979).
Hal ini ada relevannya yang tertentu dalam konteks pengajian sejarah sosial dan politik Malaysia umumnya. Memang benar pendapat yang mengatakan bahawa telah banyak diperlihatkan kepen­tingan golongan muda dan fahaman atau pegangan perjuangan orang muda sejak zaman Hang Tuah lima sahabat di Melaka dan seterusnya pada persaingan golongan tua dan golongan muda dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama sehinggalah kemunculan Persatuan Sahabat Pena, penglibatan orang muda dalam politik
kepartian dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) dan seumpamanya, Pergerakan Pemuda UMNO, dan malahan kepada politik UMNO hari ini. Ada antara bekas pemimpin gcrakan pelajar-belia itu kemudiannya telah terlibat secara langsung dan menjadi pemimpin parti politik pula. Arena perjuangan mereka melalui mata pena dan kegiatan sosiobudaya telah banyak diperkatakan, khususnya dalam kcgiatan politik antipenjajahan.
Namun begitu, selain perjuangan melalui tulisan dan media massa, yang boleh dianggap missing link yang sepatutnya telah banyak diberikan perhatian dalam hal ini ialah analisis terhadap pcrtumbuhan, keterlibatan serta pengkaderan pimpinan dalam organisasi gerakan belia dan sumbangan gerakan ini dalam politik kebangsaan, khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini dikira pcnting kerana di sebalik wujudnya cabang-cabang organisasi atau jawatankuasa khusus mengenai golongan belia dalam pergerakan parti induk seperti Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda PAS, Pemuda MIC, Wanita UMNO, Wanita MCA dan seumpamanya itu, yang turut memainkan peranan tertentu dalam usaha mengisi kcmerdekaan, ternyata bahawa badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan belia bukan politik itu juga sebenamya menjadi jalan lain yang berperanan untuk memberikan erti pada usaha pembinaan bangsa dan pemupukan satu identiti negara-bangsa Malaysia. Dan yang lebih mendesak daripada itu adalah dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan politik dan negara.
Hanya malangnya oleh sebab jalan lain ini sering menyebabkan rekrutmen kepimpinan melalui badan-badan bukan parti politik itu menjadikan seseorang itu sebagai jaguh politik payung terjun yang mendarat pada lapangan yang serba terencana dan lengkap, maka mereka ini pula seringkali dianggap tidak lebih sebagai pemimpin ingus-ingusan yang barn setahun jagung, yang bemasib baik kerana dinaungi, bahkan menjadi terlalu cepat matang sehingga dalam masa yang sama mengukuhkan lagi tradisi politik naungan (tokoh-tokoh begini perlu dinaungi oleh pemimpin dan ketua-ketua tertentu di peringkat yang lebih tinggi).
Dalam politik UMNO khususnya, tanggapan dan perkembangan seperti ini memang sering kedapatan bilamana seseorang itu dijadikan calon pilihan raya UMNO tanpa berpengalaman dan melalui ritual politik dan pendedahan tertentu budaya UMNO sebagaimana yang banyak diharapkan oleh ahli - dari peringkat bawahan/cawangan sehinggalah peringkat bahagian - untuk beberapa tahun lamanya pula.
Latar Belakang Ringkas Pcrtumbuhan Badan-badan Belia
Dalam membincangkan pertumbuhan badan-badan belia ini, satu perkara yang dapat diperhatikan adalah mengenai proses penajaan penubuhannya. Penubuhannya boleh jadi secara semula jadi atas tuntutan dan pergaulan berdasarkan minat dan tingkah laku semula jadi. Misalnya kawan-kawan sepermainan yang sebaya umumya. Satu contoh menarik dalam hal ini ialah kumpulan Hang Tuah lima bersahabat. Mereka bukanlah sebuah organisasi belia per se tetapi cukup baik untuk dilihat sebagai satu kumpulan anak-anak muda yang terkelompok oleh kerana minat dan ciri-ciri tingkah laku mereka yang sama: sebagai orang muda yang terlibat secara langsung dalam seni mempertahankan diri, permainan senjata dan menjadi pahlawan istana Melaka.
Satu lagi ialah penajaan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkuasa atau oleh state. Maksud penajaan (sponsorship) di sini ialah bilamana usaha penubuhan sesebuah badan atau pertubuhan belia itu dilakukan atau melibatkan pihak kerajaan seperti pegawai dan kakitangannya yang tertentu, khususnya di peringkat awal. Dalam konteks lima buah persatuan belia Melayu yang menjadi teras perbincangan dalam kertas ini - GPMS, MAYC, Belia 4B, PKPIM dan ABIM - dapat diperhatikan bahawa dua daripadanya adalah yang dirancang penubuhannya oleh pihak kerajaan, dan yang tiga buah lagi diusahakan oleh sekumpulan pemimpin dan aktivitis pelajar-belia Melayu yang merasai beberapa kepentingan tertentu orang Melayu tersisih daripada arus perkembangan semasa.
Pertumbuhan Badan-Badan Sebelum Perang Dunia Kedua
Kewujudan kelompok atau badan-badan belia sebagai satu kelompok sekunder dalam mana-mana masyarakat sekalipun adalah tidak lain discbabkan olch naluri (instinct) ingin hidup berkelompok yang mcnjadikan manusia dikatakan sebagai haiwan sosial. Hubungan sosial begini, tcgasnya adalah satu naluri semula jadi manusia. Hanya kepentingan tcrtcntu sahajalah yang boleh mengukuhkan dan menentukan kelangsungan atau survival kclompok demikian. Misalnya, berkenaan dengan Hang Tuah dan lima sahabatnya itu: ikatan mereka adalah lebih lama kekalnya kcrana mereka mempunyai satu kepentingan yang serupa iaitu ketcrampilan bermain senjata dan semangat kepahlawanan dalam scbuah rejim politik feudal. Sementara itu imej yang terhasil daripada ikatan mereka lima bersahabat itu diabadikan sebagai scbahagian legenda pertahanan, kekuatan dan konsep wira bangsa Melayu yang diberi nilai-nilai positif tertentu untuk mengukuhkan semangat dan ciri hidup kemelayuan itu dari generasi ke satu gcnerasi sehinggalah hari ini.
Sebenamya kita tidak pemah dapat memisahkan kepentingan tenaga dan golongan belia, yang biasanya dimaksudkan bagi orang- orang muda yang berusia antara 15 hingga 35 atau selebih-lebihnya 40 tahun, daripada kepentingan kelompok keseluruhanya. Demikian juga dalam pertumbuhan dan perkembangan masyarakat tempatan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan merujuk pada legenda kepahlawan Hang Tuah dan semangat Hang Jebat, di samping penemuan-penemuan kajian antropologikal yang sebanding dalam beberapa buah komuniti kecil dan sederhana di luar Malaysia umumnya, nyatalah bahawa secara umumnya kewujudan fenomena dan kepentingan golongan muda ini adalah bersifat sejagat, melengkapi keperluan hidup kelompok masing-masing dengan tugas dan jangkaan peranan tertentu, misalnya untuk mengerjakan aktiviti ekonomi, untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan dan seumpamanya sebagai warisan generasi mereka pada masa hadapan. Hal inilah yang sering dikatakan sebagai Pemuda Harapan Bcmgsa, Pemudi Tiang Negara itu (cf.S.N. Eisenstadt, 1956; James S. Coleman, 1974).
Maka itu, dalam beberapa rakaman hasil kesusasteraan Melayu misalnya, jiwa remaja dan orang muda yang seringkali digambarkan dengan penuh romatik itu tersimpan potensi tertentu yang boleh sahaja digunakan untuk menjalankan peranan dan tugas tertentu kepada masyarakat dan bangsa. Orang-orang mudalah yang menjadi kumpulan pengikut dan tenaga penting bagi ketua-ketua feudal atasan dan tempatan bagi kelangsungan sistem sosiopolitik tersebut. Dalam Hikayat Pelayaran Munshi Abdullah ke Kelantan misalnya, golongan inilah yang menjadi tenaga perang yang penting bagi anak-anak raja yang merebut takhta kerajaan di negeri Kelantan. Demikian juga dalam masyarakat Melayu di Perak dalam sistem politik bumiputeranya sebagaimana yang pernah dihuraikan oleh beberapa orang penyelidik dan sarjana. (cf. J.M. Gullick, 1970; Shaharuddin Maaruf, 1984).
Dalam zaman awal pentadbiran Inggeris di negeri-negeri Melayu, golongan muda tempatan menjadi tenaga penting yang telah digunakan untuk menjaga keselamatan awam, dalam Pasukan Polis misalnya. Tetapi, di samping terlibat juga dalam gerakan kecil-kecilan pemberontakan menentang kuasa kolonial itu sebagai suatu wadah semangat bencikan orang asing (xenopobhia), yang lebih istimewa daripada itu ialah penglibatan orang-orang muda tempatan dalam beberapa jenis permainan sukan yang diperkenal- kan oleh pihak kolonial. Pertumbuhan bandar-bandar baru serta cara hidup Inggeris yang tertentu telah mengembangluaskan beberapa bentuk budaya popular massa, khususnya budaya popular (seperti bangsawan, opera dan seterusnya filem) serta budaya kesukanan seperti permainan bola sepak, hoki, kriket dan juga tenis. Pertum­buhan kelab-kelab bola sepak dan juga minat terhadap permainan bola sepak di kalangan masyarakat tempatan sehingga hari ini mulai dipupuk sejak itu (W. R. Roff, 1974; Wan A. Kadir, 1988 & 1992).
Di samping itu, satu lagi pengaruh penting cara hidup Inggeris yang berkenaan dengan orang muda ialah pertumbuhan badan- badan belia yang berorientasikan ajaran agama Kristian. Dua tujuan penting dapat dikesan dalam hal ini. Pertama untuk menjadi saluran pengembangan agama Kristian di kalangan orang muda tempatan, khususnya bagi pegawai-pegawai muda Inggeris sendiri di samping para penganut baru agama tersebut. Dan yang kedua adalah untuk tujuan pendidikan moral dalam konteks pengembangan pendidikan Inggeris umumnya (cf.R. Hunt, L.K. Hing & J. Roxborogh (eds), 1992).
Dua buah pertubuhan belia yang diusahakan pengembangannya di sini dalam hal-hal moral dan keagamaan ini ialah Youngmen Christian Association (YMCA) (ditubuhkan di Tanah Melayu, 1905) dan Youngwomen Christian Association (YWCA) (1914). Kedua- duanya adalah yang dibawa masuk dari Eropah. Sementara itu, beberapa konsep gerakan belia berunifom bagi murid-murid sekolah juga diperkenalkan, iaitu Pasukan St. John Ambulance (1908), Pasukan Pengakap (1910), Pandu Puteri (1917). Sehingga menjclangnya Perang Dunia Kedua, peranan dan kedudukan persatuaii-pcrsatuan yang bercorak keagamaan Kristian ini adalah jauh IetJih penting daripada kebanyakan persatuan sukarela golongan belia yang lain. Beberapa fellowship Kristian juga turut bergiat dalatn kedua-dua lapangan iaitu agama dan pendidikan, misalnya Met­hodist Fellowship dan Catholics Youngmen Association (CYMA).
Pertumbuhan Gerakan Belia Selepas Perang Dunia Kedua
Konsep gerakan belia berpersatuan yang moden di kalangan golongan belia Melayu adalah fenomena selepas Perang Dunia Kedua. Dalam perkembangan yang dianggap baru ini, sesebuah per­satuan sukarela, termasuk persatuan belia, dikehendaki didaftarkan terlcbih dahulu sebelum dibenarkan bergerak secara sah mengikut peraturan-peraturan yang dimaktubkan dalam Akta Pertubuhan. Persatuan ini dikecualikan bagi mana-mana persatuan sukarela yang merupakan pengembangan atau cawangan sesebuah badan induknya yang telah didaftarkan mengikut Royal Charter tertentu (Hussain Mohamed, 1983).
Perkembangan politik selepas Perang itu, khususnya gerakan antipenjajahan ekoran daripada rancangan penubuhan Kesatuan Malaya, menjadi dorongan awal yang membantu melahirkan persatuan belia Melayu melalui kesedaran politik tertentu di kalangan sebilangan aktivis pelajar-belia Melayu. Hal ini dapat diperhatikan daripada kelahiran GPMS dalam tahun 1948.
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (1948)
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau nama asalnya sebagai Federation of Malay Students' Union, Malaya adalah salah satu nama yang akan kekal abadi sebagai sebuah pertubuhan sukarela pelajar yang ditubuhkan pada zaman kolonial oleh para pelajar Melayu yang memperjuangkan dan mempertingkatkan taraf dan kemajuan pendidikan Melayu sejak berakhimya Perang Dunia Kedua.
Sesungguhnya sejarah pertumbuhan dan perkembangan GPMS berkaitan secara langsung dalam memperjuangkan usaha untuk mengatasi suasana kemajuan pendidikan pelajar-pelajar Melayu dalam institusi-institusi pengajian tempatan selepas Perang Dunia Kedua yang rata-ratanya adalah daif, terkebelakang dan berhadapan dengan saingan yang cukup sengit daripada pelajar bukan Melayu.
Keinsafan terhadap kemajuan pendidikan itu menjadi lebih mendesak lagi dalam tahun 1945 - 48 oleh sebab pergolakan politik Tanah Melayu ekoran daripada kekalahan tentera Jepun, kembalinya semula pemerintahan Inggeris, tindakan-tindakan politik radikal Pasukan Bintang Tiga, dan seterusnya projek Malayan Union. Semuanya ini mendorong dan memerlukan pelajar-pelajar ini bersatu dan bekerjasama untuk menangani nasib dan masa depan bangsa mereka tanpa mengira asal keturunan atau perbezaan negeri asal mereka..
Dua orang individu utama yang menggerakkan usaha penubuhan GPMS itu ialah dua orang pelajar Melayu, iaitu Dr. Abd. Wahab Mohd. Ariff dan Aminuddin Baki di samping para pendukung dan pengasas Kesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor.
Sungguhpun nama Dr. Abd. Wahab Ariff memanglah kurang dikenali umum beliau merupakan pelajar terbaik Penang Free School dalam peperiksaan Senior Cambridge dalam tahun 1937. Kejayaannya itu membolehkannya diberi kepercayaan untuk memimpin Malay Boys League, sebuah organisasi pelajaran dan sosial pelajar-pelajar Melayu yang berhasrat untuk memper­tingkatkan prestasi mereka dalam pelajaran dewasa itu. Ketika itu Abd. Wahab berusia 18 tahun. Dalam tahun 1939, beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.     
Dalam tempoh yang sama, kesedaran dan keinsafan yang serupa juga mendorong sekumpulan pelajar Melayu di Victoria Institution, Kuala Lumpur menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan sebagai Kesatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution dengan rasminya dalam satu mesyuarat penubuhan pada 20 Nov. 1945. Mulai 11 Febuari 1946, namanya ditukarkan sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-Penuntut Melayu Kuala Lumpur (KPPMKL).
Aktiviti KPPMKL telah bcrkcmbang dan mendapat sambutan sehingga tertubuhlah sebuah persatuan yang lebih bcsar pada awal tahun 1947 yang dikenali sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-Penuntut Melayu Selangor (KPPMS). Antara mereka yang kemudiannya meneruskan pengajian di Kolej Perubatan dan juga Rallies College di Singapura ialah Mohamed bin Mohd. Noor, Wan Sulaiman Pak Wnn Teh, Asraf bin Hj. Abd. Wahab, Siti Hasmah Mohd. Ali, Radiah Mohd. Ali, Ann Abd. Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros Othman, Abd. Hamid Hj. Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffin Pak Wan Teh, Wan Mahmud Pak Wan Teh, dan Wan Hassan Pak Wan Tch. Antara tujuan penubuhan KPPMS ialah:
(a) mcncegah pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat pelajaran mereka ...pem­berhentian ini sering berlaku kerana kesempitan hidup atau berumahtangga pada kadar umur yang “awal”,
(b) menubuhkan satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, (tabung derma ini dinamakan “Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur”),
(c) menggalakkan penuntut-penuntut belajar bersungguh dan memberi didikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.
Perkembangan seterusnya memperlihatkan Abd. Wahab Mohd. Arif, serta sebilangan pelajar yang mengasaskan penubuhan KPPMS meneruskan pengajian mereka di Singapura dan bertemu pula dengan seorang lagi penuntut Melayu yang sama prihatinnya dalam hal ini iaitu Aminuddin Baki, berasal dari Chemor, Perak untuk menubuhkan GPMS. Tempat pertemuan ialah di Singapura. Lontaran idea tentang betapa pentingnya ditubuhkan sebuah pertubuhan pelajar Melayu bertaraf kebangsaan telah dibuat dalam pertemuan majlis makan awal tahun 1948 Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Maktab Raffles pimpinan Abd. Wahab Mohd. Arif.
Pertemuan itu telah melahirkan sebuah Jawatankuasa Penaja untuk meralisasikan hasrat itu yang dianggotai oleh:
Pengerusi: Abd. Wahab Mohd. Ariff
Setiausaha: Aminuddin Baki
Pen. Setiausaha: Ahmad Ridduan Hj. Zainuddin Bendahari         : Abdullah Majid
Wakil Pemudi/Wanita: Siti Hasmah Mohd.
Ali Ahli-ahli:
Mohamed Noor Marahakim
W. Sulaiman Pak Wan Teh
Abd. Rahim Ishak
Jawatankuasa ini telah menganjurkan kongres penubuhan GPMS bertempat di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (sekarang kampus Universiti Teknologi, Jalan Gurney, Kuala Lumpur). Pengerusi bagi kongres yang diadakan pada 14-15 Ogos 1948 itu ialah Aminuddin Baki. Kongres ini telah dihadiri oleh perwakilan tujuh buah persatuan pelajar Melayu dari sekitar Kuala Lumpur, juga dari Perak dan Pahang. Ia dirasmikan olehR.P.S. Walker yang mewakili H.R.Cheeseman, Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dewasa itu. Hasilnya tertubuhlah sebuah persatuan kebangsaan yang dikenali kemudiannya sebagai Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Pucuk pimpinannya yang pertama yang dipilih dalam kongres berkenaan terdiri daripada:
Yang Dipertua: Abd. Wahab Mohd. Ariff (Kolej Perubatcm)
Naib YDP: Ismail Majid (Maktab Teknik)
S/Usaha Agung: Khalid Nasir (Maktab Pertanian)
Bendahari: Ahmad Z. Abidin Yusuf (KPPMSV K Lumpur)
Ahli-ahli:
Tahir Majid (Maktab Teknik)
Abd. Rahim Hussin (KPPMInsaf, Perak)
Ann Majid (KPPMS/KLunipur)
Abd. Aziz Rawi (KPPM Pahang)
Ahmad Salleh (KPPMS)
Sebagai satu manifestasi perjuangan nasionalisme di kalangan pelajar Melayu yang lebih besar dan menyeluruh, GPMS menjadi arena penting bagi beberapa orang tokoh pelajar dan seterusnya menjadi salah satu saluran kesinambungan golongan eljt Melayu baru yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Inggeris dan kebang­saan, sebelum dan selepas Merdeka. Secara simbolik, misalnya, Dato Onn Jaafar telah dilantik sebagai penaung GPMS yang pertama.
GPMS menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM) sejak tahun 1968 dan sehingga kini telah berjaya mengangkat martabat dan kesedaran ahli-ahlinya khususnya dan pelajar-pelajar Melayu umumnya. Selain Dr. Wahab Mohd. Ariff, beberapa orang tokoh lain turut mengukir nama masing-masing dalam memajukan GPMS di samping membangunkan negara umumnya. Tetapi yang tampaknya jauh lebih terkemuka dikaitkan dengannya ialah Aminuddin Baki, Presidennya bagi tahun 1951 - 53, seorang tokoh penting dalam pendidikan negara. Beliau menjadi Presiden GPMS dalam tahun 1951 hingga 1953. Seorang lagi ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang kedua, juga bekas menteri, Allahyarham Datuk Ali Hj. Ahmad yang menjadi Presidennya dalam tahun 1952-55. Allahyarham meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang di Tanjung Kupang, 1973.
Tokoh politik semasa yang seringkali dikaitkan dengan GPMS ialah Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, anak seorang ulama terkemuka di Kepala Batas, Seberang Perai yang pernah terlibat dalam kepimpinan dan penubuhan Parti UMNO. Datuk Abdullah memimpin GPMS dalam tahun 1962 dan 1963; memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia selepas lulus daripada Unjversiti Malaya (1964) dan pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas tragedi Peristiwa 13 Mei. Datuk Abdullah yang dilahirkan dalam tahun 1939 itu telah ditugaskan sebagai Pengarah Belia, di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia dalam tahun 1971, dan memasuki barisan kepimpinan UMNO mulai dalam pilihan raya tahun 1978. Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Wilayah Persekutuan (1978 - 80), Timbalan Menteri di Kementerian yang sama (1980 - 81); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 - 84) dan Menteri Pelajaran (1984 - 86), sebelum ditukarkan ke Kementerian Pertahanan (1986 - 87). Beliau sekarang (1992) adalah salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden UMNO dan berjawatan sebagai Menteri Luar Malaysia.
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
Nama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia sebenamya lebih dikenali sebagai MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs). Dari segi sejarahnya, MAYC adalah sebuah pertubuhan belia yang tradisi dan identitinya berasal mula daripada National Association of Youth Clubs (NAYC), iaitu sebuah badan gabungan kebangsaan kelab-kelab belia di Britain yang begitu popular dalam dekad 40-an dan 50-an.
Nama MAYC yang bermula sebagai Malayan Association of Youth Clubs ialah satu gagasan bertujuan menjadi badan gabungan atau badan induk kebangsaan yang menggabungkan berbagai-bagai kelab dan persatuan belia peringkat tempatan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Matlamat pergerakan MAYC umumnya adalah bersifat sosio- ekonomi dan tertumpu ke kawasan bandar. Ia pada mulanya diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk memenangi dan menghindari para pemuda-pemudi di negara ini daripada diresapi dan dipengaruhi oleh ideologi komunis. Sewaktu MAYC ditubuhkan, sememangnya sudah ada Majlis Belia Malaya (ditubuhkan dalam tahun 1950) yang sepatutnya menjadi badan induk kebangsaan yang menggabungkan berbagai-bagai badan belia. Namun oleh sebab MBM ketika itu lebih banyak memberikan tumpuan pada kegiatan di peringkat antarabangsa, maka kegiatannya sebagai badan induk penyelaras kegiatan belia di peringkat domestik menjadi tidak berkesan dan kurang memuaskan.
Penubuhan MAYC melibatkan tiga pihak yang menjadi penajanya. Pertama ialah Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (yang ditubuhkan dalam tahun 1953); kedua, Majlis Belia Malaya; dan ketiganya, pihak British Council. Antara mereka yang terlibat itu ialah F.C.Arulanandom, (Peguam/Presiden MBM 1953 - 54); Ching Thin Huat (Guru/Susaha Agung MBM 1953 - 54); D.G. Smith (Pegawai Belia/Bendahari MBM 1953 - 54); Tan Hock Lin (Pekerja sukarela/AJK MBM 1953 - 54); R.K. Brady (Pegawai British Council); W. Amslie (Pegawai British Council); M.C.ff. Sheppard (Pegawai Malayan Civil Service); A. R. Allen (Penasihat Belia di Jabatan KebajiKan Masyarakat); dan juga Yaacob A. Latif (Pegawai Penerangan Kanan).
Langkah pertama yang dilakukan oleh mereka ini ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Sementara MAYC yang terdiri daripada:
Pengerusi: M.C.ff.Sheppard
Naib Pengerusi: Yaacob A. Latif
Setiausaha: A. R. Allen
Bendahari: D. G. Smith
Ahli-ahli:
F. C. Arulanandom
W. Emslie
Chong Thin Huat
J. Siow Loong Hin
Helen Tan
Mesyuarat penubuhannya secara fasmi telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Januari 1954, dan M. C. ff. Sheppard, Yaacob
Latif, serta D. G. Smith kekal pada jawatan masing-masing. Jawatan setiausaha yang dipegang oleh A.R. Allen telah digantikan oleh M. D. Milman, juga daripada Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum ia diambil alih oleh YM Tunku Abdullah ibni al-Marhum Tuanku Abd. Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ketika itu berjawatan pegawai Malayan Civil Service, dengan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (1952 - 54). M. C. ff. Sheppard sendiri sebenarnya telah dilantik menjadi Penasihat Inggeris di Negeri Sembilan sekitar tahun 1954 - 55.
Sebagaimana pertubuhan belia yang lain, matlamat pergerakan MAYC juga adalah untuk mengerakkan, menyatukan dan memajukan golongan belia umumnya serta ahli-ahli, yang berbagai-bagai kaum dan keturunan, dalam badan-badan gabungannya, khususnya. Sebagai sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dalam zaman kolonial, MAYC berusaha untuk memberikan perhatian istimewa kepada golongan ini, khususnya di kalangan belia kawasan bandar dan kampung-kampung baru. Hal ini menjadikan MAYC agak popular dan mendapat sambutan yang baik di kalangan belia bukan Melayu dalam tahun-tahun awal perkembangannya.
Tunku Abdullah telali mengambil alih pucuk pimpinan MAYC mulai tahun 1956 sehinggalah beliau digantikan dalam tahun 1971, iaitu kira-kira selama 15 tahun. Beliau sekarang adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Kewangan MBF serta pengasas/ Pengerusi Kumpulan Melewar, sebuah syarikat pemiagaan yang terkemuka. Dalam tempoh 1971 - 1972, MAYC dipimpin oleh Syed Ahmad Idid, seorang peguam yang pernah menjadi Setiausaha agungnya dalam tahun 1970. Beliau sekarang berjawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Pada umumnya, sehingga tahun-tahun 1970-an, kepimpinan MAYC ketara sekali dilibati oleh kalangan kakitangan awam dan swasta, termasuk golongan profesional seperti peguam dan akuantan, serta kalangan ahli perniagaan, berbanding dengan satu dekad yang lalu ia turut diminati dan disertai oleh tokoh-tokoh politik tertentu di peringkat tempatan.
Dalam tahun 1971, Sanusi Junid telah mengundurkan diri daripada ABIM yang turut diasaskan penubuhannya itu untuk bergiat aktif dalam MAYC. Beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Agung; dalam tahun berikutnya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua II; dan mulai tahun 1973, beliau terus-menerus menjadi Presiden MAYC sehinggalah sekarang (Ogos, 1992). Beliau yang dilahirkan dalam tahun 1945, berpengalaman sebagai pegawai bank, mulanya memasuki sebuah cawangan UMNO di Seremban dalam tahun 1963; memenangi kerusi Parlimen kawasan Jerai atas tiket UMNO dalam pilihan raya umum 1974, dan pernah dilantik men­jadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (1978 - 80); Timbalan Menteri di Kementerian Tanah dan Pembangunan Lu*r Bandar (1980 - 81) dan seterusnya sebagai Menteri di Kementerian Tannh dan Pembangunan Luar Bandar (1981 - 86), dan selepas itu sebagai Menteri Pertanian. Beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti UMNO (1984 - 87).
Scmcntara itu, Setiausaha Agung dalam tahun pertama Sanusi mcngambil alih pucuk pimpinan MAYC itu ialah Rahmah Othman (bekas Timbalan Kctua Pergerakan Wanita UMNO, bekas Timbalan Menteri dan jawatan politik terakhir, bekas Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46), dan dalam dua tahun berikutnya, jawatan tersebut dipegang semula oleh Mohd. Taib Wahab, seorang pegawai swasta, yang pernah memegangnya dalam tahun 1972. Mulai tahun 1977 sehingga sekarang (Ogos 1992), jawatan setia­usaha agung MAYC dipegang oleh Mohd. Nazim Yahaya, seorang ahli pemiagaan dan aktivis politik UMNO di kawasan Hilir Perak.
Dalam politik belia, MAYC bergerak secara sederhana. Ia menjadi ahli gabungan MBM sehinggalah tahun 1978 bilamana ia menarik diri daripada MBM di peringkat kebangsaan. Ini adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan MBM menerima semula kemasukan beberapa pertubuhan belia seperti Belia 4B yang dianggap telah “mengkhianati” MBM di saat-saat genting MBM menghadapi tekanan pelbagai pihak untuk membubarkannya atas dakwaan sebilangan pemimpin MBM terlibat dalam Demonstrasi Pelajar-Baling bulan Disember 1974. MAYC adalah satu-satunya ahli gabungan MBM yang berusaha keras “menyelamatkan” MBM daripada “dibubarkari' sewaktu beberapa orang pemimpin MBM seperti Anwar Ibrahim berada dalam tahanan ekoran daripada demonstrasi 1974 itu.
Memang terdapat persaingan tertentu antara MAYC; dengan 3elia 4B tetapi tidaklah begitu ketara dan membimbangkan. Hal ini terjadi kerana penubuhan Belia 4B itu sendiri disebabkan oleh beberapa kelemahan tertentu MAYC dalam menangani keperluan aktiviti persatuan-persatuan belia, terutamanya yang terdapat di kawasan luar bandar.
Sementara itu, salah satu konsep pergerakan MAYC yang diperkenalkan dalam tahun 1976 oleh Datuk Sanusi, bertujuan untuk memajukan ahli-ahlinya ialah yang dinamakan MENJARO. Konsep ini berupa cara-cara untuk mempersiap dan memajukan Mental Jasad dan Rohani ahli-ahli MAYC khususnya, dan golongan belia umumnya, dalam menyediakan diri mereka untuk memenuhi tuntutan dan kerja-kerja pembangunan sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dalam tahun 1970.
Kegiatan badan-badan belia yang bergabung dalam MAYC adalah berbagai-bagai. Kemajuannya dalam bidang sosioekonomi pernah tergenjat dalam tahun-tahun 1960-an kerana ahli-ahlinya lebih berminat pada kegiatan hiburan dan keseniaan. Pergerakannya kembali aktif pada awal tahun 1970-an dengan berubahnya pucuk pimpinan. Namun beberapa tradisi pergerakan belia telah diwujud- kan seperti kegiatan sosioekonomi dan juga pertukaran belia di peringkat antarabangsa (khususnya dengan belia Jepun). Di samping itu, sesuai dengan perubahan sosio-ekonomi, ahli-ahlinya juga bergiat dalam berbagai-bagai jenis pemiagaan. Ini termasuklah yang dilakukan di peringkat kebangsaannya sendiri dengan asrama dan pusat aktivitinya yang bertempat di Wisma Belia merupakan salah satu lambang istimewa kewujudan MAYC sehingga hari ini.
Perkembangan awal Persatuan Belia 4B Malaysia
Sebuah lagi pertubuhan belia yang penting di kalangan orang Melayu ialah Pertubuhan Belia 4B Malaysia. Sebenarnya nama Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih terkenal sebagai Belia 4B ialah salah sebuah daripada kira-kira 30 buah pertubuhan belia di negara ini yang masih bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).
Penajaan penubuhan pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth. 4H itu adalah singkatan untuk Head, Heart, Health dan Hand yang memperlihatkan nilai-nilai positif dan kewujudan seseorang individu yang rajin, berhemat, waras, berdaya usaha, serta mefijaga keadaan kesihatannya untuk membolehkannya berbakti kepada negara dan bangsanya. Maka itu, konsep ini telah dianggap boleh diterima-pakai dan disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini. Konsep 4B itu dimaksudkan rtienjurus pada nilai-nilai positif sebagai “Bersatu", “Belajar ", Bekerja" dan “Berhhidmat ”.
Gagasan pergerakan Belia 4B telah dicetuskan dalam “Seminar Kerja-kerja Belia Se-Tanah Melayu” yang diadakan pada 22 Disember 1965 di Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Pertak, Kuala Kubu Baru, Selangor. Dua kelompok pemimpin belia telah meng- hadiri Seminar ini. Pertama ialah pemimpin-pemimpin pertubuhan belia kebangsaan itu. Yang kedua dan yang lebih penting dalam melahirkan Gerakan Belia 4B ialah petugas-petugas dalam Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD). Ini kerana wakil-wakil PTBD inilah yang lebih merasakan perlunya mereka memikirkan penubuhan sebuah persatuan belia yang bergerak di kawasan luar bandar, lebih berorientasikan kegiatan sosioekonomi dan pertanian, berbanding dengan kebanyakan pertubuhan belia ketika itu yang lebih banyak tertumpu pada kegiatan budaya dan kesenian di kawasan bandar. Wakil-wakil PTBD ini merupakan warisan kakitangan yang dilantik oleh Bahagian Belia, Kementerian Kebajikan Masyarakat, sebelum ditubuhkan Kementerian Kebu- dayaan, Belia dan Sukan dalam tahun 1964.
Ketetapan wakil-wakil pertubuhan belia kebangsaan dalam seminar itu untuk membubarkan PTBD, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan 48 orang petugas PTBD yang menyertai seminar berkenaan dan lantas kerana itu, mereka telah bertindak mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 Disember 1965 di tempat yang sama untuk mengatasi tindakan pembubaran tersebut. Hasilnya ialah persetujuan mereka untuk mewujudkan sebuah pertubuhan belia kebangsaan yang lain yang pada mulanya dinamakan sebagai Gerakan Belia Malaysia. Sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan wakil-wakil PTBD negeri Selangor diberi tanggungjawab istimewa dalam hal ini kerana mereka lebih hampir dengan Kementerian dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa ini terdiri daripada:
Pengerusi: Mohd. Kassim Shah
Naib Pengerusi: Baharuddin Hussein
S/usaha agung: Mohd. Noor Hj. Yusof
Pen. S/usaha agung: Abd. Manaf Sulaiman
Bendahari: Mokhtar Hj. Dahlan
AhliJ/kuasa: Mohd. Zain Rashid.
Mesyuarat agung penubuhannya telah diadakan di Dewan Belia Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 1966 dengan dihadiri oleh kira-kira 120 orang tokoh dan perwakilan persatuan- persatuan belia dari negeri Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Datuk Engku Mohsein Abd. Kadir, Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia itu telah berjaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Malaysia yang konsepnya menyerupai 4H Youth yang begitu popular di Amerika Syarikat dewasa itu. Jawatankuasa kepimpinannya yang pertama terdiri daripada:
Yang Dipertua: Mohd. Kassim Shah (Guru)
Naib Y/Dipertua I: Mohd. Salleh Tahir (ADUN - Johor)
Naib Y/Dipertua II: Baharuddin Hussein (Kerja sendiri)
S/usaha Agung: Mohd. Ali Abd. Rahman (J/Teknik Rendah)
Pen. S/usaha: Mohd Zain Rashid (Penterjemah)
Bendahari: Bala Velusamy (Guru)
Ahli-ahli:
Jaapar Lasim (Melaka – Guru)
W. zainal Kassim (Perak – Kerani)
Mohd. Noor M. Isa (Kedah - Guru)
Mohd. Din Yaakob (Perlis - Pengelola)
Khaidir Ibrahim (Selangor - Kerani)
Abd. Rahman Mahmood (Johor - Guru)
Wan Harun Hj. Yusof (Terengganu - J/TGigi)
Kemunculan Belia 4B merupakan suatu manifestasi perasaan tidak puas hati pihak-pihak yang menganjurkan penubuhannya terhadap kecenderungan badan-badan belia dewasa itu yang lebih mengutamakan kegiatan hiburan dan kesenian. Kegiatan-kegiatan yang dikira melekakan dan tidak produktif ini kurang bermanfaat lagi terutamanya ia secara tidak langsung mengabaikan kepentingan belia-belia luar bandar. Maka itu, tujuan penubuhannya yang asasi adalah untuk membolehkan lebih ramai golongan belia di luar bandar melibatkan diri dalam kegiatan sosioekonomi, khususnya dalam sektor pertanian serta perikanan. Untuk itu, matlamat penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia antara lain untuk menyatukan, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil, menggalakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan, memajukan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur, di samping bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pcrtubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak, tujuan dan perjuangannya serta memajukan sokongan kepada kerajaan dan kepada badan-badan yang sesuai.
Kepesatan pergerakan Belia 4B begitu ketara apabila mesyuarat agung tahun 1973 bersetuju melaksanakan sistem cawangan iaitu yang membolehkan cawangannya ditubuhkan di mana-mana tempat yang sesuai tanpa perlu menunggu sesebuah persatuan belia memohon untuk bergabung dengannya. Sehingga akhir tahun 1970-an, bilangan cawangan dan ahli Belia 4B Malaysia menjadi cukup terkenal di Semenanjung Malaysia sebanding


dengan beberapa pertubuhan belia yang ditubuhkan sebelumnya, termasuklah MAYC, yang menjadi badan saingan langsungnya itu.
Sejak tahun 1969, pucuk pimpinan Belia 4B telah diambil alih oleh Hj. Suhaimi Datuk Hj. Kamaruddin, seorang peguam, yang dewasa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau telah memimpin persatuan ini sehingga tahun 1992. Perlu disebut- kan di sini bahawa Hj. Suhaimi pernah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO (1977 - 82). Kalau Datuk Sanusi Junid terlibat secara langsung dalam penajaan dan kepimpinan awal ABIM, maka Hj. Suhaimi pula terlibat dalam proses mendraf perlembagaan penubuhan ABIM pada awal tahun 1970-an.
Sepanjang kehadirannya dalam UMNO, kepimpinan beliau dalam Belia 4B adalah relatif “terjamin”, tetapi setelah “terkeluar” daripada parti itu, perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinannya dalam Belia 4B itu semakin jelas. Sungguhpun terdapat percubaan untuk menggantikannya dalam tahun 1991, memandangkan beliau berjawatan Setiausaha Agung Parti Semangat 46, sebuah parti saingan UMNO gara-gara krisis politik UMNO sejak pemilihan pucuk pimpinan parti dalam tahun 1987, beliau mendakwa masih menjadi Presiden pertubuhan berkenaan. Daripada pemerhatian umum bagaimanapun, sehingga Nov. 1992 ini, media massa tam- paknya lebih berminat untuk “memencilkan” beliau dalam konteks gerakan belia, dan untuk Belia 4B pula, nama Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali, tampaknya telah “diiktiraf” sebagai Presiden persatuan berkenaan.
Perkembangan yang berlaku ini sebenamya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi persatuan ini bilamana mengingatkan betapa hasrat penubuhannya bertujuan menggerakkan golongan belia di luar bandar berkecimpung dalam kegiatan sukarela di samping men- dedahkan mereka pada perjuangan politik kebangsaan - Belia 4B sejak sekian lamanya dianggap sebagai barisan hadapan Pergerakan Pemuda UMNO. Sebilangan pemimpin politik yang berjawatan dalam Parti UMNO dan juga kerajaan sekarang pernah atau masih terlibat dalam kepimpinan badan belia ini. Antara mereka ialah Datuk Mohamed Rahmat yang pernah menjadi Naib Presidennya dalam tahun 1970-an; Datuk Abu Bakar Daud dan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman, dua orang tokoh politik UMNO negeri Terengganu; Datuk Mohd. Isa Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan; juga Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.
Dalam kemelut belia, Belia 4B pernah bertindak menarik diri dalam tahun 1975 - 76 ekoran daripada usaha-usaha pihak tertentu untuk membubarkan MBM atas dakwaan terlibatnya beberapa orang pemimpin MBM dalam Demonstrasi Pelajar - Baling bulan Disember 1974. Sebagai sebuah pertubuhan yang sememangnya dimaklumi sengaja ditaja dan dipengaruhi oleh tokoh politik kepartian, termasuk kedudukan Hj. Suhaimi sebagai seorang tokoh dan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO tahun 1970-an, kehadiran Belia 4B dalam MBM temyata kurang disenangi oleh kepimpinan tertinggi MBM dewasa itu yang dipengaruhi oleh kepimpinan belia-pelajar seperti Anwar Ibrahim; dan kerana itu, percubaan Hj. Suhaimi untuk “menguasai” badan induk belia itu tidak pernah berjaya.
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Sebuah lagi pertubuhan belia yang popular di kalangan belia Melayu ialah PKPIM, atau nama panjangnya Persatuan Kebang­saan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Sewaktu ia ditubuhkan dalam tahun 1961, nama asalnya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM). Dalam banyak hal, PKPIM mewakili gerakan belia dan pelajar Melayu yang lebih berorientasikan kepentingan agama Islam.
Seperti yang telah diperihalkan di atas, kegiatan berpersatuan di kalangan golongan belia yang berdasarkan kepentingan agama sudahpun terdapat sejak awal penjajahan Inggeris lagi, khususnya dengan tertubuhnya YMCA, YWC A, beberapa young fellowship Kristian, termasuk juga pertubuhan yang setaraf di kalangan orang- Cina dan India.
Sehubungan ini, bagaimanapun, sehingga menjelangnya kemerdekaan dan malahan sepanjang dekad 50-an, jarang sekali kedapatan kegiatan berpersatuan yang serupa berdasarkan kepen­tingan agama Islam. Jika pun ada, ia lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan sosiopolitik. Penubuhan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) (1948) misalnya lebih menonjolkan ciri-ciri nasionalisme dan pendidikan pelajar-pelajar Melayu.
Kesedaran mengenai “kekurangan” ini telah disuarakan buat pertama kalinya dalam satu seminar mengenai Pelajar-pelajar Islam Se-Malaya yang julung kalinya berorientasikan kepentingan Islam yang diadakan pada 4 Sept. 1960. Ia telah dihadiri oleh peserta-peserta yang mewakili institusi pengajian tinggi terkemuka dewasa itu: Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya, dan Maktab Perguruan Bahasa; sementara kalangan peserta jemputannya terdiri daripada perwakilan pelajar Islam di Brunai, Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Filipina dan juga dari Sabah dan Sarawak.
Seminar ini telah memutuskan beberapa resolusi tertentu demi kepentingan golongan pelajar Islam, tetapi dua daripadanya adalah yang paling penting. Pertama ialah mengusahakan penubuhan sebuah persatuan pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu yang bertaraf kebangsaan yang boleh menyatupadukan tenaga mereka sebagai sebuah kumpulan pelajar.
Yang keduanya, yang selanjutnya menjadi asas pergerakan dan perjuangan mereka dalam tahun-tahun berikutnya ialah memperjuangkan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti bagi menampung keperluan dan kepentingan pengajian agama Islam. Perjuangan ini mencapai kejayaannya bilamana tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa dalam tahun 1983.
Pihak penganjur seminar berkenaan kemudiannya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIPTM yang terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi: Sulaiman Hj. Nordin (Maktab Pertanian)
Setiausaha: Ahmad Juhari Moin (Maktab Pertanian)
J/Kuasa:
W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
Mohd. Ghazali Hanafiah (Universiti Malaya)
Sementara barisan Jawatankuasa Kerja yang pertama bagi ABIM terdiri daripada:
Presiden: Ab. Wahab Abdullah, 29,
pegawai MARA Naib Presiden: Sulaiman Mohd. Noor, 32,
pegawai MARA Setiausaha: Fauzi Ab. Rahman, 25,
Jurutera galian Pen. S/Usaha: Ahmad Hj. Ismail, 25, pegawai PTD
S/Usaha Kewangan: Syed Ibrahim S. A. Rahman, 27,
S/Usaha Penerangan: Mohd. Redhuan Halim, pegawai MARA
S/Usaha Perhubungan: Anwar Ibrahim
S/Usaha Dakwah: Sanusi Junid
S/Usaha Kebajikan: Mahmood Kitom
S/Usaha Wanita: Faridah Tan Sri Hussein (*tentatif)
Salah satu peristiwa penting yang melibatkan secara langsung gerakan belia-pelajar umumnya dan PKPIM khususnya ialah penyertaan pemimpin dan sebilangan ahli serta ramai pelajar lain di kampus-kampus Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malay­sia serta Institut Teknologi MARA dalam Demonstrasi Pelajar-Tani Baling pada awal bulan Disember 1974. Tidak kurang daripada enam orang pemimpin PKPIM dan MBM, termasuklah terutamanya Presiden MBM dewasa itu, iaitu Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik selama beberapa bulan ekoran daripada demonstrasi tersebut. Peristiwa itu juga menyebabkan pihak Kerajaan bertindak memperketat Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dalam tahun 1975, terutamanya untuk mengawal kegiatan-kegiatan pelajar dengan mewujudkan pentadbiran khusus yang dinamakan sebagai Bahagian Hal Ehwal Pelajar di universiti-universiti tempatan.
Dengan berkuatkuasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1975, kegiatan para pelajar di dalam kampus, termasuklah kegiatan PKPIM sendiri menjadi semakin terkawal dan jauh daripada menunjukkan ciri-ciri radikal sepertimana dalam awal tahun 70-an itu. Walau bagaimanapun, perjuangannya untuk memenuhi kepentingan pelajar-pelajar Islam termasuklah menegakkan sebuah universiti tetap diteruskan dan menjadi kenyataan apabila Universiti Islam Antarabangsa akhimya ditubuhkan.
Dalam bulan April 1982, Anwar Ibrahim yang sudah banyak berpengalaman dalam politik belia dalam PBMUM, PKPIM, MBM dan ABIM telah memasuki UMNO. Beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Permatang Pauh, P. Pinang dalam pilihan raya umum 1982. Kemudiannya dalam bulan September 1982, beliau memenangi jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan mengalahkan Datuk Hj. Suhaimi yang pernah ditewaskannya dalam merebut jawatan presiden MBM kira-kira lapan tahun sebelum itu. Beliau mempertahankan jawatan itu sekali lagi dalam tahun 1984, juga mengalahkan Datuk Hj. Suhaimi, dan melepaskannya dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987 untuk merebut satu daripada kerusi Naib Presiden UMNO. Tokoh belia yang terkemuka yang dilahirkan dalam tahun 1947 ini telah mula dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 - 83), Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 - 84), Menteri Pertanian (1984 - 86), Menteri Pendidikan (1986 - 90), dan sejak tahun 1991, sebagai Menteri Kewangan. Beliau berjaya mempertahankan kerusi naib presiden dalam pemilihan parti tahun 1990. Di samping itu, jawatan kerajaannya adalah sebagai Menteri Kewangan serta Pengerusi Majlis Universiti Islam Antarabangsa. Beberapa orang rakan seperjuangan beliau dalam PKPIM dan ABIM juga telah turut bergiat dalam berbagai-bagai bidang dan ada antaranya menjadi usahawan, pentadbir kanan, pemimpin politik, termasuk juga di kalangan parti PAS.
Penutup: Gerakan Belia dan Kepimpinan
UMNO Hari Ini dan Akan Datang
Berdasarkan huraian yang diberikan di atas, maka adalah jelas bahawa penglibatan politik generasi belia Melayu khususnya, bermula dalam kegiatan persatuan-persatuan belia. Atau tidak keterlaluan pula kalau dikatakan bahawa persatuan belia, sama ada yang bernama GPMS (berorientasikan kepentingan pendidikan pelajar- pelajar Melayu), MAYC dan Belia 4B (berorientasikan kepentingan sosioekonomi bandar dan luar bandar); ataupun kemudiannya PKPIM dan ABIM (berorientasikan kepentingan agama, pendidikan Islam dan Melayu), terdedah pada pengaruh dan orientasi politik kepartian tertentu sehingga badan-badan belia ini menjadi tempat latihan bakat kepimpinan yang paling baik bagi mereka untuk diteruskan kemudiannya dalam gelanggang politik pula.
Apakah yang dapat dikesan berlaku pada empat tokoh muda politik Melayu: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Datuk Seri Sanusi Junid, dan tidak ketinggalan juga Datuk Hj. Suhaimi? Barangkali hanya tiga nama pertama lebih mendapat perhatian sekarang kerana mereka menduduki kerusi naib presiden UMNO sejak pemilihan tahun 1990. Sungguhpun peraturan ABIM menghendaki para pemimpinnya meletakkan jawatan sebaik sahaja memegang jawatan dalam badan-badan politik, namun imej dan kewibawaan kepimpinan yang pernah dilJentuk dalam ABIM itu tidak mudah untuk dihapuskan begitu sahaja. Simpati daripada rakan-rakan seperjuangan dan ahli-ahli, lebih-lebih lagi yang dijalin atas dasar ukhuwah Islamiah itu adalah relatif sukar untuk dinafi dan diketepikan begitu sahaja. Hal yang sama tidak menjadi masalah bagi Belia 4B dan MAYC kerana pemimpin mereka tidak dikehendaki melepaskan jawatan sebaik sahaja memasuki dan memegang jawatan dalam parti-parti politik.
Bilamana ketiga-tiga bekas pemimpin gerakan belia ini memenangi kerusi naib presiden UMNO tahun 1990 itu, maka dijangkakan oleh banyak pihak bahawa persaingan politik itu seterusnya akan menjadi lebih sengit dan lebih mendapat perhatian. Pertamanya ialah dari segi warisan gerakan dan politik belia; tentulah ketiga-tiga mereka - Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Sanusi Junid - akan mendapat perhatian tentang siapakah yang bakal berupaya untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam pemilihan UMNO tahun 1993 kelak. Mengingatkan bahawa kedua- dua tokoh utama UMNO iaitu Presiden Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Encik Ghafar Baba sekarang sudah menjangkau usia 66 tahun, maka isu penggantian mereka sebagai pemimpin UMNO akan datang menjadi persoalan yang cukup menarik untuk diberikan perhatian.
Hal ini juga menjadi lebih istimewa lagi kerana dalam masa yang sama, seolah-olah berkembangnya persaingan tertentu bukan sahaja antara ketiga-tiga Naib Presiden itu sendiri, bahkan juga telah didesas-desuskan berlaku antara Encik Ghaffar dan Anwar Ibrahim sendiri. Memang mereka berdua secara peribadi tidak mungkin memperakukan wujudnya persaingan dan polarisasi sokongan yang dibimbangi akan mengulangi kembali perpecahan UMNO ekoran daripada persaingan tahun 1987 lalu, namun persaingan itu boleh diuruskan oleh “orang-orang mereka”.
Persoalan lain yang berkaitan dengan penglibatan tokoh-tokoh gerakan belia dalam politik ini, khususnya dalam UMNO, ialah peranan tidak langsung kedua-dua persatuan sukarela politik dan bukan politik itu yang tampaknya saling berkaitan dan kukuh- mengukuhkan antara satu sama lain. Sungguhpun buat beberapa ketika tampaknya peranan yang dimainkan oleh Belia 4B adalah lebih menonjol dalam hal ini, namun sehingga hari ini, tidaklah dapat dinafikan bahawa semua pertubuhan belia Melayu ini memainkan peranan tertentu dalam memprojekkan imej politik bekas-bekas pemimpin mereka yang berada dalam arena politik sekarang. Sebenarnya hal ini sukar untuk dibuktikan dengan tepatnya, tetapi bagi seseorang pemerhati politik yang prihatin dan peka akan perkembangan tertentu yang berkaitan dengan semua pertubuhan belia dan politik UMNO itu, ramalan dan rumusan berhubung dengan “jalan lain” dalam membentuk imej politik dan melebarluaskan pengaruh politik seperti ini tidaklah terlalu meleset. Namun begitu, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa tidak semua tokoh yang dimaksudkan itu mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan itu.

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...