Jalan lain Dalam Kesinambungan kepimpinan Politik Melayu
Pengenalan
Sekiranya kita mclihat secara global akan penglibatan golongan belia
atau orang muda dalam arena politik, maka sudah tentu akan kita temui begitu
banyak maklumat mengenai peristiwa dan sumbangan yang mereka mainkan sepanjang
sejarah perkembangan tamadun manusia seluruhnya.
Sesungguhnya
pcranan golongan muda, kerana tenaga semula jadi mereka adalah lebih kuat,
lebih produktif dan lebih berpotensi itu, semacam terkhusus dalam pelbagai
bidang aktiviti walau dalam masyarakat mana sekalipun. Daripada berperanan sebagai gembala ternakan di
dalam kehidupan kebanyakan suku kaum di Afrika, menjadi cowboy di ladang-ladang temakan di
Amerika Syarikat atau juruselam dan awak-awak nelayan di pantai Bachok,
Kelantan sehinggalah pada kedudukan sebagai pemimpin-pemimpin gerakan pelajar
di kampus-kampus univesiti, menjadi ahli-ahli teknokrat dan korporat serta
pemimpin-pemimpin pelapis dalam parti-parti politik, jelas memperlihatkan
betapa besarnya potensi, peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh
golongan muda ini sejak sekian lama.
Menginsafi potensi dan peranan yang
demikian besarnya beginilah, maka dalam banyak parti politik terdapat pasukan
atau sayap pemudanya guna mcnggcmbleng tenaga muda ini untuk menggerakkan
jentera parti dan merancang kesinambungan pcrjuangan politik mcrcka. Ini
merupakan satu fesyen yang juga sejagat sifatnya. Scbagai misalannya, salah
satu langkah penting yang dilakukan olch Vladimir Ilyich Ulyanov Lenin sesudah
memenangi gerakan dan Revolusi Bolshevik di Russia dalam tahun 1917 ialah menubuhkan
barisan Pemuda Komunis. Tujuan asasi pasukan yang dinamakan sebagai KOMSOMOL (Kommuni-stlcheski
soinz Molodtzhi – Communist League of Youth) ini ialah untuk mcmastikan bahawa pengembangan dan perjuangan
ideologi dan parti Komunis itu dapat dipertahankan dan diteruskan sampai
bila-bila.
Kepentingan ideologi dun politik ini, sama
ada dalam keadaan yang nyata ataupun semata-mata untuk keperluan logistik
jangka panjang sesuatu perjuangan , baik dalam masyarakat Komunis ataupun ataupun
demokrasi, merupakan suatu proses yang dimaksudkan oleh Maurice Duverger dalam
bukunyn, Political Parties, (1967: 54) sebagai ideological decentralization.
Proses decentralization
of ideology bagi sesebuah parti
politik yang pragmatik seperti UMNO misalnya adalah bcrguna dalam memperluas
pengaruh parti dan menangani segala kemungkinan dan perbezaan yang jelas pada
ciri-iri politik kedaerahan, perpecahan dan sikap berpuak-puak dalam parti.
Matlamat “penyebaran ideologi” sedemikian rupa dijangka akan merangsang
wujudnya suasana perbincangan, persaingan intelektual (intellectual rivalry) serta kebebasan berpolitik, misalnya
menentukan dan melatih pemimpin di kalangan barisan pemimpin pclapis dan
ahli-ahlinya.
Namun dalam apa pun keadaannya, haruslah
diinsafi bahawa kcpcrluan mewujudkan parti dalam parti tersebut tampaknya telah merebak dan
menjadi ikutan dalam banyak masyarakat koloni yang sedang memperjuangkan
kemerdekaan masing-masing selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini penting diberikan
perhatian kerana kemunculan beberapa organisasi ala-KOMSOMOL seperti Pertubuhan Pemuda Nazi di Jerman
dalam tahun 1940-an dan Pasukan Gadna di Israel umpamanya tidaklah didasarkan
pada kuantiti atau bilangan rakyat mudanya, tetapi adalah sebagai suatu
tuntutan dan lojistik politik kepartian.
Hal yang sama tampaknya pada akhir-akhimya telah merebak dan
meluas ke dalam banyak masyarakat koloni di luar Eropah. Kegiatan-kegiatan
berpersatuan sukarela di kalangan orang muda yang bukan politik seperti yang
banyak terdapat di Amerika Syarikat tampaknya menjadi kurang perlu dalam urusan
kepartian dan proses sosialisasi politik.
Sehubungan
dengan itu, maka wajar juga kalau disebutkan di sini bahawa tidak semua badan
atau pertubuhan sukarela ini dapat memainkan peranan sebagai kumpulan
pendesak dalam memper- juangkan kepentingan ahlinya. Malahan banyak
daripadanya sekadar bertaraf kumpulan kepentingan yang biasa yang lebih
banyak bertindak pro-establishment, lebih bersedia mengelakkan diri
daripada bertindak secara radikal dan vokal, mengelakkan diri daripada
menanggung risiko yang menyebabkannya dilabelkan sebagai anti-establishment.
Sekiranya hal-hal ini tidak dapat dielakkan, ia mungkin dianggap menjejaskan
kedudukan dan kepentingan pemimpin dan ahli-ahli kumpulan belia itu sendiri.
Dalam pada itu,
tidak dapat dinafikan bahawa banyak pergolakan dalam masyarakat itu sendiri
mempengaruhi corak tindakan dan suasana radikal tidaknya tindakan dan gerakan
tenaga kolektif belia. Radikalisme itu sendiri tidaklah menjadi konotasi mutlak
dalam sejarah gerakan belia di Malaysia; tetapi mereka sesungguhnya menjadi
satu ejen kemasyarakatan yang penting yang boleh menggerakkan dan menentukan
masa depan masyarakat (Leopold Rosenmayr, 1979).
Hal ini ada
relevannya yang tertentu dalam konteks pengajian sejarah sosial dan politik
Malaysia umumnya. Memang benar pendapat yang mengatakan bahawa telah banyak
diperlihatkan kepentingan golongan muda dan fahaman atau pegangan
perjuangan orang muda sejak zaman Hang Tuah lima sahabat di Melaka dan
seterusnya pada persaingan golongan tua dan golongan muda dalam
tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama sehinggalah kemunculan Persatuan
Sahabat Pena, penglibatan orang muda dalam politik
kepartian dalam
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan seumpamanya, Pergerakan Pemuda UMNO, dan
malahan kepada politik UMNO hari ini. Ada antara bekas pemimpin gcrakan
pelajar-belia itu kemudiannya telah terlibat secara langsung dan menjadi
pemimpin parti politik pula. Arena perjuangan mereka melalui mata pena dan
kegiatan sosiobudaya telah banyak diperkatakan, khususnya dalam kcgiatan
politik antipenjajahan.
Namun begitu,
selain perjuangan melalui tulisan dan media massa, yang boleh dianggap missing
link yang sepatutnya telah banyak diberikan perhatian dalam hal ini ialah
analisis terhadap pcrtumbuhan, keterlibatan serta pengkaderan pimpinan dalam
organisasi gerakan belia dan sumbangan gerakan ini dalam politik kebangsaan,
khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini dikira pcnting kerana di sebalik
wujudnya cabang-cabang organisasi atau jawatankuasa khusus mengenai golongan
belia dalam pergerakan parti induk seperti Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda PAS,
Pemuda MIC, Wanita UMNO, Wanita MCA dan seumpamanya itu, yang turut memainkan
peranan tertentu dalam usaha mengisi kcmerdekaan, ternyata bahawa badan-badan
atau pertubuhan-pertubuhan belia bukan politik itu juga sebenamya menjadi jalan
lain yang berperanan untuk memberikan erti pada usaha pembinaan bangsa dan
pemupukan satu identiti negara-bangsa Malaysia. Dan yang lebih mendesak
daripada itu adalah dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan politik dan
negara.
Hanya malangnya
oleh sebab jalan lain ini sering menyebabkan rekrutmen kepimpinan melalui
badan-badan bukan parti politik itu menjadikan seseorang itu sebagai jaguh
politik payung terjun yang mendarat pada lapangan yang serba terencana dan
lengkap, maka mereka ini pula seringkali dianggap tidak lebih sebagai pemimpin
ingus-ingusan yang barn setahun jagung, yang bemasib baik kerana dinaungi,
bahkan menjadi terlalu cepat matang sehingga dalam masa yang sama mengukuhkan
lagi tradisi politik naungan (tokoh-tokoh begini perlu dinaungi oleh pemimpin
dan ketua-ketua tertentu di peringkat yang lebih tinggi).
Dalam politik
UMNO khususnya, tanggapan dan perkembangan
seperti ini memang sering kedapatan bilamana seseorang itu dijadikan calon
pilihan raya UMNO tanpa berpengalaman dan melalui ritual politik dan pendedahan
tertentu budaya UMNO sebagaimana yang banyak diharapkan oleh ahli - dari
peringkat bawahan/cawangan sehinggalah peringkat bahagian - untuk beberapa
tahun lamanya pula.
Latar Belakang Ringkas Pcrtumbuhan Badan-badan Belia
Dalam membincangkan pertumbuhan
badan-badan belia ini, satu perkara yang dapat diperhatikan adalah mengenai
proses penajaan penubuhannya. Penubuhannya boleh jadi secara semula jadi atas
tuntutan dan pergaulan berdasarkan minat dan tingkah laku semula jadi. Misalnya
kawan-kawan sepermainan yang sebaya umumya. Satu contoh menarik dalam hal ini
ialah kumpulan Hang Tuah lima bersahabat. Mereka bukanlah sebuah organisasi
belia per se tetapi cukup baik untuk dilihat sebagai satu kumpulan
anak-anak muda yang terkelompok oleh kerana minat dan ciri-ciri tingkah laku
mereka yang sama: sebagai orang muda yang terlibat secara langsung dalam seni
mempertahankan diri, permainan senjata dan menjadi pahlawan istana Melaka.
Satu lagi ialah penajaan yang dibuat oleh
pihak-pihak yang berkuasa atau oleh state. Maksud penajaan (sponsorship)
di sini ialah bilamana usaha penubuhan sesebuah badan atau pertubuhan belia itu
dilakukan atau melibatkan pihak kerajaan seperti pegawai dan kakitangannya yang
tertentu, khususnya di peringkat awal. Dalam konteks lima buah persatuan belia
Melayu yang menjadi teras perbincangan dalam kertas ini - GPMS, MAYC, Belia 4B,
PKPIM dan ABIM - dapat diperhatikan bahawa dua daripadanya adalah yang
dirancang penubuhannya oleh pihak kerajaan, dan yang tiga buah lagi diusahakan
oleh sekumpulan pemimpin dan aktivitis pelajar-belia Melayu yang merasai
beberapa kepentingan tertentu orang Melayu tersisih daripada arus perkembangan
semasa.
Pertumbuhan Badan-Badan Sebelum Perang
Dunia Kedua
Kewujudan kelompok atau badan-badan belia
sebagai satu kelompok sekunder dalam mana-mana masyarakat sekalipun adalah tidak
lain discbabkan olch naluri (instinct) ingin hidup berkelompok yang
mcnjadikan manusia dikatakan sebagai haiwan sosial. Hubungan sosial
begini, tcgasnya adalah satu naluri semula jadi manusia. Hanya kepentingan
tcrtcntu sahajalah yang boleh mengukuhkan dan menentukan kelangsungan atau survival
kclompok demikian. Misalnya, berkenaan dengan Hang Tuah dan lima sahabatnya
itu: ikatan mereka adalah lebih lama kekalnya kcrana mereka mempunyai satu
kepentingan yang serupa iaitu ketcrampilan bermain senjata dan semangat
kepahlawanan dalam scbuah rejim politik feudal. Sementara itu imej yang
terhasil daripada ikatan mereka lima bersahabat itu diabadikan sebagai
scbahagian legenda pertahanan, kekuatan dan konsep wira bangsa Melayu yang
diberi nilai-nilai positif tertentu untuk mengukuhkan semangat dan ciri hidup
kemelayuan itu dari generasi ke satu gcnerasi sehinggalah hari ini.
Sebenamya kita tidak pemah dapat
memisahkan kepentingan tenaga dan golongan belia, yang biasanya dimaksudkan
bagi orang- orang muda yang berusia antara 15 hingga 35 atau selebih-lebihnya
40 tahun, daripada kepentingan kelompok keseluruhanya. Demikian juga dalam
pertumbuhan dan perkembangan masyarakat tempatan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan
merujuk pada legenda kepahlawan Hang Tuah dan semangat Hang Jebat, di samping
penemuan-penemuan kajian antropologikal yang sebanding dalam beberapa buah
komuniti kecil dan sederhana di luar Malaysia umumnya, nyatalah bahawa secara
umumnya kewujudan fenomena dan kepentingan golongan muda ini adalah bersifat
sejagat, melengkapi keperluan hidup kelompok masing-masing dengan tugas dan
jangkaan peranan tertentu, misalnya untuk mengerjakan aktiviti ekonomi, untuk
tujuan pembelajaran dan pendidikan dan seumpamanya sebagai warisan generasi
mereka pada masa hadapan. Hal inilah yang sering dikatakan sebagai Pemuda
Harapan Bcmgsa, Pemudi Tiang Negara itu (cf.S.N. Eisenstadt, 1956; James S.
Coleman, 1974).
Maka itu, dalam beberapa rakaman hasil
kesusasteraan Melayu misalnya, jiwa remaja dan orang muda yang seringkali
digambarkan dengan penuh romatik itu
tersimpan potensi tertentu yang boleh sahaja digunakan untuk menjalankan
peranan dan tugas tertentu kepada masyarakat dan bangsa. Orang-orang mudalah
yang menjadi kumpulan pengikut dan tenaga penting bagi ketua-ketua feudal
atasan dan tempatan bagi kelangsungan sistem sosiopolitik tersebut. Dalam
Hikayat Pelayaran Munshi Abdullah ke Kelantan misalnya, golongan inilah yang
menjadi tenaga perang yang penting bagi anak-anak raja yang merebut takhta
kerajaan di negeri Kelantan. Demikian juga dalam masyarakat Melayu di Perak
dalam sistem politik bumiputeranya sebagaimana yang pernah dihuraikan oleh
beberapa orang penyelidik dan sarjana. (cf. J.M. Gullick, 1970; Shaharuddin
Maaruf, 1984).
Dalam zaman awal
pentadbiran Inggeris di negeri-negeri Melayu, golongan muda tempatan menjadi
tenaga penting yang telah digunakan untuk menjaga keselamatan awam, dalam
Pasukan Polis misalnya. Tetapi, di samping terlibat juga dalam gerakan
kecil-kecilan pemberontakan menentang kuasa kolonial itu sebagai suatu wadah
semangat bencikan orang asing (xenopobhia), yang lebih istimewa daripada
itu ialah penglibatan orang-orang muda tempatan dalam beberapa jenis permainan
sukan yang diperkenal- kan oleh pihak kolonial. Pertumbuhan bandar-bandar baru
serta cara hidup Inggeris yang tertentu telah mengembangluaskan beberapa bentuk
budaya popular massa, khususnya budaya popular (seperti bangsawan, opera dan
seterusnya filem) serta budaya kesukanan seperti permainan bola sepak, hoki,
kriket dan juga tenis. Pertumbuhan kelab-kelab bola sepak dan juga minat
terhadap permainan bola sepak di kalangan masyarakat tempatan sehingga hari ini
mulai dipupuk sejak itu (W. R. Roff, 1974; Wan A. Kadir, 1988 & 1992).
Di samping itu,
satu lagi pengaruh penting cara hidup Inggeris yang berkenaan dengan orang muda
ialah pertumbuhan badan- badan belia yang berorientasikan ajaran agama
Kristian. Dua tujuan penting dapat dikesan dalam hal ini. Pertama untuk menjadi
saluran pengembangan agama Kristian di kalangan orang muda tempatan, khususnya
bagi pegawai-pegawai muda Inggeris sendiri di samping para penganut baru agama
tersebut. Dan yang kedua adalah untuk tujuan pendidikan moral dalam konteks
pengembangan pendidikan Inggeris umumnya (cf.R. Hunt, L.K. Hing & J.
Roxborogh (eds), 1992).
Dua buah
pertubuhan belia yang diusahakan pengembangannya di sini dalam hal-hal moral
dan keagamaan ini ialah Youngmen Christian Association (YMCA)
(ditubuhkan di Tanah Melayu, 1905) dan Youngwomen Christian Association
(YWCA) (1914). Kedua- duanya adalah yang dibawa masuk dari Eropah.
Sementara itu, beberapa konsep gerakan belia berunifom bagi murid-murid sekolah
juga diperkenalkan, iaitu Pasukan St. John Ambulance (1908), Pasukan
Pengakap (1910), Pandu Puteri (1917). Sehingga menjclangnya Perang
Dunia Kedua, peranan dan kedudukan persatuaii-pcrsatuan yang bercorak keagamaan
Kristian ini adalah jauh IetJih penting daripada kebanyakan persatuan sukarela
golongan belia yang lain. Beberapa fellowship Kristian juga turut
bergiat dalatn kedua-dua lapangan iaitu agama dan pendidikan, misalnya Methodist
Fellowship dan Catholics Youngmen Association (CYMA).
Pertumbuhan Gerakan Belia Selepas Perang
Dunia Kedua
Konsep gerakan
belia berpersatuan yang moden di kalangan golongan belia Melayu adalah fenomena
selepas Perang Dunia Kedua. Dalam perkembangan yang dianggap baru ini, sesebuah
persatuan sukarela, termasuk persatuan belia, dikehendaki didaftarkan terlcbih
dahulu sebelum dibenarkan bergerak secara sah mengikut peraturan-peraturan yang
dimaktubkan dalam Akta Pertubuhan. Persatuan ini dikecualikan bagi mana-mana
persatuan sukarela yang merupakan pengembangan atau cawangan sesebuah badan
induknya yang telah didaftarkan mengikut Royal Charter tertentu (Hussain
Mohamed, 1983).
Perkembangan
politik selepas Perang itu, khususnya gerakan antipenjajahan ekoran daripada
rancangan penubuhan Kesatuan Malaya, menjadi dorongan awal yang membantu
melahirkan persatuan belia Melayu melalui kesedaran politik tertentu di
kalangan sebilangan aktivis pelajar-belia Melayu. Hal ini dapat diperhatikan
daripada kelahiran GPMS dalam tahun 1948.
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu
Semenanjung (1948)
Gabungan
Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau nama asalnya sebagai Federation
of Malay Students' Union, Malaya adalah salah satu nama yang
akan kekal abadi sebagai sebuah pertubuhan sukarela pelajar yang ditubuhkan
pada zaman kolonial oleh para pelajar Melayu yang memperjuangkan dan mempertingkatkan
taraf dan kemajuan pendidikan Melayu sejak berakhimya Perang Dunia Kedua.
Sesungguhnya
sejarah pertumbuhan dan perkembangan GPMS berkaitan secara langsung dalam
memperjuangkan usaha untuk mengatasi suasana kemajuan pendidikan
pelajar-pelajar Melayu dalam institusi-institusi pengajian tempatan selepas
Perang Dunia Kedua yang rata-ratanya adalah daif, terkebelakang dan berhadapan
dengan saingan yang cukup sengit daripada pelajar bukan Melayu.
Keinsafan
terhadap kemajuan pendidikan itu menjadi lebih mendesak lagi dalam tahun 1945 -
48 oleh sebab pergolakan politik Tanah Melayu ekoran daripada kekalahan tentera
Jepun, kembalinya semula pemerintahan Inggeris, tindakan-tindakan politik
radikal Pasukan Bintang Tiga, dan seterusnya projek Malayan Union. Semuanya
ini mendorong dan memerlukan pelajar-pelajar ini bersatu dan bekerjasama untuk
menangani nasib dan masa depan bangsa mereka tanpa mengira asal keturunan atau
perbezaan negeri asal mereka..
Dua orang
individu utama yang menggerakkan usaha penubuhan GPMS itu ialah dua orang
pelajar Melayu, iaitu Dr. Abd. Wahab Mohd. Ariff dan Aminuddin Baki di samping
para pendukung dan pengasas Kesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu
Selangor.
Sungguhpun nama
Dr. Abd. Wahab Ariff memanglah kurang dikenali umum beliau merupakan pelajar
terbaik Penang Free School dalam peperiksaan Senior Cambridge dalam
tahun 1937. Kejayaannya itu membolehkannya diberi kepercayaan untuk memimpin Malay
Boys League, sebuah organisasi pelajaran dan sosial pelajar-pelajar Melayu
yang berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi mereka dalam pelajaran dewasa
itu. Ketika itu Abd. Wahab berusia 18 tahun. Dalam tahun 1939, beliau terpilih
untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.
Dalam tempoh
yang sama, kesedaran dan keinsafan yang serupa juga mendorong sekumpulan
pelajar Melayu di Victoria Institution, Kuala Lumpur menubuhkan sebuah
pertubuhan yang dinamakan sebagai Kesatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria
Institution dengan rasminya dalam satu mesyuarat penubuhan pada 20 Nov. 1945.
Mulai 11 Febuari 1946, namanya ditukarkan sebagai Kesatuan Persuratan
Penuntut-Penuntut Melayu Kuala Lumpur (KPPMKL).
Aktiviti KPPMKL
telah bcrkcmbang dan mendapat sambutan sehingga tertubuhlah sebuah persatuan
yang lebih bcsar pada awal tahun 1947 yang dikenali sebagai Kesatuan Persuratan
Penuntut-Penuntut Melayu Selangor (KPPMS). Antara mereka yang kemudiannya
meneruskan pengajian di Kolej Perubatan dan juga Rallies College di Singapura
ialah Mohamed bin Mohd. Noor, Wan Sulaiman Pak Wnn Teh, Asraf bin Hj. Abd. Wahab,
Siti Hasmah Mohd. Ali, Radiah Mohd. Ali, Ann Abd. Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros
Othman, Abd. Hamid Hj. Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffin Pak Wan Teh, Wan Mahmud
Pak Wan Teh, dan Wan Hassan Pak Wan Tch. Antara tujuan penubuhan KPPMS ialah:
(a) mcncegah
pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat
pelajaran mereka ...pemberhentian ini sering berlaku kerana kesempitan hidup
atau berumahtangga pada kadar umur yang “awal”,
(b) menubuhkan
satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak
meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, (tabung derma ini dinamakan
“Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur”),
(c) menggalakkan
penuntut-penuntut belajar bersungguh dan memberi didikan kepada mereka yang
lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.
Perkembangan seterusnya memperlihatkan
Abd. Wahab Mohd. Arif, serta sebilangan pelajar yang mengasaskan penubuhan
KPPMS meneruskan pengajian mereka di Singapura dan bertemu pula dengan seorang
lagi penuntut Melayu yang sama prihatinnya dalam hal ini iaitu Aminuddin
Baki, berasal dari Chemor, Perak untuk menubuhkan GPMS. Tempat pertemuan ialah
di Singapura. Lontaran idea tentang betapa pentingnya ditubuhkan sebuah
pertubuhan pelajar Melayu bertaraf kebangsaan telah dibuat dalam pertemuan
majlis makan awal tahun 1948 Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Maktab Raffles
pimpinan Abd. Wahab Mohd. Arif.
Pertemuan itu telah melahirkan sebuah
Jawatankuasa Penaja untuk meralisasikan hasrat itu yang dianggotai oleh:
Pengerusi: Abd. Wahab Mohd. Ariff
Setiausaha: Aminuddin Baki
Pen. Setiausaha: Ahmad Ridduan Hj.
Zainuddin Bendahari : Abdullah
Majid
Wakil Pemudi/Wanita: Siti Hasmah Mohd.
Ali Ahli-ahli:
Mohamed Noor Marahakim
W. Sulaiman Pak Wan Teh
Abd. Rahim Ishak
Jawatankuasa ini telah menganjurkan
kongres penubuhan GPMS bertempat di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (sekarang
kampus Universiti Teknologi, Jalan Gurney, Kuala Lumpur). Pengerusi bagi
kongres yang diadakan pada 14-15 Ogos 1948 itu ialah Aminuddin Baki. Kongres
ini telah dihadiri oleh perwakilan tujuh buah persatuan pelajar Melayu dari
sekitar Kuala Lumpur, juga dari Perak dan Pahang. Ia dirasmikan olehR.P.S.
Walker yang mewakili H.R.Cheeseman, Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu
dewasa itu. Hasilnya tertubuhlah sebuah persatuan kebangsaan yang
dikenali kemudiannya sebagai Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS). Pucuk pimpinannya yang pertama yang dipilih dalam kongres berkenaan
terdiri daripada:
Yang Dipertua: Abd. Wahab Mohd. Ariff (Kolej
Perubatcm)
Naib YDP: Ismail Majid (Maktab Teknik)
S/Usaha Agung: Khalid Nasir (Maktab
Pertanian)
Bendahari: Ahmad Z. Abidin Yusuf (KPPMSV
K Lumpur)
Ahli-ahli:
Tahir Majid (Maktab Teknik)
Abd. Rahim Hussin (KPPMInsaf, Perak)
Ann Majid (KPPMS/KLunipur)
Abd. Aziz Rawi (KPPM Pahang)
Ahmad Salleh (KPPMS)
Sebagai satu manifestasi perjuangan nasionalisme
di kalangan pelajar Melayu yang lebih besar dan menyeluruh, GPMS menjadi arena
penting bagi beberapa orang tokoh pelajar dan seterusnya menjadi salah satu
saluran kesinambungan golongan eljt Melayu baru yang dihasilkan oleh sistem
pendidikan Inggeris dan kebangsaan, sebelum dan selepas Merdeka. Secara
simbolik, misalnya, Dato Onn Jaafar telah dilantik sebagai penaung GPMS yang
pertama.
GPMS menganggotai Majlis Belia Malaysia
(MBM) sejak tahun 1968 dan sehingga kini telah berjaya mengangkat
martabat dan kesedaran ahli-ahlinya khususnya dan pelajar-pelajar Melayu
umumnya. Selain Dr. Wahab Mohd. Ariff, beberapa orang tokoh lain turut mengukir
nama masing-masing dalam memajukan GPMS di samping membangunkan negara umumnya.
Tetapi yang tampaknya jauh lebih terkemuka dikaitkan dengannya ialah Aminuddin
Baki, Presidennya bagi tahun 1951 - 53, seorang tokoh penting
dalam pendidikan negara. Beliau menjadi Presiden GPMS dalam tahun 1951 hingga
1953. Seorang lagi ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang kedua, juga
bekas menteri, Allahyarham Datuk Ali Hj. Ahmad yang menjadi Presidennya dalam
tahun 1952-55. Allahyarham meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang di
Tanjung Kupang, 1973.
Tokoh politik semasa yang seringkali
dikaitkan dengan GPMS ialah Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi,
anak seorang ulama terkemuka di Kepala Batas, Seberang Perai yang pernah
terlibat dalam kepimpinan dan penubuhan Parti UMNO. Datuk Abdullah memimpin
GPMS dalam tahun 1962 dan 1963; memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia selepas
lulus daripada Unjversiti Malaya (1964) dan pernah bertugas sebagai Ketua
Penolong Setiausaha, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas
tragedi Peristiwa 13 Mei. Datuk Abdullah yang dilahirkan dalam tahun 1939 itu
telah ditugaskan sebagai Pengarah Belia, di Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan Malaysia dalam tahun 1971, dan memasuki barisan kepimpinan UMNO mulai
dalam pilihan raya tahun 1978. Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen bagi
Kementerian Wilayah Persekutuan (1978 - 80), Timbalan Menteri di Kementerian
yang sama (1980 - 81); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 - 84) dan
Menteri Pelajaran (1984 - 86), sebelum ditukarkan ke Kementerian Pertahanan
(1986 - 87). Beliau sekarang (1992) adalah salah seorang daripada tiga orang
Naib Presiden UMNO dan berjawatan sebagai Menteri Luar Malaysia.
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
Nama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia
sebenamya lebih dikenali sebagai MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs).
Dari segi sejarahnya, MAYC adalah sebuah pertubuhan belia yang tradisi dan
identitinya berasal mula daripada National Association of Youth Clubs
(NAYC), iaitu sebuah badan gabungan kebangsaan kelab-kelab belia di Britain
yang begitu popular dalam dekad 40-an dan 50-an.
Nama MAYC yang bermula sebagai Malayan
Association of Youth Clubs ialah satu gagasan bertujuan menjadi badan
gabungan atau badan induk kebangsaan yang menggabungkan berbagai-bagai kelab
dan persatuan belia peringkat tempatan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Matlamat pergerakan MAYC umumnya adalah
bersifat sosio- ekonomi dan tertumpu ke kawasan bandar. Ia pada mulanya
diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk memenangi dan menghindari para
pemuda-pemudi di negara ini daripada diresapi dan dipengaruhi oleh ideologi
komunis. Sewaktu MAYC ditubuhkan, sememangnya sudah ada Majlis Belia Malaya
(ditubuhkan dalam tahun 1950) yang sepatutnya menjadi badan induk kebangsaan
yang menggabungkan berbagai-bagai badan belia. Namun oleh sebab MBM ketika itu
lebih banyak memberikan tumpuan pada kegiatan di peringkat antarabangsa, maka
kegiatannya sebagai badan induk penyelaras kegiatan belia di peringkat domestik
menjadi tidak berkesan dan kurang memuaskan.
Penubuhan MAYC melibatkan tiga pihak yang
menjadi penajanya. Pertama ialah Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat
(yang ditubuhkan dalam tahun 1953); kedua, Majlis Belia Malaya; dan ketiganya,
pihak British Council. Antara mereka yang terlibat itu ialah F.C.Arulanandom,
(Peguam/Presiden MBM 1953 - 54); Ching Thin Huat (Guru/Susaha Agung MBM 1953 -
54); D.G. Smith (Pegawai Belia/Bendahari MBM 1953 - 54); Tan Hock Lin (Pekerja
sukarela/AJK MBM 1953 - 54); R.K. Brady (Pegawai British Council); W. Amslie
(Pegawai British Council); M.C.ff. Sheppard (Pegawai Malayan Civil Service); A.
R. Allen (Penasihat Belia di Jabatan KebajiKan Masyarakat); dan juga Yaacob A.
Latif (Pegawai Penerangan Kanan).
Langkah pertama yang dilakukan oleh mereka
ini ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Sementara MAYC yang terdiri daripada:
Pengerusi: M.C.ff.Sheppard
Naib Pengerusi: Yaacob A. Latif
Setiausaha: A. R. Allen
Bendahari: D. G. Smith
Ahli-ahli:
F. C. Arulanandom
W. Emslie
Chong Thin Huat
J. Siow Loong Hin
Helen Tan
Mesyuarat penubuhannya secara fasmi telah
diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Januari 1954, dan M. C. ff. Sheppard, Yaacob
Latif, serta D. G. Smith kekal pada
jawatan masing-masing. Jawatan setiausaha yang dipegang oleh A.R. Allen telah
digantikan oleh M. D. Milman, juga daripada Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebelum ia diambil alih oleh YM Tunku Abdullah ibni al-Marhum Tuanku
Abd. Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ketika itu berjawatan
pegawai Malayan Civil Service, dengan jawatan sebagai Penolong Setiausaha
Kerajaan Negeri Sembilan (1952 - 54). M. C. ff. Sheppard sendiri sebenarnya
telah dilantik menjadi Penasihat Inggeris di Negeri Sembilan sekitar tahun 1954
- 55.
Sebagaimana pertubuhan belia yang lain,
matlamat pergerakan MAYC juga adalah untuk mengerakkan, menyatukan dan memajukan
golongan belia umumnya serta ahli-ahli, yang berbagai-bagai kaum dan keturunan,
dalam badan-badan gabungannya, khususnya. Sebagai sebuah pertubuhan yang
ditubuhkan dalam zaman kolonial, MAYC berusaha untuk memberikan perhatian
istimewa kepada golongan ini, khususnya di kalangan belia kawasan bandar dan
kampung-kampung baru. Hal ini menjadikan MAYC agak popular dan mendapat
sambutan yang baik di kalangan belia bukan Melayu dalam tahun-tahun awal
perkembangannya.
Tunku Abdullah telali mengambil alih pucuk
pimpinan MAYC mulai tahun 1956 sehinggalah beliau digantikan dalam tahun 1971,
iaitu kira-kira selama 15 tahun. Beliau sekarang adalah Pengerusi Lembaga
Pengarah Syarikat Kewangan MBF serta pengasas/ Pengerusi Kumpulan Melewar,
sebuah syarikat pemiagaan yang terkemuka. Dalam tempoh 1971 - 1972, MAYC
dipimpin oleh Syed Ahmad Idid, seorang peguam yang pernah menjadi Setiausaha
agungnya dalam tahun 1970. Beliau sekarang berjawatan Hakim Mahkamah Tinggi.
Pada umumnya, sehingga tahun-tahun 1970-an, kepimpinan MAYC ketara sekali
dilibati oleh kalangan kakitangan awam dan swasta, termasuk golongan
profesional seperti peguam dan akuantan, serta kalangan ahli perniagaan,
berbanding dengan satu dekad yang lalu ia turut diminati dan disertai oleh
tokoh-tokoh politik tertentu di peringkat tempatan.
Dalam tahun 1971, Sanusi Junid telah
mengundurkan diri daripada ABIM yang turut diasaskan penubuhannya itu untuk
bergiat aktif dalam MAYC. Beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Agung; dalam
tahun berikutnya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua II; dan mulai tahun
1973, beliau terus-menerus menjadi Presiden MAYC sehinggalah sekarang (Ogos,
1992). Beliau yang dilahirkan dalam tahun 1945, berpengalaman sebagai pegawai
bank, mulanya memasuki sebuah cawangan UMNO di Seremban dalam tahun 1963;
memenangi kerusi Parlimen kawasan Jerai atas tiket UMNO dalam pilihan raya umum
1974, dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri
(1978 - 80); Timbalan Menteri di Kementerian Tanah dan Pembangunan Lu*r Bandar
(1980 - 81) dan seterusnya sebagai Menteri di Kementerian Tannh dan Pembangunan
Luar Bandar (1981 - 86), dan selepas itu sebagai Menteri Pertanian. Beliau
pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti UMNO (1984 - 87).
Scmcntara itu, Setiausaha Agung dalam
tahun pertama Sanusi mcngambil alih pucuk pimpinan MAYC itu ialah Rahmah Othman
(bekas Timbalan Kctua Pergerakan Wanita UMNO, bekas Timbalan Menteri dan
jawatan politik terakhir, bekas Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46), dan
dalam dua tahun berikutnya, jawatan tersebut dipegang semula oleh Mohd. Taib
Wahab, seorang pegawai swasta, yang pernah memegangnya dalam tahun 1972. Mulai
tahun 1977 sehingga sekarang (Ogos 1992), jawatan setiausaha agung MAYC
dipegang oleh Mohd. Nazim Yahaya, seorang ahli pemiagaan dan aktivis politik
UMNO di kawasan Hilir Perak.
Dalam politik belia, MAYC bergerak secara
sederhana. Ia menjadi ahli gabungan MBM sehinggalah tahun 1978 bilamana ia
menarik diri daripada MBM di peringkat kebangsaan. Ini adalah kerana tidak puas
hati dengan tindakan MBM menerima semula kemasukan beberapa pertubuhan belia
seperti Belia 4B yang dianggap telah “mengkhianati” MBM di saat-saat genting
MBM menghadapi tekanan pelbagai pihak untuk membubarkannya atas dakwaan
sebilangan pemimpin MBM terlibat dalam Demonstrasi Pelajar-Baling bulan
Disember 1974. MAYC adalah satu-satunya ahli gabungan MBM yang berusaha keras
“menyelamatkan” MBM daripada “dibubarkari' sewaktu beberapa orang
pemimpin MBM seperti Anwar Ibrahim berada dalam tahanan ekoran daripada
demonstrasi 1974 itu.
Memang terdapat persaingan tertentu antara
MAYC; dengan 3elia 4B tetapi tidaklah begitu ketara dan membimbangkan. Hal ini
terjadi kerana penubuhan Belia 4B itu sendiri disebabkan oleh beberapa
kelemahan tertentu MAYC dalam menangani keperluan aktiviti persatuan-persatuan
belia, terutamanya yang terdapat di kawasan luar bandar.
Sementara itu, salah satu konsep
pergerakan MAYC yang diperkenalkan dalam tahun 1976 oleh Datuk Sanusi,
bertujuan untuk memajukan ahli-ahlinya ialah yang dinamakan MENJARO. Konsep ini
berupa cara-cara untuk mempersiap dan memajukan Mental Jasad dan Rohani
ahli-ahli MAYC khususnya, dan golongan belia umumnya, dalam menyediakan diri
mereka untuk memenuhi tuntutan dan kerja-kerja pembangunan sejajar dengan Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan dalam tahun 1970.
Kegiatan badan-badan belia yang bergabung
dalam MAYC adalah berbagai-bagai. Kemajuannya dalam bidang sosioekonomi pernah
tergenjat dalam tahun-tahun 1960-an kerana ahli-ahlinya lebih berminat pada
kegiatan hiburan dan keseniaan. Pergerakannya kembali aktif pada awal tahun
1970-an dengan berubahnya pucuk pimpinan. Namun beberapa tradisi pergerakan
belia telah diwujud- kan seperti kegiatan sosioekonomi dan juga pertukaran
belia di peringkat antarabangsa (khususnya dengan belia Jepun). Di samping itu,
sesuai dengan perubahan sosio-ekonomi, ahli-ahlinya juga bergiat dalam berbagai-bagai
jenis pemiagaan. Ini termasuklah yang dilakukan di peringkat kebangsaannya
sendiri dengan asrama dan pusat aktivitinya yang bertempat di Wisma Belia
merupakan salah satu lambang istimewa kewujudan MAYC sehingga hari ini.
Perkembangan awal Persatuan Belia 4B
Malaysia
Sebuah lagi pertubuhan belia yang penting
di kalangan orang Melayu ialah Pertubuhan Belia 4B Malaysia. Sebenarnya nama
Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih terkenal sebagai Belia
4B ialah salah sebuah daripada kira-kira 30 buah pertubuhan belia di negara ini
yang masih bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).
Penajaan penubuhan pertubuhan ini
berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang
terkenal dengan gagasan 4H Youth. 4H itu adalah singkatan untuk Head, Heart,
Health dan Hand yang memperlihatkan nilai-nilai positif dan
kewujudan seseorang individu yang rajin, berhemat, waras, berdaya usaha, serta
mefijaga keadaan kesihatannya untuk membolehkannya berbakti kepada negara dan
bangsanya. Maka itu,
konsep ini telah dianggap boleh diterima-pakai dan disesuaikan bagi memajukan
golongan belia di negara ini. Konsep 4B itu dimaksudkan rtienjurus pada
nilai-nilai positif sebagai “Bersatu",
“Belajar ", Bekerja" dan “Berhhidmat ”.
Gagasan pergerakan Belia 4B telah
dicetuskan dalam “Seminar Kerja-kerja Belia Se-Tanah Melayu” yang diadakan pada
22 Disember 1965 di Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Pertak, Kuala Kubu Baru,
Selangor. Dua kelompok pemimpin belia telah meng- hadiri Seminar ini. Pertama
ialah pemimpin-pemimpin pertubuhan belia kebangsaan itu. Yang kedua dan yang
lebih penting dalam melahirkan Gerakan Belia 4B ialah petugas-petugas dalam
Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD). Ini kerana wakil-wakil PTBD inilah yang
lebih merasakan perlunya mereka memikirkan penubuhan sebuah persatuan belia
yang bergerak di kawasan luar bandar, lebih berorientasikan kegiatan
sosioekonomi dan pertanian, berbanding dengan kebanyakan pertubuhan belia
ketika itu yang lebih banyak tertumpu pada kegiatan budaya dan kesenian di
kawasan bandar. Wakil-wakil PTBD ini merupakan warisan kakitangan yang dilantik
oleh Bahagian Belia, Kementerian Kebajikan Masyarakat, sebelum ditubuhkan
Kementerian Kebu- dayaan, Belia dan Sukan dalam tahun 1964.
Ketetapan wakil-wakil pertubuhan belia
kebangsaan dalam seminar itu untuk membubarkan PTBD, telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati di kalangan 48 orang petugas PTBD yang menyertai seminar
berkenaan dan lantas kerana itu, mereka telah bertindak mengadakan mesyuarat
tergempar pada 23 Disember 1965 di tempat yang sama untuk mengatasi tindakan
pembubaran tersebut. Hasilnya ialah persetujuan mereka untuk mewujudkan sebuah
pertubuhan belia kebangsaan yang lain yang pada mulanya dinamakan sebagai Gerakan
Belia Malaysia. Sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan wakil-wakil
PTBD negeri Selangor diberi tanggungjawab istimewa dalam hal ini kerana mereka
lebih hampir dengan Kementerian dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa
ini terdiri daripada:
Pengerusi: Mohd. Kassim Shah
Naib Pengerusi: Baharuddin Hussein
S/usaha agung: Mohd. Noor Hj. Yusof
Pen. S/usaha agung: Abd. Manaf Sulaiman
Bendahari: Mokhtar Hj. Dahlan
AhliJ/kuasa: Mohd. Zain Rashid.
Mesyuarat agung penubuhannya telah
diadakan di Dewan Belia Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 1966 dengan
dihadiri oleh kira-kira 120 orang tokoh dan perwakilan persatuan- persatuan
belia dari negeri Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau
Pinang, Perak dan Perlis. Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Datuk Engku
Mohsein Abd. Kadir, Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia itu telah
berjaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Malaysia yang konsepnya menyerupai 4H Youth
yang begitu popular di Amerika Syarikat dewasa itu. Jawatankuasa kepimpinannya
yang pertama terdiri daripada:
Yang Dipertua: Mohd. Kassim Shah (Guru)
Naib Y/Dipertua I: Mohd. Salleh Tahir
(ADUN - Johor)
Naib Y/Dipertua II: Baharuddin Hussein
(Kerja sendiri)
S/usaha Agung: Mohd. Ali Abd. Rahman (J/Teknik
Rendah)
Pen. S/usaha: Mohd Zain Rashid (Penterjemah)
Bendahari: Bala Velusamy (Guru)
Ahli-ahli:
Jaapar Lasim (Melaka – Guru)
W. zainal Kassim (Perak – Kerani)
Mohd. Noor M. Isa (Kedah - Guru)
Mohd. Din Yaakob (Perlis - Pengelola)
Khaidir Ibrahim (Selangor - Kerani)
Abd. Rahman Mahmood (Johor - Guru)
Wan Harun Hj. Yusof (Terengganu - J/TGigi)
Kemunculan Belia 4B merupakan suatu
manifestasi perasaan tidak puas hati pihak-pihak yang menganjurkan penubuhannya
terhadap kecenderungan badan-badan belia dewasa itu yang lebih mengutamakan
kegiatan hiburan dan kesenian. Kegiatan-kegiatan yang dikira melekakan dan
tidak produktif ini kurang bermanfaat lagi terutamanya ia secara tidak langsung
mengabaikan kepentingan belia-belia luar bandar. Maka itu, tujuan penubuhannya
yang asasi adalah untuk membolehkan lebih ramai golongan belia di luar bandar
melibatkan diri dalam kegiatan sosioekonomi, khususnya dalam sektor pertanian serta
perikanan. Untuk itu, matlamat penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia antara lain
untuk menyatukan, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil
peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang
adil, menggalakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk
belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan, memajukan dan
mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih
makmur, di samping bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
pcrtubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak, tujuan dan
perjuangannya serta memajukan sokongan kepada kerajaan dan kepada badan-badan
yang sesuai.
Kepesatan pergerakan Belia 4B begitu
ketara apabila mesyuarat agung tahun 1973 bersetuju melaksanakan sistem
cawangan iaitu yang membolehkan cawangannya ditubuhkan di mana-mana tempat yang
sesuai tanpa perlu menunggu sesebuah persatuan belia memohon untuk bergabung
dengannya. Sehingga akhir tahun 1970-an, bilangan cawangan dan ahli Belia 4B
Malaysia menjadi cukup terkenal di Semenanjung Malaysia sebanding
dengan beberapa pertubuhan belia yang
ditubuhkan sebelumnya, termasuklah MAYC, yang menjadi badan saingan langsungnya
itu.
Sejak tahun 1969, pucuk pimpinan Belia 4B
telah diambil alih oleh Hj. Suhaimi Datuk Hj. Kamaruddin, seorang peguam, yang
dewasa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau telah memimpin
persatuan ini sehingga tahun 1992. Perlu disebut- kan di sini bahawa Hj.
Suhaimi pernah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO (1977 - 82). Kalau Datuk Sanusi
Junid terlibat secara langsung dalam penajaan dan kepimpinan awal ABIM, maka
Hj. Suhaimi pula terlibat dalam proses mendraf perlembagaan penubuhan ABIM pada
awal tahun 1970-an.
Sepanjang kehadirannya dalam UMNO,
kepimpinan beliau dalam Belia 4B adalah relatif “terjamin”, tetapi setelah
“terkeluar” daripada parti itu, perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinannya
dalam Belia 4B itu semakin jelas. Sungguhpun terdapat percubaan untuk
menggantikannya dalam tahun 1991, memandangkan beliau berjawatan Setiausaha
Agung Parti Semangat 46, sebuah parti saingan UMNO gara-gara krisis politik
UMNO sejak pemilihan pucuk pimpinan parti dalam tahun 1987, beliau mendakwa
masih menjadi Presiden pertubuhan berkenaan. Daripada pemerhatian umum
bagaimanapun, sehingga Nov. 1992 ini, media massa tam- paknya lebih berminat
untuk “memencilkan” beliau dalam konteks gerakan belia, dan untuk Belia 4B
pula, nama Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali, tampaknya telah “diiktiraf”
sebagai Presiden persatuan berkenaan.
Perkembangan yang berlaku ini sebenamya
bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi persatuan ini bilamana mengingatkan
betapa hasrat penubuhannya bertujuan menggerakkan golongan belia di luar bandar
berkecimpung dalam kegiatan sukarela di samping men- dedahkan mereka pada
perjuangan politik kebangsaan - Belia 4B sejak sekian lamanya dianggap sebagai
barisan hadapan Pergerakan Pemuda UMNO. Sebilangan pemimpin politik yang
berjawatan dalam Parti UMNO dan juga kerajaan sekarang pernah atau masih
terlibat dalam kepimpinan badan belia ini. Antara mereka ialah Datuk Mohamed
Rahmat yang pernah menjadi Naib Presidennya dalam tahun 1970-an; Datuk Abu
Bakar Daud dan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman, dua orang tokoh politik UMNO
negeri Terengganu; Datuk Mohd. Isa Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan;
juga Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.
Dalam kemelut belia, Belia 4B pernah
bertindak menarik diri dalam tahun 1975 - 76 ekoran daripada usaha-usaha pihak
tertentu untuk membubarkan MBM atas dakwaan terlibatnya beberapa orang pemimpin
MBM dalam Demonstrasi Pelajar - Baling bulan Disember 1974. Sebagai sebuah
pertubuhan yang sememangnya dimaklumi sengaja ditaja dan dipengaruhi oleh tokoh
politik kepartian, termasuk kedudukan Hj. Suhaimi sebagai seorang tokoh dan
pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO tahun 1970-an, kehadiran Belia 4B dalam MBM
temyata kurang disenangi oleh kepimpinan tertinggi MBM dewasa itu yang
dipengaruhi oleh kepimpinan belia-pelajar seperti Anwar Ibrahim; dan kerana
itu, percubaan Hj. Suhaimi untuk “menguasai” badan induk belia itu tidak pernah
berjaya.
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Sebuah lagi pertubuhan belia yang popular
di kalangan belia Melayu ialah PKPIM, atau nama panjangnya Persatuan Kebangsaan
Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Sewaktu ia ditubuhkan dalam tahun 1961, nama
asalnya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah
Melayu (PKPIPTM). Dalam banyak hal, PKPIM mewakili gerakan belia dan pelajar
Melayu yang lebih berorientasikan kepentingan agama Islam.
Seperti yang telah diperihalkan di atas,
kegiatan berpersatuan di kalangan golongan belia yang berdasarkan kepentingan
agama sudahpun terdapat sejak awal penjajahan Inggeris lagi, khususnya dengan
tertubuhnya YMCA, YWC A, beberapa young fellowship Kristian, termasuk
juga pertubuhan yang setaraf di kalangan orang- Cina dan India.
Sehubungan ini, bagaimanapun, sehingga
menjelangnya kemerdekaan dan malahan sepanjang dekad 50-an, jarang sekali kedapatan
kegiatan berpersatuan yang serupa berdasarkan kepentingan agama Islam. Jika
pun ada, ia lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan sosiopolitik. Penubuhan
Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) (1948) misalnya lebih
menonjolkan ciri-ciri nasionalisme dan pendidikan pelajar-pelajar Melayu.
Kesedaran mengenai “kekurangan” ini telah
disuarakan buat pertama kalinya dalam satu seminar mengenai Pelajar-pelajar
Islam Se-Malaya yang julung kalinya berorientasikan kepentingan Islam yang
diadakan pada 4 Sept. 1960. Ia telah dihadiri oleh peserta-peserta yang
mewakili institusi pengajian tinggi terkemuka dewasa itu: Universiti Malaya,
Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya, dan
Maktab Perguruan Bahasa; sementara kalangan peserta jemputannya terdiri
daripada perwakilan pelajar Islam di Brunai, Indonesia, Singapura, Sri Lanka,
Filipina dan juga dari Sabah dan Sarawak.
Seminar ini telah memutuskan beberapa
resolusi tertentu demi kepentingan golongan pelajar Islam, tetapi dua
daripadanya adalah yang paling penting. Pertama ialah mengusahakan penubuhan
sebuah persatuan pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu yang bertaraf
kebangsaan yang boleh menyatupadukan tenaga mereka sebagai sebuah kumpulan
pelajar.
Yang keduanya, yang selanjutnya menjadi
asas pergerakan dan perjuangan mereka dalam tahun-tahun berikutnya ialah memperjuangkan
penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti bagi menampung
keperluan dan kepentingan pengajian agama Islam. Perjuangan ini mencapai
kejayaannya bilamana tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa dalam tahun
1983.
Pihak penganjur seminar berkenaan
kemudiannya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIPTM yang
terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi: Sulaiman Hj. Nordin (Maktab
Pertanian)
Setiausaha: Ahmad Juhari Moin (Maktab
Pertanian)
J/Kuasa:
W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
Mohd. Ghazali Hanafiah (Universiti Malaya)
Sementara
barisan Jawatankuasa Kerja yang pertama bagi ABIM terdiri daripada:
Presiden: Ab. Wahab Abdullah, 29,
pegawai MARA Naib Presiden: Sulaiman Mohd.
Noor, 32,
pegawai MARA Setiausaha: Fauzi Ab. Rahman,
25,
Jurutera galian Pen. S/Usaha: Ahmad Hj.
Ismail, 25, pegawai PTD
S/Usaha Kewangan: Syed Ibrahim S. A.
Rahman, 27,
S/Usaha Penerangan: Mohd. Redhuan Halim,
pegawai MARA
S/Usaha Perhubungan: Anwar Ibrahim
S/Usaha Dakwah: Sanusi Junid
S/Usaha Kebajikan: Mahmood Kitom
S/Usaha Wanita: Faridah Tan Sri Hussein
(*tentatif)
Salah satu peristiwa penting yang
melibatkan secara langsung gerakan belia-pelajar umumnya dan PKPIM khususnya
ialah penyertaan pemimpin dan sebilangan ahli serta ramai pelajar lain di kampus-kampus
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia serta Institut Teknologi
MARA dalam Demonstrasi Pelajar-Tani Baling pada awal bulan Disember 1974. Tidak
kurang daripada enam orang pemimpin PKPIM dan MBM, termasuklah terutamanya
Presiden MBM dewasa itu, iaitu Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik selama
beberapa bulan ekoran daripada demonstrasi tersebut. Peristiwa itu juga
menyebabkan pihak Kerajaan bertindak memperketat Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 dalam tahun 1975, terutamanya untuk mengawal kegiatan-kegiatan
pelajar dengan mewujudkan pentadbiran khusus yang dinamakan sebagai Bahagian
Hal Ehwal Pelajar di universiti-universiti tempatan.
Dengan berkuatkuasanya Akta Universiti dan
Kolej Universiti (Pindaan) 1975, kegiatan para pelajar di dalam kampus,
termasuklah kegiatan PKPIM sendiri menjadi semakin terkawal dan jauh daripada
menunjukkan ciri-ciri radikal sepertimana dalam awal tahun 70-an itu. Walau
bagaimanapun, perjuangannya untuk memenuhi kepentingan pelajar-pelajar Islam
termasuklah menegakkan sebuah universiti tetap diteruskan dan menjadi kenyataan
apabila Universiti Islam Antarabangsa akhimya ditubuhkan.
Dalam bulan April 1982, Anwar Ibrahim yang
sudah banyak berpengalaman dalam politik belia dalam PBMUM, PKPIM, MBM dan ABIM
telah memasuki UMNO. Beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Permatang Pauh,
P. Pinang dalam pilihan raya umum 1982. Kemudiannya dalam bulan September 1982,
beliau memenangi jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan mengalahkan Datuk
Hj. Suhaimi yang pernah ditewaskannya dalam merebut jawatan presiden MBM
kira-kira lapan tahun sebelum itu. Beliau mempertahankan jawatan itu sekali
lagi dalam tahun 1984, juga mengalahkan Datuk Hj. Suhaimi, dan melepaskannya
dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987 untuk merebut satu daripada kerusi
Naib Presiden UMNO. Tokoh belia yang terkemuka yang dilahirkan dalam tahun 1947
ini telah mula dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(1982 - 83), Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 - 84),
Menteri Pertanian (1984 - 86), Menteri Pendidikan (1986 - 90), dan sejak tahun
1991, sebagai Menteri Kewangan. Beliau berjaya mempertahankan kerusi naib
presiden dalam pemilihan parti tahun 1990. Di samping itu, jawatan kerajaannya
adalah sebagai Menteri Kewangan serta Pengerusi Majlis Universiti Islam
Antarabangsa. Beberapa orang rakan seperjuangan beliau dalam PKPIM dan ABIM
juga telah turut bergiat dalam berbagai-bagai bidang dan ada antaranya menjadi
usahawan, pentadbir kanan, pemimpin politik, termasuk juga di kalangan parti
PAS.
Penutup: Gerakan Belia dan Kepimpinan
UMNO Hari Ini dan Akan Datang
Berdasarkan huraian yang diberikan di
atas, maka adalah jelas bahawa penglibatan politik generasi belia Melayu
khususnya, bermula dalam kegiatan persatuan-persatuan belia. Atau tidak keterlaluan
pula kalau dikatakan bahawa persatuan belia, sama ada yang bernama GPMS
(berorientasikan kepentingan pendidikan pelajar- pelajar Melayu), MAYC dan Belia 4B (berorientasikan
kepentingan sosioekonomi bandar dan luar bandar); ataupun kemudiannya PKPIM dan
ABIM (berorientasikan kepentingan agama, pendidikan Islam dan Melayu), terdedah
pada pengaruh dan orientasi politik kepartian tertentu sehingga badan-badan
belia ini menjadi tempat latihan bakat kepimpinan yang paling baik bagi mereka
untuk diteruskan kemudiannya dalam gelanggang politik pula.
Apakah yang dapat dikesan berlaku pada
empat tokoh muda politik Melayu: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Abdullah Hj.
Ahmad Badawi, Datuk Seri Sanusi Junid, dan tidak ketinggalan juga Datuk Hj.
Suhaimi? Barangkali hanya tiga nama pertama lebih mendapat perhatian sekarang
kerana mereka menduduki kerusi naib presiden UMNO sejak pemilihan tahun 1990.
Sungguhpun peraturan ABIM menghendaki para pemimpinnya meletakkan jawatan
sebaik sahaja memegang jawatan dalam badan-badan politik, namun imej dan
kewibawaan kepimpinan yang pernah dilJentuk dalam ABIM itu tidak mudah untuk
dihapuskan begitu sahaja. Simpati daripada rakan-rakan seperjuangan dan
ahli-ahli, lebih-lebih lagi yang dijalin atas dasar ukhuwah Islamiah itu adalah
relatif sukar untuk dinafi dan diketepikan begitu sahaja. Hal yang sama tidak
menjadi masalah bagi Belia 4B dan MAYC kerana pemimpin mereka tidak dikehendaki
melepaskan jawatan sebaik sahaja memasuki dan memegang jawatan dalam
parti-parti politik.
Bilamana ketiga-tiga bekas pemimpin
gerakan belia ini memenangi kerusi naib presiden UMNO tahun 1990 itu, maka
dijangkakan oleh banyak pihak bahawa persaingan politik itu seterusnya akan
menjadi lebih sengit dan lebih mendapat perhatian. Pertamanya ialah dari segi
warisan gerakan dan politik belia; tentulah ketiga-tiga mereka - Anwar Ibrahim,
Abdullah Badawi dan Sanusi Junid - akan mendapat perhatian tentang siapakah
yang bakal berupaya untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam pemilihan UMNO
tahun 1993 kelak. Mengingatkan bahawa kedua- dua tokoh utama UMNO iaitu
Presiden Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Encik Ghafar Baba sekarang
sudah menjangkau usia 66 tahun, maka isu penggantian mereka sebagai pemimpin UMNO akan datang menjadi persoalan yang
cukup menarik untuk diberikan perhatian.
Hal ini juga
menjadi lebih istimewa lagi kerana dalam masa yang sama, seolah-olah
berkembangnya persaingan tertentu bukan sahaja antara ketiga-tiga Naib Presiden
itu sendiri, bahkan juga telah didesas-desuskan berlaku antara Encik Ghaffar
dan Anwar Ibrahim sendiri. Memang mereka berdua secara peribadi tidak mungkin
memperakukan wujudnya persaingan dan polarisasi sokongan yang dibimbangi akan
mengulangi kembali perpecahan UMNO ekoran daripada persaingan tahun 1987 lalu,
namun persaingan itu boleh diuruskan oleh “orang-orang mereka”.
Persoalan lain
yang berkaitan dengan penglibatan tokoh-tokoh gerakan belia dalam politik ini,
khususnya dalam UMNO, ialah peranan tidak langsung kedua-dua persatuan sukarela
politik dan bukan politik itu yang tampaknya saling berkaitan dan kukuh-
mengukuhkan antara satu sama lain. Sungguhpun buat beberapa ketika tampaknya
peranan yang dimainkan oleh Belia 4B adalah lebih menonjol dalam hal ini, namun
sehingga hari ini, tidaklah dapat dinafikan bahawa semua pertubuhan belia
Melayu ini memainkan peranan tertentu dalam memprojekkan imej politik
bekas-bekas pemimpin mereka yang berada dalam arena politik sekarang.
Sebenarnya hal ini sukar untuk dibuktikan dengan tepatnya, tetapi bagi
seseorang pemerhati politik yang prihatin dan peka akan perkembangan tertentu
yang berkaitan dengan semua pertubuhan belia dan politik UMNO itu, ramalan dan
rumusan berhubung dengan “jalan lain” dalam membentuk imej politik dan
melebarluaskan pengaruh politik seperti ini tidaklah terlalu meleset. Namun
begitu, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa tidak semua tokoh yang
dimaksudkan itu mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan itu.
No comments:
Post a Comment