Thursday 22 February 2018

Pengenalan

Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan kegiatan riadah dapat mengurangkan
 masalah kegemukan serta risiko penyakit berbahaya dalam kalangan rakyat Malaysia. 
This resource is a reference guide for youth on topics such skills for life, relationships and sex, health and wellness, drugs and substance abuse, family, further education and university, work, home, leisure and entertainment, travel and transport, environmental matters, money management, safety, security, police and access to justice, governance, and regional and international organisations...

Useful links
mylearningenglisshdaily.blogspot.com
syafiqahbalqis.blogspot.com
English phrases and sayings
Speeches
Speech writing guides
Maslow's hierarchy of needs

PRAKATA
I
Buku ini merupakan sebuah koleksi artikel mengenai gerakan belia di Malaysia yang telah saya hasilkan dan pemah dimuatkan dalam beberapa jumal akademik tempatan. Di samping artikel-artikel berkenaan ialah kertas kerja mengenai bidang penyelidikan yang sama yang pemah dibentangkan dalam beberapa seminar dan simposium, anjuran beberapa pihak, sama ada universiti ataupun agensi-agensi awam dan swasta, di dalam dan di luar negeri.
Tulisan dalam koleksi ini merupakan lanjutan daripada kerja-kerja penyelidikan mengenai gerakan belia di Malaysia yang telah dilakukan dalam tempoh 1976 hingga 1981, iaitu bagi tujuan penulisan tesis ijazah Kedoktoran saya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sebagai sebuah penerbitan, dengan demikian, ia dimaksudkan untuk melanjutkan dan melengkapkan buku yang telah diterbitkan dalam tahun 1986, berdasarkan penyelidikan berkenaan yang diberi judul, Gerakan Belia di Malaysia.
II
Penerbitan dan bahan bertulis yang relevan mengenai gerakan belia di negara ini pada umumnya masih menghadapi kekurangan tertentu, terutamanya dari segi maklumat dan sumber rujukannya. Hal ini tidak bermakna bidang penyelidikan mengenai golongan remaja dan belia di Malaysia masih belum dilakukan. Sebenarnya ia sudah dilakukan; namun banyak daripada isu dan permasalahan yang dibincangkan itu dilakukan dari perspektif psikologi dan juga pendidikan. Antaranya adalah mengenai masalah akhlak atau moral golongan muda, proses pembelajaran dan pembentukan perilaku dan sahsiah; serta untuk beberapa waktu kebelakangan ini, berkenaan dengan masalah remaja atau belia lepak; atau dari perspektif politik pula, tumpuan kajian dan perbincangan umum dan akademik tampaknya banyak sekali tertumpu pada persoalan kemerosotan komitmen kenegaraan dan nasionalisme serta patriotisme di kalangan anak muda umumnya. Memang benar bahawa segalanya ini ada kaitan langsung dengan permasalahan golongan belia umumnya itu. Sebagai golongan pewaris masa depan masyarakat dan negara, maka apapun bentuk dan jenis masalah itu, ia mudah sekali mendapat perhatian umum, dan mudah jugalah diberikan tafsiran dan penilaian tertentu, yang seringkalinya pula disarati dengan nilai dan sikap negatif lagi pesimistik.
Kajian yang saya pemah lakukan ke atas gerakan belia di negara ini adalah dari perspektif Sosiologi umumnya, dan Sosiologi Politik khususnya. Tumpuan penting dalam kajian itu berdasarkan gerakan berkenaan sebagai sebahagian penting gerakan sosial. Sementara tujuannya adalah untuk memerihal dan menganalisis perilaku kolektif belia sebagai suatu bentuk gerakan sosial yang mempunyai organisasi atau pertubuhannya yang tertentu, yang bergerak dan melakukan aktiviti tertentu, demi memenuhi dan mencapai matlamat bersama, yang menghasilkan perubahan tertentu dalam kehidupan masyarakat yang bakal mereka warisi suatu masa akan datang. Dari perspektif ini, maka aspek-aspek yang lebih diutamakan ialah yang berkenaan dengan perkembangan organisasi gerakan, kepimpinan serta juga proses politiking tertentu yang berlaku di kalangan para tokoh dan peneraju gerakan berkenaan. Tegasnya di sini, perbincangan yang dikemukakan, sama ada dalam bentuk tesisnya yang asal, ataupun artikel dan kertas kerja yang terhasil daripada projek penyelidikan berkenaan, berorientasikan suatu analisis politik - tentang organisasi, isu kepimpinan dan manipulasi kuasa - yang dapat dikesan dan disoroti pada sejarah dan perkembangan gerakan berkenaan di negara ini. Orientasi kajian laniut mengenai gerakan ini khususnya lebih menekankan impak gerakan berkenaan terhadap politik kepartian, khususnya yang boleh dilihat dalam konteks pemupukan dan kepimpinan politik orang Melayu, dalam usaha mempersiap dan merealisasikan struktur dan keperluan masyarakat, terutamanya bilamana ia dilihat dalam konteks aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang dilambangkan pada Wawasan 2020.
Perlu dinyatakan di sini bahawa sewaktu kajian asal ini disiapkan pada awal tahun 1980-an lalu, belum terdapat sebarang wawasan negara seperti mana yang ada pada Wawasan 2020 itu misalnya. Maka itu, banyak daripada tulisan dalam koleksi ini tidak banyak memperkatakan gerakan berkenaan dalam konteks merealisasikan Wawasan itu. Yang ada ketika itu, khususnya yang berkenaan dengan belia, ialah kerangka dan perancangan di peringkat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), yakni yang berupa Prinsip 3 Padu sebagai satu asas perancangan bagi memajukan golongan belia dalam tiga kemahiran utama iaitu dari segi teknikal, kepimpinan, dan juga pemiagaan. Memang benar bahawa pada masa itu sudah ada misalnya Rukunegara yang menjadi asas penting perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan politik negara umumnya. Kaitan dan kepentingannya dalam konteks gerakan belia, bagaimanapun, lebih merupakan sesuatu yang bersifat umum walaupun banyak daripada aktiviti belia, sama ada dalam persatuan mahupun di pusat-pusat latihan belia memerlukan penyebaran maklumat yang lebih khusus berkenaan dengan wawasan negara ini.
Satu hal lain yang dapat diperhatikan pada tulisan-tulisan ini ialah keterlibatan belia dalam gerakan-gerakan yang bersifat anti-establishment dan radikal iaitu suatu ciri penting yang menjadi world-order pada gerakan berkenaan dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Kebanyakan analisis dalam koleksi ini berlegar padateina berkenaan sungguhpun dapat diperhatikan bahawa pada umumnya ada dua peranan istimewa yang dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan, iaitu menjadi tempat latihan dan menjadi kumpulan sokongan bagi beberapa orang tokoh dan pemimpin belia tertentu untuk seterusnya melanjutkan dan mengembangkan bakat kepimpinan mereka itu dalam kepimpinan politik kepartian pula. Beberapa orang tokoh politik dan kenegaraan yang merupakan generasi kedua kepimpinan negara hari ini terdiri daripada aktivis dan bekas pemimpin gerakan belia. Seorang daripadanya yang terpenting ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjawat Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, di samping memegang portfolio asasinya sebagai Menteri Kewangan.
Mengingatkan bahawa koleksi ini berusaha untuk mencakup tiga aspek perbincangan, iaitu masalah, gerakan, dan masa depan golongan belia di negara ini, maka tulisan-tulisan yang dimuatkan itu disusun sedemikian rupa bagi memenuhi ketiga-tiga aspek berkenaan. Tulisan pertama yang membincangkan pentafsiran konsep belia itu dimaksudkan untuk memperjelas erti dan definisi yang biasa digunakan pada golongan muda itu. Sesudah konsep asas itu difahami, maka ia diikuti pula dengan beberapa tulisan yang membincangkan status dan peranan, serta masalah yang berkaitan dengan golongan belia. Ia tidak hanya pada apa-apa yang berlaku di Malaysia sahaja, bahkan juga sebagai bandingannya, dipaparkan juga keadaan belia di beberapa buah negara tertentu yang lain. Seterusnya dimuatkan juga tulisan mengenai proses politiking yang pernah berlaku di kalangan tokoh belia di negara ini, khususnya yang melibatkan kepentingan dan pendekatan perjuangan yang berbeza. Beberapa tulisan tertentu secara khusus menyentuh kepentingan gerakan berkenaan dalam konteks pembinaan bangsa dan gerakan nasionalisme di negara ini. Sementara tulisan yang terakhir adalah mengenai kehadiran dan ketokohan Anwar Ibrahim dalam gerakan belia dan politik. Terdapat satu tulisan berkenaan dengan Pergerakan Pemuda UMNO yang dimuatkan dalam koleksi ini memandangkan terdapat pertemuan tertentu antara pergerakan berkenaan dengan gerakan belia umumnya.
III
Sebagai sebuah buku koleksi tulisan dan kertas kerja yang merentasi tempoh masa yang agak lama, iaitu kira-kira sejak 15 tahun lalu, maka diakui bahawa usaha ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tertentu.
Salah satu perkara yang dapat diperhatikan adalah dengan memuatkan berbagai-bagai tulisan itu, maka perulangan tertentu pada maklumat yang diperihalkan itu tampaknya tidak dapat dielakkan. Misalnya yang berkenaan dengan isu perkembangan badan-badan atau pertubuhan belia yang terlibat dalam persaingan dan politiking di kalangan pertubuhan belia itu. Begitu juga misalnya dari segi pentakrifan dan konsep belia. Perulangan ini barangkali tidak diperlukan dalam penerbitan sesebuah karya oleh sebab ia boleh membazirkan ruang dan masa para pembacanya.
Perulangan yang terjadi dalam buku ini sebenamya disengajakan, dan sememangnya dikekalkan sebagaimana tulisannya yang asal, baik sebagai sebuah artikel mahupun sebagai sebuah kertas kerja. Pengekalan ini bertujuan membolehkan keseluruhan pandangan dan permasalahan yang dibincangkan dalam setiap tulisan itu dapat difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya, sebagaimana dalam konteks tulisannya yang asal. Seandainya tidak dibuat demikian, ia barangkali boleh menimbulkan salah faham tertentu pula dari segi aliran pandangan dan kejituan analisis yang dilakukan itu. Diharapkan, dengan demikian kita dapat memahami kedudukan, kepentingan dan peranan serta bentuk keterlibatan yang pemah, yang masih dan yang dikira sesuai untuk dimainkan oleh golongan belia dan pertubuhan-pertubuhan yang mereka anggotai dalam mineruskan kewujudan entiti negara dan masyarakat Malaysia pada masa-masa hadapan.
Sementara itu, satu hal lain yang mungkin juga kurang disenangi adalah tentang gaya catatan nota rujukan pada tulisan-tulisan tertentu yang berkaitan dengannya. Jika diperhatikan, terdapat tiga cara atau gaya catatan yang telah digunakan dalam keadaan penulisan asalnya, iaitu sebagai nota kaki yang biasa, sebagai catatan nota dalam teks, dan juga sebagai catatan dan pemerihalan umum yang tersendiri di akhir teks yang terlibat. Gaya dan cara catatan demikian juga dikekalkan dalam keadaannya yang asal untuk tidak menyebabkan terlalu banyak pindaan dan penyesuaian dibuat pada tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam koleksi ini. Memang diakui ada antara tajuk tulisan itu yang diubahsuaikan bagi tujuan penerbitan ini. Tetapi ia dibuat demikian setelah dibuat semakan dan bacaan semula pada teksnya agar penyesuaian tajuk yang dibuat itu benar-benar mencerminkan analisis dan perbincangan sebenar yang tersurat dan tersirat dalam setiap tulisan itu. Mungkin ada yang tidak menyetujui pandangan dan hujah demikian; tetapi persembahan demikian dikira lebih bermakna dan berupaya untuk memberikan sedikit sumbangan dalam usaha menyebarluaskan apa jua maklumat yang wajar mengenai gerakan belia di negara ini.
Dalam pada itu, beberapa maklumat terkini misalnya yang berkaitan dengan perangkaan dan data ahli bagi setiap pertubuhan belia juga sengaja dikekalkan sama sebagaimana maklumat dalam tulisan asalnya. Hal ini juga dibuat bagi membolehkan perbincangan dan analisisnya yang asal dapat dikekalkan, dan suasana yang menjadi latar belakang setiap tulisan itu difahami. Sehubungan dengan itu juga, dicadangkan supaya sebarang maklumat tambahan dan yang terkini dalam gerakan ini dilakukan melalui sesuatu projek penyelidikan lanjut mengenai bidang kajian ini mulai sekarang.
IV
Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, koleksi ini berupa himpunan berbagai-bagai tulisan dan kertas kerja yang pernah diusahakan sejak kira-kira satu setengah dekad yang lalu. Satu hal yang perlu dirakamkan, dalam hubungan ini, ialah terima kasih saya kepada pihak penerbit dan sidang editor jurnal-jumal serta penganjur seminar yang terlibat. Nama-nama penerbitan dan penganjur seminar yang terlibat ada dinyatakan pada setiap tulisan yang dimuatkan ini. Sebenarnya usaha penerbitan ini tidaklah berhajat untuk mengambil alih apa-apa jua usaha penerbitan prosiding seminar atau simposium yang menjadi penganjur pada kertas-kertas yang terlibat dalam koleksi ini. Malahan usaha-usaha penerbitan itu amatlah dialu-alukan, walaupun ada antaranya agak terlewat hingga beberapa tahun.
Sehubungan itu juga, perlu dijelaskan bahawa dari perspektif yang lain, usaha penerbilan koleksi ini dikira wajar dan menjadi lebih berkesan impaknya pada penulisnya yang mengusahakan penerbitan begini sebagai sebuah penerbitan khusus yang mengandungi berbagai-bagai tulisannya mengenai satu tema yang lebih khusus, yang dapat memperagakan kredibiliti dan keberkesanannya sebagai seorang penyelidik dan pakar akademik pada bidang kajian itu. Sudah tentu juga dengan penerbitan begini, ia akan membolehkan aliran pandangan, sikap, serta kepakaran penulis-penyelidik dan penyumbang akademik terhadap bidang gerakan belia itu dapat diabadi dan dimanfaatkan oleh berbagai-bagai pihak yang terlibat dengan bidang berkenaan, baik di peringkat organisasi dan agensi, mahupun di peringkat kumpulan dan individu perseorangan.
Dalam usaha menjayakan penerbitan ini, saya amat berterima kasih kepada beberapa orang teman di universiti yang turut membantu saya menyiapkan koleksi ini. Antaranya ialah Sdr. Abd. Razak Halifa dan Bapak Prof. Madya Sadono dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran yang telah memberikan galakan dan bantuan tertentu dalam menjayakan kerja-kerja penerbitan ini. Juga kepada beberapa orang lain, antaranya Sdr. Mohamad Saleeh Rahmad dan Hamidi dari Jabatan Pengajian Media yang sering saya rundingi dan dapatkan nasihat tertentu berkenaan dengan kerja-kerja penerbitan ini.
Saya juga merakamkan terima kasih kepada beberapa orang teman di Jabatan Antropologi dan Sosiologi yang memberikan bantuan tertentu sepanjang saya melakukan kerja-kerja yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, bagi penerbitan koleksi ini. Dan yang utama sekali tentunya kepada Prof. Datuk Dr. Zainal Kling yang pemah membimbing saya dalam melakukan kajian dan penulisan asal kerja-kerja penyelidikan mengenai bidang yang dikemukakan ini.

Dr. Hussain Mohamed
Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya
Kuala Lumpur
20 Oktober 1996

Artikel-artikel rujukan:
Kekuatan politik melayu asas kestabilan negara
Fokus kecergasan masyarakat bandar elak masalah obesiti
Sorotan Perkembang Politik di Mexico
Pekerja perlu bijak guna hak tangani buli, diskriminasi pihak atasan
Koperasi sekolah wadah pupuk bakat keusahawanan pelajar
Dampingi alim ulama, sabar bantu rawat penyakit hati

Akhlak
Akhlak dalam islam adalah sifat atau budi pekerti yang sesuai dengan ajaran agama islam dan seorang muslim haruslah memiliki akhlak terpuji.
Akhlak secara terminologi berarti tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sadar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik. Akhlak merupakan bentuk jamak dari kata khuluk, berasal dari bahasa Arab yang berarti perangai, tingkah laku, atau tabiat. cara membedakan akhlak, moral dan etika ...
KONSEP AKHLAK. Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada ...
Justeru, bijaksanalah dalam tabligh (menyampaikan). Tingkatkan ilmu anda, lunakkan lidah, sucikanlah kalam sesuci risalah agama Allah SWT yang dibawa. Tiada iman tanpa akhlak dan tiada nilai ilmu tanpa santun budi. Lemah-lembut (al-Rifq) dalam dakwah Islam bukan bererti kita lemah. Itulah rahsia ...
UMAT Islam adalah duta kecil yang membawa nama Islam ke mana-mana sahaja. Orang yang beramal dengan Islam juga mempamerkan kesucian agama itu yang turut akan dilihat oleh orang lain. Melalui kepentingan akhlak keperibadian itu, Ustaz Rusydi Al-Jauhari menerusi rancangan Islam Itu Indah ...
AKHLAK SEORANG MUSLIM KEPADA ALLAH S.W.T. Akhlak terhadap Allah s.w.t merupakan akhlak yang utama yang perlu dititikberatkan oleh sekalian umat Islam. Bagimana seorang hamba mengaku dirinya beriman andai ia tidak berakhlak dengan Tuhannya?. Sudah pasti akan menjadi hujah yang ...
Akhlak Dalam Islam Siri 2. Perkataan al-Khuluq dan perkataan terbitannya juga banyak disebut dalam Sunah Rasulullah. Antaranya Sabda Rasulullah s.a.w. dalam Sahih Muslim: hadis 2553 bermaksud: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya”.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlakataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan.


No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...