Thursday 22 February 2018

BAB 4 Fenomena dan Masalah Belia Lepak

... Masalah “budaya lepak' dan “belia lepak” adalah salah satu isu yang amat popular dan amat mendapat perhatian dal am beberapa waktu kebelakangan ini. Pihak Kementerian Belia dan Sukan menjadi pihak yang amat prihatin dalam hal ini sehingga menganjurkan satu kajian empirikal mengenainya. Beberapa tindakan segera dilaporkan telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk menangangi masalah yang menggugat dan mencemaskan generasipewaris masyarakat dan negara ini...Bagaimanakah pandangan lanjut kalangan ahli akademik, khususnya sarjana Sosiologi dalam hal? Sebagai seorang penyelidik yang pernah melakukan kajian tertentu terhadap gerakan belia di negara ini untuk ijazah PhDnya (tahun 1981), Prof. Madya Dr. Hussain Mohamed, pensyarah di Jabatan Antropologi & Sosiologi, Uniyersiti Malaya telah kami kunjimgi untuk memperkatakan isu ini seterusnya....
………………….
Barangkali boleh kami mulakan temubual ini dengan meminta Dr. jelaskan serba sedikit mengenai “belia” itu. Sebagai seorang yang pemah membuat kajian tentang belia, tentunya Dr. boleh jelaskan tafsiran tentang belia itu sama ada dari segi umur, dari segi fizikal ataupun apa-apa sahaja yang relevan dengannya. Tafsiran tentang belia itu sama ada dari segi umur, dari segi fizikal ataupun apa-apa sahaja yang relevan dengannya.
Pengarang: Terima kasih....Memang benar bahawa yang lazim dimaksudkan sebagai “belia” itu ialah golongan orang muda. Misalnya kita sering dengar orang berkata “muda belia”. Begitu juga penggolongan yang selalu digunakan untuk hayat hidup seseorang - dari peringkat janin, ke peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan hinggalah ke peringkat “tua”. Tahap- tahap hayat ini lazimnya pula mengikut umur tertentu. Kanak-kanak misalnya di peringkat umur, mungkin 2 hingga 12 atau 13 tahun; selepas itu sehingga umur 16 atau 17 tahun di peringkat remaja; sementara belia pula barangkali pada tahap umur 15 hingga 30 atau sekarang dilanjutkan sehingga 40 tahun. Selebihnya, di peringkat “tua”.... Namun yang penting juga diperhatikan di sini ialah pola dan bentuk tingkah laku tertentu pada setiap tahap umur atau peringkat hayat itu; masing-masing mempunyai identiti, pola dan bentuk tingkah laku tertentu. Kalau kanak-kanak, ada sekian-sekian pola tingkah lakunya; kalau di peringkat remaja pula, perlakuan yang biasa kita lihat berbeza daripada sebelumnya... misalnya remaja mula berjinak-jinak dengan alat-alat make-up, mula menyanyi lagu-lagu cinta misalnya; sementara di peringkat belia, apalagi yang berusia dua puluhan, sudah mula dilamun cinta, mula memilih atau rasa terikat pada seseorang, emosinya kadang-kadang sukar ditentukan, dan bermacam-macam lagi. Segalanya ini juga melibatkan perubahan dan pertumbuhan dari segi fizikal mereka.
Secara umumnya golongan remaja dan belia merupakan sebahagian daripada tenaga kerja yang produktif, menjadi golongan yang berpotensi untuk membuat sesuatu pekerjaan atau tugas yang diberikan kepada mereka. Namun mereka juga ialah golongan yang belum mantap, masih banyak resah gelisah, suka memberontak, suka menyanggah, mencuba-cuba, mengacau-ngacau dan berminat untuk menanggung risiko. Sebab itulah golongan ini sering dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan hedonism, vandalism dan rebel without cause iaitu perbuatan-perbuatan yang melibatkan sekali gus pleasures and pains. Sebab itulah pula mereka membuat sesuatu tanpa alasan dan berfikir panjang, paling tidak semata-mata “mengikut kawan”. Ini lebih-lebih lagi kiranya mereka mempunyai j masa dan ruang yang membolehkan mereka melakukan sesuatu sesuka hati semata-mata untuk mencuba-cuba, menyahut cabaran rakan dan seumpamanya. Maka itu, perbuatan-perbuatan seperti menconteng papan tanda, tembok bangunan, mengoyak poster, usik- mengusik, malah menyepak kambing dan kucing di tepi jalan, atau bersiulan dengan sorak-sorai dan seumpamanya adalah perbuatan atau tingkah laku yang dikaitkan dengan golongan ini.Termasuk") juga dalam hal ini, dan dalam keadaan terkini, ialah perbuatan melepak dan membuang masa di tempat-tempat awam yang j mendapat perhatian utama hari ini.")
Penemuramah: Secara khusus, apa sebenarnya budaya lepak”? Padapandangan Dr., apakah gejala buruk ini hartya berlaku dalam beberapa waktu kebelakangan ini sahaja?
Pengarang: Nampaknya saya harus menjawab soalan ini dengan cara yang mudah. Tak perlu saya gunakan istilah-istilah yang berat- berat bunyinya. Bagi saya, secara mudahnya maksud ‘lepak’ itu tidak lebih hanya berupa perbuatan bersiar-siar, bersantai-santai, berehat-rehat.)Kadang kala kita ‘berlepak-lepak’ di beranda rumah kerana kekeyangan misalnya. Atau melelapkan mata seminit dua kerana keletihan sesudah bekerja kuat sebelumnya. Ini semua per­buatan biasa... Tetapi ia menjadi gejala yang negatif bila ia melibat­kan ramai orang, secara berterusan hari demi hari. Tanpa mengira waktu yang khusus. Bukan itu sahaja. Ia dilakukan pula di tempat-tempat awam. Di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Di pasar raya. Di perhentian bas. Di simpang-simpang. Pastilah dengan demikian merosakkan pandangan. Dan lebih malang lagi, ia kemungkinan mengganggu orang lain. Lazimnya bila dah ramai berkumpul itu, akan ada perbuatan nakal: misalnya bersiul ke arah anak gadis yang tumpang lalu. Atau sebaliknya anak-anak gadis berdehem-dehem mengusik anak jejaka yang berurusan di situ.
Penemuramah: Maksud Dr., budaya lepak itu melibatkan sesiapa sahaja: tidak kira lelaki ataupun perempuan?
Pengarang: Pada hemat saya begitulah. Ertinya di sini bila kita sebut “budaya lepak” itu, (ia bersifat kolektif) Atau kelompok atau sebilangan orang tertentu. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tetapi yang penting diperhatikan di sini ialah bila kita sebut “budaya lepak”, maka maksudnya perbuatan itu melibatkan ramai orang, berlaku secara berulangan atau berterusan, dan akan terdapat pula rangsangan dan respons tertentu pada pihak-pihak yang terlibat itu.
Penemuramah : Rangsangan dan respons yang bagaimana?
Pengarang: Maksud saya begini: bila sudah berkumpul ramai- ramai begitu, lebih mudahlah timbulnya genjala-gejala buruk. Malahan keprihatinan masyarakat terhadap isu lepak ini adalah dari perspektif negatif ini. Pertama, perbuatan melepak itu melibatkan sesuatu golongan yang tidak sepatutnya berbuat demikian. Iaitu orang muda. Mereka seharusnya terlibat dalam kegiatan yang produktif. Yang menguntungkan. Yang dijangka akan membolehkan mereka bersiap sedia memikul tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pewaris masayrakat dan negara di masa hadapan. Keduanya, kebimbangan betapa perbuatan itu boleh merangsang dan menjerumuskan anak-anak muda ini dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain. Membuang masa sudah tentu sekali. Di samping membazirkan waktu, ia berjangkit pula pada usik-mengusik orang- orang yang lalu-lalang seperti yang saya bayangkan di atas. Inikan satu bentuk gangguan awam? Dan lebih malang dari itu ialah boleh juga menyebabkan sebilangan mereka ini terjebak dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain: mungkin ia bermula dengan rokok-merokok; kemudian menghisap dadah, dan langsung menjadi penagih. Lain daripada itu, terlibat dengan perbuatan jenayah: mencuri, menipu dan seumpamanya. Dan bukan tidak mungkin pula yang terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral: kegiatan maksiat, pelacuran dan macam-macam perbuatan buruk lagi.
Penemuramah: Amat pesimistik nampaknya pandangan Dr. dalam hal ini?
Pengarang: Memang saya akui bahawa pandangan saya dalam isu begini cukup pesimistik. Barangkali saya terlalu berpegang pada logik yang sehala dalam hal ini. Saya akui. Ertinya bila saya kata perbuatan itu melibatkan seseorang membuang masa, duduk-duduk melihat orang lalu-lalang dan mundar-mandir ke hulu ke hilir di tempat awam itu tanpa tujuan yang khusus, maka tentu sahajalah segalanya itu menimbulkan syak wasangka tertentu. Memang kita tidak ada data-data konkrit untuk mengatakan bahawa dengan melepak sekian banyak jam, seseorang pada akhimya menjadi perogol, peragut rantai atau penagih dadah. Tetapi pola umum menunjukkan bahawa dengan semakin banyaknya gejala membuang waktu dan melepak dengan peningkatan kes-kes ketagihan dadah, jenayah kecil-kecilan, pelanggaran had umur ke pusat-pusat hiburan dan permainan snuker misalnya, maka korelasi sebab dan akibat beginilah yang pada hemat saya cukup membimbangkan masa depan golongan belia kita. Katakanlah sebaliknya: sesudah melepak dan mundar-mandir ke kompleks pasar raya di sana sini, golongan anak- anak muda kita ini ramai-ramai pergi bina rumah batu, bina bangunan tinggi-tinggi, ramai-ramai turun ke sawah ladang, ramai-ramai ke laut tangkap ikan atau ramai-ramai bersihkan bandar raya, atau ramai-ramai berpakat hapuskan jenayah, kutu rayau, berpeleseran, ramai-ramai hapuskan lumba motosikal haram, dan macam-macam lagi sehingga negara kita tidak perlu import buruh dari negara asing, tidak lagi bergantung pada tenaga pekerja dari Bangla­desh, dari Indonesia dan dari Filipina dan sebagainya itu, barulah kita tidak akan mengatakan bahawa budaya lepak itu adalah sesuatu yang negatif. Sebaliknya seperti yang kita telah baca dan lihat dari­pada media massa, banyak buruknya budaya lepak itu. Maka itulah sebabnya kita menjadi amat pesimistik akan gejala tersebut. Apakah corak hidup masyarakat kita di masa hadapan?.
Penemuramah: Tapi ada pihak yang merasakan fenomena lepak ini adalah ‘Sementarasifatnya, dan ia berkurangan bila belia kita itu menjadi semakin dewasa, atau bila mereka sudah berumah tangga dan beranak-pinak
Pengarang: Soal sementara atau berterusan dalam hal ini tidak timbul. Pada hemat saya, baik sementara ataupun kekal, tidak penting. Kita mungkin boleh meramalkan betapa seseorang itu benderung untuk melepak kerana belum bekerja. Bila dia sudah bekerja, maka sudah tidak ada masa untuknya melepak dan mundar-mandir di pasar raya atau di mana-mana. Bagi saya, pandangan ini mungkin ada benamya di peringkat perseorangan. Tetapi yang kita perlu utamakan ialah gejala ini berterusan dengan pelaku-pelakunya sahaja yang berbeza. Saya juga harus tarik perhatian bahawa dalam kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik yang ditaja oleh KBS baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa kalangan orang muda yang sudah bekerja (ertinya mempunyai pekerjaan) pun turut terlibat dalam perbuatan dan budaya lepak itu. Kalau mereka begini pun boleh ikut terlibat, bayangkanlah bagaimanakah nanti sumbangan produktiviti yang boleh mereka berikan kepada organisasi tempat kerja mereka? Saya tidak pastilah bahawa dengan melepak itu, mereka sentiasa mendapat inspirasi baru, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan tenaga mereka untuk bekerja. Malahan saya amat bimbang sekali kiranya dengan ikut melepak itu, mungkin ada antara mereka mendapat bekalan dadah yang baru atau suntikan yang baru. Atau setidak-tidaknya melepak itu makin melek^kan dan melenakan mereka. Menjadikan mereka akhimya hanyut di negara mereka sendiri. Dan jika ini berlaku, makanya jelaslah bahawa masa depan generasi belia kita adalah malap dan cukup membimbangkaft. Dalam keadaan begini, bagaimana mereka mampu untuk menyahut dan memenuhi tuntutan dan cabaran Wawasan 2020 kelak? Bagaimanakah mereka berupaya mempertahankan maruah bangsa dan negara mereka?
Penemuramah: Jika demikian halnya, maka apakah sebabnya tninat dan wabak melepak ini menjadi begitu berleluasa dalam masyarakat kita hari ini? Malahan ia nampaknya turut membabitkan orang dewasa juga.
Pengarang: Saya percaya ada banyak sebab terjadinya budaya lepak ini. Tetapi yang ingin saya tegaskan di sini ialah ia bukanlah sesuatu yang baru. la juga bukanlah sesuatu yang hanya terdapat di Malaysia sahaja. Kalaulah kita sebutkan perbuatan membuang masa, bercakap-cakap kosong, sembang-sembang di simpang-simpang jalan yang bermaksud melepak, maka ia boleh terdapat di mana-mana. Di taman-taman bunga saban waktu ada orang berehat-rehat dan duduk-duduk. Malahan melibatkan anggota keluarga. Ada juga orang melepak di coffee house. Di warung-warung. Di pusat-pusat pameran. di pasar raya, di perhentian bas. Masing-masing barangkali ada alasan tertentu yang ada antaranya memang wajar dan masuk akal. Mungkin ada yang kononnya ingin melepaskan penat di hujung minggu. Mungkin kerana mengadakan rundingan urusniaga. Mungkin untuk bertemu kawan. Mungkin untuk window-shopping kalau di pasar raya atau gedung pemiagaan. Atau setidak-tidaknya menunggu teman dan memenuhi temujanji dengan rakan.
Namun pada hemat saya, gejala lepak yang kite cukup prihatin ini adalah berpunca daripada berbagai-bagai faktor penolak dan penarik yang ada dalam hidup yang kita nikmati sendiri. Tempat-tempat awam yang kerap saya sebutkan di atas umpamanya menjadi faktor penarik untuk dikunjungi oleh orang ramai. Apalagi bagi kalangan anak-anak muda, yang ada antaranya sengaja pula dibekalkan wang ringgit oleh ibubapa masing-masing yang sibuk dengan urusan masing-masing. Ertinya di sini sekaligus anak-anak muda itu dilanda faktor penolak seperti rasa jemu, bosan, juga rasa sunyi kiranya terperap tinggal di rumah tanpa ditemani ibu bapa. Bukan itu sahaja. Ada juga yang didesak oleh faktor penolak menyebabkan mereka melepak kiranya ada kesempatan. Misalnya tekanan dan  tuntutan persekolahan dan peperiksaan di sekolah atau di institusi pengajian tinggi menyebabkan para pelajar terjebak untuk melepak semasa cuti. Dan tidak kurang juga oleh ajakan kawan-kawan sebaya. Namun tidak kurang juga yang melepak untuk beberapa jam sebelum menghadiri sesuatu upacara atau pertunjukan wayang, permainan di stadium atau ketibaan yang ditunggu. Ada juga, malahannya, mengatakan bahawa gejala hidup nafsu-nafsi hari ini, baik di bandar mahupun di kampung, telah jauh menyebabkan hubungan seseorang dengan orang lain, menjadi semakin renggang. Hari ini misalnya soal gotong-royong, kegiatan sukarela, malahan makin malapnya kegiatan persatuan-persatuan belia juga menyebab­kan ada banyak masa untuk golongan belia ini melepak dan membuang masa ke sana sini. Dulunya golongan ini adalah ahli dan penggerak penting badan-badan sukarela ini. Pendeknya ada berbagai alasan yang boleh dikemukakan untuk menjelaskan perbuatan demikian. Apa yang mungkin berbeza lagi dalam hal ini ialah lepak orang muda dengan lepak orang tua. Orang muda dibimbangi akan lebih mudah untuk dijangkiti dengan gejala-gejala buruk yang lain sedangkan tempoh hayat mereka umumnya masih lama, dan masih perlu mempersiap diri untuk menghadapi hari muka. Jika persediaan ini tidak ada, maka alangkah malangnya generasi yang akan datang kelak? Sedangkan orang muda itulah yang rata-ratanya cukup mudah menurut dan meniru sebarang perbuatan orang lain.
Penemuramah: Apakah masih belum terlambat untuk kita membaiki dan mengatasi masalah ini?
Pengarang: Di sebalik rasa pesimis yang saya sebutkan di atas, saya sebenarnya masih menaruh harapan dan masih optimis bahawa gejala dan budaya lepak ini akan dapat diatasi. Atau setidak-tidaknya ia boleh diminimumkan. Rasa optimis itu pertama-tamanya saya landaskan pada kepekaan dan keprihatinan segera kita terhadap isu dan masalah lepak itu sendiri. Ia diberikan perhatian berat malah oleh Perdana Menteri sendiri. Tentu sekali beliau, dan malahan kita semua, perlu prihatin dan peka terhadap isu ini. Jika ia dibiarkan dan tidak ditangani segera, maka jangan diharaplah Wawasan 2020 itu kelak akan dapat direalisasikan. Jangan mimpilah gerombolan yang suka melepak itu boleh memainkan peranan mereka untuk memajukan negara dan bangsa. Jangan haraplah slogan Pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara itu dapat digandingkan dengan Wawasan itu kelak. Pendeknya pada hemat saya, kita belum terlambat untuk mengatasi masalah lepak ini walaupun hambatan- hambatan terhadapnya memang menggerunkan.
Penenturantah: Pada hemat Dr., apakah ada satu-satu car a ycmg spesifik untuk mengatasinya?
Pengarang: Pada saya, ada banyak cara dan kemungkinan untuk kita lakukan buat menangani masalah lepak ini. Ertinya tidak ada satu-satu cara yang spesifik bagi mengatasi atau mengurangkan gejala yang membimbangkan ini. Setiap orang daripada kita, baik yang berkedudukan sebagai pemimpin, sebagai ibu bapa, sebagai guru, sebagai imam, sebagai pegawai, sebagai petani, dan apa sahaja seharusnya prihatin terhadap masalah ini. Mungkin anak kita tidak terlibat dengan gejala lepak ini. Mungkin adik kita tidak terjebak dengan masalah ini. Tetapi percayalah ada kedapatan misalnya rakan-rakan anak kita, atau anak rakan dan jiran tetangga kita, atau anak ahli khairiah kita yang berangkali terlibat dengannya. Mungkin hari ini anak orang yang terlibat. Barangkali esok lusa saudara-mara kita pula. Bukankah semuanya ini ada kait-mengaitnya dengan kita semua? Sebab itulah saya katakan setiap orang perlu menganggap gejala buruk ini adalah musibat bersama yang sama-sama kita alami. Dengan itu juga pada hemat saya, tidak ada satu-satunya cara yang spesifik atau agensi yang spesifik yang boleh kita bebankan untuk menangani dan mengatasi masalah ini. Kita barangkali boleh memikirkan misalnya melalui cara paksa dan wajib. Misalnya mengadakan kerahan tenaga negara (national service). Ini adalah cara yang saya kira paling keras. Ia bertujuan untuk mendisiplinkan semua orang muda. Misalnya bagi mereka yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Dengan disiplin yang ketat, yang regimented sifatnya, semua orang akan menjadi insaf dan mematuhi apa jua larangan, termasuk larangan daripada berfoya-foya, melepak dan membuang masa ketaktentuan di mana-mana itu. Tetapi cara ini saya percaya amat keras. Amat tidak disenangi oleh para ibu bapa. Bukan itu sahaja. Ia boleh menimbulkan masalah yang lain. Misalnya akan ada yang berusaha menghantar anak-anak mereka ke negara luar dengan berbagai-bagai alasan. Tujuannya semata-mata untuk mengelakkan diri daripada didisiplinkan melalui perkhidmatan nasional itu. Cara lain ialah melalui usaha pendidikan. Misalnya sedaya mungkin mengadakan berbagai-bagai aktiviti masa lapang dan masa cuti untuk disertai oleh golongan muda itu. Ini semata-mata untuk mengelakkan mereka daripada membuang masa dan melepak di sana sini. Dari segi ini, peranan institusi pendidikan dan para pendidik cukup penting dan perlu dihargai sewajamya. Juga melalui pemupukan kesedaran ibu bapa dan perspektif baru keibubapaan dalam mendidik anak-anak agar berusaha mengindar daripada terjebak dalam budaya lepak itu. Usaha pemupukan masyarakat penyayang misalnya haruslah menjadi sebahagian daripada proses pemupukan dan pendisiplinan anak-anak muda ini. Tapi ini tidak pula bererti ibu bapa perlu sama sekali menyekat kebebasan anak-anak mereka. Apa yang perlu ialah para ibu bapa menggunakan kebijaksanaan masing- masing untuk membesarkan anak-anak mereka. Saya percaya dalam hubungan ini, peranan agama cukup penting. Agama Islam umpamanya cukup prihatin terhadap kerukunan hidup umatnya, hatta dalam soal penjagaan waktu, pemupukan akhlak yang baik serta pola perhubungan ibu bapa dan anak-anak, hatta apa sahaja isu kolektif manusia bagi menjamin kesejahteraan manusia seluruhnya. Islam mempunyai panduan tertentu untuk menghadapinya.
Penemuramah: Bagaimana dengan pihak kerajaan dalam hal ini?
Pengarang: Setahu saya pihak kerajaan sudah peka dan sedar akan gejala buruk ini. Menteri Belia dan Sukan sudahpun memainkan peranannya sejak awal-awal lagi beliau dilantik menerajui Kementerian berkenaan. Tetapi sama sebagaimana gejala dadah, ataupun yang lain-lain seumpamanya, pencapaiannya hanya dapat dikesan sesudah berlalunya sesuatu tempoh dan masa tertentu. Saya percaya pihak KBS telah dan sedang merancang dan melaksanakan sesuatu yang sewajarnya dalam hal ini. Seperti yang telah kita ketahui daripada media massa baru-baru ini, beberapa projek khusus akan dilaksanakan. Misalnya telah diberitakan Projek Briged Muda yang menyediakan berbagai-bagai prasana untuk menampung berbagai- bagai aktiviti yang diminati dan difikirkan sesuai untuk golongan remaja dan belia itu akan diadakan. Projek ini nampaknya terbuka kepada semua belia yang berminat, tanpa mengira apakah mereka itu menjadi ahli pada mana-mana pertubuhan belia ataupun tidak. Yang penting adalah untuk memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia dan seterusnya melakukan kegiatan yang prososial yang berfaedah pada diri mereka sendiri dan negara umumnya. Ertinya melalui usaha ini, mudah-mudahan gejala lepak-melepak itu dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dapat diminimumkan sewajarnya. Saya juga fikir ada baiknya dalam kesempatan dan keprihatinan KBS sedemikian rupa, akan tampillah pelbagai persatuan belia, baik yang kecil mahupun yang besar yang bertaraf nasional, menyertai dan mengaktifkan semula kegiatan mereka yang nampaknya agak lembam beberapa waktu kebelakangan dahulu. Eloklah pemimpin-pemimpin persatuan belia yang beribu-ribu buah jumlahnya di seluruh tanah air itu menyahut dan menggerakkan ahli masing-masing atau menambahkan ahli dan seterusnya mendorong- kan mereka untuk menyertai pelbagai projek yang sejak sekian lamanya dikendalikan oleh Kementerian itu. Tugas belia sekarang pada hemat saya adalah untuk menyemarakkan kembali segala kegiatan mereka masa lalu, tidak kira apa bentuk dan jenisnya, asalkan ia bermanfaat kepada negara seluruhnya. Pada saya, dengan cara ini sahajalah persediaan yang lebih mantap dan munasabah dapat dibuat bagi memenuhi hasrat dan matlamat Wawasan 2020 itu. Lain daripada itu, saya fikir wajar jugalah pihak kerajaan membuat sorotan tertentu terhadap dasar dan keutamaan yang mereka buat selama ini ke atas golongan remaja dan belia itu. Penyelarasan dasar saya fikir perlu diberi keutamaan. Ini kerana ada diantara rancangan yang dimaksudkan untuk golongan ini dikendalikan oleh beberapa agensi kerajaan, sehingga menyebabkan pencapaian dan manfaat yang seharusnya dicapai menjadi berbaur dan ketaktentuan. Mungkin juga saya fikir beberapa cara seperti pihak Kementerian menggerakkan dan mengaktifkan semula majlis Perunding Belia Negara untuk memikir dan membincangkan berbagai-bagai isu dan masalah yang melanda belia hari ini. Majlis ini pula saya fikir wajarlah dianggotai oleh pihak-pihak yang prihatin dan ada kepentingan langsung dengan permasalahan yang dihadapi, dan bukannya sekadar diisi oleh orang-orang yang sudah terlalu sibuk dengan berbagai-bagai tugas dan komitmen dalam bidang-bidang yang lain. Barangkali dengan segala langkah ini, berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh belia kita, baik soal dadah, soal akhlak, keciciran, budaya lepak, dan malahan masalah kepimpinan dalam badan-badan belia itu juga dapat diatasi.
Nota: Perbincangan ini telah dimuatkan dalam majalah bulanan Tamadun, Jilid 2, Ogos, 1994.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...