Thursday 22 February 2018

BAB 5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gerakan Belia



Pengenalan
Kehidupan Masyarakat Majmuk
Struktur Umur Penduduk
Pengalaman Sejarah dan Pentadbiran Negara
Proses Pembangunan Sosioekonomi
Perbezaan Bandar-Luar Bandar
Kesimpulan

Pengenalan
Belia ialah golongan majoriti penduduk dalam kebanyakan negara yang sedang membangun dewasa ini. Keadaan ini juga terdapat di Malaysia. Bancian Penduduk Malaysia yang dikeluarkan dalam tahun 1970 misalnya menunjukkan bahawa kira-kira 41% penduduk berada dalam lingkungan ‘orang-orang muda’ yang berumur antara 12 hingga 35 tahun, iaitu lingkungan umur bagi golongan belia. Dengan demikian, maka kewujudan dan kepentingan golongan ini untuk dapat digerakkan (mobilized) dalam berbagai-bagai bentuk kegiatan kolektif, sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahupun politik, adalah besar sekali. Ini adalah wajar sekali kerana golongan ini jugalah yang bakal menjadi penerus dan pewaris masyarakat pada masa hadapan, sehingga telah menimbulkan banyak usaha dilakukan untuk mengembangkan, mencorakkan serta minggalakkan bakat dan keupayaan mereka menyertai berbagai-bagai bentuk kegiatan masyarakat.
Salah satu daripada bentuk usaha itu adalah dengan memberikan peluang, bantuan dan galakan bagi belia menubuhkan dan seterusnya menganggotai pertubuhan atau organisasi sukarela belia.
Sebagai suatu bentuk gerakan sosial, maka hasilnya dewasa ini, Malaysia mempunyai dua puluh buah pertubuhan belia peringkat kebangsaan dengan ribuan jumlah persatuan atau kelab belia yang menjadi cawangan ataupun badan gabungan, ataupun bergerak secara sendirian, pada mana-mana satu pertubuhan kebangsaan itu.
Perjalanan serta pergerakan belia di negara ini, umumnya berlangsung secara yang sederhana dan dipengaruhi serta ditentukan oleh banyak faktor dan suasana kehidupan masyarakat setempat. Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat tempatan dari segi etnik, agama, bahasa, serta sikap dan nilai; menghadapi proses pembangunan sosioekonomi yang pesat dan berancang; masih wujudnya perbezaan tingkat kemajuan di bandar dan di luar bandar; serta pengalaman sejarah dan struktur pentadbiran negara adalah antara beberapa bentuk keadaan yang menentukan corak pergerakan dan kewujudan organisasi-organisasi belia itu. Sehubungan dengan ini, artikel ini bertujuan membincangkan dan mengemukakan suatu analisis makro mengenai beberapa isu serta aspek pergerakan tersebut yang berkaitan, secara langsung dan tidak langsung, dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat di negara ini sekarang. Ini termasuklah mengenai perbezaan bilangan serta bentuk penyebaran persatuan-persatuan belia yang terdapat di kalangan golongan belia Melayu dan bukan Melayu serta antara kawasan bandar dan luar bandar, serta hubungannya dengan dasar-dasar pembangunan negara sendiri.
Kehidupan Masyarakat Majmuk
Kehidupan Masyarakat Majmuk Malaysia mengandungi sebuah masyarakat majmuk atau berbilang kumpulan etnik, bahasa, sikap dan, cara hidup atau kebudayaan; dan sifat-sifat ini selalunya dianggap begitu unik dan par excellence, baik di paras horizontal antara sesuatu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain, mahupun di paras vertical dalam kumpulan etnik itu sendiri.
Perbezaan yang menonjol di paras horizontal, terutamanya, ialah berhubung dengan bilangan anggota kumpulan. Di Semenanjung Malaysia umpamanya, kumpulan orang Melayu adalah sebanyak 53.2% (4,685,838 orang), orang Cina sebanyak 35.4% (3,122,350 orang) dan orang-orang India, Pakistan serta lain-lain adalah sebanyak 11.4% (hampir 1 juta orang). Dengan bilangan anggota kumpulan yang hampir sama bnnyak ini, maka setiap pihak scntiasa memikirkan dan berusaha untuk mcngckalkan cara hidup masing-masing. Kepentingan dan nilai-nilai hidup orang Melayu adalah tidak sama dengan yang ada pada ornng bukan Melayu dan bcgitulah sebaliknya, sehingga perasaan pcrkauman (communalism) antara mereka masih berterusan. Tegasnya di sini, dengan sifat yang disebutkan itu, orang-orang Melayu, Cina dan lain-lain yang menjadi penduduk negara ini masih terpisah-pisah dan berbeza-beza, sama ada dari segi sikap, niIai, penumpuan tempat tinggal dan pekerjaan dan sebagainya yang menepati keadaan masyarakat majmuk itu. Secara hakikinya orang Melayu masih mampu dan lebih ramai berkediaman di kawasan luar Bandar, bergantung pada sektor pertanian dan pentadbiran serta  mempunyai kuasa politik yang masih kuat. Sementara  orang Cina pula lebih tertumpu berkediaman di kawasan bandar, lebih berusaha dalam bidang perdagangan dan perniagaan, dan orang India pula lebih ramai menjadi pekerja di ladang  dan buruh-buruh di kawasan bandar.
Keadaan polarisasi etnik di paras mendatar ini menjadi lebih rumit lagi kerana secara tradisinya setiap kumpulan etnik itu juga mempunyai perbezaan dalaman (internal differences) masing-masing. Umpamanya orang-orang Cina itu terkelompok dalam lebih daripadn 10 kumpulan dialek bahasa, daerah asal dan orientasi pekerjaan ntnu kemahiran. Orang Melayu juga demikian kerana ada yang berasal dari kawasan Jawa, Sumatera, Bugis dan Sulawesi, di samping orang-orang Asli serta orang Melayu tempatan yang asal. Sementara di kalangan orang India pula, ada yang berasal dari bahagian sclatan (Tamilnadu, Kerala dan Andhra) dan ada yang berasal dari kawasan utara (Punjab, Pakistan).
Perbezaan dalaman ini juga menjadi lebih rumit lagi dengan adanya sikap serta orientasi nilai-nilai yang tidak sama di kalangan mereka. Seringkali kedapatan perbezaan antara golongan Cina berpendidikan sekolah Cina dengan yang berpendidikan Inggeris, golongan Melayu berpendidikan agama dengan yang berpendidikan Inggeris, orang Melayu bandar dengan orang Melayu kampung, orang-orang India yang beragama Islam dengan bukan Islam serta lain-lain lagi.
Sifat-sifat majmuk serta perbezaan-perbezaan yang terhasil oleh susunan masyarakat yang sedemikian rupa itu sesungguhnya mencabar segala bentuk usaha dan konsep kesatuan atau unity yang mahu dipupuk dan dibangunkan oleh Malaysia dewasa ini. Dalam konteks gerakan berorganisasi belia, sifat-sifat dan keadaan demikian menimbulkan tiga implikasi penting:
-Terdapatnya perbezaan orientasi serta kesediaan ber­organisasi yang tidak sama rata antara kumpulan etnik.
-Tertubuhnya organisasi yang lebih berdasarkan kepentingan yang bersifat perkauman (communalism).
-Wujudnya perasingan antara beberapa buah organisasi yang berbeza-berbeza kepentingan dan matlamatnya dalam sesuatu kumpulan etnik yang sama.
Implikasi pertama yang dimaksudkan itu ialah terdapatnya kesediaan yang berbeza antara belia Melayu dengan yang bukan Melayu untuk menganggotai organisasi-organisasi belia. Didapati bahawa belia Cina lebih cenderung memasuki persatuan-persatuan sukarela yang bukan bercorak belia (non-youth association) berbanding dengan belia Melayu ataupun belia India. Belia cjna lebih memilih untuk menganggotai persatuan-persatuan kesukuan (clan associations) mereka seperti kongsi (iaitu ditubuhkan atas dasar hubungan kekerabatan; huay-kuans (iaitu organisasi sukarela berdasarkan tempat asal mereka seperti Persatuan Kwangtung, Persatuan Teochew); miao atau pertubuhan keugamaan; serta juga berbagai-bagai persatuan kebudayaan yang bertujuan mengembang- kan seni, tarian, serta seni mempertahankan diri. Dorongan- dorongan ini diperkuat oleh sebab-sebab lain seperti tidak faham dengan urusan-urusan berpersatuan yang menggunakan bahasa Malaysia; dasar-dasar Kerajaan terhadap belia, serta minat mereka yang lebih dalam kegiatan-kegiatan persatuan yang bercorak pemiagaan dan perdagangan yang lebih menguntungkan dari segi wang ringgit.
Keadaan ini menyebabkan kurangnya minat dan penyertaan belia bukan Melayu dalam pertubuhan-pertubuhan sukarcla belia iaitu sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam Jadual 1. 
Angka-angka yang diberikan dalam jadual berkenaan menunjukkan bahawa sepanjang tahun 1970-an itu, kira-kira 70% ahli pertubuhan belia di Scmcnanjung Malaysia terdiri daripada belia Melayu berbanding dengan 18% belia Cina. Atau daripada jumlah sebenar bilangan ahlinya, kcdnpatan seramai 102,983 belia Melayu dalam tahun 1970 berbanding dcngan seramai 6,168 orang belia Cina, 5,335 orang belia India scrta 149 orang belia yang lain-lainnya dalam tahun yang sama Dalam dua tahun terakhir, iaitu tahun 1978 dan 1979 pula, ahli-ahli biasa pertubuhan belia umumnya masih memperlihatkun keadaan yang sama lebih daripada suku juta orang belia Melayu menjadi ahli pertubuhan belia, sedangkan bilangan belia bukan Melayu masih belum meningkat lebih daripada 100,000 orang pun.

Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, perbezaan jumlah ahli mengikut kaum ini hanyalah tertumpu pada pertubuhan-pertubuhan belia scmata-mata, sedangkan dalam pertubuhan-pertubuhan bukan belia, seperti kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan ikhtisas, kebudayaan, kongsi (guilds) dan dewan-dewan pemiagaan umpamanya adalah lebih ramai dianggotai oleh orang bukan Melayu, yang sebahagian besamya dalam lingkungan umur belia. Penyelidikan yang dibuat oleh Douglas dan Pedersen ke atas pertubuhan-pertubuhan sukarela di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1972 mendapati bahawa sehingga bulan September 1972 terdapat sejumlah 3,455 buah persatuan di kalangan orang Cina, dan hanya 28 buah sahaja daripadanya berupa sama ada pertubuhan belia ataupun persatuan peladang. Sementara di kalangan orang Melayu pula, terdapat sejumlah 4,007 buah persatuan yang terdaftar secara rasmi, dan sebanyak 1,858 daripadanya merupakan sama ada persatuan belia ataupun persatuan peladang. Daripada 754 buah persatuan sukarela di kalangan orang India, hanya 90 buah sahaja yang berupa sama ada persatuan belia atau persatuan peladang.
Keadaan dan minat berorganisasi yang berbeza antara kumpulan belia Melayu dan bukan Melayu ini menimbulkan beberapa anggapan tertentu. Umpamanya seringkali dikatakan betapa dcngan semakin bertambah banyaknya bilangan pertubuhan belia Melayu itu, maka pertubuhan belia dikatakan sebagai Malay affairs, yang mengiirangkan pula minat belia bukan Melayu untuk turut melibatkan diri di dalamnya. Demikian juga terdapatnya anggapan yang mcngatakan kerajaan menindas organisasi sukarela bukan Melayu sementara berusaha dengan gigihnya untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan organisasi belia Melayu.
Tanggapan-tanggapan begini sesungguhnya kurang tepat dan boleh mengelirukan hakikat. Ini kerana pada umumnya orang orang bukan Melayu sendiri (khususnya orang Gina) kurang berminat untuk menceburkan diri atau menganggotai pertubuhan-pertubuhnn mikarela terutamanya organisasi belia sendiri. Keadaan minat dcmlkian terhasil daripada banyak sebab, tetapi yang lebih pentingnya adalah kerana kedudukan persatuan-persatuan kesukuan, tempat asal dan scbagainya yang masih lagi dianggap istimewa itu. Sedangkan dalam masa yang sama, orang Melayu pula memperlihatkan scmangat dan minat yang semakin meningkat untuk menubuhkan persatuan atau organisasi sukarela rasmi, sama ada yang bcrdasarkan umur (iaitu organisasi atau persatuan belia) mahupun yang berdasarkan pekerjaan (terutamanya persatuan peladang dan nelayan), yang boleh menampung dan menemui dasar kerajaan untuk memajukan negara. Ini kerana organisasi-organisasi begini, biasanya, menjadi saluran yang berguna bagi merapatkan rakyat di luar bandar dengan pemimpin atau ejen-ejen kerajaan.
Galakan dan tindakan kerajaan memajukan dan memupuk kegiatan berorganisasi di kalangan belia Melayu seperti dengan menganjurkan penubuhan Belia 4B itu tidaklah menunjukkan adanya diskriminasi dilakukan kerana kepentingan belia bukan Melayu juga diberikan perhatian. Misalnya, kerajaan juga menganjurkan penubuhan Gabungan Belia Bersatu (GBB) dalam tahun 1976 untuk menarik minat belia Cina memasuk organisasi sukarela belia itu.
Demikian juga langkah pembubaran pertubuhan yang dilakukan itu tidak hanya dimaksudkan pada organisasi sukarela bukan Melayu sahaja. Banyak juga organisasi sukarela Melayu, sama ada yang bercorak belia atau yang lain-lainnya, telah dibubarkan berdasarkan peraturan dan undang-undang yang sama yang digunakan pada organisasi bukan Melayu itu. Malahan menjadi satu hakikat bahawa walaupun semakin bertambahnya bilangan organisasi belia Melayu itu, semakin bertambah pula bilangannya yang terpaksa dibubarkan atas ketetapan dan peraturan yang dijalankan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan. Oleh sebab itu, biarpun bilangan organisasi belia Melayu, adalah jauh lebih banyak daripada bilangan organisasi belia bukan Melayu, dengan adanya tindakan pembubaran itu, jumlahnya juga adalah tidak tetap. Hal ini boleh diperhatikan dalam Jadual 2: bilangan organisasi belia Melayu adalah turun-naik keadaannya; dalam tahun 1969, sebanyak 1,056 buah dan terus meningkat sehingga tahun 1973 menjadi 1,518 buah tetapi telah merosot selama empat tahiih kemudiannya. Sedangkan persatuan-persatuan belia bukan Melayu bertambah secara perlahan-lahan tetapi lebih tetap keadaannya.
Implikasi keduanya berhubung dengan penumpuan keahlian yang menunjukkan ciri-ciri terkhusus untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu sahaja. Umpamanya Kelab Belia Tamil Bell secara khususnya ditubuhkan dan dianggotai oleh Belia Tamil/India; Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS); Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan setakat tertentu, Belia 4B dan PKBM juga, secara khususnya untuk golongan belia dan/atau belia-pelajar Melayu. Keadaan yang sama juga terdapat pada belia Cina kerana hampir semua anggota Gabungan Belia Bersatu (GBB) terdiri daripada Belia Cina.
Dalam hubungan ini, maka didapati perbezaan dalaman sesuatu kumpulan etnik itu juga turut mempengaruhi corak dan jenis organi­sasi belia. Umpamanya, dalam kumpulan etnik Melayu terdapat beberapa buah organisasi yang lebih terkemuka bagi mereka seperti ABIM, PKPIM, Belia 4B dan GPMS yang masing-masing mempunyai keutamaan matlamat perjuangan yang berbeza. Umpamanya, perjuangan yang bercorak keagamaan pada ABIM dan PKPIM itu lebih mendapat perhatian di kalangan bclia Melayu intelektual berbanding dengan kegiatan agnma dan sosioekonomi Belia 4B misalnya, yang lebih mendapat smubutan di kalangan belia Melayu yang bersefahaman dengan aliran pemikiran politik pemerintah itu. Sementara di kalangan belia Cini tcrdapat juga beberapa buah organisasi yang berbeza atas kepentingan dalaman yang demikian: GBB lebih mementingkan kegiatan sosioekonomi dan politik, sementara Belia Buddha bersifat keagamaan Buddha; di samping Briged Putra dan Brigcd Puteri pula mementingkan kegiatan yang berorientasikan agania Kristian.
Struktur Umur Penduduk
Dengan mengingatkan bahawa belia ialah golongan kumpulan umur perantaraan di antara kanak-kanak dengan orang dewasa, iaitu dalam lingkungan umur 15-39 tahun, maka dalam konteks negara ini, bilangan kumpulan umur ini ialah yang menjadi golongan majoriti rakyatnya. Peratus bilangan mereka, sebagaimana dalam Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan bahawa dalam tahun 1970 umpamanya adalah sebanyak 36.7% dan dalam tahun 1972 pula, meningkat sebanyak 1.1% menjadi 37.9%. Sementara itu adalah didapati bahawa sebanyak 40.9% penduduk Semenanjung Malaysia dalam tahun 1970 terdiri daripada belia yang berumur dalam lingkungan 12-35 tahun. Jadual 4 juga menunjukkan bahawa sekiranya mengikut masing-masing kumpulan etnik pula, golongan belia yang berumur demikian puratanya dalam lingkungan 40.0%. Umpamanya daripada sejumlah 4,671,874 orang Melayu, terdapat seramai 1,874,035 orang atau sebanyak 40.1% daripada golongan belia yang terkelompok dalam kumpulan umur demikian. Sementara di kalangan orang Cina pula adalah sebanyak 42.1% dan India sebanyak 40.4%.
Pada umumnya, bilangan serta kedudukan peratus umur penduduk yang sedemikian rupa ini mempunyai implikasi tertentu terhadap dasar dan hubungan antara Kerajaan dengan golongan belia. Dalam hal ini ada sekurang-kurangnya tiga persoalan pokok yang merupakan masalah dan cabaran terhadap belia, iaitu:
(a) pengangguran,
(b) kemahiran dan
(c) kematangan pimpinan.

Masalah pengangguran ini amat besar implikasinya terhadap kehidupan golongan belia negara ini dan tidak mungkin dapat diatasi dengan sebaik-baiknya oleh Kerajaan atau establishment kerana penawaran guna tenaga ialah satu perkara yang terus berlanjutan dan semula jadi sifatnya, iaitu berkaitan langsung dengan kadar kelahiran penduduk. Sementara itu penampungan guna tenaga itu bergantung pada kadar pertumbuhan peluang pekerjaan yang bergantung pada keupayaan manusia mcngusahakannya. Sebagai golongan yang lebih bertenaga untuk memikul tugas-tugas ekonomi yang produktif, daya tenaga muda ini amat besar ertinya untuk dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya tidak timbulnya kegelisahan, kekecewaan dan ketidakpastian dalam kehidupan mereka. Perkaitan fenomena pengangguran dengan belia ini memang diakui dan mendapat perhatian daripada perancang-perancang ekonomi negara ini sebagaimana yang tercatat dalam rangka kerja Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 yang menyebutkan bahawa: “...Pengangguran di Malaysia Barat kebanyakannya terdapat di kalangan belia-belia. Lebih 64% dari jumlah penganggur dalam tahun 1962 berumur dalam lingkungan 15-25 tahun; menjelang tahun 1967, angka ini meningkat dengan cepat menjadi lebih 75%.. ”.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 juga ada dicatatkan bahawa: “...Pengangguran di kalangan belia dalam lingkungan umur 15-19 tahun telah berkurangan tetapi masih tinggi. Di antara bulan Oktober 1971 - Oktober 1974, kadar pengangguran di kalangan belia dalam lingkungan umur 15-19 tahun telah turun dari 22.8% kepada 16.6%...”. 
Yang lebih penting berkaitan dengan pengangguran belia ini ialah perkembangan pendidikan dan kelulusan yang ada pada mereka. Kurangnya tekanan pengangguran di kalangan belia berumur 15-19 tahun seperti yang dicatatkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga di atas disebabkan oleh pertambahan yang pesat peluang untuk melanjutkan pelajaran yang telah disediakan dalam rancangan pembangunan sebelumnya. Keadaan ini dapat dijelaskan dengan melihat beberapa data perangkaan yang berkaitan dengan taraf pendidikan dan tenaga kerja yang terdapat di Malaysia Barat sejak merdeka. Didapati bahawa dalam tahun 1957, jumlah pekerja yang mempunyai pelajaran asas (pelajaran rendah) ialah 61% sahaja dan angka ini bertambah menjadi 74%. Selain itu, dijangkakan bahawa jumlah tenaga baru di kawasan ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua meningkat seramai 728,000 orang. Dengan jumlah yang besar ini, maka dianggarkan hanya 1% sahaja yang tidak mempunyai apa-apa pelajaran asas; 70% memiliki setinggi-tingginya pelajaran menengah rendah, sementara 37% pula mempunyai kelulusan yang lebih tinggi daripada itu. Sama ada seseorang individu belia itu terlalu memilih pekerjaan, masih menunggu panggilan bekerja ataupun tidak tahu akan peluang-peluang peker­jaan, namun akibatnya sama sahaja, iaitu menganggur. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan buat mengatasi hal ini adalah banyak. Tetapi gesaan dan galakan untuk belia menubuhkan persatuan mereka telah dapat menggerakkan tenaga orang muda ini dalam berbagai-bagai kegiatan ekonomi dan sosial yang menguntungkan seperti mengadakan projek pertanian, pemiagaan kecil-kecilan serta kerja di bengkel-bengkel. Dan malahan, keadaan seperti inilah pula yang mendorongkan persatuan-persatuan belia dewasa ini telah menyediakan beberapa strategi dan rangka kerja tertentu yang selaras dan dapat memenuhi sosioekonomi negara seluruhnya.
Satu masalah atau cabaran lain adalah mengenai masalah kemahiran (skills) yang berupa usaha peningkatan dan penyediaan pengetahuan yang membolehkan seseorang itu benar-benar pakar atau mahir dalam membuat sesuatu pekerja yang diminatinya. Dalam usaha mengatasi masalah ini, banyak peluang mendapatkan latihan kemahiran telah disediakan oleh kerajaan, sama ada sebagai projek langsung ataupun projek sampingan yang melibatkan belia. Projek langsung berupa pembukaan pusat-pusat latihan kerja untuk belia. Ini termasuklah, pada umumnya, pembukaan sekolah-sekolah, dan peluasan bidang kurikulum di sekolah-sekolah daripada yang bersifat akademik kepada teknologi dan vokasional dan yang terpenting ialah pusat-pusat latihan kemahiran seperti Institut Kemahiran MARA, Pusat Latihan Belia Pelopor Negara di Dusun Tua dan Institut Latihan Perusahaan (ITI) di Kuala Lumpur dan Butterworth. Projek sampingan dilaksanakan melalui penggalakan dan pertolongan yang diberikan kepada pertubuhan dan kelab-kelab belia dalam menjayakan sesuatu projek sosio-ekonomi. Bimbingan ini menjadi tanggungjawab khusus yang dikendalikan oleh Bahagian Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta organisasi Kementerian di peringkat negeri dan daerah. Dalam Bahagian Belia ini, beberapa unit pengelolaan belia ditubuhkan, antaranya Unit Bimbingan dan Kerjaya, Projek Belia Peladang, Perpaduan dan juga latihan.
Dari segi kepimpinan pula, masalah yang jelas dihadapi adalah untuk melahirkan dan memupuk bakat kepimpinan yang cekap dan bertanggungjawab di kalangan belia agar mereka tidak dianggap sebagai suatu kumpulan yang tersendiri, terasing dan ‘membebankan’ masyarakat seluruhnya. Untuk tujuan ini, langkah-langkah bagi merapatkan jurang generasi yang mungkin terdapat antara golongan belia dengan establishment telah dilakukan. Kerajaan telah berusaha memupuk a meaning identity belia dengan memberi mereka peluang terlibat dalam persatuan-persatuan serta digalakkan menyusun dan mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan belia yang lebih sesuai dengan keperluan negara umumnya. Misalnya memberikan bantuan kewangan dan moral dari semasa ke semasa yang disalurkan, terutamanya, melalui KKBS, untuk membiayai dan menggerakkan aktiviti perkumpulan berkenaan. Ini termasuklah juga usaha-usaha menubuhkan institusi-institusi tertentu seperti Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dalam tahun 1971 untuk dijadikan tempat rasmi berdialog dan bermesyuarat antara pemimpin-pemimpin belia dengan kerajaan, dari hasilnya dapat menentukan pergerakan belia itu sendiri.
Pengalaman Sejarah dan Pentadbiran Negara
Unsur ketiga yang boleh dianggap besar pengaruhnya ke atas usaha penubuhan dan perjalanan organisasi belia di negara ini ialah faktor sejarah dan perjalanan pentadbiran negara umumnya. Kewujudan kumpulan-kumpulan belia yang tidak rasmi dalam masyarakat Malaysia memanglah tidak asing lagi, baik pada zaman tradisional mahupun pada zaman sekarang. Tetapi melalui proses sejarah, terutamanya kemasukan pengaruh dan pentadbiran Inggeris, organisasi berkenaan telah menjadi semakin banyak dan rasmi kedudukannya di sisi undang-undang negara. Hal ini boleh diperhatikan dari dua segi.
Pertama, dalam usaha menyebarkan pengaruhnya, sama ada dari segi pendidikan mahupun agama Kristian, pihak kolonial telah membawa masuk beberapa buah model gerakan berorganisasi belia yang sudahpun terdapat di England ataupun di Eropah itu. Perkem- bangan ini telah mendorongkan masyarakat tempatan turut ghairah dan berusaha menubuhkan banyak lagi persatuan sukarela, termasuk juga pertubuhan belia, di kawasan kediaman masing-masing. Keduanya, dalam usaha mengawal dan mengawasi perjalanan dan aktiviti kongsi-kongsi gelap Cina sejak pertengahan abad ke sembilan belas itu, pihak kolonial Inggeris telah bertindak untuk mengesahkan kumpulan-kumpulan itu melalui undang-undang tertentu iaitu Societies Act (Akta Pertubuhan), dengan peraturan setiap satunya mestilah didaftarkan. Jadi hanya persatuan yang didaftarkan secara sah dan memenuhi kehendak atau peraturan yang disetujui kerajaan sahajalah yang dianggap sah dan rasmi serta boleh mendapat bimbingan atau bantuan tertentu daripada pihak yang berkuasa’itu. Ini termasuklah juga persatuan belia.
Penggabungan kedua-dua aspek ini telah menjadikan ke- wujudan persatuan belia itu sentiasa berhubung rapat dengan proses dan perkembangan sejarah Malaysia umumnya. Ia sentiasa terdedah pada tindakan dan campur tangan kerajaan. Walaupun hal ini dari satu seginya boleh menjejaskan konsep ‘kesuk&relaan’ yang ada pada persatuan itu sendiri, namun dari segi pentadbirannya pula, perjalanannya menjadi lebih mudah tersusun dan diselaraskan. Ini kerana model perjalanan organisasi belia yang terdapat di England itu umpamanya, telah diikuti dan dilanjutkan amalannya ke dalam masyarakat tempatan, baik pada zaman sebelum ataupun sesudah kemerdekaan dicapai.
Perkembangan serta lanjutan corak pentadbiran daripada model-model yang diimport pada zaman kolonial itulah juga yang diteruskan kewujudannya sehingga dewasa ini, iaitu terdapatnya beberapa peringkat pentadbiran tertentu yang terselaras dan menyerupai pentadbiran atau birokrasi negara yang tersusun pada pentadbiran kerajaan pusat, negeri, daerah serta perkampungan. Demikian juga dengan perjalanan organisasi belia umumnya: di peringkat pusat, terdapat organisasi kebangsaannya yang mengandungi bahagiannya di peringkat negeri dengan diikuti oleh peringkat daerah, dan akhirnya di peringkat persatuan-persatuan belia tempatan atau perkampungan.
Proses Pembangunan Sosioekonomi
Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun dengan pesatnya. Ini terbukti dengan berdasarkan adanya proses dan perancangan sosioekonomi yang sudahpun bermula sejak tahun 1956 lagi, iaitu dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang disalurkan melalui Rancangan Malaya I (1956-1960), Rancangan Malaya II (1961-1965), Rancangan Malaysia I (1966-1970), Rancangan Malaysia II (1971-1975) dan sekarang pula Rancangan Malaysia III (1976-1980) serta Rancangan Malaysia IV (1981- 1985). Kesemua Rancangan ini bertujuan meningkatkan taraf hidup sosioekonomi dan politik dengan lebih baik dan sempuma lagi.
Dalam menghayati proses pembangunan ini, banyak peluang yang telah dan sedang disediakan untuk semua golongan masyarakat untuk terlibat dalam membaiki kehidupan mereka. Proses seperti ini juga dialami oleh golongan belia. Malahan pergerakan belia itu sentiasa digesa untuk merebut peluang-peluang yang disediakan itu dan hal ini secara langsungnya banyak mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan belia. Umpamanya dewasa ini Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini dengan mengadakan projek-projek sosioekonomi untuk ahli-ahlinya melalui rancangan Pembangunan Lima Tahun (PELITA) 4B yang sudah dimulakan sejak tahun 1972 dahulu. Dalam PELITA ini telah dirangkakan dasar dan matlamat beberapa projek utama yang wajar dijalankan bagi memenuhi kepentingan tenaga muda ahli-ahlinya. Misalnya Gerakan ini bergiat dalam bidang pembangunan pertanian dengan mengadakan kerja ladang, pentemakan dan menubuhkan syarikat-syarikat kerjasama selaras dengan usaha-usaha yang dianjurkan oleh kerajaan umumnya dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan khasnya. Satu misalan lain yang lebih menyeluruh ialah usaha mengadakan projek KOBENA (Koperasi Belia Nasional) yang dimulakan oleh KKBS dalam tahun 1976 lalu. Secara bersendirian pula, beberapa pertubuhan belia telah mengadakan syarikat pemiagaan masing- masing. Misalnya Gerakan Belia 4B Malaysia menubuhkan Syarikat Kerjasama SEGEMAL; Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (PKBM/MAYC) menubuhkan NUR-HARAPAN. Tegasnya di sini, sebagai satu perubahan sikap dan amali, temyata bahawa aliran perjuangan belia tidak lagi berkisar pada soal-soal hiburan atau recreational sebagaimana yang lazim kedapatan dalam tahun-tahun 1950-an lalu, tetapi kepada economic motivated projects, atau telah memasuki bidang kegiatan yang lebih menguntungkan dari segi ekonomi. Keadaan seperti ini adalah lebih sesuai dengan hasrat orang dewasa yang ingin melihat wujudnya golongan belia yang berdikari itu.
Proses pembangunan sosioekonomi yang dijalankan itu pada dasarnya telah melibatkan organisasi belia itu dari dua segi. Pertama, mereka digesa dan digalakkan untuk bergerak selaras dengan dasar-dasar Kerajaan. Ini bererti mereka berfungsi untuk dapat dijadikan alat atau kumpulan yang ditaja oleh Kerajaan itu. Keduanya, untuk memastikan usaha dan sumbangart tersebut terselaras dengan dasar pembangunan itu, maka organisasi belia telah mengubah keutamaan aktiviti mereka, misalnya daripada mementingkan nyanyian, tarian, drama ataupun usaha gotong-royong membersihkan kubur atau tempat kediaman yang lazim dilakukan itu kepada mengutamakan kegiatan-kegiatan ekonomi seperti perniagaan, pembukaan bengkel-bengkel, berkedai, mcngcdar barang-barang malahan menjalankan perniagaan insurans sekalipun. Kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan unsur keuntungan wang ringgit yang serta-merta, kemahiran dan pckerjaan tetap yang lebih kekal ini adalah sebahagian yang penting daripada sekian banyak aktiviti yang diusahakan oleh organisasi belia yang terdapat di negara ini dewasa ini.
Perbezaan Bandar-Luar Bandar
Unsur terakhir yang dapat disebutkan sebagai mempengaruhi pergerakan belia di Malaysia ialah perbezaan kehidupan bandar dan luar bandarnya. Dengan mengingat pada keadaan petempatan kumpulan etnik yang tidak sama rata serta kurangnya bilangan belia Cina terlibat dalam pertubuhan sukarela belia sebagaimana yang telah diterangkan di atas, maka dua fakta ini dengan sendirinya menjelaskan bahawa belia Melayu adalah lebih ramai menyertai pertubuhan-pertubuhan demikian. Oleh sebab orang Melayu lebih ramai berkediaman di kawasan luar bandar, maka fakta ini menunjukkan bahawa pergerakan berorganisasi sukarela belia adalah lebih banyak terdapat di kawasan ini. Dengan itu, adalah tidak menghairankan apabila disebutkan aliran pergerakan ini lebih bersifat economic motivated sesuai dengan usaha-usaha kerajaan yang lebih menumpukan perhatian pada kehidupan masyarakat luar bandar sejak terlaksananya beberapa rancangan pembangunan negara sesudah kemerdekaan dicapai. Maka itu, nyatalah kewujudan organisasi belia seperti yang ada pada hari ini telah berubah sama sekali kalau dibandingkan dengan keadaannya pada zaman kolonial, lebih tertumpu di kawasan bandar. Dengan itu juga ia bukan sahaja bersifat economic motivated bahkan, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, juga berkeadaan Malay-oriented dan kerana itu pula, bermaknalah ia rural-oriented. Hal ini boleh dibuktikan selanjutnya dengan mengemukakan perbezaan jumlah bilangan persatuan belia yang terdapat di kawasan bandar dan luar bandar sebagaimana yang diberikan dalam Jadual 5 di bawah.


Bilangan persatuan yang berbeza yang dikemukakan dalam jadual ini sebenarnya melengkapkan keterangan yang telah diberikan mengenai keahlian dalam organisasi belia mengikut kumpulan etnik di atas. Tetapi yang penting di sini adalah mengenai implikasinya, iaitu keadaan ini memperlihatkan bahawa persatuan-persatuan itu lebih banyak terdapat di kawasan negeri-negeri yang mempunyai ramai orang Melayu. Angka-angka terakhir mengenai hal ini, seperti yang dapat diperhatikan dalam Jadual 6, menunjukkan bahawa hanya di Wilayah Persekutuan, iaitu kawasan Bandar raya sahajalah yang tidak mempunyai persatuan belia luar bnndarnya. Sedangkan persatuan belia luar bandar di negeri-negeri lain adalah berlipat kali ganda banyaknya berbanding dengan yang terdapat di bandar-bandar. Umpamanya di empat buah negeri yang mempunyai penduduk majoriti orang Melayu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Trengganu, peratus persatuan belia yang terdapat di kawasan luar bandar masing-masing melebihi 80.0%, berbanding misalnya Pulau Pinang sebanyak 78.3% ataupun Johor sebanyak 78.5%. Dalam hal ini, negeri Selangor ada kekecualiannya memandangkan kedudukannya sebagai negeri yang lebih maju dan pengasas kepada beberapa pertubuhan belia kebangsaan misalnya Belia 4B sendiri. Sambutan terhadap gerakan belia seperti di negeri Terengganu yang sebanyak 80.1% itu disebabkan oleh kekurangan pimpinan dan masih kurang sambutannya terhadap kegiatan demikian.


Jadual tersebut juga menunjukkan bahawa bilangan persatuan belia yang terdapat di dalam bandar tidak ada yang melebihi 30%. Malahan bagi negeri Kedah dan Kelantan umpamanya, peratus persatuan belia yang terdapat di kawasan bandar adalah terlalu kecil, iaitu kurang lebih 11.0% sahaja. Dan sesungguhnya keadaan demikian merupakan kesan langsung oleh penumpuan tempat tinggal kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza-beza itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pola penyebaran persatuan belia di bandar dan di luar bandar ini tetap mempunyai perhubungan antara satu sama lain dalam menjayakan aktiviti yang mereka jalankan itu.
Kesimpulan
Penganalisisan makro di atas mem peri ihatkan beberapa aspek atau ciri penting dalam gerakan belia di Malaysia dewasa ini. Pertamanya mengenai perbezaan yang ketara akan kesungguhan dan bilangan golongan belia Melayu dan bukan Melayu yang bergiat dalam organisasi-organisasi belia. Sungguhpun kerajaan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk mendorong dan mengawasi organisasi- organisasi sukarela ini, namun sambutan yang diberikan oleh golongan belia bukan Melayu adalah kurang menggalakkan berbanding dengan yang diberikan oleh belia Melayu. Pertambahan bilangan belia Melayu yang terlibat dalam organisasi atau per­tubuhan demikian, bagaimanapun, merupakan satu perkembangan yang positif terutamanya dengan mengingatkan bahawa kegiatan-kegiatan demikian masih baru dalam hidup mereka.
Dalam hubungan ini, maka ternyata bahawa kekurangan kemahiran, peralatan serta kepimpinan di kalangan belia Melayu itu lebih memudahkan kerajaan menggalakkan, membantu, dan seterusnya memupuk pertumbuhan organisasi sukarela dalam hiduo mereka, terutamanya di kawasan luar bandar, yang sebahagian besar didiami oleh orang Melayu. Dengan yang demikian, organisasi-organisasi berkenaan diharapkan untuk memenuhi atau dijadikan sebagai sebahagian daripada jentera demi meningkatkan kemajuan dan pembangunan dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Kcadaan ini juga telah menyebabkan, sekurang-kurangnya dari segi bilangannya, lebih banyak terdapatnya persatuan atau kelab belia di kawasan luar bandar berbanding dengan yang terdapat di kawasan bandar.
Gambaran yang diberikan dalam analisis makro ini tidaklah mcnjclaskan sejauh manakah ciri-ciri kehidupan semasa serta proses pembangunan itu berjaya mencorakkan kehidupan golongan belia negara ini untuk diteruskan oleh mereka pada masa hadapan. Perbezaan serta penyebaran kegiatan berpersatuan dalam kumpulan etnik dan kawasan kediaman yang berlainan serta usaha peng- galakan yang disediakan untuk belia itu, bagaimanapun, adalah sesuatu yang wajar dilakukan sesuai dengan corak kehidupan masyarakat yang wujud di Malaysia hari ini.


No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...