Monday 26 February 2018

BAB 6 Gerakan Pelajar Di Malaysia


Suatu Sorotan
urang lebih satu setengah dekad yang lampau, masyarakat Malaysia tclah menyaksikan betapa panasnya Demonstrasi Tani - Baling - Pelajar. Demonstrasi yang tercetus di Baling, Kedah, oleh sebilangan besar kaum tani penoreh miskin itu telah disambut dengan suatu demonstrasi yang besar-besaran oleh sebilangan besar pelajar dan belia di Kuala Lumpur. Tarikh 4 Disember 1974 telah mencatatkan suatu peristiwa pahit di Kuala Lumpur apabila kumpulan penunjuk perasaan itu terkepung di Masjid Negara. Dan sebagaimana yang biasa berlaku, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit - FRU) dengan belantan dan tear gas telah dapat memecahkan kumpulan tersebut.
Peristiwa ini terjadi lima belas tahun lalu. Ia sudah kian dilupakan. Rancangan Buku Hijau yang pemah dijadikan langkah segera buat mengatasi masalah kemiskinan itu sudah jarang-jarang disebut-sebut. Jika adapun, ia dimaksudkan dalam konteks tujuan yang lain. Demikian juga pemimpin-pemimpin pelajar-belia dan ahli akademik universiti yang telah ditahan sebagai tahanan ISA (Internal Security Act) akibat daripada Demonstrasi tersebut sudah kian dimakan usia, sudah kurang disebut-sebut. Yang hanya masih selalu dihubungkaitkan dengan peristiwa itu ialah Anwar Ibrahim.
Peristiwa tersebut telah dikaitkan dengannya secara langsung dan atas tuduhan tertentu berhubung dengan peristiwa malang itu, beliau telah ditahan selama kurang lebih 18 bulan lamanya. Bagaimana pun, sejak Mac 1982 beliau telah berubah haluan dan menyertai UMNO dan telah bertanding dalam pilihanraya tahun tersebut atas tiket UMNO/Barisan nasional bagi kerusi Parlimen kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai. Dan mulai September 1982 pula, beliau menjadi orang UMNO yang semakin penting setelah dapat mcmcnangi pemilihan Ketua Pemudanya, dan hari ini sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kedudukannya sekarang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam kerajaan Barisan Nasional adalah cukup kukuh. Bahkan sebagai Menteri Pertanian yang sedang disandangnya sekarang, beliau secara langsung berhadapan dengan masalah yang serupa yang pernah mewarnai perjuangnnnya sebagai pemimpin pelajar dan belia dahulu - masalah tani dan kemiskinan. Dan hanya barangkali dari sekian banyak tema dan tuntutan scrta resolusi yang seringkali disuarakan dalam gerakan pelajar dan belia sejak dua dekad lampau, isu dan permasalahan kemiskinan inilah yang belum pernah luput dan dilupakan.
Demikianlah beberapa episod dan aspek tertentu yang menarik yang tersirat dalam wadah gerakan pelajar dan belia yang pernah tercatat dalam perkembangan masyarakat Malaysia. Dan sesungguh- nya, sejak peristiwa besar demonstrasi itu berlaku, belum lagi kedapatan demonstrasi dan kegiatan radikal pelajar di negara ini sehingga sekarang. Hal ini bagi setengah-tengah pihak, dirasakan sebagai sesuatu yang wajar dan baik kerana soal-soal kenegaraan dan permasalahan dasar dan politik itu bukanlah urusan dan tanggungjawab pelajar Hal-hal ini ialah urusan dan beban para tokofi dan pemimpin. Bagi mereka golongan pelajar lebih perlu dan lebih wajar untuk melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu dan kepandaian. Soal committed atau tidaknya mereka dengan ‘aspirasi dan cita-cita rakyat terbanyak bukanlah urusan para pelajar dan belia. Pengkhususan dan persempadanan peranan ini turut diperkukuh dengan beberapa langkah tertentu yang lain, termasuklah penegasan dalam pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971) dan Pindaannya (1975).
Persoalan tentang wajar atau tidaknya aktivisma pelajar (para siswa dan mahasiswa) itu adalah suatu persoalan tersendiri yang tertentu dan tidaklah diberikan perhatian di sini. Demikian juga tentang Akta Universiti dan sebagainya yang banyak telah diperbincangkan dalam tempoh satu dekad yang lalu itu tidak juga diberikan perhatian dalam tulisan ini. Yang lebih ditumpukan adalah berupa suatu usaha merenung kembali akan beberapa isu dan politiknya yang tertentu yang pernah mendasari dan menentukan haluan gerakan belia dan pelajar dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Pergolakan yang berlaku di kalangan belia, khususnya i organisasi belia yang mewakili golongan pelajar iaitu GPMS, PKPIM dan PKPM yang bergabung dalam MBM, perlu direnung kembali dalam tahun-tahun 1980-an ini. Dan sebagai suatu renungan kembali, peristiwa-peristiwa yang berbangkit barangkali menjadi suatu hakikat sejarah yang boleh menghasilkan sesuatu bentuk pertimbangan baru dari perspektif yang baru di kalangan generasi muda dewasa ini.
II
Fenomena gerakan pelajar (dan belia umumnya) ialah suatu pergolakan yang sewarjagat sifatnya. Ia terdapat di banyak Negara - baik negara maju mahupun negara sedang membangun - di Eropah, di Asia, di Afrika dan di Amerika. Dan fenomena tersebut ialah fenomena yang amat bergolak dalam dua dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua; iaitu dekad-dekad yang penuh peristiwa politik - masih gawatnya kerajaan kebangsaan yang baru mencapai kemerdekaan, pertentangan dan konflik politik serta peperangan seperti di Vietnam, dan beberapa strategi pengukuhan negara yang masih dalam peringkat percubaan - adalah semuanya turut mempengaruhi pemikiran dan cita-cita golongan muda dalam hampir setiap penjuru alam. Dan sebagai suatu gerakan sosial, gerakan belia dan pelajar yang tersalur melalui organisasi-organisasi gerakan, sama ada yang sengaja dianjurkan penubuhannya oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan atas hasrat dan minat golongan ini sendiri, mengandungi aktiviti kolektif para siswa dan mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi dengan matlamat umumnya untuk menimbulkan sesuatu kesedaran, keinsafan dan perubahan tertentu sehingga sesuatu isu dan permasalahan itu dapat diatasi bersama. Matlamat tersebut tegasnya adalah untuk kebaikan masyarakat scluruhnya. Sungguhpun demikian, sasaran paling utama dan yang paling sensitif adalah kepada pemegang-pemegang kuasa atau establishment atau tegasnya pihak kerajaan yang biasanya dipilih atau dinnggap sah berkuasa oleh anggota masyarakat terbanyak. Pada tahap tertentu dalam perkembangan gerakan sosial itu bagaimanapun, torutamanya di peringkat awal gerakan, sasaran tersebut boleh jadi  pcmcgang kuasa atau badan autoriti yang paling hampir dengan golongan pelajar itu sendiri, iaitulah pemegang kuasa dalam kainpus-kampus di tempat mereka bcrada. Misalnya gerakan militan pelajar melalui demonstrasi-demonstrasi tertentu lebih menjadikan establishment sesebuah universiti sendiri. Hal ini misalnya pernah terjadi dalam kampus Universiti Waseda, Jepun, dalam tahun 1965 bilamana sebilangan besar para mahasiswanya melancarkan suatu permogokan dan enggan menghadiri kuliah serta memulaukan peperiksaan sebagai tindakan membantah pihak universiti berkenaan menaikkan bayaran masuk dan yuran pengajian. Sungguhpun pada dasamya tindakan demikian berpunca daripada suatu isu yang lebih bersifat domestic, ia cukup untuk menggambarkan bahawa sebagai suatu golongan yang mempunyai budayanya yang tersendiri - tidak pasti, resah gelisah, sensitif dan marah-marah - golongan pelajar tersebut secara terbuka akan menentang sebarang ancaman yang boleh menjadikan mereka terhimpit.
Tetapi yang lebih biasa tercetus adalah berupa gerakan-gerakan pelajar yang militan dan anti-establishment atau anti-government. Tegasnya tindakan yang menentang status-quo masyarakat. Dan sebagai satu hakikat sejarah, gerakan seperti ini bukanlah merupakan fenomena abad ke-20 atau selepas Perang Dunia Kedua semata-mata. Bahkan adalah lebih awal daripada itu. Dan satu-satunya yang lebih menonjol dalam hal ini ialah yang dicetuskan oleh sebilangan para pelajar - ahli akademik Universiti Wittenberg di Jerman, sebuah universiti tcrtua yang telah ditubuhkan dalam tahun 1502. Dalam tahun 1950-an, universiti berkenaan telah melahirkan gerakan-gerakan radikal anti-establishment yang dipelopori oleh, antaranya yang paling terkemuka, Martin Luther (melalui tulisan-tulisannya yang bertemakan anti-social seperti “Ninety-Five Theses) yang telah memulakan perpecahan agama Kristian ke dalam dua mazhab utama iaitu Katholik (yang asal) dan Protestan (yang baru). Gerakan Reformasi ini kemudiannya telah berlembang ke Pcrancis dan beberapa buah negara jiran yang lain, sebagai suatu gerakan agama Kristian yang umum. Suatu hakikat penting boleh tercetusnya gerakan yang bersifat keagamaan dan scholastic ini adalah kerana berlakunya pertambahan golongan orang muda umumnya dan lebih-lebih lagi golongan pelajar. Ekoran daripada pertambahan bilangan pelajar seperti yang berlaku dalam konteks Universiti Wittenberg dalam abad ke-16 itu dalam banyak hal, menunjukkan bahawa dengan semakin meningkatnya bilangan intellectual proletariat yang kerana latar belakang hidupnya daripada kalangan rakyat biasa/bawahan itu, maka mereka menjadi lebih sedar akan kelemahan-kelemahan dan kongkongan tertentu status-quo terhadap keupayaan berfikir dan kebolehan mereka sebagai golongan yang baru muncul dalam masyarakat. Maka itu, golongan yang berpengaruh dan berkuasa dalam masyarakat, dewasa itu ialah golongan bangsawan (nobility) dan golongan gereja (clergy), menjadi sasaran tindakan yang utama atas anggapan bahawa golongan seperti inilah yang menjadi penghalang dan pengongkong kemajuan masyarakat dan kerana kedudukan itu mereka ini perlu diketepikan atau diruntuhkan.
Demikianlah makanya, penubuhan universiti, peningkatan taraf keilmuan dan kesedaran terhadap persekitaran, termasuklah keterbatasan peluang kerja dan guna tenaga serta ‘kesia-siaan intelektual’ sehingga ini menjadi tema dan teori penting yang dikemukakan bagi menjelaskan fenomena gerakan pelajar dan tradisi the angry young men dalam abad ke-20 ini. Dan sungguhpun mereka masih memerlukan bantu an tertentu daripada kumpulan atau tenaga politik yang lain seperti tentera dan kaum tani untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam usaha ‘meruntuhkan’ sesebuah rejim politik itu, namun golongan pelajar dan belia (juga golongan intelektual) adalah yang lebih mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada majoriti rakyat dan melahirkan pemimpin-pemimpin radikal.
Sebagai suatu gerakan sosial, tindakan-tindakan kolektif militan dan revolusinari golongan pelajar biasanya menjadi satu anasir penting dalam aktiviti-aktiviti politik antikolonial dalam banyak negara di Afrika dan Asia. Walau bagaimanapun, satu hakikat yang tidnk dnpnt dinafikan adalah bahawa banyak ide penentangan tersebut scmcmnngnya terhasil oleh adanya kemajuan tertentu yang telah sekian lamnnya berkembang dalam zaman kolonialisme itu sendiri. Sntu daripadanya yang terpenting adalah bilamana  berpelunngnyn pclajar-pelajar dari koloni-koloni itu belajar di universitiunivernltl di liropah (dan di Timur Tengah juga). Mereka inilah yang komudinnnya kcinbali ke tanah air masing-masing dengan memhawn pulling bcrbagai-bagai kesedaran dan ide mengenai modcnisnsi, marxismc, sosialisme, demokrasi dan perjuangan untuk menenpai kemerdekaan serta mengadakan pembaharuan-pembnhnrunn yang tertentu. Dalam pada itu, kemajuan pendidikan sekular dalam koloni itu juga secara langsung turut memberi sumbangan penting dalam pemupukan kesedaran politik tersebut. Malahan golongan pelajar tempatan yang demikian mempunyai gagasan politik yang lebih jelas mengenai nasionalisme dan sikap antikolonial kerana mereka adalah yang lebih hampir, bahkan lebih committed dengan segala macam penindasan dan kesengsaraan masyarakat di luar kampus mereka. Pengalaman dan commitment politik golongan pelajar di Indonesia, di Burma dan bahkan di Tanah Melayu sendiri membuktikan hakikat betapa pertambahan bilangan intellectual proletariat itu lebih ampuh akan sikap dan sifat-sifat nasionalisme mereka. Lulusan Rangoon College, Sultan Idris Training College (SITC) dan Sekolah Doktor Djawa (Stovia) serta Institut Teknologi Bandung umpananya Pranpansak Kampolpetch, Boonsong Chalethorn, Therayudh Boonmee dan lain-lain (di Thailand); Arif Rachman serta lain-lain (di Indonesia) adalah suatu bentuk kesinambungan pada tradisi menentang dan mencabar establishment (bahkan di Thailand meruntuhkan sebuah rejim politik kebangsaan ini menjadikan golongan pelajar, melalui organisasi-organisasi mereka di dalam dan di luar kampus, sebagai kumpulan penting dan pendesak yang penting kerana di samping menyediakan tempat latihan kepimpinan bagi sebilangan pemimpin masa depan negara, juga berperanan untuk membetulkan sesuatu penyelewengan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa dengan cara mereka yang tersendiri.         
Sungguhpun gerakan pelajar dan golongan belia di Malaysia hanya kelihatan lebih menonjol kewujudannya dalam tahun-tahun 1960-an sehingga pertengahan tahun-tahun 1970-an, ia sudahpun terdapat sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Jika dilihat dari perspektif umur umpamanya, adalah jelas didapati bahawa gerakan-gerakan politik seperti melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM) dalam tahun-tahun 1930-an itu melibatkan, sebahagian besamya golongan yang masih muda, iaitu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC). Dan seterusnya selepas Perang Dunia Kedua, beberapa sayap parti tertentu diusahakan untuk menggemblengkan tenaga belia dalam gerakan politik sehingga telah lahir, misalnya, Pemuda UMNO, Angkatan Pemuda Insaf, dan beberapa badan belia lain yang sungguhpun bersifat kenegerian dan bergerak sebagai pertubuhan sosiobudaya, mereka mempunyai kesedaran politik dan semangat nasionalisme tertentu.
Dalam pada itu, haruslah disebutkan bahawa pertumbuhan organisasi-organisasi belia bermula sejak zaman awal pentadbiran kolonial Inggeris itu sendiri. Beberapa konsep dan model organisasi belia yang sudah terkemuka di Britain dan di Eropah, sama ada yang bercorak agama, disiplin dan akhlak, pengembaraan dan penerokaan, sosioekonomi telah pun ‘diimport’ ke Tanah Melayu dalam zaman tersebut. Antara organisasi tersebut yang masih terns berkembang sehingga hari ini ialah Pasukan St. John Ambulan yang telah dipcrkcnalkan dalam tahun 1908; Young Men’s Christian Association - YMCA (1905); Pasukan Pengakap (1910); Young Women’s Christian Association - YWCA (1914), Pandu Puteri (1917); Belia Methodist (1950); konsep National Association of Youth Clubs yang diubahsuai menjadi Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) pula dalam tahun 1954. Sementara dalam tahun 1950, sebuah badan penyelaras belia peringkat nasional yang dikenali sekarang sebagai Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun ditubuhkan.
Sebagai ekoran daripada segala bentuk kegiatan berpersatuan yang dikembangkan ini, maka terdapat pula beberapa pertubuhan belia tertentu yang diusahakan penubuhannya melalui daya usaha golongan belia tempatan, terutamanya golongan pelajar Melayu sendiri. Secara yang lebih tegas, perkembangan ini lebih banyak tertumpu selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya yang terpenting dan lebih terkemuka ialah Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor, kesatuan-kesatuan pelajar di maktab-maktab (teknik dan pertanian), dan yang lebih pentingnya ialah Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung GPMS (1948). Dan dalam arus perkembangan pendidikan yang semakin pesat selepas Merdeka, dua buah pertubuhan pelajar (mahasiswa) bertaraf kebangsaan telah tertubuh kemudiannya iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia - PKPM (1958) dan dalam tahun 1961 pula, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia - PKPIM telah ditubuhkan. Kedua-dua pertubuhan PKPM dan PKPIM meng gabungkan sebilangan besar persatuan pelajar dari kampus-kampus universiti serta beberapa institusi pengajian serta maktab-maktab; sementara GPMS adalah lebih terkemuka pada golongan pelajar sekolah menengah biarpun sebilangan pemimpinnya terdiri daripada kalangan mahasiswa universiti.
Dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an itu juga telah tertubuh beberapa buah pertubuhan belia yang lain yang bergerak di luar kampus. Ada antaranya seperti Briged Putera (1959), Briged Puteri (1960), Young Malaysian Movement (1960), Joyful Vanguard (1965), Belia 4B (1965) berdasarkan model beberapa gerakan belia yang sudah terkemuka di Eropah dan Amerika Syarikat. Sementara pertubuhan-pertubuhan belia seperti Majlis Belia Hindu (1958), Tamil Bell (1966), dan diikuti kemudian dalam tahun-tahun 1970-an oleh penubuhan Belia Buddhist (1970), Angkatan Belia1 Islam Malaysia (1971) serta beberapa buah yang lain di peringkat negeri berdasarkan kepentingan, daya usaha serta keperluan golongan belia tempntan sendiri. Jabatan Belia yang kemudiannya diserapkan menjadi Mahagian Belia dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah dilakukan dalam tahun 1964, suatu langkah kcrajaan untuk bcnar-benar dapat memberikan perhatian kepada golongnn berkcnaan.
Dalam MBM sekalipun terdapat 2 buah pertubuhan atau organisasi belia yang menjadi ahli gabungannya. Selain 14 buah organisasi yang lebih mcmpakan badan pcnyelaras belia peringkat negeri, 18 buah yanglain ialah organisasi belia bcrtaraf kebangsaan. Dari segi aliran atau dasar gerakan, organisasi-organisasi ini terkelompok dalam tiga katcgori penting. Pertama ialah organisasi beruniform seperti Pengakap, St.John Ambulan dan Pandu Puteri; kedua, pertubuhan yang bercorak agama, sosioekonomi dan kebudayaan seperti ABIM, Briged Putera, Belia 4B, Tamil Bell dan YMM. Sementara yang ketiganya ialah pertubuhan belia pelajar, dan dua buah organisasi yang penting iaitu GPMS dan PKPIM. Sebelum berkuatkuasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1975, PKPM merupakan pertubuhan pelajar yang bergabung dalam MBM.
Jika direnung kembali akan sejarah dan perkembangan MBM dan gerakan belia seluruhnya di negara ini, nyata sekali bahawa hanya dengan bergabungnya pertubuhan pelajar, terutamanya PKPIM dan PKPM, gerakan belia telah muncul sebagai suatu kumpulan pendesak dan tenaga politik yang memberikan perhatian kepada berbagai-bagai bentuk masalah dalam kehidupan rakyat, dan sanggup bertindak untuk menyatakannya kepada pihak yang berkuasa. Sebelumnya, MBM dan ahli-ahli gabungannya, rata-ratanya, lebih banyak terlibat dalam urusan-urusan belia antarabangsa ataupun aktiviti-aktiviti yang ‘lebih ringan’, umpamanya yang mengenai kescnian dan hiburan, dan sedikit banyak dalam soal-soal kemajuan sosioekonomi. GPMS yang lebih terkemuka di kalangan pelajar Melayu pcringkat menengah, bahkan dalam tahun-tahun akhir 1960-an masih menghadapi kemelut kepimpinan. Dan hanya dengan penggabungannya dalam MBM dalam tahun 1969, GPMS menjadi scmakin lebih aktif dan mahu tidak mahu, terseret sama dalam arus aktivisma pelajar, walaupun hal ini agak menyulitkannya sendiri kemudiannya.
Maka itu, dari segi dasar perjuangan, temyata bahawa ketiga-tiga pertubuhan belia-pelajar - GPMS, PKPM dan PKPIM- mempunyai identiti dan aliran pergerakan yang berbeza. GPMS yang lebih berminat pada kemajuan pendidikan di kalangan pelajar Melayu, terutamanya melalui projek-projek kelas bimbingannya serta darijsegijceahliannya yang bersifat Melayu itu, lebih menjadikannya sebuah organisasi perkauman - nasionalistik Melayu. Sebaliknya PKPIM, yang walaupun dalam usaha penubuhannya (1960) juga melibatkan restu dan penyertaan dua pemimpin GPMS sendiri, adalah lebih bersifat organisasi keagamaan - Islam dan pemupukan kesedaran Islam di kalangan generasi pelajar Islam umumnya. Melalui usaha dan tradisi projek Kempen Kesedaran dan seminar-seminar yang bersifat kesarjanaan yang dianjur atau disertainya mengenai berbagai-bagai isu - kebudayaan, bahasa, agama dan pendidikan - PKPIM menjadi lebih cepat terkenal walaupun ia ditubuhkan kurang lebih 12 tahun selepas tertubuhnya GPMS. Sementara PKPM pula adalah lebih bersifat multi-racial dan dengan sifatnya ini, ia juga menjadi cepat popular dan malahan lebih mudah mendapat perhatian daripada pihak establishment sendiri. Ini terutamanya jika dibandingkan dengan GPMS yang bersifat perkauman Melayu ataupun PKPIM juga, yang  oleh sebab perjuangannya, adalah lebih terkemuka pada golongan pelajar Islam dan Melayu sahaja. Namun demikian, keghairahan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersifat multi-racial, dan bukan bersifat Islamic seperti PKPIM dan tidak juga berdasarkan nasionalisme Melayu seperti GPMS, lebih mendorongkan sebilangan pemimpin PKPM kcmudiannya cenderung kepada pengaruh sosialisme, antikapitalis dan sekali gus sifat demikian adalah juga bererti anti-establishment.    
Dcmikianlah, maka dalam suasana politik scrantau yang amat bcrgolak dalam tahun tahun 1960-an dan awal 1970-an itu, perang dan penglibatan Amcrika di Vietnam, gcrakan pelajar di Indonesia di sckitar perintiwa GESTAPU 1965 iierta bcbcrapa yang lain menjadi Nchahaginn daripitda pcristiwn-perintiwa luaran yang menimbulkan kesan tunjuk tertcntu terhadap kebangkitan gerakan pelajai di negara ini. Dan banyak lagi peristiwa lain yang berlaku sejak pertengahan tahun 1960-an seperti dcmonstrasi pelajar Perancis yang menentang kerajaan De Gaulle umpamanya cukup besar pengaruhnya ke atas kegiatan pelajar di dalam kampus, terutamanya kampus Universiti Malaya, untuk dapat berbuat sesuatu dalani monghadapi suasana dan pergolakan tempatan sendiri. Dan sebagai suatu fesyen, maka dewasa itu, kegiatan-kegiatan di kampus seperti majlis-majlis seminar, simposium dan kongres telah banyak membuka mata sebilangan pemimpin persatuan pelajar yang sebelumnya lebih berminat untuk menganjurkan drama dan tarian.
Hasilnya, generasi pelajar atau mahasiswa sekitar tahun-tahun 1965 hingga 1974 merupakan generasi pelajar tempatan yang diwarnai dan mengharungi banyak peristiwa dan aktiviti yang menjadikan mereka suatu kumpulan pendesak yang mungkin sukar berulang lagi buat beberapa dekad yang akan datang. Peristiwa-peristiwa seperti demonstrasi menentang kerajaan yang tertumpu pada isu dan tokoh tertentu seperti demonstrasi menyokong Hamid Tuah (1967), anti-Russia (kes pencerobohan ke atas Czekoslovakia) dan anti-Filipina (kes tuntutan ke atas Sabah) (1968), hak autonomi universiti (1969), anti-Tunku (1969) dan beberapa yang lain sehinggalah kepada Demonstrasi Baling - Pelajar dalam bulan Disember 1974 itu merupakan suatu manifestasi kesedaran golongan pelajar yang tidak kurang hebatnya sebagaimana yang terdapat dalam banyak negara luar juga.
V
Bagaimanakah aktivitisma pelajar sebagai kumpulan pendesak yang dihubungkaitkan dengan berbagai-bagai peristiwa dan demonstrasi itu bolch menimbulkan impak dan membabitkan MBM dan lain-lain ahli gabungannya? Jawapannya, sebagaimana yang telah disebutkan sepintas lalu di atas adalah melalui penglibatan pemimpin dan bekas-bekas pemimpin gerakan pelajar ke dalam MBM. Dan satu- satunya pemimpin yang paling terkemuka dalam pengembangan peranan ini ialah Anwar Ibrahim. Beliau yang pernah memimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PKPIM, dan seterusnya dalam tahun 1971 pula merupakan salah seorang pemimpin-penaja ABIM. Penglibatan beliau dalam kepimpinan MBM telah bermula dalam tahun 1969/70 iaitu sebagai Yang Dipertua (YDP) PKPIM. Dalam tahun berikutnya, beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Agung MBM pula.
Dalam banyak hal, penyertaan Anwar yang pernah menjadi ‘hero’ dalam gerakan pelajar di kampus (Universiti Malaya - selain beberapa orang yang lain dalam PKPM, terutamanya memang kurang disenangi oleh sebilangan pemimpin pertubuhan belia yang lain yang bergabung dalam MBM. Maka itulah, dalam ‘merebut’ jawatan presiden MBM yang disokong oleh YM Tunku Abdullah dalam tahun 1972, MBM seolah-olah berpecah kepada tiga blok atau faction atau kelompok tertentu.
Blok pertama terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang berpihak dan cenderong untuk menyokong Anwar, iaitu daripada kalangan PKPIM dan PKPM serta ABIM sendiri. Blok kedua terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang dianggap ‘prokerajaan’, terutamanya yang tertumpu pada Belia 4B dan Majlis Belia Selangor dengan tokoh terpentingnya iaitu Hj. Suhaimi bin Datuk Haji Kamaruddin. Sementara yang ketiga adalah yang lebih berkecuali yang biarpun menjadi kelompok penentu tetapi sering menjadi ‘kambing hitam’ dalam politik belia dewasa itu. Misalnya MAYC dan beberapa pertubuhan belia bukan-Melayu yang lain. Lebih malang, bagaimanapun tampaknya, ialah GPMS yang ‘diragukan’ pendiriannya sama ada benar-benar memihak kepada blok Anwar ataupun blok Hj. Suhaimi.
Kedudukan GPMS yang demikian adalah mudah difahami kcrana sclama ini pun pemimpin-pemimpinnya tidaklah rnempunyai luibungan yang rapat dengan sebilangan pemimpin belia gojongan Anwar Ibrahim, terutamanya dalam gerakan pelajar di kampus universiti sebagaimana pemimpin-pemimpin PKPIM. GPMS juga scbcnarnyn lebih berminat dengan usaha-usaha yang lebih sederhana dalam menyatakan sikap dan kesedaran, terutama kerana merasakan bahawa adalah lebih mudah baginya mjendapatkan kerjasama daripada kalangan bekas pemimpin GPMS yang tertentu yang sudah uieniadi pegawai kanau kerajaan dalam merintis jalan perundingan dan pcrtemuan dengan tokoh dan pemimpin-pemimpin negara Pertimbangan dari segi bantuan kewangan bagi kepentingan GPMS sendiri juga menjadikannya berkeadaan demikian.
Walaupun begitu, dalam kekeruhan pengelompokan MBM itulah juga (il»MS telah cubamgngemukakan untuk menjadi calon ketiga bagi merebut jawatan presiden MBM itu. Usaha ini bagaimanapun telah terpaksa diketepikan sahaja kemudiannya. Malahan pihak GPMS telah bertindak mundur ke belakang dengna menarik semua pencalonan pemimpin dan perwakilannya untuk merebut jawatan-jawatan MBM (1972) dengan alasan terdapatnya pandangan serong dan pemulauan senyap-senyap dilakukan oleh beberapa pertubuhan tertentu terhadap GPMS yang dikatakan sebagai satu-satunya pertubuhan pelajar yang prokerajaan dewasa itu. Dalam kehangatan gerakan pelajar dan belia waktu itu, apa pun alasan dan pertimbangan GPMS untuk memboikot pemilihan jawatan dalam pimpinan MBM boleh juga ditafsirkan sebagai ketaksanggupannya untuk meng- harungi politik belia yang sesungguhnya tidaklah lepas bebas daripada konflik peribadi dan fitnah-memfitnah yang tidak kurang hebatnya sebagaimana yang terdapat dalam percaturan politik kepartian yang biasa. Dan politiking yang menjadi itu secara disedari atau tidak haruslah diterima sebagai suatu perkembangan yang boleh melengkapkan kcmatangan mengendalikan sesebuah pertubuhan yang besar seperti MBM sendiri.
Pendirian dan sikap GPMS dalam konteks perebutan jawatan pemimpin MBM 1972/73 itu membuktikan bahawa pertubuhan pelajar umumnya tidak bcrpadu dan bersependapat. Pada satu pihak, iaitu PKPM dan PKPIM yang lebih berpengalaman dalam aktivitisma pelajar di kampus-kampus dalam tahun-tahun 1960-an itu adalah lebih cenderung untuk bertindak cepat dan secara yang lebih radikal sifatnya. GPMS berkeadaan sebaliknya. Dan dengan demikian, dengan wujudnya politiking dalam proses pemilihan pemimpin itu, gaya kepimpinan Anwar Ibrahim yang bersifat issue-oriented yang diusahakan penerusannya dari dalam kampus ke dalam gerakan belia di Iuar kampus, khususnya melalui MBM, adalah tidak ampuh. Buktinya adalah jelas kerana bilamana tercetusnya Demonstrasi Tani - Baling 1974 itu, Ajiwar tidak sahaja menanggung risiko yang besar sebagaimana yang telah disebutkan di atas, bahkan juga kedapatan sebahagian besar Ahli Jawatankuasa MBM dan badan-badan gabungannya telah meletakkan jawatan dan keluar dari MBM. Malahan MBM sendiri hampir terbubar.
Dalam hubungan ini bagaimanapun, haruslah diakui bahawa sebagai suatu hakikat dan legasi perjuangan, corak pergerakan dan gaya kepimpinan yang demikian telah dapat mengubah haluan gerakan MBM dan organisasi belia umumnya untuk mendasari kewujudan mereka pada banyak isu dan permasalahan yang terdapat dalam masyarakat umumnya, dan bukan hanya semata-mata buat mengisi masa lapang begitu sahaja. Dengan yang demikian juga, maka walau apa pun pentafsiran yang ingin dikemukakan, adalah jelas bahawa kemunculan aktivisma dan gerakan pelajar dalam tahun 1960-an dan 1970-an itu mempunyai impak tertentu terhadap masyarakat. Umumnya ia dianggap sebagai golongan yang lebih committed dengan segala macam harapan dan keluh-kesah rakyat majoriti kerana rata-ratanya golongan ini sendiri datang daripada kalangan rakyat.
Maka itu, di luar pertimbangan akan wujudnya konflik dan persaingan organisasi dan personaliti para pemimpin belia, nyatalah bahawa dalam banyak hal, golongan belia-pelajar pemah muncul sebagai kumpulan pendesak yang berkesan dalam mclakukan dcsakan dan tuntutan tertentu terhadap pihak pemegang kuasa pada zaman merdcka. Dan sebagai golongan demikian, keberkesanannya bertindak bukanlah bererti ia semestinya berjaya meruntuhkan sescbuah rojim atau kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam kebanyakan ncgara lain, apalagi di Malaysia sendiri, walaupun tindakan mendesak itu ada kalanya melibatkan pengorbanan tertentu di kalanganpelajar,  namun golongan ini belum berjaya menggantikan dan setcrusnya menjalankan kekuasaan atau status-quo yang telah diruntuhkan itu sendiri. Kumpulan yang lebih mungkin dan lebih bcrupaya untuk memimpin negara (membentuk kerajaan) adalah sama ada kumpulan politik awam (demokratik atau sosialistik) atau kumpulan tentera. Kumpulan pelajar dengan demikian bolch jadi sebagai golongan pendesak yang merintis jalan bagi salah satu kumpulan politik berkenaan - parti politik ataupun pihak tentera - memegang kuasa. Tegasnya, dengan kedudukan dan peranannya yang lebih berpotensi sebagai kumpulan pendesak itu, kumpulan dan gerakan pelajar-belia mempunyai peranan sama ada untuk mengukuhkan sesebuah rejim atau di sebaliknya, boleh juga turut meruntuhkannya; tetapi belum pasti boleh, secara sendirian, membentuk kerajaan. Namun demikian, melalui pengalaman dan pemupukan bakat kepimpinan melalui organisasi-organisasi sukarela pelajar dan belia yang dipimpin itu, sebilangan pemimpin golongan muda ini mempunyai peluang yang baik untuk kemudiannya diteruskan pula dalam kegiatan dan pertubuhan politik kepartian. Demikianlah maka, bilamana Anwar Ibrahim dan sebilangan pemimpin politik semasa yang ‘sebaya’ dengan beliau - Sanusi Junid (PKBM/MAYC), Hj. Suhaimi (Belia 4B), Ustaz Fadhil Noor dan Hj. Nakhaie Ahmad terlibat dalam pimpinan ABIM, sebagaimana Anwar sendiri - memperlihatkan wujudnya suatu ‘transformasi’ dan ‘kesinambungan’ peranan pemimpin dan kepimpinan daripada organisasi pelajar dan belia ke dalam parti- parti politik. Persoalan apakah bentuk ‘transformasi’ dan kesinam­bungan ini lebih mengukuhkan parti yang memerintah ataupun sebaliknya memanglah suatu persoalan lain, tetapi adalah wajar untuk disebutkan bahawa walau apa bentuk kegiatannya sekalipun, organisasi pelajar khasnya dan organisasi belia umumnya sehingga ini tidak sahaja pemah muncul sebagai kumpulan penting dan ada ketikanya menjadi kumpulan pendesak yang berkesan, bahkan juga menjadi training ground bagi sebilangan pemimpin politik dan kerajaan hari ini. Dan dalam hal ini barangkali boleh juga disebutkan bahawa dalam beberapa hal tertentu, organisasi yang pemah dan yang masih diceburi oleh sebilangan pemimpin politik itu juga merupakan ground support yang baik dan cukup berkesan bagi mengukuhkan dan memantapkan pengaruh dan kedudukan politik kepartian masing-masing. Sungguhpun tanggapan ini mungkin ada benarnya, tetapi kerana perkembangan dan trans­formasi yang dimaksudkan itu masih berjalan, maka pastilah kenyataannya yang muktamad masih terlalu awal untuk dikemukakan.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...