Thursday 22 February 2018

BAB 3 Belia, Gerakan Sosial Dan Perubahan Masyarakat


Belia ialah satu golongan atau kumpulan umur anggota sesebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya yang tertentu. Kedudukan, peranan dan penglibatan mereka, dalam banyak hal, bergantung pada suasana, struktur serta sistem kehidupan masyarakat itu umumnya, sama ada dalam hubungan budaya serta lain-lainnya. Sebagai golongan yang produktif, idealistik dan merupakan bakal ‘pemilik masa depan masya­rakat’, golongan ini boleh dilibatkan dalam semua aktiviti kemasyarakatan, malahan untuk apa-apa sahaja. Sebagai sebahagian anggota masyarakat, mereka juga turut menghayati perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam masyarakat, bahkan turut menjadi suatu tenaga penting dalam menghasilkan perkembangan dan perubahan itu. Hal ini pernah dijelaskan oleh Leopold Rosenmayr, (1971), seorang sarjana yang mengatakan"... Youth is a product of societal repro­duction as well as a force in social change or social transformation... ”
Pendapat dan kenyataan yang disebutkan ini ialah hakikat penting yang menunjukkan bahawa belia merupakan suatu tenaga penting gerakan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Malahan sebagai suatu kenyataan sejarah, tenaga kolektif belia, sama ada yang bergerak dalam sesebuah organisasi yang tersusun ataupun yang kurang tersusun, menjadi penggerak penting yang pernah melahirkan banyak perubahan sosioekonomi dan politik, sama ada di negara yang sudah maju mahupun yang sedang atau masih kurang maju ketika itu. Perbezaan sesebuah negara dengan negara yang lain itu biasanya terletak pada falsafah atau ideologi dan kepentingan gerakan; dasar dan matlamat yang menentukan hubungan antara golongan belia dengan dasar pemerintah dan kepentingan masyarakat serta strategi jangka pendek dan jangka panjang yang berguna bagi menimbulkan kcsan dan kejayaan gerakan yang dilancarkan itu.
Tujuan tulisan ini untuk mcngcmukakan suatu deskripsi atau pemerihalan umum mengenai pola dan corak pcnglibatan golongan belia dalam beberapa gerakan sosial dan perubahan masyarakat, yang dari segi sejarahnya, pernah kedapatan dan menunjukkan kejayaan tertentu dalam sebilangan masyarakat. Penumpuan perbincangan, dengan itu dibuat pada kebanyakan penglibatan yang lebih besar dan signifikan kesannya terhadap perkembangan dan perubahan masyarakat.
Kewujudan gerakan sosial yang didukung oleh sebahagian besar golongan belia itu boleh jadi suatu gerakan yang dirancangkan ataupun tidak. Namun penglibatan golongan belia itu tetap dianggap sebagai suatu tindakan kolektif yang berupa gerakan sosial kerana dalamnya terdapat sedikit banyak kesedcran tertentu di kalangan ahli atau pendukung gerakan. Sesuatu gerakan sosial itu umumnya memperlihatkan adanya kesedaran tertentu, secara terbuka ataupun tertutup, untuk mengubah status quo masyarakat, sehingga dengan adanya perubahan itu, akan terbentuk pula suatu status quo yang baru pula. Pendukung gerakan belia, sebagaimana yang dapat diperhatikan dari fakta sejarah, adalah terdedah dan terlibat dalam kemungkinan-kemungkinan yang sedemikian rupa.
II
Antara bentuk gerakan sosial yang pernah melibatkan golongan belia sejak Zaman Pertengahan sehingga abad ini ialah Reformasi agama Katholik-Protestan di Eropah, pada awal abad ke-16. Sebilangan pemimpin gerakan ini terdiri daripada tokoh-tokoh intelek muda yang bertugas di Universiti Witthemberg, Jerman. Gerakan reformasi agama ini berjaya memecahkan tradisi dan kewibawaan mutlak Mazhab Katholik sehingga tertubuhnya beberapa buah mazhab Protestan yang masih berkembang hingga hari ini. Antara tokoh penganjur gerakan ini ialah Martin Luther yang pernah menulis Ninety-five theses ketika berumur 34 tahun dan kemudiannya menganjurkan gerakan reformasi tersebut. Penganjuran Luther itu telah diikuti oleh rakan ahli akademiknya di universiti berkenaan. Antara mereka ialah Aurogallus yang telah berjaya menjadi profesor sewaktu berumur 30 tahun; Justin Jones dan Augustine Schiff yang berusia dalam lingkungan dua puluhan dan yang paling muda berjaya menduduki kerusi profesor itu. Turut terlibat dalam kepemimpinan gerakan itu, ialah Johannes Hainpol dan Melanchthon yang ketika itu berusia 21 tahun sahaja.
Salah satu akibat hasil gerak kerja Luther dan rakan-rakannya ialah kesedaran orang monarki, yang bererti bertindak ke atas kewibawaan Pope dan Raja. Pengaruh gerakan ini pula telah berkembang ke Perancis dan Britain. Walau bagaimanapun, hampir semua mereka yang terlibat dalam penganjuran gerakan reformasi agama ini telah menghadapi hukuman bunuh dan meninggal dunia dalam lingkungan usia yang muda, rata-ratanya kurang daripada 30 tahun.
Usaha orang muda di Jerman menjadi fakta sejarah khususnya mengenai penglibatan mereka yang boleh menimbulkan perubahan dalam masyarakat. Usaha ini memperlihatkan tradisi kebangkitan golongan demikian sebagai pencetus dan penganjur bagi bentuk organisasi yang lain dalam masyarakat adalah sesuatu yang berkeadaan mencabar dan menggugat establishment masyarakat. Tradisi seperti ini sebenamya berakar umbi pada banyak bentuk kegelisahan sosial masyarakat mereka sendiri, seperti kemelesetan hidup, pengangguran, serta kongkongan masyarakat yang tidak dapat memenuhi pertambahan bilangan dan keperluan hidup mereka.
Mereka juga sebenamya merupakan tenaga penting yang boleh menentukan pengukuhan kuasa pemimpin dan ideologi politik negara. Misalnya dalam konteks kebangkitan kekuasaan Hitler - Nazisme di Jerman; ideologi Komunisme di Russia serta di beberapa buah negara sosialis yang lain, serta fahamanan Zionime - Yahudi di negara Israel.
Kebangkitan kuasa Hitler serta pengukuhan kuasanya banyak bergantung pada golongan belia Jerman. Mercka menyokong Hitler atas kesedaran untuk dapat membaiki nasib dan masa depan rakyat Jerman yang selama beberapa ketika sesudah Perang Dunia Pertama, tertindas dan berkeadaan melarat di tanah air mereka sendiri. Golongan ‘penindas’ utama ialah orang-orang kaya daripada kalangan rakyat Jerman berketurunan Yahudi. Sesudah berjaya mempengaruhi dan mcnggunakan tenaga belia untuk membina kesedaran itu. Hitler pula menggunakan mereka bagi memenangi pilihan raya tahun 1930. Dan untuk proses politik terpenting ini, sokongan daripada Iebih 4 1/2 juta orang pengundi baru yang buat pertama kalinya layak mengundi ketika itu amatlah menguntungkan pihak Hitler. Dalam tahun 1933, Hitler dapat menjadi pemimpin Jerman, dan ini bererti beliau perlu mengukuhkan lagi kedudukan yang diperolehi itu. Sekali lagi, sumbangan golongan belia diperlukan. Untuk itu beliau telah mengusahakan penubuhan Hitler Youth Movement dalam tahun 1936, lalu ‘mengharamkan’ pula apa-apa sahaja pergerakan belia yang sifat dan tujuannya bukan-Nazi. Dalam tahun 1939, keanggotaan Belia Hitler diwajibkan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur lebih daripada 6 tahun sehingga pcringkat umur 18 tahun. Mereka ini dilatih dan diajari dengan segala aspek ideologi Nazisme, latihan ketenteraan dan teknik peperangan.
Seterusnya, mereka yang dalam lingkungan umur 20-an pula diberi peluang sampingan untuk bekerja dalam sektor perindustrian dan pertanian. Ini bermakna bahawa untuk sekian lamanya itu, golongan belia Jerman sudah diindoktrinasikan untuk menumpahkan seluruh taat setia mereka demi mempertahankan dan memperluas Nazisme yang bersifat hyper-nationalism.
Dalam kebanyakan negara Komunis, organisasi belia biasanya ditajai penubuhannya oleh pemerintah untuk mengukuhkan dan mengekalkan ideologi negara di samping menggerakkan tenaga orang muda ini ke dalam berbagai-bagai projek pembangunan sosiockonomi.
Pertubuhan belia yang terpenting di Russia, yang dinamakan KOMSOMOL (Kommunisticheskii Soinz Molodezhi = Communist League of Youth = Liga Belia Komunis) ialah salah satu bukti konkrit dalam hal ini. Sebagai usaha terpenting bagi menggabungkan organisasi belia yang pernah terlibat dalam Revolusi 1917, maka KOMSOMOL ditubuhkan oleh Parti Komunis Russia dalam tahun 1918. Sebenarnya hasrat untuk mempunyai sebuah benteng ideologi yang boleh didukung oleh kader muda Komunis telah mula difikirkan oleh Lenin, pemimpin revolusi itu, sejak tahun 1903, kerana beliau secara peribadinya tertarik untuk mengambil kesempatan daripada keghairahan orang muda ketika itu - sebilangan besar pelajar dan pekerja yang bergerak secara radikal menentang establishment - bagi digunakan sebagai benteng sokongan dan pertahanan ideologi komunis pula. Tujuan seperti ini tidaklah terbatas di Russia saja, malahan juga di seluruh dunia, sebagai organisasi penting dalam menyemai dan memperluas ideologi politik berkenaan.
KOMSOMOL mempunyai peranan tertentu selaras dengan perkembangan parti dan ideologi yang mendukung penubuhannya. Ia tidak hanya untuk menyatupadukan pekerja muda dan pelajar, mewakili dan melatih belia menjadi rakyat yang berdisiplin dan berguna untuk negara, mengajar belia bertani dan berniaga tetapi yang lebih utamanya adalah: “...to organize and rear youth in a Communist manner, to build Communist Society, and to defend the Societ Republic... ”. Tegasnya KOMSOMOL merupakan agensi yang dapat memastikan pengkaderan dan pengelolaan masyarakat sosialis-komunis dalam keadaan yang sebaik-baiknya.
Dalam masyarakat sosialis yang lain juga terdapat belia yang besar, yang menjadi benteng kekuatan ideologi dan kerajaan masing-masing secara rasmi dan terbuka. Misalnya, di Poland terdapat empat buah pertubuhan besar iaitu: Socialist Rural Youth Union - SRYU; Socialist Youth Union SYU, Polish Pathfinders Associations dan Polish Socialist Students’ Association. Sungguh- pun keempat-empat pertubuhan ini lebih berorientasikan gerakan dalam bidang sosial dan ekonomi serta pendidikan, konsep perjuangan mereka berdasarkan ideologi sosialisme, sama ada dari segi perancangan ataupun matlamat kegiatannya.
Hal yang sama juga pernah diusahakan oleh Raja Sihanouk di Kampuchea dalam zaman pemerintahannya. Pertubuhan yang dinamakan Royal Khmer Socialist Youth Movement (R.K.S.Y.) yang ditubuhkan dalam tahun 1957 bcrtujuan untuk mengcrakkan tenaga generasi muda, berdasarkan kcpcntingan dan ideologi sosialis, yang bertujuan menyediakan, “...Cambodian youth a sense of direction and belonging with the community . ” dalam jangka panjangnya. 
Sementara itu, di Israel pula terdapat beberapa pertubuhan atau organisasi belia yang ditubuhkan untuk menjamin negara itu selamat daripada ancaman luar dan musuh di sekelilingnya. Antara organisasi yang terpenting dan paling unik ialah Gadna Youth Corps yang telah ditubuhkan dalam tahun 1939. Mulanya pertubuhan in bergerak sebagai barisan hadapan separa-tentera yang berusaha menanam sikap untuk menyayangi tanah air, membentuk disiplin di kalangan ahli secara ala tentera, seterusnya dilatih memahirkan diri dengan penggunaan segala jenis alat senjata ketenteraan. Demi mempertahankan Israel dan menegakkan cita-cita Zionisme, Gadna dapat memenuhi fungsinya sebagai benteng nasionalisme Yahudi sehingga ia dapat mempertahankan Israel sejak puluhan tahun yang lalu, biarpun sentiasa terancam dan bermusuh dengan jiran di sekelilingnya itu. Sebagai scbuah organisasi belia, Gadna berusaha untuk dapat menggabungkan kesedaran melalui pendidikan jasmani dan rohani serta latihan ketenteraan yang boleh mengukuhkan semangat dan kemahiran generasi muda Israel yang silih berganti itu. 
Golongan belia di China sejak awal abad ke-20 ini juga memainkan peranan dan kedudukan yang penting dalam perkembangan sosiopolitik masyarakatnya. Gerakan pelajar dan belia di negara ini sebenarnya melibatkan golongan akademik universiti serta sebilangan siswazahnya yang pemah terdidik di luar negeri. Tradisi begini memperlihatkan hubungan gerakan organisasi belia dengan suasana politik secara langsung yang pada peringkat permulaan abad ini, golongan muda terpelajar lebih cenderung untuk bergiat dalam Parti Koumintang. Tetapi sesudah parti komunisnya meningkat, malahan Mao-tse Tung masih muda semasa memulakan kepimpinan politiknya itu, maka gerakan belia China mula bergerak atas ideologi politik ini.
Dalam perkembangan berikutnya, terutamanya semasa “Great Cultural Revolution” dalam tahun-tahun 1965-67 bagi memulihkan semula kecemerlangan dan keunggulan ideologi komunis China, golongan belia paling banyak terlibat. Tegasnya seperti pcranan belia di negara sosialis, peranan belia China juga penting dalam menjamin kelangsungan ideologi berkenaan dalam masyarakat mereka.
Ada dimensi yang penting dalam gerakan dan penglibatan belia yang berhubung dengan revolusi kemerdekaan dan gerakan nasionalisme di tanah-tanah jajahan. Selain gerakan belia di China, gerakan yang terpenting di rantau ini ialah gerakan revolusi kemerdekaan Indonesia. Di negara ini telah terbukti bahawa konsep berorganisasi di kalangan belia atau orang mudanya sudah menjadi kenyataan sejak awal abad ke-20 dan perkembangannya telah melalui tahap-tahap peristiwa tertentu. Tahap pertama, iaitu dalam tahun 1908 hingga 1927, yang disebut sebagai ‘tahap perintis’ memperlihatkan wujudnya ‘Boedi Oetomo (Usaha Suci) tajaan beberapa orang pelajar Stovia (School Tot Opleideng van Inlands Artsen - Sekolah Doktor Djawa) di Jakarta, yang menampilkan beberapa orang pemimpin muda yang awal termasuk R. Sutano, R. Gunawan Mangungkusumo dan Suradji. ‘Boedi Oetomo’ merupakan “...organisasi pertama di antara bangsa Indonesia yang disusun secara moden dengan bentuk organisasi yang sangat besar ertinya bagi pergerakan nasional di Indonesia...”
Gerakan ini hampir seluruhnya dianjurkan oleh golongan belia-pelajar, tetapi secara tradisinya gerakan itu berpusat dalam institusi pengajian ugama - pesantren - yang berusaha memupuk jaguh-jaguh kumpulan dalam kehidupan masyarakat tradisinya. Ilham dari gerakan Boedi Oetomo itu seterusnya menambah ghairahkan lagi golongan muda Indonesia ketika itu untuk menubuhkan beberapa himpunan atau pertubuhan, sama ada yang bercorak politik ataupun tidak, kemudiannya. Antaranya ialah Sarekat Islam, Indische Party dan Partai Komunis Indonesia di samping Jong-Java, Jong Sumatraren Bond dan juga Jong Islamietten Bond, yang bercorak kedaerahan.
Perkembangan gerakan yang awal inilah juga kemudiannya, dalam tahun 1928, melahirkan satu ikrar penting pcrjuangan belia atau pemuda Indonesia iaitu ‘Sumpah Pemuda, 1928’ yang menyebutkan bahawa:
-Kami putera dan putcri Indonesia mengaku bertumpah darah satu, Tanah Indonesia;
-Kami putera dan putcri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia;  
-Kami putera dan puteri Indonesia menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia.    
‘Sumpah Pemuda’ ini menandakan bermulanya gerakan nasionalisme yang lebih berkembang pesat di Indonesia. Serentak dengan itu, maka usaha menyatukan berbagai-bagai persatuan pemuda turut dilakukan, dengan menggabungkan semua persatuan pemuda dari pelbagai daerah dan corak kepentingan. Usaha pertama dimulai dengan menggabungkan beberapa buah yayasan dan institusi pelajaran seperti Perguruan Taman Siswa yang telah dilakukan oleh Ki Hadjar Dewantore, scjak tahun 1922. Ikut serta berkembang ialah pertubuhan politik khususnya Partai Nasional Indonesia (PNI) yang ditajai oleh Ir. Sukarno, Dr. Tjipto Mangun- kusumo, Ir. Arwani, Sartono, Ishak, Sanarjo dan lain-lain sebagai lanjutan Kelab Studi di Bandung. Kegiatan dan penegasan kerja terpenting yang dilakukan, sama ada oleh pertubuhan pemuda nonpolitik seperti Jong Indonesia Baru, ataupun parti-parti politik seperti PNI, PARTIDO (Partai Indonesia - pengganti sementara PNI yang diharamkan dalam tahun 1928) dan BERINDRA (Partai tidaklah berlaku secara terbuka dan jelas. Jika adapun usaha tersebut, maka ia tidaklah dilakukan melalui pertubuhan atau organisasi belia yang biasa, bahkan melalui badan politik belia yang menjadi sebahagian daripada badan induk atau parti politik. Dalam keadaan hari ini, perbezaan yang sedemikian rupa dilakukan berdasarkan kcperluan dan kehendak undang-undang sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Pertubuhan. Maka itu, yang lebih jelas kedapatan dalam pertubuhan belia yang biasa seperti Gerakan Belia 3B, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (PKBM/MAYC), Perakan Belia Bersatu (GBB) dan banyak pertubuhan belia yang lain itu sebagai pertubuhan atau organisasi belia yang bertujuan untuk menggerakkan ahli dalam kegiatan sosial dan politik yang tidak berunsurkan politik kepartian. Kegiatan-kegiatan di bidang politik dijalankan oleh Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda MIC dan Pemuda PAS.
Golongan belia, di samping berguna untuk menegakkan dan mengukuhkan sesuatu rejim dan ideologi politik, juga wajar dan perlu dipergunakan bagi menjayakan perkembangan dan pembangunan sosioekonomi negara. Menyedari hakikat inilah, maka banyak agensi antarabangsa, terutamanya Bangsa-Bangsa Bersatu, telah mengambil langkah-langkah dan membuat rancangan tertentu bagi membolehkan ‘orang-orang muda’ itu menyertai usaha pembangunan sosioekonomi negara ahlinya. Dengan penglibatan belia dalam usaha tersebut, maka proses pembangunan itu menjadi lebih berkesan, kerana apabila belia dianggap sebagai peserta aktif, dan bukannya objek atau kumpulan sasaran pembangunan, sumbangan dan peranan tenaga mereka lazimnya lebih mudah diperoleh bagi mencapai matlamat pembangunan.
Dalam hubungan ini, maka beberapa model rancangan dan organisasi gerakan belia di negara-negara yang sudah maju, khususnya dari Eropah dan Amerika Syarikat, telah diperkenalkan di kebanyakan negara yang sedang membangun. Pengenalan ini disesuaikan dengan keadaan dan persekitaran tempatan.
Program belia kita ini mengambil model daripada pergerakan pertubuhan 4-H dari Amerika Syarikat.
Gerakan Belia 4-H berpegang pada cogan katanya yang berbunyi To Make the Best Better dengan berikrar:
I pledge my head to clearer thinking,
my heart to greater loyalty,
my hands to larger service,
my health to better living,
for my club, my community, and my country...
Sementara tujuan pentingnya adalah untuk mengajar, melatih, serta menggerakkan tenaga belia di luar bandar agar mengusahakan dengan sebaik-baiknya apa jua peluang dalam bidang sosial dan ekonomi yang terdapat di sekeliling mereka.
Pertubuhan 4-H itu bermula daripada timbulnya usaha mengadakan pertandingan dalam penanaman jagung oleh petani-petani muda di New York State, Amerika Syarikat, kira-kira dalam tahun 1856. Mulai pertandingan itu, usaha memajukan pertanian di kalangan belia luar bandar menjadi kegiatan kumpulan yang secara beransur-ansur mendasari konsep 4-H atau 4-head, heart, hands dan health dan usaha seperti ini kemudiannya telah berkembang ke negeri-negeri lain di Amerika Syarikat dan sehingga tahun 1950-an, konsep memajukan pertanian luar bandar secara kumpulan itu berkembang ke seluruh dunia.
Dalam konteks Malaysia, penerimaan dan pelaksanaan konsep gerakan 4-H ini dilakukan secara rasminya melalui penubuhan Gerakan Belia 4-B (B = Belajar, Bersatu, Bcrusaha dan Berbakti) iaitu kira-kira sembilan tahun sesudah berlangsungnya persidangan di Bangkok. Walaupun demikian, tidaklah bermakna bahawa inilah julung-julung kalinya Malaysia mempunyai sebuah organisasi belia yang sedemikian rupa, kerana sesungguhnya beberapa bentuk dan corak pertubuhan belia telah pun kedapatan bergerak di negara ini lama sebelum itu.
Maka itu, selain gerakan organisasi belia bercorak 4-H, terdapat juga organisasi gerakan belia yang asal mulanya adalah dari Eropah, malahan lebih banyak dan lebih mendahului konsep 4-H. Ini termasuklah Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri, St. John dan beberapa buah yang lain.
Penjajah Inggeris telah mengembangkan dan memperluas beberapa konsep gerakan belia dalam masyarakat tanah jajahan di seberang laut. Misalnya Khidmat Belia (Youth Service) yang bertujuan untuk mengadakan pusat-pusat latihan bagi belia menerima latihan kemahiran tertentu, terutamanya kemahiran kepemimpinan persatuan dan gerak kerja kumpulan yang berguna bagi kemajuan masyarakat umumnya.
Salah satu ciri terpenting dalam gerakan belia yang berorientasikan sosioekonomi ini ialah anggota organisasi merupakan sukarelawan yang tidak mengamalkan sesuatu ideologi politik. Tegasnya di sini, walaupun kewujudannya memang sengaja ditaja oleh sesebuah rejim atau kerajaan, tenaga belia tidaklah digunakan untuk menegakkan kepentingan politik pemerintah. Sebaliknya hal-hal yang ditekankan dalam organisasi ialah disiplin, moral, dan peraturan organisasi.
Dewasa ini banyak negara yang sedang membangun menggalakkan penubuhan organisasi belia yang mempunyai berbagai-bagai kegiatan.
Misalnya, Filipina. Di sana terdapat sebuah majlis iaitu Majlis Penyelarasan Kebajikan Belia Filipina (Philippine Youth Welfare Co-ordinating Council) yang mengandungi 57 buah pertubuhan sukarela dan belia yang berbagai-bagai corak serta matlamat perjuangannya. Antara yang terkemuka dalam kegiatan pembangunan sosioekonomi ialah (a) Operation Brotherhood, (b) Philippine Rural Reconstruction Movement, (c) Rizal Youth Development Foundation, dan (d) The Civic Action Corps of the Philippine. Keempat-empat organisasi belia ini banyak melibatkan ahli masing-masing dalam kegiatan pembangunan komuniti setempat. Sebagai misalannya, The Civic Action Corps, tajaan Jabatan Pertahanan Negara yang telah mula bergerak dalam tahun 1966 berkhidmat secara sukarela di luar bandar dengan sebahagian besar ahli yang bergiat di dalamnya ialah pelajar maktab. Sementara itu, Operation Brotherhood yang telah bergerak sejak tahun 1962 menumpukan kegiatannya dalam siri projek pembangunan daerah tempatan, sama ada dari segi kegiatan pendidikan, tempat kediaman, kesihatan serta projek pertanian di dalam beberapa buah barrio atau kawasan perkampungan. Tumpuan kegiatan adalah dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.
Rizal Youth Development Foundation pula bergiat dalam bidang pekerjaan dan pembangunan. Yayasan ini juga berusaha menolong belia yang menganggur atau yang tercicir dari sekolah untuk bergiat dan menyertai kegiatan sukarela dan mengikuti kursus kemahiran tertentu bagi mendnpntkan sesuatu pekerjaan yang sesuai.
Sumbangan tenaga sukarela belia juga penting dalam usaha memajukan kehidupan rakyat di Indonesia dewasa ini. Dalam rancangan Pembangunan Lima Tahun (PELITA) pertama dan keduanya (mulai 1967), pembangunan luar bandar dan daerah semakin diberikan keutamaan, dan sesungguhnya hal ini memerlukan penglibatan tenaga produktif rakyat majoriti, khususnya belia. Untuk maksud ini, sebuah badan iaitu Badan Urusan Tenaga Kerja Sukarela Indonesia (BUTSI) ditubuhkan bagi mengelolakan Tenaga Kerja Sukarela (TKS) yang terdiri daripada para belia terpelajar - sarjana dan sarjana muda - sebagai pelopor pembangunan dan pem­bangunan daerah serta tempatan di seluruh negara.
Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, TKS terlibat dalam kegiatan lima aspek penting iaitu kepemimpinan dan pentadbiran desa, pendidikan, latihan sosial dan mental/spiritual; kesihatan, keluarga berencana (family planning) serta penjagaan kebersihan; prasarana fizikal dan sosial; dan juga pekerjaan dan pengeluaran pertanian, kerajinan tangan dan Iain-lain. Penglibatan TKS penting dalam menggerakkan rakyat tempatan bagi memajukan diri. Sungguhpun dalam tempoh PELITA pertama BUTSI hanya dapat mengendalikan 850 orang TKS bagi 850 buah desa dalam 19 buah ‘propinsi’, dianggarkan dalam tempoh PELITA kedua pula, seramai 23,000 orang TKS akan dapat dilibatkan.
Penglibatan dan perkhidmatan belia juga penting bagi Singapura. Walaupun ia tidak mempunyai rancangan pembangunan malahan lebih banyak dan lebih mendahului konsep 4-H. Ini termasuklah Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri, St. John dan beberapa buah yang lain.
Penjajah Inggeris telah mengembangkan dan memperluas beberapa konsep gerakan belia dalam masyarakat tanah jajahan di seberang laut. Misalnya Khidmat Belia (Youth Service) yang bertujuan untuk mengadakan pusat-pusat latihan bagi belia menerima latihan kemahiran tertentu, terutamanya kemahiran kepemimpinan persatuan dan gerak kerja kumpulan yang berguna bagi kemajuan masyarakat umumnya.
Salah satu ciri terpenting dalam gerakan belia yang berorientasikan sosioekonomi ini ialah anggota organisasi merupakan sukarelawan yang tidak mengamalkan sesuatu ideologi politik. Tegasnya di sini, walaupun kewujudannya memang sengaja ditaja oleh sesebuah rejim atau kerajaan, tenaga belia tidaklah digunakan untuk menegakkan kepentingan politik pemerintah. Sebaliknya hal-hal yang ditekankan dalam organisasi ialah disiplin, moral, dan peraturan organisasi.
Dewasa ini banyak negara yang sedang membangun menggalakkan penubuhan organisasi belia yang mempunyai berbagai-bagai kegiatan.
Misalnya, Filipina. Di sana terdapat sebuah majlis iaitu Majlis Penyelarasan Kebajikan Belia Filipina (Philippine Youth Welfare Co-ordinating Council) yang mengandungi 57 buah pertubuhan sukarela dan belia yang berbagai-bagai corak serta matlamat perjuangannya. Antara yang terkemuka dalam kegiatan pembangunan sosioekonomi ialah (a) Operation Brotherhood, (b) Philippine Rural Reconstruction Movement, (c) Rizal Youth Development Foundation, dan (d) The Civic Action Corps of the Philippine. Keempat-empat organisasi belia ini banyak melibatkan ahli masing-masing dalam kegiatan pembangunan komuniti setempat. Sebagai misalannya, The Civic Action Corps, tajaan Jabatan Pertahanan Negara yang telah mula bergerak dalam tahun 1966 berkhidmat secara sukarela di luar bandar dengan sebahagian besar ahli yang bergiat di dalamnya ialah pelajar maktab. Sementara itu, Operation Brotherhood yang telah bergerak sejak tahun 1962 menumpukan kegiatannya dalam siri projek pembangunan daerah tempatan, sama ada dari segi kegiatan pendidikan, tempat kediaman, kesihatan serta projek pertanian di dalam beberapa buah barrio atau kawasan perkampungan. Tumpuan kegiatan adalah dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.
Rizal Youth Development Foundation pula bergiat dalam bidang pekerjaan dan pembangunan. Yayasan ini juga berusaha menolong belia yang menganggur atau yang tercicir dari sekolah untuk bergiat dan menyertai kegiatan sukarela dan mengikuti kursus kemahiran tertentu bagi mendnpntkan sesuatu pekerjaan yang sesuai.
Sumbangan tenaga sukarela belia juga penting dalam usaha memajukan kehidupan rakyat di Indonesia dewasa ini. Dalam rancangan Pembangunan Lima Tahun (PELITA) pertama dan keduanya (mulai 1967), pembangunan luar bandar dan daerah semakin diberikan keutamaan, dan sesungguhnya hal ini memerlukan penglibatan tenaga produktif rakyat majoriti, khususnya belia. Untuk maksud ini, sebuah badan iaitu Badan Urusan Tenaga Kerja Sukarela Indonesia (BUTSI) ditubuhkan bagi mengelolakan Tenaga Kerja Sukarela (TKS) yang terdiri daripada para belia terpelajar - sarjana dan sarjana muda - sebagai pelopor pembangunan dan pem­bangunan daerah serta tempatan di seluruh negara.
Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, TKS terlibat dalam kegiatan lima aspek penting iaitu kepemimpinan dan pentadbiran desa, pendidikan, latihan sosial dan mental/spiritual; kesihatan, keluarga berencana (family planning) serta penjagaan kebersihan; prasarana fizikal dan sosial; dan juga pekerjaan dan pengeluaran pertanian, kerajinan tangan dan Iain-lain. Penglibatan TKS penting dalam menggerakkan rakyat tempatan bagi memajukan diri. Sungguhpun dalam tempoh PELITA pertama BUTSI hanya dapat mengendalikan 850 orang TKS bagi 850 buah desa dalam 19 buah ‘propinsi’, dianggarkan dalam tempoh PELITA kedua pula, seramai 23,000 orang TKS akan dapat dilibatkan.
Penglibatan dan perkhidmatan belia juga penting bagi Singapura. Walaupun ia tidak mempunyai rancangan pembangunan luar bandar, rancangan komuniti ialah satu usaha pembangunan sosioekonomi yang penting. Untuk tujuan ini, maka tenaga belianya dilibatkan melalui The People’s Association, yang bergiat dalam kira-kira 190 buah pusat pembangunan komuniti. Pusat ini dikelolakan oleh pegawai komuniti dan belia yang mendapat latihan daripada National Youth Leadership Training Institute, Singapore. Banyak kemudahan untuk memenuhi berbagai-bagai kegiatan yang berfaedah bagi memajukan belia disediakan di pusat-pusat pembangunan komuniti itu. Kemudahan ini diadakan sesuai dengan penglibatan belia dalam masyarakat dalam kerahan tenaga rakyat dan latihan ala tentera yang diwajibkan mengikut undang-undang negara itu.      
Di Malaysia, tidak ada kerahan tenaga. Bagaimanapun, golongan belia juga terlibat dalam pasukan keselamatan a warn, iaitu pasukan polis dan tentera. Selain itu, projek pembangunan luar bandar cukup memerlukan tenaga dan penglibatan belia. Agensi kerajaan yang menggerakkan tenaga belia ialah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1964); pusat-pusat latihan belia seperti di Dusun Tua dan Peretak. Sementara itu, terdapat pula sebuah majlis perundingan antara belia dengan kerajaan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara.
Demikianlah, pada umumnya boleh dikatakan bahawa gerakan belia di Malaysia boleh dianggap, secara umumnya, berkeadaan sederhana, lebih tersusun dan terkawal, dan memberi lebih kerjasama dengan kerajaan; misalnya melalui bantuan kewangan, penyediaan kemudahan untuk menjalankan aktiviti dalam organisasi dan yang seumpamanya.
Nota:Tulisan ini telah dimuatkan dalam Jurnal Analisa Belia, Jilid 1, Majlis Belia Malaysia, Kuala Lumpur, 1983.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...