Tuesday 6 March 2018

BAB 9 POLITIK BELIA DAN PEMBANGUNAN NEGARA


Pengenalan
Kelesuan Gerakan Belia Dekad 80-an
Nostalgia Masa Lalu Dan Visi Masa Depan Gerakan Belia
Penutup

Pengenalan
Sewaktu dijemput mengambil bahagian dalam forum belia bertemakan “Misi dan Visi Pergerakcm Belia Ke Arah Tahun 2000 ” anjuran KBS di Petaling Jaya pada 19 Disember 1990 lalu, saya telah membentangkan beberapa penemuan umum kajian PhD saya mengenai “Organisasi Gerakan Belia di Malaysia” (1981) yang antara lain mendapati:
(a). Gerakan belia, khususnya melalui organisasi sukarela gerakan belia menjadi semakin formal/birokratik dan administratif sifatnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini; malahan terdapat sindrom tertentu mem peri ihatkan, secara sedar atau tidak, gejala-gejala “ayam daging” atau “ayam telur” iaitu banyak daripada kegiatannya mene- rima segala macam kemudahan atau subsidi tetapi di- pagari dengan beberapa “pantangan” tertentu berupa akta dan undang-undang, prosedur dan red-tape pentadbiran.
(b) Sejak sekian lamanya gerakan belia menjadi training ground kepada pemimpin-pemimpin mereka untuk dilatih dan dilengkapkan dengan berbagai-bagai pendedahan untuk muncul kemudiannya dalam arena bukan belia, khususnya dalam arena politik dan kepimpinan nasional.
(c). Sebilangan pertubuhan atau organisasi belia secara sedar atau tidak sedar berperanan sebagai supporting ground kepada pemimpin atau bekas-bekas pemimpin merexa yang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan kepimpinan politik kepartian atau dalam kerajaan.
Saya percaya bahawa premis dan penemuan yang saya sebutkan pada malam akhir “Simposium Kepimpinan Belia Kebangsaan 1990” itu tidaklah terpakai (applicable) atau “sahih” dalam semua keadaan atau untuk semua organisasi gerakan belia di negara ini. Saya juga maklum bahawa tidak semua pemimpin belia berasa lapang hati dan bersikap gentlement mengenai apa-apa yang pemah saya sebutkan ini. Tctapi sebagai salah seorang penyelidik dalam hal ini, saya mcrasakan ini adalah sebahagian kecil daripada realiti yang pcrnah wujud dan masih wujud di kalangan orang muda kita hari ini. Suasana begini tentu sahaja tidak salah dan bahkan tidak pula menakjubkan bilamana mcngingatkan bahawa premis sesebuah gerakan sosial itu bukan hanya sebagai suatu kegiatan kolektif yang bekerja dan bcrgiat scrta berjuang untuk mencapai matlamat bersama, bahkan matlamat itu juga mengandungi nilai dan minat untuk meletak dan mempertahankan kepentingan bersama ahli. Umpamanya bilamana pemimpin atau bekas pemimpin pertubuhan X menjadi pemimpin politik, maka bukan tidak mustahil sebilangan rakan dan pengikutnya tumpang mendapat nikmat daripada kedudukan ketua atau pemimpin mereka itu. Begitu juga kiranya pemimpin berkenaan menjadi usahawan dan jutawan. Tentulah ada antara “orang kuat” dan pengikut setianya dapat menikmati bersama faedah ekonomi itu walaupun secara tidak langsung. Yang masih mengikat (binding) sesama mereka ini ialah komitmen perjuangan bersama mereka dalam pergerakan belia iaitu yang boleh disebutkan sebagai old-comrade sentiments yang terjalin melalui old-gang networks.
Sesungguhnya inilah sebahagian daripada bentuk politiking di kalangan anggota masyarakat kita iaitu terlibat dalam kumpulan-kumpulan tertentu untuk memperjuangkan dan mempertahankan matlamat dan kepentingan bersama bermula sebagai kumpulan berkepentingan (interest group) yang biasa tetapi kadangkalanya bertindak juga sebagai kumpulan pendesak {pressure group) dan akhir-akhimya ikut berminat dengan urusan politik kepartian. Hal ini tidak ada kekecualiannya pada golongan belia sendiri walaupun seringkali dikatakan bahawa pertubuhan belia haruslah berkecuali dalam soal-soal politik kepartian itu. Tetapi ini tidak salah. Oleh sebab golongan belia merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat, maka amatlah aneh bilamana ada pihak yang cuba menghalang mereka daripada meminati politik atau menyediakan diri untuk mengambil bahagian dalam kegiatan politik pada suatu masa kelak walaupun secara tidak sedar mereka membina imej dan menggilap personaliti politik melalui kegiatan dalam pertubuhan belia. Malahan pada hemat saya, keadaan seperti ini memperlihatkan bahawa sesungguhnya peranan, kedudukan dan kepentingan belia dan pertubuhan-pertubuhan belia yang mereka anggotai itu memberikan sumbangan positif tertentu dalam apa-apa jua bidang kehidupan masyarakat di negara ini.
Dalam pada itu, bagaimanapun, izinkan saya menyebutkan di sini bahawa kewujudan dan pertubuhan belia hanyalah salah satu daripada kira-kira 14 jenis pertubuhan sukarela yang terdapat di Malaysia, iaitu badan atau organisasi yang ditubuhkan oleh ahli secara sukarela tanpa paksaan, bersifat demokratik dan pada teorinya bebas daripada kawalan langsung pihak kerajaan, khususnya dari segi kewangan, keanggotaan pertubuhan dan proses pemilihan kepimpinan serta matlamat perjuangannya. Konsep sukarela dan bebas ini bagaimanapun mempunyai batasannya yang tertentu walaupun pada umumnya kemunculan badan-badan ini merupakan suatu angka tunjuk atau manifestasi akan kewujudan hak dan kebebasan asasi manusia yang masih dihormati, walaupun ada had ian batasannya, dalam masyarakat kita.
Sehubungan dengan ini, maka dalam konteks gerakan belia, tertubuhnya pertubuhan atau organisasi belia, sama ada yang berupa warisan organisasi belia daripada zaman kolonial Inggeris mahupun yang ditubuhkan selepas Merdeka secara “bebas” atau yang “dirancang dan ditajai” oleh pemerintah haruslah pula “bersaing dan disaingi” oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela yang lain sepeni pertubuhan sukan, pertubuhan sosiobudaya, pertubuhan peladang, organisasi suku kaum, badan pemiagaan, badan kebajikan dan lain- lain yang bertaraf sukarela, yang secara formalnya masing-masing wajib didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia. Dalam pada itu, saingan itu masih belum lagi mengambil kira pertubuhan parti- pnrti politik yang sememangnya merupakan pertubuhan sukarela profcsional politik, dan juga pertubuhan-pertubuhan sekerja. Kcsatuan atau pertubuhan sekerja, (trade unions) walaupun dikawal oleh Akla Kcsatuan Sekerja, dan di bawah pengawasan Pendaftar Kcsntunn Sekerja juga mewujudkan socio-political networks tertentu dalam mamberikan sumbangan tertentu terhadap kemajuan negara. Bukankah ada scbuah dua parti politik di negara kita mcmpunyai pengaruh dan modus opcrandi yang istimewa melalui kegiatan kcsatuan-kcsatuan sekerja begini?
Ketcrangan di atas menjclaskan bahawa sekiranya dilihat dari perspektif gerakan sukarela dan dcmokralik, maka haruslah diterima dan difahami akan hakikat bahawa:
(i) pertubuhan belia hanyalah salah satu daripada berbagai-bagai bentuk dan jenis pertubuhan sukarela luar kerajaan yang terdapat di negara ini,
(ii) pertubuhan belia pcrlu bersaing dan disaingi oleh banyak lagi pertubuhan lain dalam membcrikan sumbangan dan impak terhadap kemajuan dan pembangunan negara dan “perebutan kuasa politik”, sementara itu
(iii) sesebuah pertubuhan belia pula terdedah pada suasana persaingan atau politiking tertentu, sama ada di peringkat horizontal sesama pertubuhan belia (inter-organizational politiking) ataupun di peringkat vertical atau dalaman/domestik (intra-organizational politiking) untuk menjadi penyumbang berkesan (effective contributor) atau effective participant terhadap pembangunan ahli, masyarakat dan negara seluruhnya (lihat juga penjelasan dalam 9(iii) dan (iv) di bawah).
....
dimensi tertentu: selain untuk mencapai kepuasan peribadi, menonjolkan imej dan kepentingan organisasi, ia juga memperlihatkan bahawa mereka juga mempunyai kesedaran dan kepekaan tertentu terhadap masyarakat dan kerana itu mereka perlu diberikan pengiktirafan tertentu.
Mengingatkan perkara-perkara yang disebutkan ini dari segi kewujudan golongan belia, maka persoalan yang perlu dihubungkaitkan di sini ialah apakah pula peranan dan kepentingan mereka sebagai pewaris masyarakat dan negara ini pada masa hadapan. Hal ini menjadi lebih istimewa lagi oleh sebab jangkaan peranan setiap golongan rakyat sejak beberapa waktu ini bukan lagi sekadar berpandukan konsep Dasar Ekonomi Baru yang sudah berakhir itu, tetapi adalah pula berkenaan dengan Wawasan 2020. Oleh sebab jangkauan atau vision Wawasan ini adalah lebih besar ruang lingkupnya dan dikemukakan berdasarkan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju, maka sudah pastilah persoalan yang dihadapkan kepada golongan belia hari ini bukan sekadar perlunya mereka ikut menyertai kegiatan dan kancah politik, tetapi juga mencabar golongan ini untuk terns bersiap sedia dengan impian yang tersirat dalam Pelan Induk Belia Negara (PIBN) juga.
Sebagai satu kerangka pembangunan negara,Wawasan 2020 serta PIBN haruslah diterima dan difahami sebagai suatu kesinambungan large scale yang di dalamnya mengandungi pentafsiran semula (reviews), pengembangan (extension), dan juga penghaluan semula (redirection) segala dasar dan rancangan yang pemah dibuat dan sedang dilaksanakan. PIBN, misalnya, merupakan pemikiran semula (rethinking) ke atas beberapa dasar yang pernah wujud dalam usaha memajukan golongan belia umumnya seperti konsep Prinsip 3 Padu, Dasar Belia Negara dan Yayasan Belia Malaysia itu; dan PIBN dirasakan lebih mantap, lebih canggih dan mencakupi sejajar dengan perubahan dan perkembangan masyarakat dunia umumnya.
Maka itu, dalam menangani semua perubahan dan bentuk kesinambungan yang dimaksudkan ini, sudah sewajarnya juga golongan dan gerakan belia melakukan ulang kajian, renungan serta pengembangan yang sebanding. Barangkali dalam hal inilah akan terdapat pandangan yang berbeza: ada yang menjadi amat berminat untuk berusaha melakukan perubahan dan penghaluan semula; sementara akan ada juga pendapat yang ingin menunggu dan melihat terlebih dahulu. Tetapi walau apa pun sikap itu, adalah jelas bahawa permasalahan ini akan menjadi lebih mudah untuk diberikan pertimbangan sekiranya terdapat usaha untuk merenung kembali, mempelajari, serta menjadikan jalur-jalur perkembangan dan jatuh bangunnya gerakan belia di negara ini selama ini sebagai iktibar.
Kelcsuan Gerakan Belia Dekad 80-an?
Sungguhpun saya pemah menyebutkan betapa gerakan belia dalam dokad 80-an menghadapi zaman kelesuan berbanding dengan yang terjadi scbclumnya, saya tidaklah menafikan sama sekali bahawa organisasi gerakan belia “sudah berkubur” dan “kehilangan arah" tctapi dalam dckad tcrscbut saya lebih merasakan bahawa gerakan belia seolah-olah sudah berada di peringkat anti-climax, lebih ccndcrung untuk bekerja scnyap-senyap, birokratik dan seumpama “ayam daging dan ayam telur”, iaitu segala projek belia sudah tidak lagi menjadi bahan berita media massa yang menarik dan mendapat perhatian.
Dalam dckad tcrsebut, pada pemerhatian saya, segala bentuk keghairahan gerakan belia yang pernah wujud sebelumnya bertemakan Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan sehingga ia tampaknya berkeadaan anti-establishment, dengan subbudaya the angry youngmen telah semakin kendur dan luntur. Memang tidak siapa pun inginkan berlakunya demonstrasi, pemulauan kuliah, tutorial, dan seumpamanya di kalangan belia dan pelajar. Tetapi gerakan belia dalam dekad 60-an dan terutamanya 70-an jelas memperlihatkan peranan mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat, bukan sekadar rhetoric atau pidato-pidato yang hanya sedap didengar semata-mata. Ia telah melahirkan dan seterusnya mematangkan satu generasi pemimpin muda yang lebih komited dengan aspirasi dan hasrat rakyat. Memang berlaku persaingan antara pemimpin dan organisasi iaitu yang dianggap antikerajaan dan yang prokerajaan, tetapi secara tidak sedar politik belia yang demikian memperlihatkan satu lagi dimensi penting gerakan mereka dewasa itu iaitu ingin mendapat pengiktirafan masyarakat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap masa depan masyarakat dan negara mereka, dan mereka sedang mempersiap diri untuk mewarisi sebuah masyarakat yang unggul walaupun kata-kata “menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran” belum begitu popular lagi dewasa itu.
Malangnya dalam dekad 80-an, sewaktu masyarakat Malaysia mula menikmati hasil DEB dan hasil kemakmuran ekonomi itu, gerakan belia bukan sahaja menjadi semakin sepi oleh sebab yang lama sudah semakin tua, bahkan lebih menyayat lagi kerana ia telah dibayangi oleh beberapa gejala negatif atau buruk yang lebih besar dan lebih mendesak. Pertama ialah gejala ketagihan dadah. Gejala ketagihan ini masih berterusan sehingga hari ini dan ianya cukup mengancam bentuk dan jenis manusia di negara ini pada masa hadapan. Ikut membimbangkan lagi dalam beberapa waktu kebelakangan ini ialah gejala AIDS yang walaupun hanya sekadar 2 kes sahaja dalam tahun 1987, tetapi sekarang sudah hampir seribu orang disyaki terjebak dalam kes Sindrom Kurang Daya Tahan ini. Di samping itu, gejala-gejala muzik rock juga cukup membimbang­kan banyak pihak yang prihatin mengenai masa depan golongan ini biarpun kegiatan muzik ini membuka peluang ekonomi kepada mereka yang bergiat di dalamnya. Malangnya dunia ini masih dikira sukar menjamin masa depan seseorang; dan kerana itu, buat beberapa waktu ini, muzik rock seolah-olah berperanan untuk dijadikan suatu escapism yang cukup mengkhayalkan dan memabukkan bakal pewaris masa depan masyarakat ini.
Kedua, pemimpin-pemimpin belia 70-an menjadi lebih dewasa dan berpeluang untuk menangani “kepimpinan pelapis” dalam politik. Mereka dengan demikian, seorang demi seorang, sudah meninggalkan alam the angry youngmen dan menjadi sebahagian daripada pihak establishment itu sendiri sehingga ada antara mereka menjadi lebih cepat conservative dan ikut mempertahankan status-quo masyarakat yang secara senyap-senyap berlandaskan kepen­tingan dan kedudukan politik kepartian mereka. Lebih daripada itu, kedapatan juga personaliti politik yang “baru” telah ikut serta dan diterima untuk menduduki barisan kepimpinan gerakan belia. Tetapi yang lebih malang daripada itu tampaknya ialah politiking di peringkat parti itu ikut menyeret, secara langsung, gerakan belia tertentu oleh sebab sentimen dan kelainan haluan politik. Persaingan antara Anwar Ibrahim dengan Hj. Suhaimi untuk merebut jawatan kctua Pemuda UMNO 1982 dan 1984 merupakan sebahagian daripada rentetan persaingan mereka (ABIM vs. 4B) yang pemah terjadi dalam gerakan belia dalam tahun 70-an. Sementara itu, Gerakan Belia 4B Malaysia yang pada suatu masa dahulu bergerak dengan baik dan aktif di kalangan para belia di luar bandar, khususnya sedang mengalami kekalutannya sendiri hari ini, rentetan daripada perbczaan haluan politik di kalangan pemimpinnya.
Sementara alasan lain dalam hal ini ialah kerana semakin malapnya “scmangat dan kegiatan sukarela” di kalangan anggota masyarakat dengan sebab semakin bcrkembang luasnya nilai material ringgit dan sen dalam pelbagai urusan, hatta gotong-royong yang tidak bcrupah selama ini juga semakin pupus; sementara dalam banyak kegiatan politik pula, gejala politik wang dan budaya koporat semakin kental dalam masyarakat umumnya. Golongan anak muda juga ikut tcrseret dalam hal ini kerana mereka juga berminat untuk mendapatkan subsidi sama sebagaimana orang lain juga. Dan menjadi lebih malang lagi jika diperhatikan bahawa dalam masa yang sama, rat-race dan survival for the fittest atau “hukum rimba” semakin berkembang dalam sistem pendidikan - yang menjadi keutamaan ialah kelulusan dan pencapaian sijil dan ijazah. Anak-anak muda seolah-olah tidak ada masa untuk berjinak- jinak dengan pertubuhan belia di kampung mereka sendiri. Barangkali jurang pemisahan yang dibina di antara kumpulan pelajar yang lebih bijaksana, dan tinggal di asrama dengan aktiviti kemasyarakatan, termasuk aktiviti belia juga, dalam persekitaran yang normal semakin melebar. Ini mengasingkan diri mereka dengan hati nurani manusia jembel dan kerdil di luar dunia asrama mereka itu. Memang benar bahawa mereka ini suatu masa kelak boleh menjadi cream of our society oleh sebab bijak dan pandainya mereka menjadi orang “terpelajar” dan “terbilang”, dan mencapai kedudukan yang elitis dalam masyarakat; namun mereka sebenarnya berada di awang-awangan, tidak pemah mengenal dan mengalami hati nurani golongan bawahan yang memerlukan bimbingan mereka. Sebilangan mereka barangkali memang prihatin terhadap permasalahan masyarakat umumnya, namun paling tidak, hambatan daripada Akta Universiti dan Universiti Kolej umpamanya menjadi sebahagian daripada alasan mereka untuk bersikap nafsu-nafsi walaupun secara terpaksa. Atau di sebaliknya menjadi golongan “serba rapuh” dan mudah putus asa, kalaupun tidak “meminta-minta” subsidi itu dan ini.
Sementara itu peringkat kementerian atau pentadbiran sendiri dalam dekad yang lalu tampaknya lebih meminati kegiatan dan lapangan sukan sehingga keghairahan bahang Olimpik dan Piala Dunia itu sendiri amat menggoda para pemutus dasar dan anak muda yang mimpikan kejuaraan menyebabkan kerja-kerja sukarela dalam organaisasi belia seolah-olah “sudah beres” dan “mantap”; sedangkan dalam masa yang sama, begitu banyaknya kes kegagalan projek belia, baik yang berdagang mahupun yang berbengkel, hatta KOBENA sendiri sedang terumbang-ambing dan semakin gelap masa depannya.
Nostalgia Masa Lalu dan Visi Masa Depan Gerakan Belia
Sesungguhnya “kemalapan” gerakan belia yang dapat dikesan dalam dekad 80-an itu merupakan suatu teladan yang baik kerana haruslah diakui bahawa di sebalik gerakan-gerakan radikal dan bemada anti-establishment belia dalam dekad 70-an, golongan dan gerakan belia telah menampilkan sebilangan para pemimpin pelapis dalam barisan kepimpinan politik dan kerajaan yang ada hari ini. Pertubuhan-pertubuhan belia seperti MAYC, Belia 4B, ABIM, GPMS, dan bahkan SANYA dan SEBERKAS adalah beberapa organisasi gerakan ini yang telah mencipta sebilangan nama persaingan politik yang disebutkan itu, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Tetapi ini tidak bererti bahawa gerakan belia tidak patut menafikan kepentingan politik dan kekuasaan politik semata-mata kerana mempertahankan sikap non­partisan atau “berkecuali” itu. Hal ini penting diperhatikan oleh sebab tidak semua persaingan atau konflik itu membawa keburukan dan kemusnahan, bahkan di sebaliknya proses persaingan itu sendiri memungkinkan terhasilnya kebaikan dan kualiti tertentu dari segi kepimpinan; sementara kekuasaan/kedudukan politik itu sendiri seharusnya diterima sebagai suatu kedudukan penting lagi istimewa yang boleh menentukan haluan dan masa depan serta kepentingan golongan belia umumnya.
Sehubungan dengan inilah pula maka adalah penting untuk golongan belia dewasa ini berusaha memupuk dan mengembalikan semula zaman kegemilangan gerakan belia itu. Tentu sahaja dapat dijangkakan bahawa zaman yang akan dibentuk itu sudah jauh berbeza daripada yang pemah dapat dibayangkan sebagai zaman The angry youngmen yang pemah wujud itu. Dalam suasana yang menyelubungi gerakan belia dekad 80-an lalu, maka adalah lebih mungkin untuk menjangkakan bahawa yang akan berlaku dalam hal ini lebih berkeadaan pro-establishment; sementara adalah semakin sukar dan terbatas sekali untuk melahirkan sikap anti-establishment dan menonjolkan peranan “kumpulan pendesak” yang pemah wujud itu. Namun hal ini juga tidak ada salahnya asalkan sahaja keprihatinan mereka terhadap permasalahan masyarakat, terutamanya yang telah digariskan dalam Wawasan 2020, termasuklah usaha yang dirangkakan dalam PIBN - tanpa mengetepikan apa jua usaha untuk memupuk perpaduan, kesetiaan, kebaikan dan menentang segala kemungkaran itu - serta setiap pemikiran dan tindak-tanduk pemimpin dan ahli gerakan belia itu jelas, wajar, rasional, dan benar-benar jujur.
Suasana dan iklim yang ada pada gerakan belia hari ini adalah jelas berbeza daripada yang pemah terdapat dalam dekad-dekad yang lalu. Politiking di kalangan pemimpin dan organisasi belia dahulu begitu ketara dan gerakan mereka, sebagai suatu “fesyen” hampir di seluruh dunia adalah berkeadaan anti-establishment. Tetapi daripada pergolakan seperti itulah tampaknya mereka lebih bebas untuk membina imej, “kematangan” dan kesedaran, serta mengadakan program-program tertentu yang sesuai bagi mereka.
Sehubungan dengan itu, dalam membincangkan persoalan “politik belia” dan kaitannya dengan pembangunan negara, pcrtimbangan yang sewajamya haruslah juga diberikan kepada apa-apa yang pemah berlaku dan berkembang sebelumnya. Segala yang berlaku itu boleh dijadikan iktibar dan teladan kerana dalam mcncgnkkan dan menentukan identitinya sebagai anggota masya- rakat, pemimpin dan ahli pertubuhan belia akan terdedah dan dipcngaruhi oleh berbagai-bagai faktor persekitaran hidup mereka.
Gerakan belia dekad 90-an dan seterusnya dalam abad ke-21 kclak tidnk mungkin dapat disamakan dengan yang pemah wujud sebelumnya; tetapi satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah apa-apa yang ada sckarang dan pada masa hadapan merupakan suatu lanjutan dan kesinambungan daripada yang telah ada sebelumnya Dengan tradisi gerakan belia yang sudah ada dalam masyarakat Malaysia sekarang, tentulah dapat dijangkakan bahawa usaha membina dan menyediakan generasi muda sebagai pewaris generasi sckarang tidaklah terlalu sukar untuk dilakukan dengan sebaik-baiknya, sama ada mencrusi rancangan-rancangan kerajaan ataupun yang dilaksanakan oleh pemimpin dan ahli pertubuhan itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...