Monday 5 March 2018

BAB 8 CABARAN DAN PERMASALAHAN DALAM PERSATUAN BELIA

Pengenalan 
Gagasan dan Permasalahan Belia Sejagat
Isu dan Permasalahan Belia di Malaysia

Pengenalan
Sebagai seorang yang pernah melakukan kajian tertentu terhadap gerakan belia di negara ini, saya bersyukur ke hadirat llahi kerana isu dan permasalahan tentang belia sejak beberapa waktu kebelakangan ini telah kembali mendapat perhatian. Pada hemat saya, hampir sepanjang dekad 80-an lalu, permasalahan tentang belia tampaknya tidak banyak diberi perhatian. Ia bahkan telah ditenggelami oleh berbagai-bagai isu Iain sama ada yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan belia. Misalnya masalah penagihan dadah dan pengangguran belia (terutamanya pengangguran siswazah universiti dan pusat pengajian tinggi) pada zaman meleset 1984/87. Ataupun perhatian telah beralih pada kerenah “siswazah-siswazah gerakan belia” yang ketika itu telah memasuki (tepatnya perebutan untuk memasuki barisan kepimpinan) arena politik kepartian, khususnya UMNO.
Dalam pada itu, terdapat tokoh belia tertentu yang berusaha untuk memajukan ahli dalam bidang pemiagaan juga akhir-akhimya menerima bahang ekonomi meleset itu dan didapati melakukan kesalahan tertentu dalam urusniaga yang dilakukannya itu sehingga kesnya telah sampai ke peringkat mahkamah dan penjara. Hal ini juga, walaupun kes ekonomi, namun oleh sebab melibatkan pertubuhan belia, ia juga turut menjejaskan golongan berkenaan.
Sementara itu, tumpuan dan urusan awam sendiri dalam dekad 80-an itu bukan sahaja mendapat perhatian yang berbeza keutamaannya daripada para menteri yang menerajui KBS sehingga menjejaskan penerusan rancangan dan pelaksanaan, bahkan dalam banyak hal urusan pentadbiran itu sendiri tampaknya jauh terarah kepada aktiviti kesukanan, kepada jaguh-jaguh kolam renang dan padang serta gelanggang permainan seperti bola sepak dan yang seumpamanya.
Tcgasnya di sini, bukan tidak ada masalah yang melanda golongan belia umumnya ataupun gerakan berorganisasi belia khususnya. Masalah memang ada. Di samping masalah dan gejala dadah yang semakin meluas, perebutan kerusi pemimpin dalam UMNO juga mengheret sama gerakan belia. Satu daripadanya ialah rentetan perebutan kuasa (battle royale) UMNO 1987 telah mengheret sama kedudukan dan keharmonian pertubuhan- pertubuhnn belia tcrtentu khususnya pada Gerakan Belia 4B yang sebelumnya mempunyai imej timbal balik dengan UMNO itu. Kekecohan dalam persidangan agung tahunannya pemah menjadi berita muka depan akhbar tempatan (Utusan Malaysia, 1 Nov. 1991). Malahan keretakan kepimpinan dalam pertubuhan belia yang besar ini secara mutlaknya masih belum selesai, walaupun kedua-dua tokoh yang mendakwa menjadi presidennya telah pun dipanggil mengadap pihak Pendaftar Pertubuhan baru-baru ini (Berita Harian, 13 Jun 1994),
Sebuah lagi pertubuhan belia yang besar iaitu Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) tampaknya masih bergerak sendirian di luar Majlis Belia Malaysia (MBM). Walaupun tindakan yang dilakukannya hanya di peringkat kebangsaan sejak tahun 1977, dan ia merupakan pertubuhan yang besar dan cukup berpengalaman serta berupaya untuk berdikari, namun ia masih tetap mencacatkan perpaduan belia yang diharapkan itu. Barangkali ada pihak yang melihatnya sebagai suatu kekecualian dan ia boleh dibiarkan begitu sahaja untuk tidak menimbulkan apa-apa masalah yang makin merumitkan; namun sikap dan pendirian yang sedemikian rupa bukanlah sesuatu yang bijaksana sifatnya.
Sehubungan ini tampaknya sepanjang dekad 80-an, ternyata wujudnya semacam suatu suasana tenang malahan kelesuan dalam aktiviti berpersatuan di kalangan generasi muda. Azizan Bahari, seorang bekas aktivis belia yang sekarang ini berkecimpung dalam dunia akademik pula telah mengamati dan melihat hal ini sebagai suatu era “kelesuan dalam MBM” (Azizan Bahari, Nov. 1991).
Beliau beranggapan bahawa “kelesuan dalam MBM” itu sebagai akibat daripada perubahan tindak-tanduk pertubuhan berkenaan daripada issue-oriented yang pernah wujud dalam gerakan belia dalam dekad 1960-an dan 70-an lalu kepada tindakan-tindakan yang berorientasikan action-oriented. Akibat daripada “kelesuan” dan action-oriented itu, dikatakan MBM hari ini khususnya semakin menyepi dan kurang bermaya, terutamanya dalam menangani berbagai-bagai isu dalaman - begitu banyak aktiviti mengenai belia atau yang berhubungan dengan belia sudah tidak lagi diterajui oleh MBM; sedangkan begitu banyak aktiviti yang diterokainya pada suatu masa dahulu. Segala-galanya menampakkan kelemahan MBM dan hal ini juga membabitkan kelesuan dan semakin menyepinya Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) hari ini berbanding dengan sepuluh atau lima belas tahun selepas ia ditubuhkan dalam tahun 1971.
Barangkali keluhan dan kesalan yang dimaksudkan ini akan mendapat sanggahan tertentu daripada kalangan pemimpin dan tokoh belia sendiri. Akan kedapatan pihak dan individu yang mengatakan bahawa kegiatan yang bercorak issue-oriented sudah usang dan sudah tidak lagi sesuai hari ini. Pihak ini akan menyebutkan bahawa generasi the angry youngmen sudah tidak ada lagi hari ini sejajar dengan semakin matang dan mantapnya kedudukan dan pencapaian tokoh dan pemimpin belia dalam kegiatan-kegiatan alam dewasa yang lebih luas dan lebih menye- ronokkan itu.
Zaman ini tidak perlu lagi demonstrasi, piket dan boikot. Dan kerana itu, dengan orientasi action-oriented yang dikatakan kononnya berkembang secara senyap-senyap itu, segalanya akan ditanggung beres dan segala tuntutan dan keperluan golongan belia akan dipenuhi satu demi satu tetapi haruslah dalam keadaan teratur, berdisiplin dan terurus lengkap dengan segala kerenah profesionalismenya.
Inilah fenomena dan suasana yang menyelubungi gerakan belia dalam dekad 80-an dan yang boleh dijangkakan berkembang dalam dekad yang akan datang ini. Hari ini, di kampus-kampus yang sama sebagaimana juga di sekolah sebelumnya, para pelajar tidak perlu bising-bising, tidak perlu sibuk-sibuk dan berlagak pandai kerana segala-galanya ditanggung beres melaiui pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar.
Demikian juga dalam persatuan-persatuan belia. Segala-galanya boleh disediakan dan ditanggung beres asalkan memenuhi segala bentuk dan keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak yang menajai dan membiayainya, iaitulah yayasan ataupun kementerian. Baik bantuan itu berupa modal, alat, kemahiran, kepakaran mahupun nasihat dan seumpamanya, wakil-wakil persatuan tidak perlu khuatir: mereka akan dijemput untuk tumpang “bertenggek” sama.
Inilah sebahagian dan cebisan yang boleh disebutkan tentang apa-apa yang berlaku di kalangan generasi muda di Malaysia kebelakangan ini. Dan ia haruslah dilihat sebagai sebahagian daripada isu dan permasalahan semasa mereka dalam dunia yang semakin pesat berubah ini.
Gagasan dan Permasalahan Belia Sejagat
Apa-apa yang diperihalkan dengan panjang lebar di atas memperlihatkan bahawa persoalan mengenai belia sebagai satu kelompok masyarakat yang memerlukan renungan, penelitian dan kefahaman yang sewajamya di kalangan para pemutus dasar dan pihak-pihak yang melaksanakan dasar tersebut. Permasalahan belia dalam apa keadaan sekalipun tidak harus dipisahkan sama sekali daripada persoalan masyarakat itu seluruhnya. Ini kerana belia adalah sebahagian daripada anggota masyarakat itu sendiri biarpun pada dasamya ukuran penggolongan mereka itu bersifat semula jadi yang didasarkan pada umur hayat antara 15 hingga 35 atau 40 tahun.
Perangkaan penduduk Malaysia (1980) menunjukkan bahawa terdapat sekitar 4.69 juta orang (33.78%) penduduk Malaysia berusia antara 15 hingga 39 tahun; dan ia bertambah menjadi 6.64 juta orang (42.05%) dalam bancian tahun 1985; 7.57 juta orang (62.38%) pada bancian tahun 1990; dan diunjurkan meningkat ke paras 8.39 juta orang (61.81%) bagi tahun 1995 dan menjelang tahun 2000 ke paras 9.25 juta orang (41.24%). Walau bagaimanapun dewasa ini dianggarkan tidak sampai 2.0 juta orang golongan muda di negara ini yang menganggotai persatuan-persatuan belia.
Mengingatkan ukuran dan penggolongan umur yang sejagat inilah juga maka tampaknya dari satu generasi ke satu generasi, golongan belia masih dilihat mempunyai imej, ciri dan budayanya yang tersendiri. Ciri dan budaya ini secara mudahnya boleh disebut terkelompok sebagai tanggungan (liabilities) atau beban dan juga sebagai harta (asset) kepada sesebuah masyarakat. Tingkah lakunya mempunyai kaitan langsung dengan sifat-sifat hedonism atau ingin mencuba-cuba, meneroka dan melepas geram, termasuk perbuatan vandalism yang sering kalinya berkeadaan rebel without cause. Dalam keadaan begini, walaupun mereka pada lahiriahnya bukan lagi tergolong sebagai bayi dan kanak-kanak, namun akal budi me­reka sesungguhnya masih lagi dikira belum mantap, masih goyah, masih serba kurang dan masih belum matang berbanding dengan yang sepatutnya ada pada golongan dewasa dan golongan tua.
Berdasarkan pertimbangan dan ciri-ciri kehidupan atau perilaku yang beginilah maka dalam realitinya, golongan belia perlu ditangani sebaik mungkin. Mereka golongan penduduk yang paling bertenaga, produktif dan kreatif; tetapi kerana belum lagi dianggap mencapai “kedewasaan”nya, maka sukar pula untuk dipertanggungjawabkan dengan berbagai-bagai peranan dan kedudukan sosial, ekonomi dan politik yang asasi dalam kehidupan kumpulannya. Inilah dua ciri yang bertentangan yang ada pada golongan ini sehingga di sebalik kecergasan, produktiviti, intelektualiti, kreativiti dan kecemerlangan itu, ada antara mereka yang terjebak dengan gejala-gejala antisosial seperti kekecewaan, putus asa, jenayah, muzik-muzik liar, keruntuhan akhlak seperti pelacuran serta penagihan dadah dan kebelakangan ini pula wujud gejala-gejala Sindrom Daya Kurang Tahan Penyakit atau AIDS. Sementara itu fenomena yang mengancam kehidupan anak-anak muda sejak beberapa waktu kebelakangan ini ialah perbuatan lepak atau mem- buang masa, bersantai-santai di tempat-tempat awam tanpa haluan dan aktiviti positif, malahan dikhuatiri semakin memudahkan mereka untuk terjebak dalam kegiatan negatif dan antisosial.
Dua ciri bertentangan serentak yang ada pada golongan belia scsungguhnya bukanlah fenomena dekad 90-an ini. Ia sudah lama bcrmula. Hampir setiap dekad dalam abad ke-20 ini boleh ditandai dengan bcrbagai-bagai corak dan pola kegiatan dan perlakuan mereka. 
Misalnya dalam dekad-dekad awal abad ini, mereka ialah golongan peneroka yang menjelajahi alam ini dan menjadi tenaga penting yang  terlibat dalam proses kolonialisme; dalam zaman Perang, mereka tewnaga pemikul senjata di pertempuran; dalam zaman gerakan nasionalise, golongan belia terlibat dalam gerakan menentang kolonial dan seterusnya menjadi pendukung kepimpinan kebangsaan awal. Sementara dalam tahun-tahun 1960 - 70-an, ramai daripada mereka terjebak dalam kegiatan-kegiatan anti-establishment, dalam kumpulan “hippies” dan muzik rock baru Beetlle - Rolling Stones atau di Malaysia, “Pop Yeh yeh”. Sebilangan mereka pula terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar, “sit-in ” di kampus-kampus California dan Paris misalnya. Demikian jugalah kampus-kampus universiti seperti di Teheran telah menyaksikan kebangkitan golongan pelajar menentang Shah dan menggantikannya dengan kepimpinan “Mullah” dalam tahun 1979. 
Dalam zaman kemelesetan ekonomi 80-an pula, di mana-mana pun ramai belia yang menganggur. Dan sehingga hari ini tampaknya, gerakan belia dan pelajar di Korea Selatan masih lagi panas; dan barangkali tidak berapa lama lagi, Dataran Tienanmen boleh mengulangi peranannya sebagai pentas demonstrasi pelajar sebagai­mana yang telah berlaku dalam bulan Jun 1989 lalu; dan kali ini, tentu sahaja risikonya lebih besar, lebih kuat dan lebih mengesankan.
Isu dan Permasalahan Belia di Malaysia
Segala yang disebutkan di atas adalah mengenai perkara-perkara umum yang mungkin sebahagian besarnya sudah menjadi sejarah kepada umat manusia. Tetapi jelas di sini bahawa belia sebagai satu golongan yang biasanya menjadi golongan majoriti mana-mana masyarakat, menjadi pencetus dan pencipta sejarah yang tertentu untuk diabadikan dalam tamadun manusia sejagat.
Hal ini tidak ada kekecualiannya bagi belia kita di Malaysia sendiri. Kedudukan, peranan dan penglibatan golongan belia sebagai pemangkin atau catalyst perubahan kemasyarakatan bukan lagi merupakan satu isu baru.
Dalam hubungan ini, bagaimanapun, sukalah disebutkan bahawa dalam konteks gerakan belia di Malaysia, kemunculan kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan formal belia itu hanyalah salah satu daripada 14 jenis atau kategori pertubuhan sukarela yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan Malaysia. Antara jenis persatuan yang demokratik, sukarela tetapi diwajibkan mematuhi aturan yang ditetapkan oleh akta berkenaan ialah persatuan sukan, persatuan kebajikan, huay kuans, persatuan agama, persatuan peladang, dan termasuk juga parti-parti politik. Minat berpersatuan yang dimanifestasikan daripada tumpuan keahlian badan-badan sukarela ini memang berbeza antara kaum yang berbeza di kalangan penduduk negara ini. Di kalangan belia Melayu misalnya, tumpuan keahlian mereka adalah lebih kepada persatuan belia, peladang dan parti politik; berbanding misalnya dengan kalangan belia Cina yang lebih berminat untuk menyertai kegiatan seni mempertahankan diri (self-defence associations) seperti taekwando dan karate serta huay kuans, selain kongsi dan persatuan dialek keturunan.
Sementara itu, dalam jenis pertubuhan belia itu sendiri terdapat sekurang-kurangnya tiga kelompok utama iaitu pertubuhan atau organisasi beruniform seperti Pengakap dan Pandu Puteri, pertubuhan belia-pelajar seperti GPMS dan PKPIM dan seterusnya pertubuhan sosioekonomi seperti MAYC, Belia 4B, SANYA, SABERKAS, ABIM, Belia Hindu, Tamil Bell dan GBB. Hampir 1.8 juta orang belia hari ini menganggotai cawangan atau badan gabungan 20 buah pertubuhan belia kebangsaan dan 14 buah badan belia negeri yang menganggotai MBM.
Umumnya kemunculan dan perkembangan serta pasang surut gerakan berpersatuan belia ini seluruhnya mencerminkan ciri-ciri masyarakat majmuk Malaysia. Tetapi sebagai golongan majoriti, dalam keadaan pertubuhan yang berorientasikan ahli atau mass- based organization dan berperanan sebagai pemangkin ke atas perubahan dan warisan masyarakat Malaysia pada masa hadapan, perkembangan dan prestasi pertubuhan-pertubuhan sukarela belia ini adalah cukup penting untuk diberi perhatian.
Keprihatinan berbagai-bagai pihak terhadap gerakan belia kcbclnkangnn ini tampaknya lebih banyak didasarkan pada “kelesuan” yang dimaksudkan pada awal kertas ini.
Tetapi sekiranya perkembangan dan permasalahan terkini yang ada kaitannya dengan golongan ini dihuraikan dalam konteks cabaran dan permasalahan persatuan-persatuan belia Malaysia semasa, maka pastilah beberapa isu yang telah diperihalkan pada awal tuIisan ini merupakan isu isu utama yang harus mendapat renungan dan pemikiran saksama dan bersama semua pihak yang prihatin terhadap golongan ini.
Bagi mengelakkan kekeliruan dalam hal ini, wajarlah disebutkan iaitu isu-isu yang dimaksudkan itu ialah:
(i) kes perpaduan belia, khususnya dalam konteks kerenah kepimpinan dalam Belia 4B,
(ii) gerakan belia dalam konteks Pemuda/politik UMNO, dan
(iii) sekitar satu dekad kelesuan MBM khususnya, dan persatuan-persatuan belia umumnya.
Sehubungan dengan ini, walau bagaimanapun, saya suka membincangkan isu-isu berkenaan dan yang berkaitan denganya juga dalam suatu perspektif dan ruang yang lebih luas dan yang lebih sejajar dengan keperluan dan kepentingan perbincangan dan pemerihalan ini dilangsungkan.
Untuk tujuan tersebut, maka pada hemat saya, ada baiknya masalah dan isu-isu semasa yang berkenaan dengan belia itu dilihat dalam tiga perspektif utama yang saling berkaitan yang setiap satunya pula melibatkan golongan belia yang menjadi pelaku utamanya, baik yang bertaraf tokoh dan pemimpin mahupun pengikut, iaitu:
1. Di peringkat elit atau kepimpinan,
2. Di peringkat organisasi atau pertubuhan, dan
3. Di peringkat komuniti atau massa.
Sungguhpun perhatian kertas ini sepatutnya hanyalah pada perkara-perkara (1) dan (2) sahaja, namun ia harus juga disentuh perkara (3) yang pada hemat penulis merupakan akibat daripada yang berlaku pada kedua-dua peringkat pemimpin dan organisasi itu juga.
1. Isu-isu Semasa di Peringkat Kepimpinan
Apa-apa yang diberikan perhatian di sini tidaklah terhadap semua the chosen few atau yang menjadi golongan terpilih dari segi sosial dan ekonomi, tetapi yang dipentingkan ialah elit politik. Ini kerana golongan ini lebih hampir dan lebih mungkin melahirkan pemimpin-pemimpin politik yang “sebenar” dalam sesebuah masya­rakat. Pada peringkat ini, beberapa isu semasa yang berkenaan dengan belia telah dapat dikesan. Antaranya yang boleh disebutkan di sini ialah:
a. Warisan politiking belia dekad 70-an dan 80-an
Kalaulah kes kepimpinan Belia 4B di atas dilihat dalam konteks ini, maka adalah jelas bahawa dari segi kepimpinan atau elit, isu semasa yang sedang menyelubungi gerakan dan golongan belia di Malaysia sekarang ialah warisan politiking belia tahun 70-an dan 80-an. Kes penutupan pagar dan permit polis untuk mengadakan perhimpunan bagi tujuan pemilihan pucuk pimpinan 4B itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan malahan jauh lebih baik berbanding dengan penayangan pistol dalam mesyuarat, dan suasana begini pemah berlaku dalam tahun 70-an iaitu dalam sejarah MAYC.
b. Politiking belia dan kepimpinan organisasi
Kes kepimpinan Belia 4B yang masih baru itu sesungguhnya memperlihatkan suatu bentuk politiking yang bermula dalam usaha manipulasi kuasa sebilangan pemimpin dan tokoh belia untuk terus-terusan menguasai kerusi pemimpin organisasi. Sehingga hari ini, tampaknya kerusi prcsiden MAYC dan Belia 4B, SANYA, SABERKAS dan beberapa pertubuhan yang lain masih lagi disandang oleh pemimpin dan tokoh belia yang berusia lebih daripada 40 tahun, iaitu melebihi had batasan ukuran umur belia yang rata-ratanya digunakan di seluruh dunia, termasuk oleh pihak UNESCO sendiri. Manipulasi undang-undang dan peraturan persatuan sering terpinda dalam hal ini; dan ini sesungguhnya cukup malang bagi sesebuah pertubuhan sukarela yang terlibat. Hal ini terjadi oleh sebab sejak sekian lamanya pertubuhan belia terlibat secnra langsung atau tidak langsung sebagai arena dan alat sosialisasi politik dan kepimpinan seseorang yang bercita-cita dalam umsan dan arena politik kepartian sehingga organisasi belia menjadi stepping stone dan supporting ground bagi sebilangan pemimpin belia berkenaan. Bukan itu sahaja sebenamya. Malahan sebagai salah sejcnis pertubuhan sukarela, organisasi belia adalah cukup mudah terdedah kepada politik kepartian, misalnya melalui naungan dan tajaan sesuatu kegiatan berpersatuan.
c. Politiking belia dan kepimpinan dalam politik UMNO
Isu ini juga ada kaitannya dengan golongan dan gerakan belia di Malaysia hari ini dan dalam beberapa tahun akan datang. Sekurang-kurangnya ada tiga tokoh utama yang pemah bergerak dalam gerakan belia sekarang ini menduduki kerusi naib presiden UMNO, iaitu kedudukan ketiga tertinggi dalam parti kanan dan terbesar yang menerajui politik Malaysia. Mereka ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan yang pernah terlibat dalam PBMUM, PMIUM, PKPIM dan ABIM, MBM dan WAMY; Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Luar yang pemah bergiat dalam kepimpinan GPMS; dan Datuk Seri Sanusi Junid, Menteri Pertanian, yang pemah turut serta menubuhkan ABIM (1971) tetapi sejak tahun 1973 menjadi Presiden MAYC. Persaingan yang menjadi perhatian utama beberapa waktu yang lalu ialah siapakah yang lebih mungkin terpilih menerajui UMNO dan seterusnya mempertahankan jawatan parti itu untuk memimpin parti dan kerajaan dalam tahun-tahun akan datang?.
d. Faktor Anwar Ibrahim dan kepimpinan UMNO-Melayu
Sejak meninggalkan ABIM dan memasuki UMNO dalam bulan April 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meningkat dan mencapai kedudukan politik dalam UMNO dan Kerajaan yang begitu cepat. Banyak pihak dalam parti berasa kurang senang atas pencapaiannya itu dan beliau mendapat perhatian utama oleh sebab dalam dekad yang akan datang, kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia akan diwarisi oleh generasi pemimpin pelapis tahun 70-an iaitu generasi Anwar Ibrahim. Persoalan yang sensasi dalam hal ini tampaknya ialah sejauh manakah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesudah berjaya mendudukki kerusi timbalan presiden UMNO pada Nov. 1993 itu secara berterusan, berjaya mempertahankannya dan seterusnya, bilakah pula gilirannya yang sebenar mengambilalih teraju kepimpinan parti dan kerajaan itu? Barangkali hal ini akan terjadi dalam perkembangan politik Malaysia dalam dekad akan datang. Dan kerana itu, apakah dan sejauh manakah jaringan belia yang telah diceburi dan membentuk imejnya itu berupaya memainkan peranan politik yang tertentu dalam hal ini.
2. Isu-isu Semasa di Peringkat Organisasi
Antara isu yang tampaknya perlu mendapat perhatian sewajarnya di peringkat organisasi, baik sesama ahli, di peringkat dalaman organisasi (intra-organizational level), mahupun di peringkat “antara-organisasi” (inter-organizational level) ialah:
a. Kemerosotan semangat  “kesukarelaan”
Kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh ramai sarjana sains kemasyarakatan menunjukkan bahawa dengan semakin berkembang pesatnya perubahan dan kemakmuran sosioekonomi, proses industrialisasi, gejala-gejala upah-mengupah dan proses penswastaan yang berjaya memesatkan pencapaian dan kemajuan ekonomi, secara tidak sedar, menjadikan anggota masyarakat semakin tidak sama rata, semakin bertambah ciri-ciri kehidupan bandaran (urbanism) yang berupa nafsi-nafsi atau individualistic dan akhir-akhimya melemahkan dan meruntuhkan konsep kejiranan, kekitaan dan kesukarelaan (voluntarism). Hal dan keadaan ini tidak ada kekecualiannya dalam masyarakat Malaysia sendiri, setidak-tidaknya dalam satu dekad kebelakangan ini. Jangkitan “politik wang” yang mudah seperti seorang ahli parti akan hanya menampal poster parti sekiranya disediakan upah tertentu, yang pada umumnya merebak ke dalam masyarakat secara tanpa dirancang itu, juga mempengaruhi kegiatan sukarela yang lain. Seseorang akan hanya bcrsedia untuk menyertai sesuatu kumpulan sukarela sekiranya dnpnt membayangkan faedah wang ringgit atau pendapatan tertentu hnsil daripada penyertaannya itu.
Laporan-laporan akhbar dari semasa ke semasa sebenamya ada mrnycbutkan pcmbubaran terpaksa dibuat oleh pihak Pendaftar Pertubuhan terhadap badan-badan belia ini. Sebenamya tindakan ini tidaklah dilakukan sewenang-wenangnya. Ia, malahannya, merupakan satu-satunya sifat  langkah terakhir yang terpaksa dilakukan sesudah beberapa option atau cara lain yang bcrsifat administratif tidak lagi berkesan dan sia-sia sahaja.
Sebab-sebabnya yang lain adalah kerana kegagalan mengada- kan mesyuarat agung dan seterusnya menyerahkan laporan tahunan persatuan scbagaimana yang disyaratkan oleh Akta. Kegawatan yang terjadi pada Belia 4B Kebangsaan sejak tiga empat tahun lalu bukan hanya scmata-mata kerana masalah teknikal berhubung dcngan usaha mcminda perlembagaan persatuan untuk membolehkan seseorang yang berumur lebih daripada 40 tahun memimpinnya ataupun oleh sebab politik UMNO dan Semangat 46 telah menjangkitinya dan menjadikannya sebagai kad pertaruhan dalam politiking kepartian itu, tetapi juga disebabkan kegagalan mengadakan mesyuarat agung. 
Salah satu akibat yang dibimbangi daripada “kelesuan” yang dimaksudkan itu ialah tidak terselarasnya konsep belia serta penentuan akan keutamaan atau priority rancangan-rancangan untuk menggerakkan dan memajukan golongan ini secara administratif oleh berbagai-bagai agensi awam.
Sebagai contoh ialah 10 Program Induk Belia Negara yang pernah dirancang sebelum ini. Salah satu kelainan yang boleh diperhatikan ialah program-program berkenaan seperti Malaysia Cergas, Malaysia Patriotik dan beberapa yang lain melibatkan kalangan murid-murid sekolah sebagai sebahagian daripada kumpulan sasarannya. Sedangkan pada kebiasaannya, ramai orang tahu dengan status sebagai murid-murid, maka program pihak Kementerian Pendidikanlah yang lebih utama. Sehubungan dengan ini, maka dari segi kepentingan gerakan berpersatuan belia khususnya, barangkali definisi golongan belia itu sewajarnya diberikan perhatian saksama agar apa-apa jua rancangan yang dibuat menepati kumpulan sasarannya. Demikian juga baru-baru ini apabila Kementerian Pendidikan diberitakan telah mula mengusahakan penubuhan suatu kumpulan sukarela yang juga melibatkan kumpulan remaja-pelajar-belia yang dinamakan sebagai Briged Komuniti. Barangkali di sebalik terdapat beberapa kelainannya, sebagai pemerhati kita akan dapat jangkakan adanya pertindihan tertentu antara Briged ini dengan Briged Muda yang akan dilaksanakan oleh KBS kelak.
Memang benar betapa the more the merrier. Tetapi yang pasti dari satu segi ialah kemungkinan berlakunya “suatu pertindihan yang mungkin menghasilkan pembaziran sumber”, khususnya wang dan tenaga, terhadap golongan belia khususnya, baik di peringkat individu mahupun pertubuhan. Satu contoh adalah dalam konteks perpaduan belia: Jabatan Perpaduan Negara di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah menubuhkan Panel Penasihat Perpaduan Belia; sedangkan di KBS sendiri sudah sekian lamanya terdapat unit yang demikian yang berperanan untuk memupuk perpaduan belia antara kaum, tidak kira sama ada di kawasan bandar ataupun di desa. Demikian juga dalam usaha penangani masalah dan gejala dadah, terdapat satu unit tertentu di fCKBS (sekarang KBS) yang dimaksudkan bagi urusan ini, tetapi yang lebih popular ialah kegiatan PEMADAM yang diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memang pendekatan utama CDN adalah dari segi keselamatan dan pencegahan; sementara pendekatan KBS dari sudut pengisian masa lapang dan penyediaan masa depan belia secara yang lebih berfaedah. Mungkin ada pihak menganggapkan bahawa penubuhan kedua-dua unit dan panel di KDN dan di KPNPK itu boleh saling melengkapi dan dikira lebih memudahkan tercapainya perpaduan dan pembanterasan salah guna dadah di kalangan rakyat. Tetapi akan ada juga pihak yang mungkin beranggapan bahawa penubuhan agensi-agensi berkenaan merupakan suatu manifestasi ketakberkesanan MBM dan MPBN selama ini dalam menangani isu ini sehingga perlu diadakan satu panel lain. Barangkali suatu tindakan penyelarasan kerja dan keputusan yang lebih jelas dan padu diperlukan dalam hal-hal seperti ini.
Hal ini samalah keadaannya dengan dakwaan setengah-setengah pihak berhubung dengan isu Dasar Belia Negara. Dasar yang telah pun dibincangkan dan diputuskan pada awal dekad 80-an ini pun masih ramai yang mendakwa masih belum mengetahui apa-apa tentangnya. Dan malangnya, sebagaimana yang dapat dikesan dalam suatu kursus kcpimpinan anjuran MBM pada akhir tahun 1990, mcreka yang mendakwa demikian tcrdiri darippda tokoh dan pemimpin muda yang menjadi pcscrta kursus berkenaan.
b. Kemerosotan aktiviti dan scbab-akibatnya
Sehubungan dengan kelesuan yang dimaksudkan itu, dapat diperhatikan bahawa scsudah terjadinya Demonstrasi Belia - Pelajar Tani Haling Disember 1974, pindaan dan perubahan dibuat ke atas beberapa akta untuk membolehkan kerajaan mengawal tingkah laku golongan ini. Termaktubnya pindaan-pindaan pada Akta Universiti dan Universiti Kolej 1975, tertangkapnya beberapa orang pemimpin belia - pelajar, dan percubaan pihak Kementerian untuk “menggantikan” MBM dengan sebuah majlis yang lain serta politiking tertentu di kalangan pertubuhan belia yang pro-establishment dengan yang lebih vokal akhir-akhimya telah menyebabkan semakin terkawalnya badan-badan ini walaupun dalam masa yang sama mereka mendapat biaya dan tajaan yang lebih mudah daripada pihak berkuasa.
Selain itu, pengunduran generasi pemimpin dan tokoh belia tahun 60-an dan 70-an yang memasuki bidang pengurusan dan pentadbiran yang lebih tinggi, pertukaran kerjaya, penglibatan dalam arena politik sepenuh masa dan seumpamanya seolah-olah telah memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin belia yang baru muncul; dan dalam pada itu juga keadaan demikian tampaknya semakin memudahkan pihak berkuasa menentukan arah dan haluan pergerakan belia umumnya. Maka itu dalam dekad 80-an, gerakan belia yang kononnya sudah berubah menjadi action-oriented itu bukan sahaja sekadar melakukan kerja-kerja rutin dan penyenggaraan pada apa-apa yang sedia ada seperti perayaan Hari dan Minggu Belia atau kursus kepimpinan tahunan, tetapi menjadi semakin “mengecil” keterlibatannya dalam banyak urusan dan kepentingan belia.
Keadaan ini sendiri sebenamya memperlihatkan bahawa dalam dekad 80-an, keprihatinan terhadap golongan dan gerakan belia adalah lebih bersifat rutin dan penyenggaraan status-quo semata-mata. Hal ini juga sebenamya berkaitan secara langsung dengan keme- rosotan semangat kesukarelaan yang semakin pesat berkembang dalam masyarakat umumnya sebagaimana yang dibincangkan di atas.
Perlu juga disebutkan di sini bahawa selain parti-parti politik, kegiatan dalam kelab-kelab sukan tertentu seperti bola sepak, khairat kematian serta pertubuhan belia ikut terjejas. Ini terjadi kerana generasi pemimpin belia yang lebih umur masih tidak digantikan sedangkan ramai daripada mereka ini mempunyai urusan lain yang lebih mendesak. Ini terutamanya apabila sesebuah pertubuhan itu dipimpin dan masih dipimpin oleh tokoh dan pemimpin politik yang sebilangan mereka ini sengaja melakukannya sebagai sumber kekuatan dan pengaruh politik kepartian mereka. Ahli-ahli persatuan boleh mereka “gunakan” apabila tiba masanya pertandingan politik diadakan. Lebih malang daripada itu, kepimpinan begini sukar menarik minat kalangan belia yang mungkin cenderung dan bersimpati dengan parti politik lain.
Sindrom asrama penuh dan
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
Analisis seterusnya mengenai isu kelesuan ini perlulah dilihat ilam konteks kesinambungan usaha-usaha rekrutmen atau pengkaderan tokoh dan pemimpin persatuan-persatuan belia. Kalau di kalangan belia Tionghua mempunyai tarikan yang lebih banyak dalam pertubuhan huay kuans dan kongsi dan yang seumpamanya, maka di kalangan belia Melayu pula tampaknya orientasi perse- kolahan berasrama penuh (boarding schooling) dan persaingan yang semakin kompetitif dalam peperiksaan demi peperiksaan sejak dua dekad yang lalu menimbulkan akibat tertentu dalam kegiatan sukarela di kampung-kampung atau tempat asal masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melalui sekolah-sekolah berasrama penuh itulah lahimya teknokrat dan golongan profesional Melayu yang telah menjadi kebanggaan dan telah berjaya menampung kekurangan yang mereka alami selama ini khususnya dan kegcrsangan Melayu dalam bidang sains dan teknologi selama ini (khususnya scbelum DEB dilancarkan). Walau bagaimanapun, mereka ini tidak banyak mempunyai waktu dan kesempatan untuk tcrlibat dalam aktiviti sosial, tcrmasuk gerakan belia.
d. Gejala migrasi desa-bandar     
Sehubungan dengan sindrom persekolahan asrama penuh dan orientasi pendidikan (peperiksaan) semasa itu, dan diikuti pula dengan keghairahan lahirnya generasi Melayu Baru inilah juga, berlakunya semacam kerenggangan antara seorang anak kampung itu dengan keluarga dan komuniti kampungnya, lebih-lebih lagi setelah tamat pengajiannya, beliau bermastautin di kawasan bandar. Ertinya, gejala migrasi desa-bandar itu juga turut menggerhanakan kegiatan sukarela atau swadaya di kalangan orang muda: di kampung yang ditinggal, lesu dengan ketiadaan tenaga muda; sementara di bandar, kesibukan dan ketaktentuan nasib di rantau cukup menyulitkan kerana manusianya perlu bemafsu-nafsi dalam hidupnya, saling berlumba-lumba dan atas-mengatasi antara satu sama lain.
Kesibukan belajar di sekolah dan diikuti dengan kerenggangan fizikal dan mental itu seterusnya makin menyempitkan ruang untuknya bergerak dalam kumpulan-kumpulan sukarela seperti pertubuhan belia; dan kalaupun ia bergerak dalam kumpulan sukarela, mungkin dalam bentuk yang eksklusif yang berorientasikan ekreasi, keusahawanan, tempat kerja, tempat tinggal yang baru, kepakaran profesion dan yang seumpamanya, bukanlah yang bersifat mass-based seperti sesebuah pertubuhan belia yang lazim. Dan kegiatan yang eksklusif itu pula seringkalinya melibatkan kegiatan yang berjadual, mengikut kesempatan masa, dan kepentingan terdekat dan terkini yang ada pada seseorang itu.
Dalam keadaan beginilah tampaknya, kalangan profesional itu kurang sekali melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sukarela yang lazim, sama ada dalam sesebuah pertubuhan khairat kematian, badan-badan belia, apalagi pertubuhan politik. Suatu kajian yang dilakukan oleh Posiah Mohd. Isa (1987) dan Umran Khan 1991) ke atas kehidupan ratusan family kelas Melayu di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya jelas memperlihatkan betapa kurangnya penglibatan mereka dalam kegiatan-kegiatan sukarela dan kebajikan, apalagi dalam parti politik. Daripada seramai 166 orang responden (terdiri daripada doktor perubatan dan peguam) dalam kajian Umran, seramai 67 orang (40.3%) mengatakan mereka tidak berminat menyertai kegiatan politik, sementara 71 orang (42.8%) pula mengatakan mereka tidak ada masa untuk berbuat demikian.
3. Isu dan Masalah Semasa di Peringkat Komuniti
Maksud isu-isu di peringkat komuniti atau kemasyarakatan ini ialah yang berkenaan dengan apa-apa jua masalah dan isu sejagat yang berkenaan dengan golongan belia. Isu dan masalah ini, bagi tujuan yang lebih praktikal, bolehlah dikelompokkan dalam dua kategori iaitu:
(i) isu-isu domestik atau dalam negeri, dan
(ii) isu-isu antarabangsa.
a. Isu dan masalah domestik/dalaman
Ada beberapa bentuk dan jenis masalah yang berkenaan dengan belia yang masih lagi berlaku dan berkembang dalam masyarakat Malaysia hari ini. Antara yang dapat disebutkan secara ringkas dan mudah adalah berupa:
- masalah budaya belia lepak (youth loafing), sama ada di bandar ataupun luar bandar, terutamanya yang boleh menjurus kepada kegiatan dan masalah moral dan penjenayahan;
- masalah perpaduan kaum, sejajar dengan ciri majmuk masyarakat Malaysia umumnya;
- masalah dadah dan ketagihan dadah, sehingga hari ini melibatkan kira-kira sejuta orang di Malaysia;
- masalah kesihatan, khususnya jangkitan AIDS;
- masalah social evils (korupsi, akhlak, jenayah);
- masalah gunatenaga kerja - pengangguran dan penguasaan berbagai-bagai bentuk kemahiran teknikal;
- gejala a political groups iaitu yang mengasingkan diri daripada urusan politik kepartian dan lebih tertumpu kepada urusan tertentu seperti urusan kerjaya dan keagamaan;        
- gejala kejumudan fikiran: the slavic mind dan the captive mind gejala “jiwa hamba” dan mudah putus asa;
- arah aliran kependudukan masyarakat tua atau the aging society yang scmakin membcsar serta gagasan Masyarakat Penyayang.
b. Isu dan masalah di peringkat antarabangsa
Antara isu dan masalah yang berlaku di peringkat antarabangsa yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan juga kepcntingan golongan belia hari ini ialah:
- pasang surut kegiatan-kegiatan belia serantau Asia Tenggara, dan juga usaha mewujudkan persefahaman mereka dalam menghadapi masalah bersama;
- cabaran, persaingan dan prestasi sosioekonomi yang berbeza antara negara sedang membangun, negara perindustrian baru, dan negara maju - yang berkenaan dengan isu kepenggunaan, produktiviti dan kemahiran teknikal, revolusi teknologi maklumat - megatrend dan Vision 2020;
- cabaran dan persaingan politik dalam konteks Order Politik Dunia Yang Barn iaitu Unipolar System selepas Perang Teluk dan keruntuhan ideologi Komunis di Soviet Union.
Senarai masalah dan isu yang disebutkan secara ringkas di sini merupakan sebahagian persoalan besar yang memerlukan keperihatinan setimpal daripada golongan belia umumnya sebagai bakal pewaris masyarakat dan masa depan negara ini.
Satu perkara yang perlu diperhatikan daripada tajuk dan senarai isu dan masalah yang disebutkan itu ialah sebahagian daripadanya merupakan penerusan isu-isu yang lama, dan ada juga yang masih baru. Isu penagihan dadah misalnya adalah satu ipu besar yang melanda golongan belia Malaysia dalam dekad 80-an dan wabak gejala buruk ini telah menimpa golongan ini tanpa mengira apapun status dan latar belakang sosioekonomi mereka. Sementara ancaman terbaharu ialah jangkitan AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan melawan Penyakit yang dalam tahun 1986, bilangan kesnya hanya dua, tetapi telah dikesan mencapai lebih 350 kes jangkitan HIV sehari dewasa ini dengan bancian kasar seramai kira-kira 1,700 menjadi mangsa AIDS sehingga akhir tahun 1990. Pengidap HIV (High Infected Virus) telah dikesan seramai 1,686 orang dalam tahun 1992 dengan seramai 40 orang pengidap AIDS; sementara bilangan pengidap HIV telah dikesan meningkat ke paras 2,516 orang dalam tahun 1993 dengan seramai 18 orang pengidap AIDS yang baru pertama kali.
Satu lagi bentuk masalah yang boleh diperhatikan berlaku dalam kehidupan golongan belia hari ini ialah semangat patriotisme mereka yang semakin merosot berbanding dengan yang pemah wujud di kalangan generasi belia 60-an dan 70-an. Sindrom kegilaan pada muzik rock, pendaulatan semula secara tak formal terhadap kepentingan bahasa Inggeris, percambahan institusi pengajian swasta yang menyaingi sistem pendidikan kebangsaan, keghairahan pada nama-nama bangunan dan cara hidup kondominium yang berbau bukan-Malaysia di sebalik nama-nama jalan, padang golf atau nama bandar baru yang “dimalaysiakan” ialah isu-isu yang  perlu mendapat perhatian golongan belia umumnya. Budaya korporat dan penswastaan yang kononnya mendasari kewujudan dan pengembangan ciri-ciri Melayu Baru khususnya atau Malaysia Baru umumnmya, tampaknya secara tidak dijangkakan menimbulkan masalah yang tidak kurang hebatnya terhadap pembudayaan dan pemupukan nilai-nilai kemataysiaan di kalangan orang muda ini. Yang lebih dibimbangkan dalam hal ini ialah ia bukar: sahaja memerosotkan patriotisme atau rasa kecintaan terhadap tanah air bahkan lebih malang lagi ialah menimbulkan sifat-sifat rakus dan "hukum rimba ” - the survival of the fittest - yang menghayutkan dan mcmusnahkan apa-apa jua yang ada di bumi Malaysia ini, baik maruah dan budayanya bahkan juga hutan belantaranya.
Sementara itu, perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa juga menuntut keprihatinan golongan belia Malaysia yang sewajarnya Perubahan-perubahan yang amat pesat hari ini seperti dari segi teknologi maklumat, komunikasi, kewujudan Sistem Unipolar Politik Dunia yang didakwa menjadikan Amerika sebagai Polls Dunia sekarang dan dalam dekad yang akan datang di samping kecanggihan teknologi Jcpun di serata dunia sudah tidak lagi menjadikan manusia dalam dekad-dekad akan datang terasing dan berupaya mengasingkan diri daripada intipan, interaksi dan hubungan pelbagai-hala walau di mana pun mereka berada.
Apakah belia di Malaysia akan berdiam diri dalam menghadapi dan menangani segala bentuk masalah dan perubahan ini? Mudah-mudahan kcpimpinan MBM yang baru sekarang boleh membuat sesuatu dalam hal ini.      
Barangkali segala permasalahan dan cabaran yang dimajukan dalam perbincangan ini akan menjadi renungan bersama yang menimbulkan keprihatinan yang benar-benar ikhlas di kalangan berbagai-bagai pihak yang berusaha untuk menanganinya secara saksama dan bijaksana.
Penglibatan Kerajaan dan Pemulihan Gerakan Belia
Penglibatan pihak establishment atau pihak berkuasa dalam usaha memupuk kegiatan berpersatuan di kalangan belia di negara ini adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Peristiwa dan usaha untuk menggantikan MBM dengan sebuah badan penyelaras belia kebangsaan ekoran daripada Demonstrasi Baling 1974 itu ialah salah satu daripada usaha yang jelas membayangkan niat kerajaan dalam menjinakkan (in taming) golongan orang muda ini. Sungguhpun percubaan ini kurang berjaya, ia telah menjadi satu teladan yang penting bagi kedua-dua pihak - kerajaan dan belia - untuk saling berusaha memahami antara satu sama lain bagi menjamin masa depan negara ini.
Apa-apa yang disebutkan pada isu Demonstrasi 1974 itu hanyalah salah satu episod daripada sekian banyak usaha penajaan pihak berkuasa untuk menggerakkan dan mewujudkan persatuan di kalangan belia di negara ini. Dalam zaman kolonial misalnya, usaha penajaan atas kepentingan keagamaan yang dilakukan oleh pihak gereja dan pengembang agama Kristian adalah cukup jelas dan mendapat restu daripada pentadbiran kolonial. Maka itu lahirlah antaranya, pada awal abad ke-20 ini, YMCA dan YWCA, fellowship Metodhist dan Katolik; sehinggalah ke tahun 1960-an persatuan belia Kristian yang masih diimport seperti Joyful Youth dan Briged Putera dan Briged Puteri. Demikian juga penubuhan pasukan beruniform di dalam kawasan sekolah untuk memupuk semangat dan disiplin tertentu di kalangan pelajar seperti Pengakap, Pandu Puteri dan St. John Ambulance dalam dekad pertama dan kedua abad ini di Tanah Melayu diusahakan oleh pegawai-pegawai kolonial Inggeris. Sementara usaha penubuhan MAYC dalam tahun 1954 yang berdasarkan model National Association of Youth Clubs di Britain dimaksudkan untuk menggabungkan berbagai-bagai persatuan belia dalam sebuah badan nasional dalam usaha mengatasi kemungkinan mereka dijangkiti dan dipengaruhi oleh anasir dan diayah komunis. Demikian juga apabila pihak KKBS mengusahakan penubuhan Belia 4B (4B - Bersatu, Berkhidmat, Berusaha, Bekerja) mulai tahun 1965, menggunakan model 4H Clubs (4H - Head, Hand, Health & Heart) di Amerika Syarikat tujuannya untuk menggerakkan dan menggembleng tenaga belia kawasan luar bandar dan sektor pertanian yang rata-ratanya masih tertinggal dan diabaikan daripada arus kegiatan belia dewasa itu. Walaupun kemunculan gerakan belia-pelajar seperti GPMS (1948), dan dalam tahun-tahun 1960-an pula PKPM, PKPIM sehinggalah kemudiannya menyusul ABIM (1971) pada mulanya tidak dicetuskan oleh pihak establishment, masing-masing berusaha untuk menyatukan dan menggerakkan ahli dalam berbagai-bagai kepentingan mereka sebagai pewaris masa depan negara ini, dan akhir-akhimya juga turut bertindak menangani segala permasalahan masyarakat dan negara umumnya.
Sehubungan dengan usaha penubuhan badan-badan belia yang disebutkan sepintas lalu di atas, maka adalah jelas dapat diperhati­kan bahawa pihak establishment, baik dalam zaman kolonial mahupun selepas Merdeka telah sejak sekian lamanya sentiasa prihatin dan memainkan peranan tertentu dalam menggerakkan dan menggunakan tenaga belia bagi kepentingan negara umumnya. Hampir setiap satu usaha penajaan dan seterusnya pergerakan pertubuhan belia itu dilakukan sebagai strategi tertentu yang dijangka akan dapat mengatasi sesuatu masalah dan selanjutnya mencapai matlamat bersama bagi kescjahtcraan golongan yang terlibat itu sendiri.  
Soal yang penting juga diberikan perhatian dalam hal ini adalah untuk kembali memupuk dan memesatkan semula semangat dan kegiatan sukarela di kalangan anak muda hari ini. Usaha ini barangkali boleh dimulakan di peringkat famili dan sekolah cara memupuk dan mengenal pasti bakat memimpin dan semangat sukarela dan diperkembang melalui persatuan-persatuan pelajar, umpamanya. Ia seterusnya dilanjutkan ke dalam institusi yang lain seperti di peringkat tempatan, di kampus, di tempat kerja, dan seumpamanya. Segala usaha ini perlu mendapat kerjasama, perundingan serta respons yang positif dan konstruktif daripada institusi dan badan-badan sukarela yang sedia ada, termasuklah persatuan-persatuan belia sendiri. Dengan demikian kesinambungan aktiviti dan kegiatan sukarela itu menjadi lebih terjamin dan diperluas dengan lebih mudah.
Penutup: Ke Arab Memanfaatkan Briged Muda
Dalam hal ini, usaha KBS dalam penajaan dan penubuhan suatu gerakan yang dinamakan sebagai Briged Muda sebagaimana yang dirancangkan ini dijangka akan dapat menangani masalah dan kerenah belia terkini: perpaduan belia, masalah moral, budaya lepak, dan seumpamanya. Briged ini perlu direalisasikan sebagai strategi yang wajar. Matlamatnya bukan untuk mengetepikan mana-mana persatuan belia yang sedia ada, bahkan adalah untuk melengkapkan dan menyelaras kegiatan sebenar berbagai-bagai persatuan dan orientasi gerakan yang berlainan itu. Dengan demikian, rancangan ini memerlukan suatu kefahaman yang lebih jitu dan jelas terhadap berbagai-bagai persoalan dan masalah yang dihadapi oleh golongan belia dan seterusnya terhadap keadaan jatuh bangunnya kegiatan dan gerakan persatuan-persatuan belia Malaysia selama ini. 
Segalanya ini, menjadi lebih istimewa dan lebih mendesak oleh sebab ia perlu dilihat bukan hanya sekadar masalah dan cabaran yang mewarnai jatuh bangun dan pasang surutnya sesuatu gerakan terkini semata-mata. Tetapi ia perlu dirancang sebegitu rupa agar sejajar dan menepati Wawasan 2020 yang bertujuan mewujudkan sebuah negara dan masyarakat Malaysia yang maju. Kiranya hal ini tidak dilihat dalam perspektif yang baru ini, maka usaha mewujud­kan Briged yang dimaksudkan akan terbantut dan mundur dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...