Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula
menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan
belia yang sedang berjalan. Pertama akhbar Utusan Malaysia, hari ini,
Khamis 7hb. November. menjadikan kekecohan mesyuarat agung tahunan Belia 4B
sebagai tajuk utama muka depannya.
Peristiwa yang kedua ialah di PWTC Kuala
Lumpur, Pemuda dan Wanita UMNO sudah menyelesaikan sidang tahunan mereka bagi
tahun 1991 ini. Seorang tokoh Pemuda UMNO iaitu Timbalan Ketuanya diumumkan
telah dilantik menjadi seorang ahli Dewan Negara, menjadikan bcliau sebagai
tokoh Pemuda yang ketiga yang dilantik ke Dewan berkenaan berdasarkan kelompok
Pemuda itu.
Dalam pada itu, suka juga saya menyebutkan
di sini bahawa dalam minggu yang sama, saya terbaca sebuah rencana popular
mengenai belia dalam majalah Dewan Masyarakat, terbitan bulan November
1991 ini. Rencana yang mengenai belia ini ditulis oleh salah seorang sahabat
saya dari USM yang kebetulannya turut memberikan bantuan tertentu kepada saya
sewaktu melakukan penyelidikan mengenai belia kira-kira satu dekad yang lalu.
Beliau ialah Dr. Azizan Bahari yang pemah bertugas sebagai Setiausaha Kerja Majlis Belia Malaysia (Sekarang bertugas
ke Institut Kajian Dasar).
Rencana yang beliau kemukakan itu ialah penyataan
keluhan dan kesayuannya mengenai “kelesuan dalam MBM” yang dewasa ini lebih
berkeadaan action-oriented daripada issue-oriented sebagaimana
yang pemah wujud pada MBM dalam dekad 70-an lalu. Dengan “kelesuan” dan action-oriented
itu, Sdr. Azizan maksudkan betapa sepi dan tidak bermayanya MBM hari ini kerana
bcgitu banyak aktiviti mengenai belia atau yang berhubungan dengan belia sudah
tidak lagi dikcmudikan olch MBM, sedangkan begitu banyakkan aktiviti yang diterajui
olch MBM pada suatu masa dahulu. Segala-galanya menampakkan kelemahan MBM dan
hal ini juga membabitkan keselesaan dan semnkin malapnya peranan dan kedudukan Majlis
Perunding Belia Negara (MPBN) hari ini berbanding dengan sepuluh atau lima
belas tahun selepas ia dituhuhknn dnlnm tnhun 1971 itu.
Keluhan dan kebimbangan yang dinyatakan
ini merupakan suatu testimoni seorang yang berpengalaman luas dan prihatin
mengenai gerakan belia di Malaysia umumnya. Saya sendiri pemah memerhatikan hal
sepeiti ini sebagaimana yang pemah saya sebutkan setahun lalu dalam satu majlis
anjuran KBS dan MBM sendiri.
Berangkali
keluhan dan kesalan yang dimaksudkan ini akan mendapat sanggahan tertentu
daripada kalangan pemimpin dan tokoh belia sendiri. Akan kedapatan pihak dan
individu tertentu yang mengatakan
bahawa
kegiatan yang bercorak issue oriented
sudah usang dan sudah tidak lagi sesuai hari ini. Pihak ini akan menyahutkan
bahawa generasi the angry young men
sudah tidak ada lagi hari ini sejajar dengan semakin matang dan mantapnya
kedudukan dan pencapaian tokoh dan pemimpin belia dalam kegiatan-kegiatan alam
dewasa yang lebih luas dan lebih menyeronokkan itu.
Zaman ini tidak perlu lagi
demonstrasi,jpikgt dan boikot. Dan kerana itu, dengan action-oriented
yang berkembang secara “senyap-senyap”, segalanya akan ditanggung beres dan segala tuntutan dan
keperluan golongan belia akan dipenuhi satu demi satu tetapi haruslah dalam
keadaan teratur, berdisiplin dan terurus lengkap dengan segala kerenah
profesionalismenya. Inilah fenomena dan suasana yang menyelubungi
gerakan belia dalam dekad 80-an dan yang boleh dijangkakan berkembang dalam
dekad yang akan datang ini. Hari ini, di kampus-kampus, yang sama sebagaimana
juga di sekolah sebelumnya, para pelajar tidak perlu bising-bising, tidak perlu
sibuk-sibuk dan berlagak pandai kerana segala-galanya tanggung beres melalui
pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar.
Demikian juga dalam persatuan-persatuan
belia. Segala-galanya boleh disediakan dan ditanggung beres asalkan memenuhi
segala bentuk dan keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak yang menajai dan
membiayainya, iaitu yayasan ataupun kementerian. Baik bantuan itu berupa modal,
alat, kemahiran, kepakaran mahupun nasihat dan seumpamanya, wakil-wakil
persatuan tidak perlu khuatir: mereka akan dijemput untuk tumpang “bertenggek”
sama.
Inilah sebahagian dan cebisan yang boleh
disebutkan pada apa yang berlaku di kalangan generasi atau orang muda di
Malaysia kebelakangan ini. Dan ia haruslah dilihat sebagai sebahagian daripada
isu dan permasalahan semasa mereka dalam dunia yang semakin pesat beubah ini.
Gagasan dan Permasalahan Sejagat Belia
Apa yang diperihalkan dengan panjangjebar
di atas memperlihatkan bahawa persoalan mengenar belia sebagai satu kelompok
masyarakat yang memerlukan renungan, penelitian dan kefahaman yang sewajamya di
kalangan para pemutus dasar dan pihak-pihak yang melaksanakan dasar tersebut.
Permasalahan belia dalam apa keadaan sekalipun tidak harus dipisahkan
sama sekali daripada persoalan masyarakat itu seluruhnya. Ini kerana belia
ialah sebahagian daripada anggota masyarakat itu sendiri biarpun
pada dasarnya ukuran penggolongan mereka itu bersifat semulajadi yang
didasarkan pada umur hayat antara 15 hingga 35 atau 40 tahun.
Mengingatkan ukuran dan penggolongan umur
yang sejagat inilah juga maka tampaknya dari satu generasi ke satu generasi, golongan
belia masih dilihat mempunyai imej, ciri dan budayanya yang tersendiri. Ciri
dan budaya ini secara mudahnya boleh disebut sekali gus sebagai “tanggungan” (liabilities)
atau “beban” dan juga sebagai “harta” (asset) kepada sesebuah
masyarakat. Tingkah lakunya mempunyai kaitan langsung dengan sifat-sifat hedonism
atau ingin mencuba-cuba, meneroka dan melepas geram yang sering berkeadaan rebel
without cause. Dalam keadaan begini, walaupun mereka pada lahiriahnya bukan
lagi tergolong sebagai bayi dan kanak-kanak, akal budi mereka sesungguhnya
masih lagi dikira belum mantap, masih goyah, masih serba kurang dan masih belum
matang berbanding dengan yang sepatutnya ada pada golongan dewasa dan golongan
tua.
Berdasarkan pertimbangan dan ciri-ciri
kehidupan atau perilaku yang beginilah maka dalam realitinya, golongan belia
perlu ditangani sebaik mungkin. Mereka ialah golongan penduduk yang paling
bertenaga, produktif dan kreatif; tctapi kerana belum lagi dianggap mencapai
“kedewasaannya”, maka sukar pula untuk dipertanggungjawabkan dengan
berbagai-bagai peranan dan kedudukan sosial, ekonomi dan politik yang
asasi dalam kehidupan kumpulannya. Inilah dua ciri yang bcrtentangan yang ada pada golongan ini sehingga di
sebalik keccrgasan, produktiviti, intelektualiti, kreativiti dan kecemerlangan
itu, ada antara mereka yang tercebak dengan gejala-gejala antisocial seperti
kekecewaan, putus asa, jenayah, muzik liar, keruntuhan akhlak seperti pelacuran
serta penagihan dadah, dan kebclakangan ini pula wujud gejala Sindrom Daya
Kurang Tahan Pcnyakit atau AIDS.
Dua ciri bcrtcntangan serentak yang ada
pada golongan belia sesungguhnya bukanlah fenomena dekad 90-an ini. Ia sudah
lama bermula. Hampir setiap dekad dalam abad ke-20 ini boleh ditandai dengan
berbagai-bagai corak dan pola kegiatan dan perlakuan mereka. Misalnya dalam
dekad-dekad awal abad ini, mereka ialah golongan pcneroka yang menjelajahi alam
ini dan menjadi tenaga penting yang terlibat dalam proses kolonialisme; dalam
zaman Perang, mereka ialah tenaga pemikul senjata di medan pertempuran; pada
zaman gerakan nasionalisme, golongan belia terlibat dalam gerakan menentang
kolonial dan seterusnya menjadi pen- dukung kepimpinan kebangsaan awal.
Sementara dalam tahun-tahun 1960-70-an, ramai daripada mereka terjebak dalam
kegiatan- kegiatan anti-establishment, dalam kumpulan hippies dan
muzik rock baru Beetlle - Rolling Stones, atau di Malaysia, “Pop Yeh yeh”.
Sebilangan mereka pula terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar, sit-in di
kampus-kampus California dan Paris misalnya. Demikian jugalah kampus-kampus
universiti seperti di Teheran telah menyaksikan kebangkitan golongan pelajar
menentang Shah dan menggantikannya dengan kepimpinan Mullah dalam tahun
1979.
Dalam zaman kemelesetan ekonomi 80-an
pula, di mana-mana pun ramai belia yang menganggur. Dan sehingga hari ini
nampak- nya, gerakan belia dan pelajar di Korea Selatan masih lagi panas; dan
barangkali tidak berapa lama lagi, Dataran Tienanmen boleh mengulangi
peranannya sebagai pentas demonstrasi pelajar sebagai- mana yang telah berlaku
dalam bulan Jun 1989 lalu; dan kali ini, tentu sahaja risikonya lebih besar,
lebih kuat dan lebih mengesankan.
Isu dan Permasalahan Belia di Malaysia
Segala yang disebutkan di atas adalah
mengenai perkara-perkara umum yang mungkin sebahagian besamya sudah menjadi
sejarah kepada umat manusia. Tetapi adalah jelas di sini bahawa belia sebagai
satu golongan yang biasanya menjadi golongan majoriti mana-mana masyarakat,
menjadi pencetus dan pencipta sejarah yang tertentu untuk diabadikan dalam
tamadun manusia sejagat.
Hal ini tidak ada kekecualiannya bagi
belia kita di Malaysia sendiri. Kedudukan, peranan dan penglibatan golongan
belia sebagai pemangkin atau catalyst perubahan kemasyarakatan bukan
lagi merupakan satu isu baru.
Dalam hubungan ini, bagaimanapun, sukalah
disebutkan bahawa di Malaysia sendiri, persoalan belia, khususnya dari segi
organisasi atau gerakan berpersatuannya, adalah satu daripada kira-kira
sebanyak 14 buah jenis pertubuhan sukarela (termasuklah parti politik) yang
terdaftar sebagai pertubuhan yang sah, “demokratik”, lebih
sejajar dengan keperluan dan kepentingan perbincangan dan pemerihalan ini
dilangsungkan.
Untuk tujuan tersebut, maka pada hemat
saya, ada baiknya masalah dan isu-isu semasa yang berkenaan dengan belia itu
dilihat dalam tiga perspektif dan tahap utama yang setiap satunya melibatkan
secara langsung manusia-manusia pelaku itu sendiri, sama ada tokoh dan pemimpin
mahupun pengikut, iaitu:
(i) di peringkat elit atau “atasan”,
(ii) di peringkat organisasi atau
pertubuhan, dan
(iii) di peringkat komuniti atau “massa”.
Isu-isu Semasa di Peringkat Elit/Pemimpin:
Apa-apa yang diberikan perhatian di sini
tidaklah terhadap semua the chosen few atau yang menjadi golongan
terpilih dari segi sosial dan ekonomi, tetapi yang dipentingkan ialah elit
politik. Ini kerana golongan ini lebih hampir dan lebih mungkin melahirkan
pemimpin-pemimpin politik yang “sebenar” dalam sesebuah masyarakat. Pada peringkat
ini, beberapa isu semasa yang berkenaan dengan belia telah dapat dikesan.
Antaranya yang boleh disebutkan di sini ialah:
(a) Warisan politiking belia dekad 70-an
dan 80-cm,
Kalaulah kes kepimpinan Belia 4B di atas
dilihat dalam konteks ini, maka adalah jelas bahawa dari segi kepimpinan atau
elit, maka isu semasa yang sedang menyelubungi gerakan dan golongan belia di
Malaysia sekarang ialah warisan politiking belia tahun 70-an dan 80-an. Kes
penutupan pagar dan permit polis untuk meng- adakan perhimpunan bagi tujuan
pemilihan pucuk pimpinan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan malahan jauh
lebih baik berbanding dengan penayangan pistol dalam mesyuarat dan suasana
sedemikian yang pemah terjadi dalam tahun 70-an lalu iaitu dalam sejarah MAYC.
(b) Politiking belia dan kepimpinan
organisasi
Kes kepimpinan Belia 4B yang masih baru
itu sesungguhnya memperlihatkan suatu bentuk politiking yang bermula dalam
usaha manipulasi kuasa sebilangan pemimpin dan tokoh belia
untuk terus- terusan menguasai kerusi pemimpin organisasi. Sehingga hari ini
nampaknya kerusi presiden MAYC dan Belia 4B, SANYA, SABERKAS dan beberapa
pertubuhan yang Iain masih lagi disan- dang oleh pemimpin dan tokoh belia yang
berusia lebih daripada 40 tahun, iaitu melebihi had batasan ukuran umur belia
yang rata- ratanya digunakan di seluruh dunia, termasuk oleh pihak UNESCO,
sendiri. Manipulasi undang-undang dan pcrnturnn pcrsatuan sering terpinda dalam
hal ini; dan ini sesungguhnyn cukup malang bagi sesebuah pertubuhan sukarela
yang terlibat. Hal ini terjadi kerana sejak sekian iamanya pertubuhan bclin
terlibat secarn langsung atau tidak langsung sebagai arena dnn alat .son in lisa si politik dan kepimpinan seseorang yang
bercita-cita dalam urusan dan arena politik kepartian sehingga organisasi belia
menjadi stepping stone dan supporting ground bagi pemimpin belia
berkenaan. Bukan itu sahaja sebenamya. Malahan sebagai salah sebuah jenis
pertubuhan sukarela, organisasi belia adalah cukup mudah terdedah kepada
politik kepartian, misalnya melalui naungan dan tajaan sesuatu kegiatan
berpersatuan.
(c) Politiking belia dan kepimpinan dalam
politik UMNO
Isu ini juga ada kaitannya dengan golongan
dan gerakan belia di Malaysia hari ini dan dalam beberapa tahun akan datang.
Sekurang-kurangnya ada tiga tokoh utama yang pemah bergerak dalam gerakan belia
sekarang ini menduduki kerusi naib presiden UMNO, iaitu kedudukan ketiga
tertinggi dalam parti kanan dan terbesar yang menerajui politik Malaysia.
Mereka ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan yang pemah terlibat
dalam PBMUM, PMIUM, PKPIM dan ABIM, MBM dan WAMY; Datuk Abdullah Hj. Ahmad
Badawi, Menteri Luar yang pernah bergiat dalam kepimpinan GPMS; dan Datuk Seri
Sanusi Junid, Menteri Pertanian, yang pemah turut serta menubuhkan ABIM (1971)
tetapi sejak tahun 1973 menjadi Presiden MAYC. Persaingan yang menjadi
perhatian utama sekarang ialah apakah mereka mampu mempertahankan kerusi naib
presiden parti atau siapakah yang bakal memenangi kerusi timbalan
presiden, seawal-awalnya dalam perhimpunan agung UMNO tahun 1993 kelak.
(d) Faktor Anwar Ibrahim dan Kepimpinan
UMNO-Melayu
Sejak meninggalkan ABIM dan memasuki UMNO
dalam bulan April 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meningkat dan mencapai
kedudukan politik dalam UMNO dan Kerajaan yang begitu cepat. Banyak pihak dalam
parti berasa kurang senang atas pencapaiannya itu dan beliau mendapat perhatian
utama kerana dalam dekad yang akan datang, kepimpinan politik dan kerajaan
Malaysia akan diwarisi oleh generasi pemimpin pelapis tahun 70- an iaitu
“generasi Anwar Ibrahim”. Persoalan yang sensasi dalam hal ini tampaknya ialah
sejauh manakah Anwar Ibrahim dapat menangani saingannya, temnasuklah Ghafar
Baba yang sekarang ini menduduki kerusi timbalan presiden parti UMNO, sebagai
tokoh dan pemimpin utama Malaysia dalam dekad akan datang. Dan kerana itu,
apakah “rangkaian belia” yang pernah diceburinya dahulu memainkan peranan
tertentu dalam hal ini.
(ii) Isu-isu Semasa di Peringkat
Organisasi
Antara isu yang tampaknya perlu mendapat
perhatian sewajarnya di peringkat organisasi, baik sesama ahli atau di
peringkat dalaman-organisasi (intra-organizational level) mahupun di
peringkat “antara-organisasi” (inter-organizational level) ialah:
(a) Kemerosotan semangat “kesukarelaan
”
Kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh
ramai sarjana sains kemasyarakatan menunjukkan bahawa dengan semakin berkembang
pesatnya perubahan dan kemakmuran soioekonomi, anggota masyarakat menjadi
semakin tidak sama rata, semakin bertambah ciri-ciri kehidupan bandaran (urbanism)
yang berupa nafsu-nafsi atau individualistic dan akhir-akhimya
melemahkan dan meruntuhkan konsep kejiranan, kekitaan dan kesukarelaan (voluntarism).
Hal dan keadaan ini tidak ada kekecualiannya dalam masyarakat Malaysia sendiri,
setidak-tidaknya dalam satu dekad kebelakangan ini.
“Kelesuan MBM” yang dibincangkan oleh Sdr.
Azizan dalam tulisannya adalah yang berkenaan dengan organisasi induk yang
menyelaraskan kegiatan-kegiatan belia di peringkat kebangsaan. Sayang sekali
beliau tidak menyertakan data dan maklumat mengenai bilangan cawangan dan badan
gabungan badan belia kebangsaan itu yang telah dibubarkan bulan demi bulan atau
tahun dcmi tahun sejak beberapa waktu kebelakangan ini.
Laporan-laporan akhbar dari semasa ke
semasa sebenarnya ada menyebutknn pembubaran tcrpaksa dibuat oleh pihak
Pendaftar Pertubuhan terhadap badan-badan belia ini. Sedangkan tindakan ini
mcrupakan satu-satunya langkah terakhlr yang terpaksa dilakukan sesudah
beberapa option lain yang bersifat administratif tidak lagi berkesan dan
sia-sia sahaja.
Sebab-sebabnya lazim lain ialah kegagalan
mengadakan mesyuarat dan seterusnya
laporan tahunan persatuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Akta.
Kegawatan
yangfeijmli pndji hrlia II» k<
lutngMinii sejak tiga cm pat tahun lalu bukan hnnya kemna mnsalnh l< knikal
berhubung dengan usaha meminda perlcmbagaan pnsatnan untuk mcmbolchkan
seseorang yang berumur Irblh daripada 40 tahun memimpinnya ataupun kerana
politik UMNO dan Semangat 46 telah menjangkitinya dan menjadikannya sebagai kad
pcrtaruhan dalam politiking kepartian itu, tetapi kerana kcgagalan dari segi
teknikal yang tersebut di atas.
Salah satu akibat yang dibimbangi daripada
“kelesuan” yang dimaksudkan itu ialah tidak terselarasnya konsep belia serta
penen- tuan akan kcutamaan atau priority rancangan-rancangan untuk
menggcrakkan dan memajukan golongan ini secara administratif oleh
berbagai-bagai agensi awam.
Misalnya, 10 Program Induk Belia Negara.
Salah satu kelainan yang boleh diperhatikan ialah program-program berkenaan
seperti Malaysia Cergas, Malaysia Patriotik dan beberapa yang lain melibatkan
murid-murid sekolah sebagai sebahagian daripada kumpulan sasarannya. Sedangkan
pada kebiasaannya, ramai orang tahu dengan status sebagai murid-murid, maka
program pihak Kementerian Pendidikan adalah yang lebih utama.
-Pengembangan proses urbanisasi - semakin
ramai.belia Melayu berpindah ke kawasan bandar dan bekerja dalam sektor
perkilangan; ramai yang masih belum “menetap kekal” di bandar atau belum established
sebagai anggota masyarakat bandar;
-Pengisian masa lapang yang berubah -
dewasa ini, muzik dan hiburan lebih diminati walaupun sekadar sebagai golongan
pcngguna sahaja. Ini kerana hiburan lebih mudah diperoleh hasil daripada
perkembangan dan kemajuan media massa dan teknologi komunikasi; akibatnya
kcrja-kerja sukarela semakin kurang diminati;
-Fenomena generasi sekolah asrama penuh
dan persaingan mcndapatkan sijil dan kelulusan peperiksaan demi peperiksaan
yang semakin mencabar, “competa- tive” tidak memungkinkan para pelajar
mempunyai masa untuk prihatin terhadap persekitaran mereka; atau jika tinggal
di asrama penuh, mereka menjadi semakin terpisah daripada dunia dan realiti
kemasyarakatan. Semuanya menyebabkan kesedaran sosial tidak subur dalam
pertumbuhan sahsiah generasi ini, walaupun mereka adalah the cream of the
society yang bakal menganggotai gologan elit dalam masyarakat kita kelak;
-Beberapa tahun lalu, aktiviti di
peringkat Kementerian lebih tertumpu pada kegiatan sukan apabila penghe-
bahannya dibuat secara yang berlebihan sehingga “membayangi” kepentingan
kegiatan belia;
(A.h. * Kesibukan para pemimpin yang memungkinkan rekrut- v
men dan profesionalisme dalam pengurusan dan kepimpinan golongan belia
terjejas. Ini terjadi kerana generasi pemimpin belia yang “lebih umur” masih
tidak digantikan sedangkan ramai daripada mereka mempunyai urusan lain yang
lebih mendesak. Ini terutamanya apabila sesebuah pertubuhan itu dipimpin dan
masih dipimpin oleh tokoh dan pemimpin politik yang sebilangannya sengaja
melakukannya sebagai sumber kekuatan dan pengaruh politik kepartian mereka.
Ahli-ahli persatuan boleh mereka “gunakan” apabila tiba masanya pertandingan
politik diadakan.
(Hi) Isu-isu Semasa di Peringkat Komuniti
Yifng dimaksudkan isu-isu di peringkat
komuniti atau kemasyarakatan ini ialah yang berkenaan dengan apa-apa jua
mnsnlnh dan isu sejagat yang berkenaan dengan golongan belia. Isu dan masalah
ini, bagi tujuan yang lebih praktikal, bolehlah dikelompokkan dalam dua
kategori iaitu (i) isu-isu domestik atau dalam negcri, dan (ii) isu-isu
antarabangsa.
(a) Isu
dan masalah dalam negeri
Ada beberapa bentuk dan jenis masalah yang
berkenaan dengan belia yang masih lagi berlaku dan berkembang dalam masyarakat
Malaysia hari ini Antara yang dapat disebutkan secara ringkas dan mudah adalah
berupa:
-masalah pcrpaduan kaum, scjajar dengan
ciri majmuk masyarakat Malaysia umumnya;
-masalah dadah dan kctagihan dadah, sehingga
hari ini melibatkan kira-kira sejuta orang di Malaysia;
-masalah kesihatan, khususnya jangkitan
AIDS;
-masalah social evils (korupsi,
akhlak, jenayah);
-masalah gun tenaga kerja - pengangguran
dan pengua- saan berbagai-bagai bentuk kemahiran teknikal;
-gcjala apolitical groups iaitu
yang mengasingkan diri daripada urusan politik kepartian dan lebih tertumpu kepada
urusan tertentu seperti urusan kerjaya dan keagamaan;
-gejala “kejumudan fikiran” - the
slavic mind dan the captive mind iaitu gejala “jiwa hamba” dan mudah
putus asa; dan
-arah aliran kependudukan “masyarakat tua”
atau the aging society yang semakin membesar serta gagasan
“Masyarakat Penyayang”.
(b) Isu
dan masalah di peringkat antarabangsa
Antara isu dan masalah yang bcrlaku di
peringkat antarabangsa yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan juga
kepentingan golongan belia hnri ini ialah:
(a) pasang surut kegiatan-kegiatan belia
serantau Asia Tenggara;
(b) cabaran, persaingan dan prestasi
sosioekonomi yang berbcza antara negara-negara sedang membangun, negara-negara
perindustrian baru, dan negara-negara maju - yang berkenaan dengan isu
kepenggunaan, produktiviti dan kemahiran teknikal, revolusi teknologi maklumat
- “megatrend” dan “Vision 2020”; dan
(c) cabaran dan persaingan politik dalam
konteks Order Politik Dunia Yang Baru iaitu Unipolar System selepas Perang
Teluk dan keruntuhan ideologi Komunis di Soviet Union.
Senarai masalah dan isu yang disebutkan,
dengan sengaja, secara ringkas di sini bertujuan memudahkan masalah itu
dibincang dan dianalisis selanjutnya sekiranya diperlukan. Namun begitu,
semuanya merupakan persoalan-persoalan besar yang memerlukan keprihatinan
setimpal daripada golongan belia umumnya sebagai bakal pewaris masyarakat dan
masa depan negara ini.
Satu
perkara yang perlu diperhatikan daripada tajuk dan senarai isu dan masalah yang
disebutkan itu ialah sebahagian daripadanya merupakan isu-isu yang lama, dan
ada juga yang masih baru. Isu penagihan dadah misalnya adalah satu isu besar yang
melanda golongan belia Malaysia dalam dekad 80-an dan wabak gejala buruk ini
telah menimpa golongan ini tanpa mengira apa pun status dan latar belakang
sosioekonomi mereka. Sementara ancaman terbaharu ialah jangkitan AIDS atau
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit yang dalam tahun 1986, bilangan
kesnya hanya dua, tetapi mencapai paras 350 kes jangkitan sehari dewasa ini
dengan bancian kasar seramai kira-kira 1700 menjadi mangsa AIDS sehingga akhir
tahun 1990.
Satu lagi bentuk masalah yang boleh diperhatikan
berlaku dalam kehidupan golongan belia hari ini ialah semangat patriotisme
mereka ynng semakin “merosot” berbanding dengan yang pemah wujtid di kalangan
generasi belia 60-an dan 70-an lalu. Sindrom kegilaan pada muzik rock, pendaulatan semula secara tak formal
terhadap kepentingan bahana Inggoria, pcrcambahan institusi pengajian swasta
yang “menyaingi" sistem pendidikan kebangsaan, keghairahan pada nama nama
bangunan dan cara hidup kondominium yang berbau bukan Malaysia di sebalik nama-nama
jalan, padang golf atau nama bandar baru yang “dimalaysiakan" ialah isu-isu
yang perlu mendapat perhatian golongan belia umumnya. Budaya korporat dan penswastaan yang
tidak terkawal boleh menimbulkan masalah yang tidak kurang hebatnya terhadap
pembudayaan dan pemupukan nilai-nilai kemalaysiaan di kalangan orang muda ini.
Yang lebih dibimbangkan dalam hal ini ialah ia bukan sahaja mengurangkan
patriotisme atau rasa kecintaan terhadap tanah air, balikan lebih malang lagi
ia menimbulkan sifat-sifat rakus dan “hukum rimba" the survival of the
fittest - yang menghanyutkan dan memusnahkan apa-apa jua yang ada di bumi
Malaysia ini, baik maruah dan budayanya mahupun hutan rimbanya.
Sementara itu, perubahan-perubahan yang
berlaku di peringkat antarabangsa juga menuntut keprihatinan golongan belia
Malaysia yang sewajarnya. Perubahan-perubahan yang amat pesat hari ini seperti
dari segi tcknologi maklumat, komunikasi, kewujudan Sistem Unipolar Politik
Dunia yang didakwa menjadikan Amerika sebagai Polis Dunia sekarang dan dalam
dekad yang akan datang di samping kecanggihan teknologi Jepun di serata dunia
sudah tidak lagi menjadikan manusia dalam dekad-dekad akan datang terasing dan
berupaya mengasingkan diri daripada intipan, interaksi dan hubungan pelbagai
hala walau di mana-mana pun mereka berada.
Apakah belia di Malaysia akan berdiam diri
dalam menghadapi dan menangani segala bentuk masalah dan perubahan ini?
Belia Malaysia dalam Konteks “Wawasan
2020” dan “Jihad Abad ke-21
Soalan dan permasalahan ini sesungguhnya
menuntut dan menjadi isu yang tidak mungkin lagi dapat dipandang remeh dan
ringan oleh generasi muda Malaysia hari ini.
Dengan demikian, generasi muda Malaysia
perlu mempersiap- kan dan dipersiapkan diri mereka mulai sekarang bagi
mengharungi tuntutan dan liku-liku hidup dalam dekad-dekad yang akan datang.
Satu daripada strategi yang amat cepat
popularitinya hari ini ialah yang dinamakan sebagai Wawasan 2020.
Wawasan atau agenda yang walaupun pada mulanya semacam suatu ucapan amanat
biasa kepada para usahawan yang menganggotai Majlis Perdagangan Malaysia yang
secara tidak rasmi menggantikan Majlis Perundingan Ekonomi Malaysia (MAPEN) itu
telah dijadikan suatu agenda penting bagi penerusan perancangan dan pembangunan
negara ini dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Popularitinya
tampaknya bukan sahaja kebetulan sudah semakin ramai orang Malaysia yang peka
dengan perkembangan ilmu dan isu terkini seperti yang tersirat pada dasar-dasar
awam yang diperkenalkan dalam dekad 80-an lalu, atau oleh sebab keghairahan
terhadap karya yang mengandungi unsur-unsur intelektualiti, disiplin, budaya
kerja serta visi dan jangkauan dan seumpamanya seperti yang didasarkan pada
karya-karya J. Peters, In Search of Excellence, atau Edward de Bono
dengan Lateral Thinking atau Six Thinking Hats ataupun I am
Right, You Are Wrong, ataupun Alvin Toffler dengan The Third Wave,
Future Shocks atau Powershift atau Megatrends, ataupun karya
Stanley Davis & Bill Davidson yang berjudul Vision 2020: How to Survive
in the Future Economy? tetapi disebabkan revolusi teknologi maklumat
terkini yang menjalar dalam kehidupan rakyat Malaysia yang sudahpun mengakhiri
tempoh Dasar Ekonomi Baru mereka pada tahun 1990.
Memang benar bahawa DEB telah pun
digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara yang tidak dihadkan tempohnya itu;
tetapi di samping mengekalkan dan memperluas matlamat dan sasaran DEB, matlamat
dan sasaran DPN itu pula adalah lebih terbuka, lebih liberal dan melibatkan
rakyat semua kaum dan keturunan dalam keadaan yang lebih seimbang dan sama
rata.
Bagi golongan belia umumnya dan golongan
belia Melayu-bumiputera khususnya, segala pernyataan dan ketetapan yang
tersurat dalam DPN itu sesungguhnya lebih mencabar dan menuntut mereka menjadi
manusia yang lebih peka, kreatif dan inovatif dalam menghadapi dan menangani
segala bentuk perubahan yang terjadi dalam kehidupan manusia pada masa hadapan.
Maka itu, sesungguhnya Wawasan 2020 ialah
pernyataan dan amanat Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai negarawan Malaysia yang
sejak dari awal pelantikannya scbagni Perdana Menteri Malaysia telah disifatkan
sebagai pemimpin yang no-nonsense itu dalam tahun-tahun terakhir era
kepimpinannya. Dan sesungguhnya amanat ini bukanlah sekadar menggarisknn
scmbilan bentuk masalah dan cabaran yang harus dihadapi olch Malaysia dalam
usahanya mencapai matlamat sebuah ncgnra maju, tetapi merupakan suatu garis
panduan dan dorongan ynng bcrpcranan untuk memandu golongan belia dan rakyat umumnyn
bcrtindak dan berusaha untuk memajukan diri masing-mnsing dalam dunia yang
semakin kompleks, canggih dan mcncabar.
Dalam hubungnn ini juga, ucapan dasar
Datuk Seri Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO pada
8 Nov. 1991 berusaha untuk memperjelas dan mengukuhkan “amanat” yang
dimaksudkan di atas. “Jihad Bentuk Melayu Abad ke-21” yang menjadi tema ucapan
itu mengingatkan ahli-ahli UMNO khususnya, dan rakyat Malaysia umumnya, bahawa
pengalaman dan sejarah masa lalu, kritikan diri sendiri dan kesilapan dan
kekuatan orang lain adalah antara beberapa hal yang perlu diambil kira untuk
seseorang atau sesebuah masyarakat dan negara itu dapat mencari kekuatan dan
bersiap sedia untuk menghadapi masa depannya yang semakin mencabar dan meng- himpit.
Sementara mengakui kesilapan dan keterlanjuran yang pemah berlaku, maka
strategi yang terbaik untuk mengukuhkan semula keyakinan dan ketahanan diri
dalam hal ini adalah dengan membersihkan diri berasaskan sifat amanah,
keinsafan bersama terhadap masalah serta pemupukan sense of belonging
yang ampuh, yang di dalamnya mengandungi visi dan misi yang jelas dan seimbang
dalam organisasi atau pertubuhan seluruhnya.
Masalah Belia: Rangka dan Visi
Penyelesaiannya?
Seseorang boleh dituduh bersikap terlalu optimistik
apabila mengatakan bahawa “tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya”. Setiap
penyakit ada ubatnya. Demikianlah ubat itu boleh dicipta dalam jangka masa yang
segera ataupun terpaksa menunggu beberapa lama. Ia tetap ubat; dan masih
dikatakan sebagai cara atau alat untuk mengatasi sesuatu penyakit walaupun
memakan masa bertahun-tahun untuk merekaciptanya.
Dalam hubungan ini, visi dan misi yang
dimaksudkan dalam Wawasan 2020 dan Jihad abad ke-21 itu sebenamya bukanlah ubat
untuk mengatasi segala macam sifat keterbelakangan yang masih menyelubungi
kehidupan sebahagian besar rakyat di negara ini, terutamanya di kalangan orang
Melayu dan bumiputera umumnya. Tetapi ia merupakan formula-formula istimewa
yang berperanan sebagai tanda amaran awal atau first warning yang
sempat difikirkan dan diinsafi segera oleh pihak yang berada dalam kepimpinan
negara dalam usaha menyediakan, merangsang dan menggerakkan rakyat terhadap
bentuk dan kemungkinan masa depan yang lebih mencabar dan bersaingan hebat
dalam keadaan kepesatan perubahan yang berlaku di setiap pelosok dunia.
Bagi ahli UMNO dan orang Melayu umumnya,
strategi dan asas pengentalan ketahanan diri yang berdasarkan amanah itu
bukanlah luar biasa oleh sebab ia merupakan salah satu daripada empat sifat
asasi kenabian dan ketauhidan yang perlu ada pada seseorang yang mengakui
dirinya beragama Islam. Tiga lagi sifat berkenaan ialah sidiq, tabligh dan fatanah. Urutan yang lebih popular dalam hal ini bagaimanapun ialah sidik, amanah, tabligh dan fatanah.
Sehubungan dengan inilah, maka sebagai
seorang Islam, saya flkir sudah tiba masanya persoalan dan isu-isu yang
menimbulkan masalah dan desakan dalam gerakan belia di negara ini ditangani
dengan empat perspektif yang dimaksudkan ini. Tetapi perlu diingatkan di sini,
apabila pendekatan ini digunakan, ia tidak harus dilihat sebagai tidak lebih
hanyalah semata-mata kerana sentimen keagamaan yang melulu atau oleh sebab ia
merupakan suatu fesyen yang menjadi trend penyelesaian isu dan masalah semasa
dalam masyarakat kita hari ini. Sesungguhnya seperti yang pemah dianjur- kan
oleh Edward de Bono dalam tulisan-tulisannya mengenai akal manusia, pendekatan
ini pun masih berpijak pada “topi hijau” beliau iaitu yang menunjukkan fikiran
yang kreatif dan inovatif dandengan itu pula cuba mencari suatu sintesis atau
penyesuian “logik air”, dan bukannya “logik batu” yang memperlihatkan masih
adanya ruang dan kesempatan untuk mcmbuat ubahsuai terhadap earn bertindak
mengikut bentuk, jenis dan sasaran penyelesaian masalah yang dilakukan itu.
Pada hemat saya, perspektif pertama iaitu sidiq
memberikan ruang untuk dikcnal pasti dan difahami segala permasalahan itu
sehingga dapat memperjelas rcaliti dan the truth: Apakah yang masih
timbul dan menjadi masalah dalam gerakan dan pertubuhan belia? Apakah halangan
atau batasan yang menyebabkan kelesuan dan kemerosotan berlaku di kalangan
generasi ini? Apa masalah yang ada di kalangan pemimpin belia? Apa kelemahan
yang ada pada sesebuah organisasi belia? Inilah beberapa soalan yang patut
diperjelas secara jujur dan lengkap bagi memenuhi konsep sidiq itu.
Sesudah itu, dengan sifat amanah,
segala masalah dan isu itu dianalisis dan dikelaskan mengikut darjah dan
desakannya. Mung- kin sudah ada peruntukan bantuan, rancangan jangka pendek dan
jangka panjang dan seumpamanya. Sifat ini juga sebenamya meng- hendaki setiap
pihak memikirkan secara jujur dan ikhlas bahawa setiap tindakan, penglibatan
dan keprihatinan mereka terhadap generasi belia bukanlah kerana mengharapkan
sesuatu balasan yang ampuh dan bersifat peribadi tetapi dilakukan atas rasa
keinsafan bahawa segala-galanya demi kepentingan bangsa dan nusa.
Dalam hubungan ini juga, mana-mana pihak
yang benar-benar berpegang pada sifat amanah akan teruji dan perlu
bersikap lapang dada untuk mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan atau
pemegangan apa-apa jawatan sekiranya merasakan bahawa ia terlalu sibuk dengan
kerja-kerja lain, atau mcndapati bahawa kepimpinan- nya sudah tidak lagi
berkesan dan bertenaga, atau merasakan bahawa sesudah beberapa lama mcmegang
jawatan dan amanat ahli, sewajamya berundur untuk mcmberikan peluang kepada
ahli yang lain menerajui pertubuhan.
Islam juga memerlukan pcnganutnya
menunaikan tanggung- jawab tabligh atau “mcnyampaikan” atau “menyeru”
orang lain. Dalam konteks pcrgcrakan belia, hal ini juga tidaklah menjadi suatu
kesukaran di mana maklumat yang berkenaan dengan persatuan dan haluan serta
trend tertentu generasi belia perlu dirancang, dihebah dan dilaksanakan bagi
memenuhi kepentingan bersama pemimpin dan ahli. Konsep ini, secara mudahnya,
bertujuan memupuk suatu sense of belonging yakni segala pengalaman,
keistimewaan serta kelebihan yang tercapai itu seharusnya dikongsi bersama
secara bertolak ansur, adil, dan sama rata. Dan untuk tujuan itu, ia memerlukan
proses, prosedur serta pengurusan dan perancangan yang di dalamnya terkandung
visi dan misi yang boleh difahami bersama di kalangan berbagai-bagai pihak yang
prihatin terhadap kepentingan golongan belia. Tidak guna misalnya ditubuhkan
sebuah lagi persatuan semata-mata kerana persatuan yang sedia ada dirasakan
sudah usang, sudah tidak bertenaga dan ketinggalan zaman sedangkan masih ada
beberapa options tertentu yang boleh digunakan untuk mengatasinya tanpa
membazirkan belanja dan masa.
Segala tindakan dan usaha untuk mengatasi
apa-apa jua masalah itu perlu dilakukan secara fatanah atau “bijaksana”
dalam erti kata penyelesaian yang diusahakan itu haruslah boleh memuaskan semua
pihak yang terlibat dalam permasalahan berkenaan. Untuk tujuan itu, maka ia
memerlukan tahap-tahap bertindak yang tertentu seperti pengumpulan maklumat,
analisis data, kaunseling, tindakan brain-storming, mesyuarat, dan
seumpamanya dalam keadaan yang seimbang, terbuka dan komited. Misalnya,
bekas-bekas pemimpin, yang walaupun kurang tinggi pendidikannya tetapi cukup
luas berpengalaman dalam pergerakan belia, perlu didekati dan dibawa berunding
sekali-sekala dalam menentukan strategi bertindak bagi memajukan sesebuah pertubuhan.
Sementara pihak yang lain, yang mempunyai kepakaran dan pcngetahuan
profesional, juga diperlukan dalam hal demikian. Tegasnya, “kebijaksanaan”
bertindak itu bukanlah sesuatu yang rigid yang hanya dianggap milik
mutlak satu-satu pihak tertentu sahaja dan hasilnya akan tcrdapat strategi
penyelesaian tertentu yang mungkin berupa tindakan jangka pcndek dan jangka
panjang, pendekatan pcndeknlan yang berbeza bcrdasarkan kumpulan sasaran dan
seumpamanya lagi.
Sesungguhnya mencari kcbcnaran dan mcngatasi masalah
bukanlah scsuatu yang sukar sekiranya setiap pihak bcrusaha dengan jujur dan ikhlas
untuk melakukannya. Simposium ini barangkali merupakan titik awal dalam usaha
ini.
Nota: Tulisan ini asalnya satu
kertas kerja yangtelah dibentangkan dalam Simposium
Pengurusan Pembangunan Belia Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Belia
Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa
Kementerian Bclia dan Sukan Malaysia, di Kuala Lumpur, 12 November 1991.
No comments:
Post a Comment